Thursday, February 19, 2015

HUTANG SIRI 1

Salam,

Ada org bertanya saya. Apa kena mengena krisis ekonomi @ hutang di Amerika Sykt ataupun di  Eropah dgn kita di Malaysia ni.

Kalaupun dia orang berdepan dgn masalah hutang yang meruncing, tapi keadaan ekonomi kita di Malaysia masih lagi stabil dan rakyat masih lagi dapat makan dan hidup dgn selesa.

Sebab ekonomi Msia di katakan mesra pengguna @ pelabur. Dan sistem perbankkan kita amat ketat untuk release pinjaman (i.e syarat 40% pendapatan bersih selepas tolak pinjaman) berbeza dgn  sistem perbankkan di negara2 tersebut).

Pertumbuhan ekonomi Malaysia di katakan mencatat angka lebih 5%. Pasaran property terus rancak. Semua projek rumah @ kedai sold out. Walau harga kekadng mcm x masuk dek akal.

Gabenor BNM kata, walau matawang Ringgit jatuh berbanding $USD ($RM3.6 @ $USD1 ketika ini), ia bagus untuk negara, Kerana eksport barangan kita akan jadi murah.

Cuba bayangkan kalau ringgit kukuh berbanding $Dollar Singapura misalnya. Sudah tentu Rakyat Singapura tak akan berpusu2 berbelanja @ memenuhkan kedai2 kat tempat kita atau berebut2 beli property di Msia. Ringgit jatuh bagus untuk negara.

Adakah ianya benar......




Saturday, January 18, 2014

MENGAPA PIHAK BARAT TERUS MENJUAL EMAS & CHINA PULA SIBUK MEMBELINYA.

oleh En Alasdair Macleod / Diterbitkan pada 17 January 2014
Sebilangan pembaca & penulis Blog baru2 ini mengutarakan pandangan bahawa kemungkinan terdapat 'pakatan atau persefahaman sulit' di meterai antara Kjaan Amerika Sykt & China berhubung pengaliran atau pemindahan emas fizikal dari pasaran modal di Barat ke Timur. 

Mereka beranggapan Kjaan kedua2 negara mengetahui & sedar apa yang mereka lakukan, dan merancang konspirasi pakatan yg lebih besar , yg tidak di sedari oleh org ramai.  

Hakikat sebenarnya adalah China dan pasaran modal Barat mempunyai pandangan yg berbeza & bertentangan mengenai logam emas itu sendiri.

Di pasaran modal Jongkong Emas London (London Bullion Market), anda akan berdepan kesukaran utk berjumpa dgn mana2 individu yg menganggap @ mengiktiraf peranan logam emas sebagai wang.

Bagi mereka emas tidak lagi berperanan sbg wang & minat serta permintaan tinggi China terhadap logam tersebut tidak akan memberi sebarang kesan kpd sistem monetari (kewangan) dunia. 

Sebaliknya ia mengancam perniagaan Bank Bullion yg sebelum ini menggunakan asset kewangan tersebut utk membuat lebih byk wang melalui nilai fizikalnya dlm bentuk yuran simpanan, komisen, kadar faedah, pajakan dsbgnya. 

Natijahnya logam tersebut kini rakus diborong oleh golongan makcik2 tua dan surirumah di Negara China. 

Amat jelas, hampir sebilangan besar golongan Bankers di Barat berkongsi pandangan yg sama. Mempercayai bahawa logam emas tidak akan kembali memainkan sebarang peranan dlm sistem monetari dunia.  

Kita juga tahu, penasihat Kjaan di China berpendidikan Marxist, dan mereka mempunyai falsafah ekonomi yg amat bertentangan dgn golongan Keynesians' mengenai fungsi logam emas itu sendiri.

Mereka membesar & hidup dgn kepercayaan bahawa sistem kapitalis Barat akhirnya akan memusnahkan pihak Barat. Jesteru itu mereka juga percaya sistem matawang Barat bersandarkan kertas ini juga akan tersungkur akhirnya.  

Kalau tidak. kita hanya mampu berspekulasi, tetapi kesimpulan berikut mungkin mampu menjawab logik mengapa  China sibuk mengumpul emas:-
  • Terdapat pandangan meluas di kalangan rakyat China bahawa emas mempunyai sifat sbg 'wang yg mutlak', jadi adalah sesuatu yg berfaedah & amat berbaloi utk mereka mengumpul seberapa byk emas yg mampu dgn cara menjual matawang asing yg dianggap tidak mempunyai sebarang nilai. 
  • Menggalakkan rakyat mengumpul emas mampu mencapai 2 objektif : Pertama- jika rakyat biasa dapat melindungi kekayaan mereka dgn cara membeli emas, ia akan melahirkan satu golongan masyarakat yg lebih setia serta taat kpd negara dan kurang memberontak sekiranya berlaku kegawatan atau kesukaran ekonomi melanda China ; dan keduanya- pembelian peribadi emas oleh rakyat dapat mengurangkan lebihan dagangan negara, dan dlm masa yg sama mampu mengurangkan pengumpulan rizab matawang asing.
  • Emas secara asasnya diterima sbg 'wang terunggul' di seluruh Asia sejak zaman berzaman. Masyarakat Asia punya 'minat & keterujaan yg tinggi terhadap logam emas', dan ia amat baik utk kepentingan rantau jangkapanjang China. 
  • Kerajaan China (atau Parti Komunis) membeli emas utk kegunaan sendiri. Andaian bahawa mereka menggunakan emas utk mengukuhkan matawang Remimbi adalah satu tindakan yg dilihat amat praktikal untuk dilakukan pada hari ini. Malah K'jaan China mungkin mempunyai sebab yg lebih strategik yg tidak didedahkan mereka disebalik usaha berterusan mengumpul emas.
  • Membiarkan simpanan emas di Barat semakin terhakis dan berkurangan akan memberikan kelebihan leveraj yg besar kpd China dlm berdepan dgn 'perang matawang' hari ini. Ia pasti amat berguna kpd matawang Remimbi apabila perang matawang ini semakin 'panas' di masa hadapan.
  • Utk itu idea bahawa Amerika Sykt & China berpakat bagi menentukan halatuju pasaran emas dunia adalah sesuatu yang 'MENGARUT' dan 'TIDAK LOGIK'. Hakikatnya semuanya berkait rapat dgn pertentangan philosophy @ falsafah kedua2 negara tersebut mengenai peranan logam emas itu sendiri.
  • Ekonomi maju di Barat berkembang & terselamat tanpa menggunakan emas sebagai wang utk tempoh sekitar 100 tahun yg lepas. Matawang & inflasi hutang (credit inflation) telah menghasilkan industri kewangan moden yg bergantung penuh kpd penggunaan Wang Kertas Fiat. Semua org dlm sistem kewangan perdana hari ini (mainstream finance), percaya  bahawa mereka akan membuat lebih banyak untung & dunia akan lebih makmur dgn menggunakan wang kertas ini sbg medium perdagangan. Utk itu mereka kurang pendedahan & terus mengenepikan fungsi emas utk kembali sbg wang di masa hadapan.
Kerana itulah mengapa pihak Barat di lihat langsung tidak merasa bimbang walaupun  mereka semakin kehilangan fizikal emas milik mereka. 

Dan China dilihat amat seronok kerana berpeluang utk membuat seberapa banyak belian pada harga yg murah. 

Mereka sudah tentu akan terus membeli tanpa memikirkan harga jualan emas di pasaran. 

Kerana mereka tahu EMAS adalah satu-satunya  WANG YANG PALING TULEN, sebenarnya.


Saturday, December 28, 2013

DISEBALIK PROPAGANDA, “PIHAK BARAT BERTERUSAN MEMUSNAHKAN DIRI MEREKA SENDIRI”

Hari ini tokoh yg pernah menetap di 18 buah negara di seluruh dunia dan berpengalaman menyaksikan sendiri keruntuhan ekonomi kebanyakan negara tersebut secara langsung, memberi amaran kpd kami bagaimana " pihak Barat sedang berterusan memusnahkan diri mereka sendiri.”  

En Keith Barron, yg merupakan jururunding dgn banyak sykt terkemuka di seluruh dunia & tokoh yg bertanggungjawab kpd salah satu penemuan terbesar emas pada abad ini, juga bercakap mengenai 'PERANG' terhadap logam emas dan perak yg sedang berlaku skg, dan jangkaan pada masa hadapan.

En Barron:  “Pelonggaran Kuantitatif (Quantitative Easing) ciptaan Rizab Persekutuan (The Fed) jelas telah gagal sepenuhnya kerana ia terbukti gagal menghasilkan & mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kpd rakyat terbanyak. Pihak bank dilihat memegang erat semua wang yg disalurkan The Fed, sebahagiannya kerana perjanjian Basel III. Perjanjian Basel III mensyaratkan pihak bank wajib mempunyai kecairan modal yg lebih besar.

“Jadi pihak Bank terus mengawal ketat aliran tunai mereka sbg persediaan sekiranya berlaku kegagalan tunai. Ini bermakna semua wang baru yg dicetak gagal menggerakkan ekonomi. Kita tahu kelulusan atau pergerakkan tunai agak perlahan ketika ini dan ia juga dipengaruhi oleh kadar faedah rendah yg di tetapkan The Fed. 

Sejak beberapa tahun ini, prestasi pasaran bon juga agak mendukacitakan pelabur. Oleh itu The Fed & Kerajaan Amerika Sykt memutuskan utk membiarkan indeks pasaran saham melonjak tinggi. Ketika ini pasaran saham jelas berdepan risiko gelembong ekonomi (bubble). Anda boleh lihat indeks Dow & S&P berada di paras kedudukan harian dan mingguan tertinggi ketika ini. 

Bertentangan dgn lonjakan pasaran saham, Amerika Sykt masih lagi berdepan dgn lebih 50 juta rakyat yg bergantung hidup kpd subsidi makanan. 

Kita juga melihat bagaimana semakin byk Majlis Perbandaran tempatan di Amerika Sykt berdepan kebangkrapan. Jadi The Fed & Pentadbiran White House Obama segaja mewujudkan gelembung pasaran saham. Kita sedang berdepan situasi tersebut skg.  

Ia juga memberi kesan & menjadi faktor utama mengapa pelabur Barat hilang minat terhadap pasaran emas dan perak. Bagaimanapun minat belian terhadap emas dan perak terus tinggi di pasaran Asia dan Timur Tengah.

Saya percaya minat pelabur di Barat terhadap logam emas dan perak akan kekal rendah sehinggalah berlaku keruntuhan terhadap pasaran saham. 

Apabila lonjakan pasaran saham mengalami keruntuhan, ianya akan berlaku tanpa sebarang amaran, dan pelabur yg memiliki fizikal logam emas dan perak bakal membuat keuntungan besar darinya.

Ketika ini beberapa sykt perlombongan utama menjadi sasaran pengambil alihan termasuklah Sykt Newmont Mining.  Newmont kini telah kehilangan 50% drp modal pasarannya sejak tahun lalu. 

Newmont adalah sebuah sykt perlombongan berdaya maju yg memiliki berpuluh ribu pekerja di seluruh dunia.

Ia mecatat keuntungan dan membayar dividen yg tinggi kpd pelabur tetapi harga nilaian sahamnya semakin merudum hari ini. 

Senario ini berlaku kpd hampir kesemua sykt utma dlm bidang perlombongan kerana hari ini ia dilihat sbg tempat di mana para pelabur tidak boleh menjana atau membuat sebarang wang darinya.  

Sepanjang fasa kemerosotan harga emas (bearish phase) hari ini, kita lihat semakin banyak fizikal emas telah lenyap dari peti besi simpanan pihak Barat.  

Kita juga melihat konspirasi serangan terancang terhadap pasaran Dana Tukaran Emas dan Perak (Exchange Trade Fund). Situasi ini bakal mempercepatkan pengaliran lebih banyak logam emas dari Negara Barat ke Negara Timur. 

Bank2 Bullion juga di lihat mengambil kesempatan utk membuat untung dari perbezaan harga emas di pasaran Shanghai dan London.  

Kita juga melihat jualan pendek terancang (coordinated short sale calls) terhadap emas dari Bank Bullion seperti Goldman Sachs, yg kemudiannya disusuli oleh ancaman lain seperti kenyataan palsu En Mario Draghi (Gabenor Bank Pusat Eropah) berhubung tindakan Cyprus yg kononnya akan menjual rizab emas negara tersebut. 

Jadi manipulasi terhadap pasaran logam emas sangat giat dijalankan pada tahun 2013. Ini bermakna peti kebal simpanan emas di United Kingdom, yang sebelum ini di gunakan utk menyimpan emas milik negara Barat, kini telahpun dikosongkan.  

Emas2 ini sebenarnya telah 'menggembara' ke 5 buah kilang penapisan emas di Switzerland, di mana ia telah di bentuk semula dari saiz asalnya iaitu jongkong emas seberat 400 ounce, kpd emas jongkong dlm bentuk 1kg atau 100 gm.  

Emas ini kemudian akan segera di hantar ke pasaran China ,India dan lain2 destinasi di Asia. Jadi pihak Barat di lihat terus memusnahkan diri mereka sendiri. 

Sementara itu di India, cukai import terhadap logam emas telah melonjak setinggi 15%. India bagaimanapun telah mula memansuhkan cukai yg membebankan ini kerana sedar bahawa tindakan tersebut telah merosakkan budaya negara mereka sendiri. 

Persoalan utama sebenarnya adalah, bilakah semua ini akan berakhir?

Anda tidak boleh memindahkan hampir kesemua emas di dunia ini dari Negara Barat ke Timur tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku.

China kini secara besar2an, semakin galak mengetengahkan matawang Yuan mereka dalam perdagangan antarabangsa. Mereka jelas berhasrat utk menjadikan Yuan sbg matawang paling kukuh di dunia dgn menyandarkannya kpd emas fizikal.  

China juga dilihat amat berahsia (extremely secretive) mengenai pembelian emas yg di lakukan mereka. Tetapi ia tidak menjadi masalah kerana matawang Yuan kelihatan di takdirkan akan menjadi matawang utama & pilihan dalam transaksi kewangan antarabangsa.  

En Barron menambah:  “Pasaran emas adalah pasaran yg paling teruk di manipulasi di dunia.  Ia bukan pasaran yg bebas dan adil. Kerajaan juga bertindak menetapkan kadar faedah mengikut kehendak mereka & ia memberi kesan terhadap pasaran rumah, komoditi dan pasaran kewangan lainnya. 

Tetapi dgn situasi seperti ini, ia hanya menunggu masa sebelum pasaran emas dan perak dunia bakal meledak. Saya tidak pasti bilakah fasa kemerosotan harga emas dan perak ini bakal berakhir, tetapi bila ia berlaku, ia bakal memberi letupan yg besar kpd pasaran. 

Bermakna harga emas dan perak bakal melonjak tinggi ke bulan.”



Sunday, December 22, 2013

Billionaire Eric Sprott: “Anda perlu menjadi pembeli tatkala orang lain hilang keyakinan & bertindak menjual semua asset emas mereka.



Baru-baru ini saya berpeluang menemubual En Eric Sprott, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengurus Kanan Portfolio Sprott Asset Management. 

Ia adalah sessi temuramah yg hebat di mana En Eric mengulas mengenai falsafah utama yg menyebabkan beliau mampu menjadi seorg billionaire; bilamana pasaran menawarkan potensi keuntungan paling hebat, juga peraturan paling penting yg perlu dipatuhi oleh setiap pelabur logam berharga dlm berdepan dgn suasana pasaran yg sukar & mencabar pada hari ini.  

Ditanya lebih lanjut mengenai falsafah beliau, En Eric menjelaskan, “Anda perlu menjadi pembeli tatkala orang lain hilang keyakinan & bertindak menjual semua asset mereka. 

Anda perlu percaya sesuatu bersandarkan data yg menunjukkan anda berada di pihak yg betul walaupun seluruh dunia menyatakan anda mengambil tindakan yg salah. 

Kerana apabila dunia mengatakan anda salah tetapi anda terbukti berada di pihak yg betul, anda tahu pulangannya amat besar kerana ketika itu anda berseorangan mengaut semua keuntungan yg ada. 

Ia seperti membeli saham syarikat perlombongan emas pada tahun 2000, transaksi yg saya lakukan dgn jumlah yg agak besar ketika itu.

Indeks saham HUI pada masa itu berada pada paras angka 35 mata & ia melonjak kpd lebih dari 600 mata. Peningkatan 1,700% dlm tempoh 8 tahun. Ianya berlaku kerana semua org mengambil pendekatan yg bertentangan dgn tindakan saya. Para pelabur beranggapan ia ibarat medan membunuh diri apabila mereka bertindak memasuki pasaran & membeli asset yg berharga murah & saya sentiasa percaya peluang yg sama akan berlaku lagi pada hari ini. 

Ditanya bagaimana beliau melihat kesan harga hari ini dan tahap penyertaan dari pelabur institusi terhadap pasaran, En Eric berkata, “Tiada sebarang minat ditunjukkan. Mungkin 2%-3% drp mereka akan mendengar apa yg saya perkatakan & mungkin 5% akan bertindak. Jadi bilangan pelabur yg berminat terhadap emas di seluruh dunia semakin mengecil sekarang.

Ia hampir ibarat seperti anda membawa wabak penyakit apabila bercakap mengenai emas, walaupun selama 13 tahun berturut2 ia adalah pelaburan paling menguntungkan. Tetapi tidak utk tempoh setahun dua ini.” 

Di tanya apakah faktor yg mungkin mampu mengubah sentimen pasaran secara dramatik, En Eric berkata, “Apabila org ramai mula menyedari bahawa pasaran 'bull market' sebenarnya masih belum berakhir?’ Semuanya akan segera dilupakan.Tatkala harga emas berada di kedudukan USD $2000/ auns, anda tidak akan percaya sentimen yg bakal berlaku.

Ketika itu org ramai akan menjadi gila & berebut2 utk membeli emas & harga akan melonjak tinggi. Saham syarikat emas akan melonjak 10,000% kerana tidak sahaja harga produk fizikal emas akan meningkat tinggi, malah org ramai akan teruja kpd kerja2 pencarian & penemuan emas oleh syarikat2 perlombongan." 

Sentimen kpd emas akan bertukar ke tahap melampau, "Salah satu keindahan & keunikan dlm bidang pelaburan sumber semulajadi adalah, keuntungan yg bakal anda perolehi amat luarbiasa berbanding pelaburan normal' Kerana itu saya amat tertarik dlm bidang ini. Saya yakin terhadap ganjaran besar yg bakal diperolehi & saya sanggup mengambil risiko utk mendapatkan ganjaran tersebut.”   

Komen terakhir & terpenting saya kpd para pelabur emas di luar sana adalah, betapa mereka perlu mengekalkan portfolio masing2 tatkala berhadapan dgn pasaran yg sukar hari ini. 

“Jika anda percaya anda berada di pihak yg betul dan semua data menunjukkan anda perlu memegang erat portfolio anda. Lazimnya anda akan beroleh keuntungan besar di penghujung hari.”

Tuesday, November 19, 2013

EMAS ADALAH ASSET YANG BOLEH DI BAWA KE MANA-MANA OLEH SEORANG GADIS


Pengantin perempuan, Cik Amrita Mannil (tengah), memasuki dewan perkahwinan bersama ibu beliau Puan  Sheela Ramesh, dan bapa En Ramesh Babu di majlis perkahwinan di Kochi, Kerala. 
 

Sambil diiringi bunyi drum tradisional, nafiri dan trompet , Cik Amrita Mannil di bawa masuk ke dewan perkahwinan. Beliau dihiasi dgn 4 utas rantai emas, cincin, 16 utas gelang, talipinggang yang berkilauan, set anting2 utk dipadankan dgn persalinan sutera yang dipakainya. Beliau memakai kira2 800 gram emas ataupun 1.8 paun emas ditubuhnya.

Ditengah2 bunyi alunan muzik & laungan mentera serta doa, rantai emas dilihat menghiasi seluruh leher eksekutif pengiklanan berusia 25 tahun itu yang mengahwini En Vimal Mohan dalam upacara perkahwinan Hindu penuh tradisional. Majlis penuh gemilang tersebut dihadiri 500 orang rakan dan saudara mara di pekan  Kozhikode, kira2 180 kilometers (112 batu) dari Bandar  Kochi di Kerala. 

“Emas adalah asset yg boleh di bawa & dipakai oleh seorg gadis,” kata Puan Namitha Shyam (28 tahun), kakak sulung kpd pengantin perempuan.  

“Nilai, status dan kekayaan keluarga anda diwakili oleh emas yang dipakai oleh gadis tersebut semasa dia berkahwin. Lebih banyak emas yang anda pakai, lebih tinggi darjat anda di mata keluarga baru anda.”  

Barang kemas yang dipakai oleh pengantin perempuan adalah perkara biasa kerana ia mewakili budaya dan pertalian sosial masyarakat India terhadap emas sejak berabad lamanya. Menjadikan negara tersebut sebagai pengguna emas terbesar dunia.

Permintaan tinggi di India & China di lihat membantu pasaran jongkong emas dunia. Harga emas melonjak melebihi USD1,000 satu auns sejak tahun 2000 & ia sedikit sebanyak ,membendung kejatuhan lebih teruk harga emas berbanding penyusutan 23% harga emas dunia ketika ini. 

Dalam masa sama, minat & permintaan tinggi masyarakat India terhadap emas & hakikat bahawa negara tersebut mengimport hampir keseluruhan jongkong emas dunia utk kegunaan sendiri, memberikan cabaran besar terhadap usaha Perdana Menteri En Manmohan Singh, yang cuba utk mengurangkan rekod defisit akaun semasa negara & mengekang kejatuhan 12% nilai matawang rupee pada tahun ini. 

RITUAL  PERKAHWINAN

Menteri Kewangan India, En Palaniappan Chidambaram bertindakbalas dengan menaikkan cukai import logam emas sebanyak 3 kali tahun ini bertujuan membendung pembelian atau penggunaan emas dikalangan rakyat yg mewakili 20% drp permintaan emas dunia utk tahun 2012.

Harga emas di India meningkat lebih 2 kali ganda sejak 2008 dan mencecah rekod kenaikan tertinggi pada bulan Ogos lalu. 

Peningkatan harga emas sedikit sebanyak membantutkan usaha En Ramesh Babu, bapa pengantin perempuan berusia 61 tahun itu utk membeli lebih banyak emas utk anak perempuannya. 

En Ramesh terpaksa mengurangkan pembelian emas kpd anak perempuannya Amrita, berbanding pembelian yang dibuatnya utk perkahwinan kakak Amrita, 5 tahun lalu. 

Beliau membeli 100 keping syilling emas luar negara, setiap satu seberat 8 gram. "Kami bersifat sederhana," kata En Ramesh Babu. "Terdapat jiran kami membeli antara 300 dan 400 keping syilling emas luar negara.”  

Menurut World Gold Council. memang menjadi budaya masyarakat India utk membeli emas dalam bentuk barang kemas perhiasan ketika musim perayaan atau perkahwinan. Ianya bersifat keperluan kpd pasangan pengantin dan juga sebagai hadiah kpd org tersayang. Permintaan terhadap emas meningkat antara 900 kpd 1,000 metrik tan tahun ini, berbanding 864.2 tan pada 2012.

Permintaan emas di India di lihat banyak membantu menyerap kejatuhan harga emas pada tahun ini, pada ketika sebahagian pelabur seperti hilang keyakinan terhadap logam emas sbg asset tradisional penyimpan nilai (store of value), & pada masa sama inflasi global dilihat kekal rendah. 

Harga jongkong emas dunia jatuh 23% tahun ini kpd US$1,284 satu auns, harga terendah sejak tahun 2000. Bagaimanapun harganya dalam matawang rupee hanya menurun 2%.


TRADISI EMAS

Menurut data Bloomberg, kejatuhan harga di London menyebabkan kehilangan kira2 US$64 billion dari pasaran produk tukaran dagangan global (global exchange-traded products).  

Bagaimanapun, sesuatu yg menghairankan adalah, bank2 Pusat sejak 2 tahun lalu terus berebut2 menambah rizab emas mereka walaupun telah kerugian kira2 US$576 billion dari segi nilai sejak harga jongkong emas berada pada harga tertinggi US$1,921 satu auns pada September 2011.  

Dana emas PFR (PFR Gold Fund) bernilai US$350 juta milik billionaire, En Jon Paulson merosot 62% tahun ini sejak September 2013.

Data dari Suruhanjaya Dagangan Komoditi Niaga Hadapan (Commodity Futures Trading Commission) menunjukkan para pelabur dilihat mengurangkan kedudukan pegangan emas mereka (net long-position), atau pertaruhan pada keuntungan harga emas di pasaran Comex New York  kpd 37% untuk tempoh mingguan berakhir pada 12 November 2013,jumlah terbesar sejak Februari 2013. 

Utk masyarakat India, mereka tidak terlalu menghiraukan aspek pelaburan apabila membeli emas. Ia sememangnya berada dalam DNA mereka, kata En Pallavi Rao, penolong professor di Fakulti Komunikasi, Universiti Manipal di Selatan India. 

“Apabila memikirkan tentang majlis perkahwinan hebat masyarakat India, ianya tidak akan lengkap tanpa anda memikirkan barang2 kemas emas pengantin mereka, " kata En Rao, peniaga emas berpengkalan di Manipal, sekitar 400 kilometer dari Bangalore. “Aktiviti membeli emas sendiri merupakan sebahagian daripada ritual perkahwinan tersebut.”  

‘HANYA EMAS’ 

Keluarga Mannil’s menghabiskan masa lebih dari 6 jam utk memilih gelang dan rantai emas utk di pakai oleh Amrita semasa majlis perkahwinannya. 

Pengantin perempuan India tanpa emas adalah ibarat "Nasi tanpa garam : rasa hambar,” kata ibu Amrita, Puan  Sheela Ramesh, sambil memakaikan loket perkahwinan anak perempuan beliau. “Saya berkahwin pada tahun 1984, dan tradisi sama terus di ikuti dari generasi ke generasi saya hingga kini,” kata Puan Ramesh lagi. 

Duduk berkumpul bersama 3 orang kaum ibu lain di majlis pra perkahwinan sambil menghiasi inai di jari Amrita, Puan Ramesh menambah, "Ibu bapa saya menghadiahkan saya emas, dan kami menghadiahkannya pula kpd anak perempuan kami,Dalam adat budaya kami, kami hanya memakai emas tulen, dan bukannya barang kemas tiruan .” 

Selera yang tidak pernah puas masyarakat India terhadap emas ibarat berita baik kepada golongan peruncit seperti syarikat Gitanjali Gems Ltd (GITG), Malabar Gold and Diamonds, Titan Industries Ltd (TTAN), Tribhovandas Bhimji Zaveri Ltd (TBZL) dan dan Kalyan Jewellers Ltd.  

Menurut laporan Edelweiss Securities Ltd pada bulan lalu, kedai2 emas tersebut memonopoli 10% daripada keseluruhan pasaran barang kemas perhiasan di India yang dianggarkan bernilai sekitar 1 trillion rupees (US$15.9 billion).

AKTIVITI PEMASARAN

“Dalam jangka masa panjang, asas permintaan terhadap logam emas di India masih kekal teguh,” kata En Haresh Soni, Pengerusi All India Gems & Jewellery Trade Federation, yang mewakili 300,000 pengedar barangan kemas & jongkong emas di India. 

“Bagi masyarakat India, amalan membeli emas bukan sahaja menjadi sebahagian dari budaya mereka tetapi ia juga berperanan sebagai langkah utk perlindungan sosial. Dari mula kami di lahirkan sehinggalah saat kematian, emas terlibat dlm segenap aspek kehidupan & di gunakan bagi tujuan keagamaan & ritual kami.”  

Utk menarik perhatian pelanggan, peniaga barang kemas membelanjakan wang yg banyak utk iklan promosi di televisyen  & pengiklanan billboard. 

Superstars terkenal Bollywood dari Amitabh Bachchan kpd Shah Rukh Khan & Aishwarya Rai Bachchan kerapkali di gunakan sbg model iklan mereka.  

Terkini pemenang anugerah aktor terbaik dari India Selatan, pelakon Mohanlal di lantik sbg duta jenama terbaru bersama Aktress Kareena Kapoor utk Syarikat Malabar Gold, yang mempunyai 102 rangkaian kedai emas di Timur Tengah, India dan Singapura.  

Ibu bapa pengantin ini membeli semua emas perkahwinan anak perempuan mereka di kedai utama sykt Malabar’s di Kozhikode, sebuah bandar bersejarah yg terkenal kerana pernah menjadi pusat dagangan utama antara pedagang Eropah & India selepas pendaratan pelayar terkemuka Portugal, Vasco Da Gama di pantainya.  

“Ketika ini aktor Mohanlal menjadi pujaan ibu saya utk di jadikan menantu,” kata  Amrita, di iringi gelak ketawa semua ahli keluarga yg berkumpul di majlis berinai pasangan pengantin. 

‘KENYATAAN NEGATIF’

Terdapat kira2 5 juta majlis perkahwinan setiap tahun di negara India, kata En Prithviraj Kothari, Pengarah Urusan di Sykt Riddhisiddhi Bullions Ltd. yang juga merupakan Pengarah Persatuan Jongkong Emas Bombay (Bombay Bullion Association).   

Purata pembelian bg tujuan perkahwinan adalah 200gm. Dan menurut kepercayaan kalendar Hindu terdapat hari bertuah di mana sekiranya para penganut agama berkenaan membeli emas pada hari tersebut, ia akan membawa kemakmuran dan kekayaan dalam kehidupan mereka.  

Kerajaan India bagaimanapun giat mencari kaedah utk mengurangkan @ menyekat kadar import emas kpd 800 tan utk tempoh 12 bulan sehingga 31 Mac 2013, berbanding 845 tan bagi tempoh yg sama tahun lalu. Ia bertujuan utk mengurangkan defisit akaun semasa negara.  

Bank Rizab India berpendapat , jurang defisit akaun semasa berlaku di sebabkan import tinggi utk jongkong emas & minyak mentah. 

Menurut All India Gems & Jewellery Trade Federation, sekatan ini telah menyebabkan berlaku kekurangan bekalan terhadap emas pasaran tempatan & pembeli terpaksa membayar premium tinggi terhadap bekalan.  

“Semakin negatif kenyataan yg dikeluarkan k'jan terhadap logam emas, semakin ramai org yg berminat utk membelinya kerana berpendapat k'jaan mungkin akan mengharamkan import emas di masa akan datang, " kata En  Bachhraj Bamalwa, Pengarah sebuah sykt emas terkemuka di India. 

Golongan petani juga di lihat cenderung membeli emas kerana ia membantu mereka tatkala hasil tanaman tidak menjadi & sebahagian masyarakat kampung menggunakan emas sbg asset penyimpan nilai berbanding menyimpan wang mereka di dalam bank, tambah En Bamalwa.  

PELADANG TEBU 

Prospek jangkaan utk mendapatkan purata pendapatan hasil tuaian yg lebih baik pada tahun ini jelas telah mempengaruhi permintaan terhadap emas di kalangan golongan peladang & petani di India.  

60% daripada penggunaan emas di monopoli oleh golongan petani luar bandar & dgn musim hujan moonson yg di lihat terbaik utk tempoh 6 tahun, telah meningkatkan hasil tanaman padi, jagung & tanaman kapas sekaligus meningkatkan pendapatan golongan petani.  

“Sebahagian besar pendapatan kami di laburkan utk tujuan pembangunan hasil tuaian musim akan datang & sebahagiannya dilaburkan dgn membeli emas, terutamanya jika terdapat majlis perkahwinan melibatkan kaum keluarga kami,” kata En Sandeep Chakane, penanam tebu dari Bhigwan, pekan yg terletak sekitar 100 kilometers dari bandar Pune. 

Dagangan niaga hadapan emas di Mumbai melonjak lebih 5 kali ganda sejak ia mula diperkenalkan sedekad lalu, mencecah rekod 35,074 rupees utk setiap 10 grams pada bulan Ogos.  

“Harga bukan menjadi isu utama,” kata Puan Jyostnarani Sahoo, seorg ibu berusia 41 tahun dari Angul di bahagian Timur negeri Odisha, yang memandu sejauh 25km bersama suaminya utk membeli kalung & anting2 utk anak perempuan beliau. Harga emas akan terus melonjak dimasa akan datang & kami tidak berhasrat utk menangguhkan hajat memiliki logam berkenaan.”   

PENYELUDUPAN EMAS

Tarif yg lebih tinggi & peraturan Bank Pusat yg mengaitkan pembelian asing utk eksport semula boleh mengurangkan import rasmi emas negara bg tempoh separuh kedua tahun ini kpd kurang dari 150 tan, berbanding 478 tan tahun sebelumnya. 

Natijahnya ia telah merangsang & menggalakkan aktiviti penyeludupan emas dari rantau Timur Tengah, Singapura & Sri Lanka ke India.  

Golongan buruh warga India yg bekerja di Timur Tengah di lihat menjadi dalang kpd aktiviti penyeludupan oleh Kartel ini yg menawarkan mereka tiket percuma utk pulang ke negara masing2 & wang berjumlah beberapa ribu rupee, kata En Rishi Yadav, penolong pesuruhjaya di Unit Risikan Udara Jabatan Kastam Mumbai.  

“Apabila anda menguatkuasakan sekatan sosial, terdapat banyak cara yg akan di gunakan utk mengatasi penguatkuasaan & peraturan,” kata En Babu, sambil beliau duduk berehat dirumahnya sehari sebelum majlis perkahwinan.“Tanpa menghiraukan apa jua peraturan yg dikuatkuasakan kerajaan, masyarakat India akan mencari jalan utk mengatasinya kerana setiap majlis perkahwinan di negara berkenaan memerlukan emas.”


Monday, July 15, 2013

STANDARD PIAWAIAN EMAS PERIBADI ANDA

Asia Gold-Shanghai gold premiums remain high, supply tight

Oleh En James Rickards, The Daily Reckoning 12 Jul 2013, 9:22 AM.
  
Tidak ada satupun Bank Pusat di dunia ini yang berhasrat utk kembali menggunakan standard piawaian emas. Tetapi itu bukan persoalan pokoknya. Hakikatnya mereka terpaksa menerimanya samada rela atau tidak.

Saya berpeluang berbual dgn sebahagian daripada Presiden Federal Reserve. Bila saya bertanya soalan, “Adakah terdapat had teori kepada penyata imbangan kunci kira2 The Fed?” 

Jawapan mereka TIDAK. Mereka berkata terdapat polisi utk memastikan samada ianya berada di paras tinggi atau rendah, tetapi tiada sebarang had jumlah yang ditetapkan untuk membolehkan mereka mencetak seberapa banyak wang kertas yang diinginkan.

Ia jelas sesuatu yg salah. Tetapi itulah yang mereka katakan; Itulah cara mereka berfikir. dan itulah caranya mereka bertindak. Tetapi jauh di sudut hati mereka, saya percaya  sebilangan mereka di The Fed tahu ianya salah & tidak betul. Tetapi mereka jelas bernasib baik kerana org ramai boleh mengundi dgn menggunakan kaki bukannya akal.

Saya sering memberitahu org ramai yg berkata, kita kini tidak lagi berada pada era zaman gold standard, tetapi sebenarnya mereka tersilap.

Anda boleh menggunakan sistem standard piawaian emas peribadi hanya dengan membeli emas.

Dalam erti kata lain, jika anda fikir nilai wang kertas bakal berada dlm keadaan bahaya, atau keyakinan masyarakat terhadap wang kertas semakin terhakis, satu cara mudah utk melindungi diri anda adalah dgn membeli emas. Dan tiada siapa yang boleh menghalang anda berbuat demikian.

Dan jawapan tipikal yg biasa kita dengar adalah, “Apa faedahnya memiliki emas? Sudah tentu kerajaan akan menyita atau merampasnya, sama sepertimana yg dilakukan oleh Presiden Roosevelt pada tahun 1933?”

Saya tidak fikir mereka mampu berbuat demikian.

Pada tahun 1933, dunia baru 4 tahun melalui kemelesetan besar. Presiden Roosevelt baru dilantik menjadi Presiden. Tatkala orang ramai bercakap mengenai 100 hari pertama pentadbiran beliau, Roosevelt sebaliknya menutup semua bank sebaik mengangkat sumpah Presiden. Dan beberapa minggu kemudian beliau menyita & merampas emas milik rakyat Amerika Syarikat.

Dan ia seolah En Elliot Ness pergi dari pintu ke pintu, memecah masuk rumah anda & merampas semua emas yang ada.

Mereka mahu mendapatkan sebilangan kecil manusia @ org perseorangan yg mempunyai 400 auns jongkong emas yg disimpan di dalam bilik peti besi simpanan bank.

Dan mereka berjaya mengesan golongan ini kerana kerajaan mampu menutup bank2 & menggunakan golongan ini sbg perantara utk merampas jongkong2 emas tersebut.

Tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza. Pemilikan emas oleh masyarakat individu lebih berselerak di seluruh dunia & lebih sulit lagi masyarakat mempunyai kepercayaan yg tipis terhadap kerajaan.

Hari ini jika K'jaan cuba utk merampas @ menyita emas milik rakyat, sudah tentu mereka bakal berhadapan dgn pelbagai bentuk tentangan dari org ramai.

K'jaan sedar tentang perkara ini. Jadi mereka pastinya tidak akan mengeluarkan perintah sedemikian kerana tahu ianya tidak boleh dikuatkuasakan kecuali bersedia utk berdepan tindakan perundangan dan kemarahan rakyat.

Selagi mana anda boleh memiliki emas, anda boleh meletakkan diri anda kpd sistem piawaian emas peribadi dgn menukarkan wang kertas milik anda kpd emas. 

Saya mencadangkan anda berbuat demikian. Bukan semua, tetapi saya cadangkan bagi para pelabur konservatif agar memperuntukkan 10% drp portfolio asset anda dalam bentuk emas fizikal, dan utk pelabur agresif mungkin 20%- tidak lebih dari itu.

Ia adalah peruntukkan yg agak tinggi jika dibandingkan dgn apa yg dimiliki oleh ramai org di luar sana. Kebanyakkan org langsung tidak memiliki emas. Malah jika anda gabungkan emas milik semua institusi besar, alokasi asset emas mereka adalah hanya sekitar 1.5%.  

Jadi walaupun asset emas anda mungkin berada pada julat yg agak rendah, anda sekurang2nya masih memiliki sekitar 10%. Malah institusi besarpun tidak mampu menggandakan alokasi emas mereka walaupun kpd angka 3%.

Sudah tentu jumlah emas di dunia tidak mencukupi pada harga semasa hari ini utk memenuhi permintaan. Untuk itu kita boleh menjangkakan harganya bakal melonjak lebih tinggi pada masa akan datang.

Namun, Bank Pusat tetap enggan utk kembali kpd sistem piawaian emas. 

Tetapi jika emas di anggap sbg asset tidak  bertamadun & ketinggalan zaman, jika emas tidak mempunyai sebarang peranan dlm sistem monetari & jika emas di anggap sebagai satu pelaburan 'bodoh', Jadi mengapa negara China memiliki jumlah emas berjumlah sehingga 5,000 tan? Adakah mereka juga bodoh? 

Jika senario ini berlanjutan, anda bakal melihat harga emas akan melonjak lebih tinggi. Dan ia kemungkinan akan melonjak tinggi dlm masa terdekat.

Ia tidak akan melonjak naik 10% setiap tahun utk tempoh selama 7 tahun berturut2 atau naik 2 kali ganda. Ia akan meningkat naik sedikit demi sedikit dgn situasi volatility (turun naik harga) yang kerap.  

Harga akan meningkat naik sedikit demi sedikit...sebelum berlaku lonjakan harga yg bakal mengejutkan pelabur. Ia mungkin akan berlaku dlm tempoh 90 hari atau paling lama 6 bulan dari sekarang.

Apabila ianya berlaku, anda akan melihat 2 jenis masyarakat Amerika. Anda akan melihat golongan masyarakat Amerika yg jelas tidak bersedia. Simpanan dlm bentuk kertas akan terhapus. Dana pencen, insuran dan anuiti akan hilang nilai akibat inflasi..kerana anda harus ingat, kenaikan bukan sahaja berlaku terhadap harga emas. 

Ia seperti meletakkan thermometer kpd pesakit. Kemudian  melihat suhu tubuh pesakit berada pada angka 104-degree & anda menyalahkan thermometer tersebut. Sudah tentu  thermometer tidak boleh dipersalahkan, ia sekadar memberitahu anda apa yg sedang berlaku terhadap tubuh anda.

Dalam masa sama, harga emas bukanlah objek ekonomi atau bermatlamat menonjolkan nilainya sendiri. Ia adalah satu isyarat harga. Ia memberitahu anda apa yang sedang berlaku terhadap ekonomi.

Dan emas pada harga yg saya perkatakan membawa maksud bahawa kita kini semakin menghampiri inflasi melampau atau sedang menuju ke arah itu kerana tiada apa yg berlaku tanpa sebarang sebab atau secara kebetulan.

Pada ketika itu, anda perlu menaruh lebih kepercayaan terhadap emas.Skg anda telah berada di ambang ekonomi. Pada saat anda terfikir pertalian antara emas & wang kertas yg wujud hari ini secara seiringan, anda akan berada pada kedudukan harga  US$7,000-8,000 utk satu auns emas.

Ia bukan sesuatu yg direka-reka. Ia bukan di buat bg tujuan provokatif. Ia adalah kiraan matematik sebenar. Ia adalah angka yg anda dapat apabila anda membahagikan bekalan wang kertas hari ini dgn fizikal emas yang berada di pasaran.
Your Personal Gold Standard
Org ramai perlu memberi perhatian terhadap senario tersebut. Samada org2 China sememangnya ketagihkan emas ibarat candu atau org ramai akan mula mendapatkan emas, sesuatu yg sememangnya terpaksa di lakukan & tidak dpt di elakkan oleh org ramai.

Tetapi sekiranya anda berdepan dgn kekurangan bekalan wang kertas (sesuatu yg mustahil berlaku) dan terdapat had sempadan inflasi melampau (juga sesuatu yg mustahil), mereka mungkin terpaksa melaksanakan sistem piawaian emas. Bukan kerana mereka inginkan ianya dilaksanakan, tetapi kerana ianya terpaksa & perlu dilakukan utk menstabilkan pasaran.

Saya mencadangkan anda membeli emas pada paras harga semasa (ketika ini) antara US$1,200, $1,250 — dan tunggu harganya bergerak lebih tinggi ke paras US$4,000-5,000 satu aun. Dan kemudian membuat penilaian situasi ekonomi semasa.

Bertindak bijak. Anda tidak boleh hanya melakarkan pelan & kemudian menuruti pelan tersebut langkah demi langkah. Ia sesuatu yg merepek & tidak masuk akal.

Anda perlu mengikuti setiap perkembangan ekonomi. Anda perlu bersedia mencorakkan pemikiran anda berdasarkan kpd berita ekonomi terbaru.





Tuesday, July 9, 2013

PERKARA GILA MENGENAI EMAS DI SWISS

FAKTOR KEMUSNAHAN SISTEM KEWANGAN DUNIA


Dengan pergerakkan turun naik harga yg berterusan (volatility) pasaran global & harga minyak masih di niagakan pada paras di atas US$100, hari ini En John Embry memberi amaran kpd King World News (KWN) tentang ancaman yg bakal memusnahkan sistem kewangan dunia.

En Embry juga memperkatakan dgn panjang lebar mengenai pasaran Emas dan Perak dunia dalam satu temuramah eksklusif bersama beliau baru2 ini. 

En Embry:  “Kita akhirnya berjaya menjatuhkan harga emas dan perak ke paras terendah. Proses bagaimana ia berlaku begitu buruk, dan ia berlangsung di luar tindakan rasional pasaran jika dilihat pada harga logam berharga ketika ini.

Orang ramai mula sedar bahawa aktiviti perlombongan emas & perak, terutamanya perlombongan perak beroperasi jauh di bawah paras kos sebenar mereka.

Situasi sedemikian sangat tidak stabil. Bagaimanapun, saya lebih memberi fokus kpd pasaran bon kerana sebagaimana kita semua tahu, ia adalah faktor utama yg bakal memusnahkan sistem kewangan dunia.

“Sesuatu yg menarik perhatian apabila setiap kali petunjuk ekonomi menunjukkan angka positif, pasaran bon ibarat 'demam'. Sama ketika The Fed mengumumkan ia mungkin akan menghentikan aktiviti mencetak wang kerana kononnya ekonomi dilihat semakin pulih.

Jadi secara teknikalnya,pasaran bon dilihat semakin lemah dari hari ke hari. Realitinya jika The Fed tidak memberikan sokongan berterusan kpd pasaran bon, pasaran berkenaan telah lama menjunam & kadar faedah akan melonjak tinggi.

Malah walaupun The Fed di lihat terus secara agresif membeli semula bon2 kerajaan, kadar faedah tetap tinggi.

Hakikatnya jika sesiapapun membeli bon hari ini, mereka bakal menanggung risiko kemungkiran membayar hutang & inflasi melampau. Kesimpulannya saya fikir pasaran bon kini benar2 berada dlm keadaan meruncing & keadaanya menjadi bertambah buruk dari masa ke semasa. 

En Embry juga menambah:  “ Sebagaimana yg saya jelaskan sebelum ini, saya fikir pasaran emas dan perak sedang berada di paras harga terendah hari ini. Saya punya keyakinan penuh ia akan bergerak dari paras terendahnya dlm tempoh waktu terdekat kerana harganya telah di tindas terlalu agresif, dan apabila ia bertukar arah, harganya pasti akan melonjak tinggi. 

Bank Bullion di lihat kembali membuat belian selepas aktiviti jualan pendek sebelum ini. Ia merupakan salah satu  syarat utama terhadap pemulihan harga pasaran emas dan perak.

Pasaran juga di lihat mula membincangkan secara terbuka berhubung hakikat bagaimana negara seperti Russia and Chinas sememangnya sedar harga emas sedang di tindas tetapi mereka sengaja membiarkannya.

Ia mengingatkan saya mengenai sidang mesyuarat GATA yg saya hadiri pada 2005. Sidang tersebut turut dihadiri oleh para pegawai kanan rasmi dari Russia yang menyatakan ianya adalah antara persidangan terbaik pernah mereka hadiri. Ketika itu harga emas berada pada kedudukan US$430 satu aun.Jadi, para pegawai ini telah kembali ke Russia & dlm tempoh tidak sampai 9 bulan, harga emas telah meningkat kpd US$730 satu aun.

Tujuan saya menyatakannya adalah saya percaya bahawa masyarakat di Timur, Russia dan China mengetahui & sedar mengenai peluang utk mereka membeli seberapa banyak emas pada harga diskaun terendah. Dan mereka menggunakan kesempatan tersebut sebaiknya dgn memborong seberapa banyak fizikal emas yang ada. 

Apabila semua emas pada harga murah ini habis dijual, dan pihak2 di Timur ini tidak lagi dapat membeli emas pada harga diskaun, sudah tentu harga logam berharga tersebut akan mula bergerak tinggi." 

En Embry juga memberi amaran mengenai situasi kewangan yg bakal memberi impak kpd pasaran emas dan perak dunia. Terdapat ramai peramal ekonomi yg mengeluarkan teori masing2 tetapi saya tidak fikir ianya akan mempengaruhi harga emas dan perak utk melonjak tinggi. 

Saya bersetuju dgn kenyataan En Marc Faber dlm satu temubual dgn anda baru2 ini yg mengatakan sesiapapun yg memiliki asset kewangan hari ini ditakdirkan akan bernasib malang apabila berlaku kemusnahan ekonomi.

Jika itu kes yang dibangkitkan , saya tidak bersetuju dgn beliau. Satu2nya faktor yg menyebabkan harga emas dan perak bakal melonjak tinggi kerana ianya adalah satu2nya asset yang bebas dari risiko pihak ke 3 berbanding asset kewangan lain.

Juga, jika anda gabungkan semua fizikal emas & perak termasuk saham bersandarkan perak di seluruh dunia hari ini, saya tidak fikir ia mencecah angka walau 1% pun dari keseluruhan asset kewangan global. 

Ketika era kenaikan besar (bull markets) pasaran logam berharga sebelum ini, logam emas & perak mencecah  5% hingga 10% dari keseluruhan asset kewangan dunia.  

Jadi natijahnya, apabila pergerakkan harga mula bergerak sebaliknya, saya percaya ia akan mencecah kenaikkan harga yang amat besar.

Hakikat bahawa sentimen semasa harga emas dan perak yg agak rendah hari ini, mencerminkan sesuatu yg agak lucu. Cara bagaimana harganya di tindas amat mengejutkan.”