Oleh Encik GE Christenson
Apa yg saya tahu dgn penuh pasti
- Kematian dan cukai!
- Sikap takut (fear) dan tamak (greed) adalah motivasi paling berkuasa.
- Individu, ahli perniagaan dan kerajaan hanya akan melaksanakan sesuatu perkara sekiranya ia difikirkan akan memberi manafaat kpd mereka.
- Ahli perniagaan & Kerajaan akan bermati-matian melindungi produk atau kepentingan mereka & menentang segala musuh & persaingan.
- Kekayaan mewujudkan elemen kuasa dan rasuah. Semakin besar kekayaan, semakin besar dan meluas kuasa dan rasuah.
- Logam Emas dan Perak telah di gunakan sebagai wang sejak lebih dari 3,000 tahun.
- Sejarah seringkali membuktikan sistem wang menggunakan kertas atau selain emas dan perak seringkali gagal & runtuh.
Apa yg saya fikirkan adalah sesuatu yg benar
- Produk paling asas milik Bank Pusat (Central bank) adalah matawang kertas yg tidak punya apa2 sandaran & boleh di cetak sesuka hati mereka tanpa sebarang had.
- Bank Pusat akan 'memerangi' segala musuh @ pesaing matawang kertas mereka. Seteru paling lama matawang kertas adalah logam emas, matawang yg dianggap purba.
- Ahli politik sentiasa ingin membelanjakan wang & meningkatkan kuasa mereka.
- Bankers sentiasa berhasrat mencipta lebih banyak wang, meminjamkannya kepada kerajaan, dan dgn itu melindungi & memastikan aliran pendapatan tetap mereka sentiasa meningkat.
Apa yg saya fikirkan tentang kesannya
- Bankers menggunakan kekayaan mereka utk mempengaruhi ahli politik. Ahli politik pula bertindak balas dgn merangka undang2 yg menguntungkan Bankers. Ia telah dipraktikkan sejak berabad lamanya.
- Bank Pusat berhasrat mengembangkan bekalan wang sekaligus meningkatkan bebanan hutang. Kesannya peningkatan harga barangan pengguna tidak dapat di elakkan.
- Keruntuhan matawang adalah ibarat kegagalan bank @ 'bank run' – keadaan di mana org ramai panik & berpusu2 mengeluarkan semua wang mereka dari bank kerana hilang keyakinan terhadap institusi perbankkan (situasi terbaru sprt di Cyprus). Dalam sistem 'fractional reserve banking , kegagalan bank adalah sesuatu yg tidak dpt dielakkan. Walaupun ianya mungkin bertahan selama beberapa dekad, matawang kertas tanpa sandaran emas amat mudah terdedah utk diturun nilai (devalue) dan akhirnya runtuh.
- Kegagalan Bank & keruntuhan matawang adalah sesuatu yg amat ditakuti para Bankers dan ahli politik. Mereka sanggup lakukan apa sahaja utk menyokong keyakinan org ramai terhadap produk mereka dan memusnahkan pesaing mereka.
Situasi di Amerika Syarikat
- Hutang dan perbelanjaan Kerajaan dilihat akan terus meningkat sehinggalah berlakunya keruntuhan matawang.
- Ianya akan melibatkan keruntuhan matawang US Dollar.
- Emas dan Perak akhirnya akan mencecah harga tertinggi akibat hilangnya nilai dan keyakinan orang ramai terhadap matawang US Dollar, sistem perbankkan & kelangsungan sistem kewangan dunia.
- Tembelang “Emas bersandarkan sijil” akhirnya akan terbuka – satu janji yang tidak akan di bayar di sebabkan emas yg dijanjikan sebenarnya tiada.
- Masyarakat akan menyedari bahawa emas fizikal adalah -kekayaan sebenar.
- Amerika Sykt & Eropah sedang memindahkan kekayaan sebenar mereka (emas) ke negara China, India, Russia, dan Negara2 Timur Tengah. China, India dan Russia sedang agresif membuat belian kerana mereka tahu dgn menukarkan wang kertas US Dollar & Euro kepada emas, ianya bakal mengukuhkan ekonomi mereka pada masa akan datang.
- Terdapat spekulasi terbuka bahawa ketika ini ,emas milik Kerajaan & Bank Pusat Amerika Sykt & Negara Eropah lainnya sebenarnya telah lama hilang, di pajak atau terjual ke tangan org lain.
Terima hakikat bahawa terdapat perkara yg tidak boleh kita ubah & bertindaklah berdasarkan fakta sebenar. Elakkan mendengar fiksyen dari pakar kewangan & ekonomi hari ini. Lindungi kewangan anda dgn memiliki logam emas dan perak & simpannya di tempat yg anda rasakan selamat. Dan pastikan anda menyimpannya di luar dari sistem bank.
aka Deviant Investor
No comments:
Post a Comment