Tulisan En Bill Bonner di The Daily Reckoning
Jumaat, 7/05/2013 16:31.
Jika anda sedar bahawa anda tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap harga emas di masa akan datang, ia sebenarnya satu berita baik utk anda.
ZURICH adalah antara bandaraya yg sangat menarik di dunia.
Terlalu banyak sejarah! Terlalu cantik! Terlalu banyak wang!
Anda hampir tidak boleh membaling syilling emas Kruggerand sesuka hati kerana ia pasti akan terkena kepala golongan Banker yg kaya raya atau isteri mereka yg ibarat model. Golongan ini gemar berjalan sambil bersiar2 di sepanjang Limmatquai. Makan malam di Kronenhalle. Dan membeli belah di Bahnhofstrasse.
Dan apa pendapat mereka tentang pasaran hari ini?
"Apa yang berlaku adalah sesuatu yg gila," kata seorang rakan. "Tetapi perkara gila biasa berlaku. Anda hanya perlu pastikan agar tidak melakukan perkara yang sama."
Benarkah berlaku perkara gila?
Kami sedar berlaku kejatuhan besar harga emas. Syarikat perlombongan emas menerima kesan yang teruk.
Whassup?
Berakhirnya pembetulan harga emas di pasaran?
Hanya orang bodoh sahaja yg berpura-pura & seolah tahu bila harga emas benar2 berada diparas terendahnya. Kami jangkakan pada kedudukan harga US$1100 awal minggu ini. Rakan kita , En Chris Hunter berpendapat ia akan turun lebih rendah lagi.
Tiada siapa tahu. Tetapi ramai orang fikir mereka tahu. Dan apabila org ramai fikir mereka tahu sesuatu yg mereka sebenarnya tidak mampu utk tahu, ia adalah peluang kpd sesiapa yg tidak tahu & mereka yg tahu bahawa mereka tidak tahu.
Adakah ianya jelas?
Rakan lama kita , En Mark Hulbert dari The Hulbert Financial Digest melaporkan bahawa penasihat kewangan bebas juga tidak pernah sebegini negatif terhadap prospek pelaburan emas seperti hari ini.
Petunjuk lain juga memberitahu kita bahawa org awam dan profesionals juga secara meluas menentang logam kuning tersebut.
Walaupun ketika harga emas berada di puncak- apabila ia mencecah US$1900 satu ounce – Hanya sebilangan kecil pelabur memiliki emas.Emas dianggap satu pelaburan yg aneh, kabur dan menakutkan.
Kerana bilangan org yang memiliki emas agak kecil, golongan ini tidak gembira melihat kejatuhan harga emas.
Dan apabila pembetulan harga mula berlaku, pelabur2 yg sebelum ini memasuki pasaran emas pada saat2 akhir kerana khuatir akan ketinggalan dibelakang memikirkan bahawa mereka perlu keluar dari pasaran secepat mungkin.Langkah inilah yg menyebabkan berlakunya kejatuhan besar harga emas di pasaran.
Sementara itu, pelabur serius tidak membuat spekulasi berkaitan pergerakkan harga emas selanjutnya atau di masa akan datang. Mereka hanya mengumpul seberapa banyak emas & mengukur kekayaan mereka dengan emas2 tersebut.
Baru2 ini, kita dengar pelabur professionals berkata , masyarakat tidak lagi perlukan emas. Mereka berkata Emas hanya bersifat perlindungan utk menentang Bank Pusat sekiranya Bank2 tersebut 'bertindak liar' atau bangkrap.
Dan, ketika ini The Fed memberi isyarat bahawa mereka bersedia utk menghentikan (taper) aktiviti pembelian bon.
Jadi tiada keperluan utk membeli emas, terutama apabila indeks harga rasmi pengguna hanya meningkat sekitar 1.4% setahun.
Tetapi indeks harga pengguna bukanlah satu2nya petunjuk inflasi. Bukan juga yg utama.
Petunjuk jelas inflasi adalah apabila berlaku peningkatan nilai yang akan memberi keuntungan kpd sebilangan kecil rakyat (1%) tetapi merugikan rakyat terbanyak.
Mereka2 yg memiliki asset kewangan, saham terutamanya melihat bagaimana kekayaan mereka meningkat melalui manipulasi Bank Pusat.
Itulah jenis inflasi yang disukai oleh kebanyakkan orang. Walaupun mereka bukan sebahagian drp golongan 1% tadi & mereka tidak memiliki sebarang saham.
Mereka gembira melihat peningkatan indeks Wall Street. Mereka seperti En Ben Bernanke (Pengerusi The Fed) , membayangkan bahawa kekayaan atau wang yg banyak di pasaran saham akan meresap masuk & mengalir ke sektor lain sekaligus menguntungkan rakyat.
Mereka betul. Ia memang meresap masuk ke ekonomi pengguna.Bagaimanapun bukan sebagai kekayaan tetapi sbg anti kekayaan. Harga utk tisu tandas, lot letak kereta dan makanan melonjak tinggi. Mereka2 yang bekerja makan gaji mendapati bahawa kuasa beli mereka semakin mengecil atau hilang.
Kita masih belum berada di peringkat tersebut. Harga pengguna masih berada di paras rendah. Malah, kita kelihatan berada di tahap disinflasi daripada kitaran inflasi.
Malah, setakat ini kita di lihat berada jauh dari inflasi harga pengguna di mana pelabur tidak dpt melihat ianya semakin hampir.
Mereka berfikiran bahawa semuanya berada dlm keadaan baik di bawah kawalan The Fed. Mereka berpendapat bahawa asas ekonomi berada dlm keadaan kukuh & polisi kewangan juga berada dlm keadaan baik. Mereka percaya En Bernanke mampu menyelaras segala permasalahan pasaran.
Berbanding mereka , kami tidak mengiktiraf spekulasi- tidak dalam pasaran emas atau mana2 pasaran lain. Kebanyakkan org mempunyai pandangan bertentangan dgn kami.
Sebaliknya, urus wang anda sebagaimana cara orang2 yg serius lakukan, Cara bagaimana yang di lakukan oleh orang2 Swiss.
Jika anda belum lakukannya lagi, mulakan program pengumpulan emas sepanjang hayat anda, bukan membuat spekulasi harga emas.
Peruntukkan sejumlah wang & belilah emas setiap bulan. Dan berdoalah agar harganya terus turun agar anda boleh membeli emas dgn lebih banyak lagi,menggunakan wang simpanan anda.

No comments:
Post a Comment