Saturday, December 28, 2013

DISEBALIK PROPAGANDA, “PIHAK BARAT BERTERUSAN MEMUSNAHKAN DIRI MEREKA SENDIRI”

Hari ini tokoh yg pernah menetap di 18 buah negara di seluruh dunia dan berpengalaman menyaksikan sendiri keruntuhan ekonomi kebanyakan negara tersebut secara langsung, memberi amaran kpd kami bagaimana " pihak Barat sedang berterusan memusnahkan diri mereka sendiri.”  

En Keith Barron, yg merupakan jururunding dgn banyak sykt terkemuka di seluruh dunia & tokoh yg bertanggungjawab kpd salah satu penemuan terbesar emas pada abad ini, juga bercakap mengenai 'PERANG' terhadap logam emas dan perak yg sedang berlaku skg, dan jangkaan pada masa hadapan.

En Barron:  “Pelonggaran Kuantitatif (Quantitative Easing) ciptaan Rizab Persekutuan (The Fed) jelas telah gagal sepenuhnya kerana ia terbukti gagal menghasilkan & mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kpd rakyat terbanyak. Pihak bank dilihat memegang erat semua wang yg disalurkan The Fed, sebahagiannya kerana perjanjian Basel III. Perjanjian Basel III mensyaratkan pihak bank wajib mempunyai kecairan modal yg lebih besar.

“Jadi pihak Bank terus mengawal ketat aliran tunai mereka sbg persediaan sekiranya berlaku kegagalan tunai. Ini bermakna semua wang baru yg dicetak gagal menggerakkan ekonomi. Kita tahu kelulusan atau pergerakkan tunai agak perlahan ketika ini dan ia juga dipengaruhi oleh kadar faedah rendah yg di tetapkan The Fed. 

Sejak beberapa tahun ini, prestasi pasaran bon juga agak mendukacitakan pelabur. Oleh itu The Fed & Kerajaan Amerika Sykt memutuskan utk membiarkan indeks pasaran saham melonjak tinggi. Ketika ini pasaran saham jelas berdepan risiko gelembong ekonomi (bubble). Anda boleh lihat indeks Dow & S&P berada di paras kedudukan harian dan mingguan tertinggi ketika ini. 

Bertentangan dgn lonjakan pasaran saham, Amerika Sykt masih lagi berdepan dgn lebih 50 juta rakyat yg bergantung hidup kpd subsidi makanan. 

Kita juga melihat bagaimana semakin byk Majlis Perbandaran tempatan di Amerika Sykt berdepan kebangkrapan. Jadi The Fed & Pentadbiran White House Obama segaja mewujudkan gelembung pasaran saham. Kita sedang berdepan situasi tersebut skg.  

Ia juga memberi kesan & menjadi faktor utama mengapa pelabur Barat hilang minat terhadap pasaran emas dan perak. Bagaimanapun minat belian terhadap emas dan perak terus tinggi di pasaran Asia dan Timur Tengah.

Saya percaya minat pelabur di Barat terhadap logam emas dan perak akan kekal rendah sehinggalah berlaku keruntuhan terhadap pasaran saham. 

Apabila lonjakan pasaran saham mengalami keruntuhan, ianya akan berlaku tanpa sebarang amaran, dan pelabur yg memiliki fizikal logam emas dan perak bakal membuat keuntungan besar darinya.

Ketika ini beberapa sykt perlombongan utama menjadi sasaran pengambil alihan termasuklah Sykt Newmont Mining.  Newmont kini telah kehilangan 50% drp modal pasarannya sejak tahun lalu. 

Newmont adalah sebuah sykt perlombongan berdaya maju yg memiliki berpuluh ribu pekerja di seluruh dunia.

Ia mecatat keuntungan dan membayar dividen yg tinggi kpd pelabur tetapi harga nilaian sahamnya semakin merudum hari ini. 

Senario ini berlaku kpd hampir kesemua sykt utma dlm bidang perlombongan kerana hari ini ia dilihat sbg tempat di mana para pelabur tidak boleh menjana atau membuat sebarang wang darinya.  

Sepanjang fasa kemerosotan harga emas (bearish phase) hari ini, kita lihat semakin banyak fizikal emas telah lenyap dari peti besi simpanan pihak Barat.  

Kita juga melihat konspirasi serangan terancang terhadap pasaran Dana Tukaran Emas dan Perak (Exchange Trade Fund). Situasi ini bakal mempercepatkan pengaliran lebih banyak logam emas dari Negara Barat ke Negara Timur. 

Bank2 Bullion juga di lihat mengambil kesempatan utk membuat untung dari perbezaan harga emas di pasaran Shanghai dan London.  

Kita juga melihat jualan pendek terancang (coordinated short sale calls) terhadap emas dari Bank Bullion seperti Goldman Sachs, yg kemudiannya disusuli oleh ancaman lain seperti kenyataan palsu En Mario Draghi (Gabenor Bank Pusat Eropah) berhubung tindakan Cyprus yg kononnya akan menjual rizab emas negara tersebut. 

Jadi manipulasi terhadap pasaran logam emas sangat giat dijalankan pada tahun 2013. Ini bermakna peti kebal simpanan emas di United Kingdom, yang sebelum ini di gunakan utk menyimpan emas milik negara Barat, kini telahpun dikosongkan.  

Emas2 ini sebenarnya telah 'menggembara' ke 5 buah kilang penapisan emas di Switzerland, di mana ia telah di bentuk semula dari saiz asalnya iaitu jongkong emas seberat 400 ounce, kpd emas jongkong dlm bentuk 1kg atau 100 gm.  

Emas ini kemudian akan segera di hantar ke pasaran China ,India dan lain2 destinasi di Asia. Jadi pihak Barat di lihat terus memusnahkan diri mereka sendiri. 

Sementara itu di India, cukai import terhadap logam emas telah melonjak setinggi 15%. India bagaimanapun telah mula memansuhkan cukai yg membebankan ini kerana sedar bahawa tindakan tersebut telah merosakkan budaya negara mereka sendiri. 

Persoalan utama sebenarnya adalah, bilakah semua ini akan berakhir?

Anda tidak boleh memindahkan hampir kesemua emas di dunia ini dari Negara Barat ke Timur tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku.

China kini secara besar2an, semakin galak mengetengahkan matawang Yuan mereka dalam perdagangan antarabangsa. Mereka jelas berhasrat utk menjadikan Yuan sbg matawang paling kukuh di dunia dgn menyandarkannya kpd emas fizikal.  

China juga dilihat amat berahsia (extremely secretive) mengenai pembelian emas yg di lakukan mereka. Tetapi ia tidak menjadi masalah kerana matawang Yuan kelihatan di takdirkan akan menjadi matawang utama & pilihan dalam transaksi kewangan antarabangsa.  

En Barron menambah:  “Pasaran emas adalah pasaran yg paling teruk di manipulasi di dunia.  Ia bukan pasaran yg bebas dan adil. Kerajaan juga bertindak menetapkan kadar faedah mengikut kehendak mereka & ia memberi kesan terhadap pasaran rumah, komoditi dan pasaran kewangan lainnya. 

Tetapi dgn situasi seperti ini, ia hanya menunggu masa sebelum pasaran emas dan perak dunia bakal meledak. Saya tidak pasti bilakah fasa kemerosotan harga emas dan perak ini bakal berakhir, tetapi bila ia berlaku, ia bakal memberi letupan yg besar kpd pasaran. 

Bermakna harga emas dan perak bakal melonjak tinggi ke bulan.”



No comments: