Tuesday, July 9, 2013

FAKTOR KEMUSNAHAN SISTEM KEWANGAN DUNIA


Dengan pergerakkan turun naik harga yg berterusan (volatility) pasaran global & harga minyak masih di niagakan pada paras di atas US$100, hari ini En John Embry memberi amaran kpd King World News (KWN) tentang ancaman yg bakal memusnahkan sistem kewangan dunia.

En Embry juga memperkatakan dgn panjang lebar mengenai pasaran Emas dan Perak dunia dalam satu temuramah eksklusif bersama beliau baru2 ini. 

En Embry:  “Kita akhirnya berjaya menjatuhkan harga emas dan perak ke paras terendah. Proses bagaimana ia berlaku begitu buruk, dan ia berlangsung di luar tindakan rasional pasaran jika dilihat pada harga logam berharga ketika ini.

Orang ramai mula sedar bahawa aktiviti perlombongan emas & perak, terutamanya perlombongan perak beroperasi jauh di bawah paras kos sebenar mereka.

Situasi sedemikian sangat tidak stabil. Bagaimanapun, saya lebih memberi fokus kpd pasaran bon kerana sebagaimana kita semua tahu, ia adalah faktor utama yg bakal memusnahkan sistem kewangan dunia.

“Sesuatu yg menarik perhatian apabila setiap kali petunjuk ekonomi menunjukkan angka positif, pasaran bon ibarat 'demam'. Sama ketika The Fed mengumumkan ia mungkin akan menghentikan aktiviti mencetak wang kerana kononnya ekonomi dilihat semakin pulih.

Jadi secara teknikalnya,pasaran bon dilihat semakin lemah dari hari ke hari. Realitinya jika The Fed tidak memberikan sokongan berterusan kpd pasaran bon, pasaran berkenaan telah lama menjunam & kadar faedah akan melonjak tinggi.

Malah walaupun The Fed di lihat terus secara agresif membeli semula bon2 kerajaan, kadar faedah tetap tinggi.

Hakikatnya jika sesiapapun membeli bon hari ini, mereka bakal menanggung risiko kemungkiran membayar hutang & inflasi melampau. Kesimpulannya saya fikir pasaran bon kini benar2 berada dlm keadaan meruncing & keadaanya menjadi bertambah buruk dari masa ke semasa. 

En Embry juga menambah:  “ Sebagaimana yg saya jelaskan sebelum ini, saya fikir pasaran emas dan perak sedang berada di paras harga terendah hari ini. Saya punya keyakinan penuh ia akan bergerak dari paras terendahnya dlm tempoh waktu terdekat kerana harganya telah di tindas terlalu agresif, dan apabila ia bertukar arah, harganya pasti akan melonjak tinggi. 

Bank Bullion di lihat kembali membuat belian selepas aktiviti jualan pendek sebelum ini. Ia merupakan salah satu  syarat utama terhadap pemulihan harga pasaran emas dan perak.

Pasaran juga di lihat mula membincangkan secara terbuka berhubung hakikat bagaimana negara seperti Russia and Chinas sememangnya sedar harga emas sedang di tindas tetapi mereka sengaja membiarkannya.

Ia mengingatkan saya mengenai sidang mesyuarat GATA yg saya hadiri pada 2005. Sidang tersebut turut dihadiri oleh para pegawai kanan rasmi dari Russia yang menyatakan ianya adalah antara persidangan terbaik pernah mereka hadiri. Ketika itu harga emas berada pada kedudukan US$430 satu aun.Jadi, para pegawai ini telah kembali ke Russia & dlm tempoh tidak sampai 9 bulan, harga emas telah meningkat kpd US$730 satu aun.

Tujuan saya menyatakannya adalah saya percaya bahawa masyarakat di Timur, Russia dan China mengetahui & sedar mengenai peluang utk mereka membeli seberapa banyak emas pada harga diskaun terendah. Dan mereka menggunakan kesempatan tersebut sebaiknya dgn memborong seberapa banyak fizikal emas yang ada. 

Apabila semua emas pada harga murah ini habis dijual, dan pihak2 di Timur ini tidak lagi dapat membeli emas pada harga diskaun, sudah tentu harga logam berharga tersebut akan mula bergerak tinggi." 

En Embry juga memberi amaran mengenai situasi kewangan yg bakal memberi impak kpd pasaran emas dan perak dunia. Terdapat ramai peramal ekonomi yg mengeluarkan teori masing2 tetapi saya tidak fikir ianya akan mempengaruhi harga emas dan perak utk melonjak tinggi. 

Saya bersetuju dgn kenyataan En Marc Faber dlm satu temubual dgn anda baru2 ini yg mengatakan sesiapapun yg memiliki asset kewangan hari ini ditakdirkan akan bernasib malang apabila berlaku kemusnahan ekonomi.

Jika itu kes yang dibangkitkan , saya tidak bersetuju dgn beliau. Satu2nya faktor yg menyebabkan harga emas dan perak bakal melonjak tinggi kerana ianya adalah satu2nya asset yang bebas dari risiko pihak ke 3 berbanding asset kewangan lain.

Juga, jika anda gabungkan semua fizikal emas & perak termasuk saham bersandarkan perak di seluruh dunia hari ini, saya tidak fikir ia mencecah angka walau 1% pun dari keseluruhan asset kewangan global. 

Ketika era kenaikan besar (bull markets) pasaran logam berharga sebelum ini, logam emas & perak mencecah  5% hingga 10% dari keseluruhan asset kewangan dunia.  

Jadi natijahnya, apabila pergerakkan harga mula bergerak sebaliknya, saya percaya ia akan mencecah kenaikkan harga yang amat besar.

Hakikat bahawa sentimen semasa harga emas dan perak yg agak rendah hari ini, mencerminkan sesuatu yg agak lucu. Cara bagaimana harganya di tindas amat mengejutkan.”


No comments: