Khamis ,27/6/2013 18:07
Apa faktor yg menyebabkan suasana kelam kabut utk menjual emas anda...?
TIDAK KIRA di mana saya berada, saya melihat seolah berlaku keadaan di mana org ramai seperti tergesa-gesa utk menjual emas milik mereka,tulisan En Michael Lombardi di Profit Confidential.
Utk minggu2 berakhir pada 21 jun 2013, asset di SPDR Gold Trust (NYSEArca/GLD)—dagangan bursa tukaran produk jongkong emas terbesar (ETP) telah menyusut di bawah 1,000 tan.
Ia adalah kali pertama sejak Februari 2009, pegangan jongkong emas utk dana berkenaan mencecah angka tersebut (sumber Bloomberg, 24 Jun 2013)
Bukan itu sahaja. Malah pegangan jongkong emas di ETPs utk tahun ini sahaja telah merosot sebanyak 533.3 metrik tan & Societe Generale (juga dirujuk sbg SocGen)—Bank terbesar di Peranchis ,menjangkakan bahawa pelabur emas akan menjual sebanyak 285 tan emas lagi utk tahun ini.
Saya seorg yg mempunyai pandangan bertentangan. Peningkatan jualan dlm skala yg besar & sikap negatif majoriti masyarakat pelabur terhadap jongkong emas kpd saya adalah petanda akan berlaku kenaikan harga yg lebih tinggi pd masa akan datang (bullish indicator).
Penurunan harga jelas ibarat memisahkan antara seorang lelaki matang dgn kanak2. Sentiasa ingat: buy when there's blood in the streets.
Prospek terhadap harga emas kekal kukuh walaupun berlaku penurunan harga.
Perkara paling teras adalah, emas pada dasarnya berperanan utk melindungi anda dari suasana ketidaktentuan ekonomi. Masalah ekonomi yg kita hadapi skg masih belum berakhir. Malah masalah baru mula muncul.
Keadaan ekonomi global semakin memburuk. Dgn krisis hutang Eurozone yg terus berlarutan, kini masalah baru di China di lihat bakal mengancam ekonomi global.
Negara tersebut dijangka berhadapan dgn pertumbuhan ekonomi lemah tahun ini, dan kebimbangan terhadap krisis hutang ekonomi China merebak sangat cepat.
Apa yg tidak disedari oleh pembenci emas (gold bears) adalah bank pusat di seluruh dunia terus mencetak lebih banyak wang kertas.
Bank of Japan, melalui program quantitative easing (pelonggaran kuantitatif) , kini membeli hampir USD$72.0 billion nilai bon; Bank Pusat Eropah (ECB) telah merendahkan kadar faedah selepas berikrar akan melakukan apa sahaja utk menyelamatkan rantau tersebut.
Federal Reserve (Rizab Persekutuan) masih terus mencetak wang kertas berjumlah USD$85 billion setiap bulan & membeli bon kerajaan serta sekuriti gadai janji (mortgage-backed securities). Kerja2 mencetak wang ini masih lagi berjalan & tiada sebarang tanda ia akan berhenti. Bagaimanapun The Fed , baru2 ini telah memberikan isyarat kpd pasaran bahawa mereka mungkin akan menghentikan amalan ini (mencetak wang).
Disebalik semua ini, Bank Pusat di seluruh dunia masih lagi terus membeli jongkong emas utk mempelbagaikan (diversify) rizab mereka. Mereka sedar bahawa mereka tidak mampu bergantung harap kpd rizab dlm bentuk matawang kertas US Dollar yg boleh diibaratkan sprt 'tisu tandas' itu.
Malah permintaan utk memiliki emas juga meningkat dikalangan pelabur runcit. Mereka kini berpeluang utk membeli lebih byk jongkong emas ketika harga murah.
Kita dapat melihat bagaimana permintaan terhadap emas di negara pengguna emas terbesar dunia, India dan China meningkat dgn drastik. Rakyat tempatan dilihat berebut2 mengunakan peluang kejatuhan harga emas ketika ini utk meningkatkan belian.
Jadi dlm suasana negatif tentang emas, saya melihat petanda atau trend bahawa harga emas akan terus meningkat di masa akan datang (bullish sign) .
Untuk itu, saya akan terus mengekalkan pegangan logam berharga milik saya. Persoalan bilakah harga emas akan mengalami penurunan harga terendahnya, ia adalah sesuatu yg sukar diramal. Tetapi saya rasa kita telah semakin hampir ke harga terendah sebelum harga emas berpatah balik untuk naik lebih tinggi pada masa terdekat.
No comments:
Post a Comment