Monday, July 15, 2013

STANDARD PIAWAIAN EMAS PERIBADI ANDA

Asia Gold-Shanghai gold premiums remain high, supply tight

Oleh En James Rickards, The Daily Reckoning 12 Jul 2013, 9:22 AM.
  
Tidak ada satupun Bank Pusat di dunia ini yang berhasrat utk kembali menggunakan standard piawaian emas. Tetapi itu bukan persoalan pokoknya. Hakikatnya mereka terpaksa menerimanya samada rela atau tidak.

Saya berpeluang berbual dgn sebahagian daripada Presiden Federal Reserve. Bila saya bertanya soalan, “Adakah terdapat had teori kepada penyata imbangan kunci kira2 The Fed?” 

Jawapan mereka TIDAK. Mereka berkata terdapat polisi utk memastikan samada ianya berada di paras tinggi atau rendah, tetapi tiada sebarang had jumlah yang ditetapkan untuk membolehkan mereka mencetak seberapa banyak wang kertas yang diinginkan.

Ia jelas sesuatu yg salah. Tetapi itulah yang mereka katakan; Itulah cara mereka berfikir. dan itulah caranya mereka bertindak. Tetapi jauh di sudut hati mereka, saya percaya  sebilangan mereka di The Fed tahu ianya salah & tidak betul. Tetapi mereka jelas bernasib baik kerana org ramai boleh mengundi dgn menggunakan kaki bukannya akal.

Saya sering memberitahu org ramai yg berkata, kita kini tidak lagi berada pada era zaman gold standard, tetapi sebenarnya mereka tersilap.

Anda boleh menggunakan sistem standard piawaian emas peribadi hanya dengan membeli emas.

Dalam erti kata lain, jika anda fikir nilai wang kertas bakal berada dlm keadaan bahaya, atau keyakinan masyarakat terhadap wang kertas semakin terhakis, satu cara mudah utk melindungi diri anda adalah dgn membeli emas. Dan tiada siapa yang boleh menghalang anda berbuat demikian.

Dan jawapan tipikal yg biasa kita dengar adalah, “Apa faedahnya memiliki emas? Sudah tentu kerajaan akan menyita atau merampasnya, sama sepertimana yg dilakukan oleh Presiden Roosevelt pada tahun 1933?”

Saya tidak fikir mereka mampu berbuat demikian.

Pada tahun 1933, dunia baru 4 tahun melalui kemelesetan besar. Presiden Roosevelt baru dilantik menjadi Presiden. Tatkala orang ramai bercakap mengenai 100 hari pertama pentadbiran beliau, Roosevelt sebaliknya menutup semua bank sebaik mengangkat sumpah Presiden. Dan beberapa minggu kemudian beliau menyita & merampas emas milik rakyat Amerika Syarikat.

Dan ia seolah En Elliot Ness pergi dari pintu ke pintu, memecah masuk rumah anda & merampas semua emas yang ada.

Mereka mahu mendapatkan sebilangan kecil manusia @ org perseorangan yg mempunyai 400 auns jongkong emas yg disimpan di dalam bilik peti besi simpanan bank.

Dan mereka berjaya mengesan golongan ini kerana kerajaan mampu menutup bank2 & menggunakan golongan ini sbg perantara utk merampas jongkong2 emas tersebut.

Tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza. Pemilikan emas oleh masyarakat individu lebih berselerak di seluruh dunia & lebih sulit lagi masyarakat mempunyai kepercayaan yg tipis terhadap kerajaan.

Hari ini jika K'jaan cuba utk merampas @ menyita emas milik rakyat, sudah tentu mereka bakal berhadapan dgn pelbagai bentuk tentangan dari org ramai.

K'jaan sedar tentang perkara ini. Jadi mereka pastinya tidak akan mengeluarkan perintah sedemikian kerana tahu ianya tidak boleh dikuatkuasakan kecuali bersedia utk berdepan tindakan perundangan dan kemarahan rakyat.

Selagi mana anda boleh memiliki emas, anda boleh meletakkan diri anda kpd sistem piawaian emas peribadi dgn menukarkan wang kertas milik anda kpd emas. 

Saya mencadangkan anda berbuat demikian. Bukan semua, tetapi saya cadangkan bagi para pelabur konservatif agar memperuntukkan 10% drp portfolio asset anda dalam bentuk emas fizikal, dan utk pelabur agresif mungkin 20%- tidak lebih dari itu.

Ia adalah peruntukkan yg agak tinggi jika dibandingkan dgn apa yg dimiliki oleh ramai org di luar sana. Kebanyakkan org langsung tidak memiliki emas. Malah jika anda gabungkan emas milik semua institusi besar, alokasi asset emas mereka adalah hanya sekitar 1.5%.  

Jadi walaupun asset emas anda mungkin berada pada julat yg agak rendah, anda sekurang2nya masih memiliki sekitar 10%. Malah institusi besarpun tidak mampu menggandakan alokasi emas mereka walaupun kpd angka 3%.

Sudah tentu jumlah emas di dunia tidak mencukupi pada harga semasa hari ini utk memenuhi permintaan. Untuk itu kita boleh menjangkakan harganya bakal melonjak lebih tinggi pada masa akan datang.

Namun, Bank Pusat tetap enggan utk kembali kpd sistem piawaian emas. 

Tetapi jika emas di anggap sbg asset tidak  bertamadun & ketinggalan zaman, jika emas tidak mempunyai sebarang peranan dlm sistem monetari & jika emas di anggap sebagai satu pelaburan 'bodoh', Jadi mengapa negara China memiliki jumlah emas berjumlah sehingga 5,000 tan? Adakah mereka juga bodoh? 

Jika senario ini berlanjutan, anda bakal melihat harga emas akan melonjak lebih tinggi. Dan ia kemungkinan akan melonjak tinggi dlm masa terdekat.

Ia tidak akan melonjak naik 10% setiap tahun utk tempoh selama 7 tahun berturut2 atau naik 2 kali ganda. Ia akan meningkat naik sedikit demi sedikit dgn situasi volatility (turun naik harga) yang kerap.  

Harga akan meningkat naik sedikit demi sedikit...sebelum berlaku lonjakan harga yg bakal mengejutkan pelabur. Ia mungkin akan berlaku dlm tempoh 90 hari atau paling lama 6 bulan dari sekarang.

Apabila ianya berlaku, anda akan melihat 2 jenis masyarakat Amerika. Anda akan melihat golongan masyarakat Amerika yg jelas tidak bersedia. Simpanan dlm bentuk kertas akan terhapus. Dana pencen, insuran dan anuiti akan hilang nilai akibat inflasi..kerana anda harus ingat, kenaikan bukan sahaja berlaku terhadap harga emas. 

Ia seperti meletakkan thermometer kpd pesakit. Kemudian  melihat suhu tubuh pesakit berada pada angka 104-degree & anda menyalahkan thermometer tersebut. Sudah tentu  thermometer tidak boleh dipersalahkan, ia sekadar memberitahu anda apa yg sedang berlaku terhadap tubuh anda.

Dalam masa sama, harga emas bukanlah objek ekonomi atau bermatlamat menonjolkan nilainya sendiri. Ia adalah satu isyarat harga. Ia memberitahu anda apa yang sedang berlaku terhadap ekonomi.

Dan emas pada harga yg saya perkatakan membawa maksud bahawa kita kini semakin menghampiri inflasi melampau atau sedang menuju ke arah itu kerana tiada apa yg berlaku tanpa sebarang sebab atau secara kebetulan.

Pada ketika itu, anda perlu menaruh lebih kepercayaan terhadap emas.Skg anda telah berada di ambang ekonomi. Pada saat anda terfikir pertalian antara emas & wang kertas yg wujud hari ini secara seiringan, anda akan berada pada kedudukan harga  US$7,000-8,000 utk satu auns emas.

Ia bukan sesuatu yg direka-reka. Ia bukan di buat bg tujuan provokatif. Ia adalah kiraan matematik sebenar. Ia adalah angka yg anda dapat apabila anda membahagikan bekalan wang kertas hari ini dgn fizikal emas yang berada di pasaran.
Your Personal Gold Standard
Org ramai perlu memberi perhatian terhadap senario tersebut. Samada org2 China sememangnya ketagihkan emas ibarat candu atau org ramai akan mula mendapatkan emas, sesuatu yg sememangnya terpaksa di lakukan & tidak dpt di elakkan oleh org ramai.

Tetapi sekiranya anda berdepan dgn kekurangan bekalan wang kertas (sesuatu yg mustahil berlaku) dan terdapat had sempadan inflasi melampau (juga sesuatu yg mustahil), mereka mungkin terpaksa melaksanakan sistem piawaian emas. Bukan kerana mereka inginkan ianya dilaksanakan, tetapi kerana ianya terpaksa & perlu dilakukan utk menstabilkan pasaran.

Saya mencadangkan anda membeli emas pada paras harga semasa (ketika ini) antara US$1,200, $1,250 — dan tunggu harganya bergerak lebih tinggi ke paras US$4,000-5,000 satu aun. Dan kemudian membuat penilaian situasi ekonomi semasa.

Bertindak bijak. Anda tidak boleh hanya melakarkan pelan & kemudian menuruti pelan tersebut langkah demi langkah. Ia sesuatu yg merepek & tidak masuk akal.

Anda perlu mengikuti setiap perkembangan ekonomi. Anda perlu bersedia mencorakkan pemikiran anda berdasarkan kpd berita ekonomi terbaru.





No comments: