Saturday, January 18, 2014

MENGAPA PIHAK BARAT TERUS MENJUAL EMAS & CHINA PULA SIBUK MEMBELINYA.

oleh En Alasdair Macleod / Diterbitkan pada 17 January 2014
Sebilangan pembaca & penulis Blog baru2 ini mengutarakan pandangan bahawa kemungkinan terdapat 'pakatan atau persefahaman sulit' di meterai antara Kjaan Amerika Sykt & China berhubung pengaliran atau pemindahan emas fizikal dari pasaran modal di Barat ke Timur. 

Mereka beranggapan Kjaan kedua2 negara mengetahui & sedar apa yang mereka lakukan, dan merancang konspirasi pakatan yg lebih besar , yg tidak di sedari oleh org ramai.  

Hakikat sebenarnya adalah China dan pasaran modal Barat mempunyai pandangan yg berbeza & bertentangan mengenai logam emas itu sendiri.

Di pasaran modal Jongkong Emas London (London Bullion Market), anda akan berdepan kesukaran utk berjumpa dgn mana2 individu yg menganggap @ mengiktiraf peranan logam emas sebagai wang.

Bagi mereka emas tidak lagi berperanan sbg wang & minat serta permintaan tinggi China terhadap logam tersebut tidak akan memberi sebarang kesan kpd sistem monetari (kewangan) dunia. 

Sebaliknya ia mengancam perniagaan Bank Bullion yg sebelum ini menggunakan asset kewangan tersebut utk membuat lebih byk wang melalui nilai fizikalnya dlm bentuk yuran simpanan, komisen, kadar faedah, pajakan dsbgnya. 

Natijahnya logam tersebut kini rakus diborong oleh golongan makcik2 tua dan surirumah di Negara China. 

Amat jelas, hampir sebilangan besar golongan Bankers di Barat berkongsi pandangan yg sama. Mempercayai bahawa logam emas tidak akan kembali memainkan sebarang peranan dlm sistem monetari dunia.  

Kita juga tahu, penasihat Kjaan di China berpendidikan Marxist, dan mereka mempunyai falsafah ekonomi yg amat bertentangan dgn golongan Keynesians' mengenai fungsi logam emas itu sendiri.

Mereka membesar & hidup dgn kepercayaan bahawa sistem kapitalis Barat akhirnya akan memusnahkan pihak Barat. Jesteru itu mereka juga percaya sistem matawang Barat bersandarkan kertas ini juga akan tersungkur akhirnya.  

Kalau tidak. kita hanya mampu berspekulasi, tetapi kesimpulan berikut mungkin mampu menjawab logik mengapa  China sibuk mengumpul emas:-
  • Terdapat pandangan meluas di kalangan rakyat China bahawa emas mempunyai sifat sbg 'wang yg mutlak', jadi adalah sesuatu yg berfaedah & amat berbaloi utk mereka mengumpul seberapa byk emas yg mampu dgn cara menjual matawang asing yg dianggap tidak mempunyai sebarang nilai. 
  • Menggalakkan rakyat mengumpul emas mampu mencapai 2 objektif : Pertama- jika rakyat biasa dapat melindungi kekayaan mereka dgn cara membeli emas, ia akan melahirkan satu golongan masyarakat yg lebih setia serta taat kpd negara dan kurang memberontak sekiranya berlaku kegawatan atau kesukaran ekonomi melanda China ; dan keduanya- pembelian peribadi emas oleh rakyat dapat mengurangkan lebihan dagangan negara, dan dlm masa yg sama mampu mengurangkan pengumpulan rizab matawang asing.
  • Emas secara asasnya diterima sbg 'wang terunggul' di seluruh Asia sejak zaman berzaman. Masyarakat Asia punya 'minat & keterujaan yg tinggi terhadap logam emas', dan ia amat baik utk kepentingan rantau jangkapanjang China. 
  • Kerajaan China (atau Parti Komunis) membeli emas utk kegunaan sendiri. Andaian bahawa mereka menggunakan emas utk mengukuhkan matawang Remimbi adalah satu tindakan yg dilihat amat praktikal untuk dilakukan pada hari ini. Malah K'jaan China mungkin mempunyai sebab yg lebih strategik yg tidak didedahkan mereka disebalik usaha berterusan mengumpul emas.
  • Membiarkan simpanan emas di Barat semakin terhakis dan berkurangan akan memberikan kelebihan leveraj yg besar kpd China dlm berdepan dgn 'perang matawang' hari ini. Ia pasti amat berguna kpd matawang Remimbi apabila perang matawang ini semakin 'panas' di masa hadapan.
  • Utk itu idea bahawa Amerika Sykt & China berpakat bagi menentukan halatuju pasaran emas dunia adalah sesuatu yang 'MENGARUT' dan 'TIDAK LOGIK'. Hakikatnya semuanya berkait rapat dgn pertentangan philosophy @ falsafah kedua2 negara tersebut mengenai peranan logam emas itu sendiri.
  • Ekonomi maju di Barat berkembang & terselamat tanpa menggunakan emas sebagai wang utk tempoh sekitar 100 tahun yg lepas. Matawang & inflasi hutang (credit inflation) telah menghasilkan industri kewangan moden yg bergantung penuh kpd penggunaan Wang Kertas Fiat. Semua org dlm sistem kewangan perdana hari ini (mainstream finance), percaya  bahawa mereka akan membuat lebih banyak untung & dunia akan lebih makmur dgn menggunakan wang kertas ini sbg medium perdagangan. Utk itu mereka kurang pendedahan & terus mengenepikan fungsi emas utk kembali sbg wang di masa hadapan.
Kerana itulah mengapa pihak Barat di lihat langsung tidak merasa bimbang walaupun  mereka semakin kehilangan fizikal emas milik mereka. 

Dan China dilihat amat seronok kerana berpeluang utk membuat seberapa banyak belian pada harga yg murah. 

Mereka sudah tentu akan terus membeli tanpa memikirkan harga jualan emas di pasaran. 

Kerana mereka tahu EMAS adalah satu-satunya  WANG YANG PALING TULEN, sebenarnya.


No comments: