Pages

Sunday, May 19, 2013

EMAS KERTAS VS LOGAM EMAS

Paper gold, Metal gold – when worlds diverge.

Harga emas kini sedang jatuh di pasaran. Itulah kenyataan yg sibuk di gembar-gemburkan oleh mainstream media, suratkhabar, penganalisis ekonomi dgn segala bentuk carta angka ketika ini.

Saya fikir apa yg sengaja tidak dilaporkan oleh mereka adalah - bertentangan dgn kejatuhan harga di pasaran ketika ini, nilai logam berharga tersebut serta minat utk memiliki emas di kalangan orang ramai terus meningkat dari hari ke hari.

Bunyinya agak tidak masuk akal bukan?  

Saya fikir ianya munasabah jika anda menyedari bahawa terdapat 2 jenis emas yang dijual di pasaran.

Pertama adalah logam atau emas fizikal, pilihan lainnya adalah emas dlm bentuk kertas atau sijil.

Dan jualan besar2an yg berlaku di pasaran yg menyebabkan kejatuhan besar harga emas hari ini adalah jualan emas bersandarkan kertas @ sijil ini & bukannya emas fizikal. 

Minat belian terhadap emas fizikal kekal tinggi di pasaran.

Ianya berlaku kerana jumlah emas dlm bentuk kertas adalah jauh lebih banyak daripada logam emas sendiri (sesuatu yg memang tidak masuk akal) dan ia sedikit sebanyak mengelirukan orang ramai yg tidak memahami apakah sebenarnya yg berlaku dlm pasaran emas kertas & logam emas.

Dan sebagaimana laporan Bloomberg hari ini, jualan singkat besar2an sebenarnya berlaku dlm pasaran emas kertas @ sijil yg di dominasi oleh pemilik dana2 besar sprt Soros Fund Management LLC dan BlackRock Inc.
Laporan suku tahun pertama 2013 memaparkan, antara dana2 amanah yg terlibat mengurangkan pegangan emas mereka di unit amanah SPDR adalah Soros Fund Management LLC dan BlackRock Inc.

Adakah ia membawa maksud bahawa George Soros dan  BlackRock tidak lagi berminat utk memiliki emas?  

Sebenarnya tidak sama sekali. 

Apa yg mereka tidak mahukan adalah emas dlm bentuk kertas. Mereka tidak berminat kpd kertas yg digunakan sbg jaminan utk menuntut emas mereka.

Kepada org ramai yg tidak faham apa itu ETPs (Exchange Traded Products) , ianya sama seperti ETF’s (Exchange Traded Funds) & kedua2nya adalah kertas @ resit tuntutan & bukannya emas fizikal sebenar.

Jika anda membeli emas melalui ETP, anda sebenarnya tidak membeli logam emas. Jika anda membeli ETF dlm bentuk saham bank sbg contohnya. Anda tidak memiliki sebarang saham bank tersebut.

Dalam kedua2 kes ini, anda sebenarnya sedang memiliki sekeping sijil kertas yg mengatakan ia setanding (match) dgn harga emas atau saham bank berkenaan. 

Dan jualan emas besar2an yg kita lihat pada hari ini melibatkan emas dlm bentuk kertas @ sijil yg di ketuai oleh 'para pemain besar pasaran'. 

Hakikat bahawa sesuatu yg tidak masuk akal bila melihat terdapat jumlah emas bersandarkan kertas yang begitu besar di pasaran, lebih besar dari jumlah logam emas sebenar yg ada di atas muka bumi ini sejak dagangan emas ETFs diperkenalkan kpd para pelabur.  

Pelabur boleh membuat tuntutan seberapa banyak emas yg mereka mahukan kerana terdapat byk kertas untuk mencetaknya. Dan ia jelas mengelirukan org ramai mengenai peranan emas sbg asset lindungnilai selamat.

Dalam satu artikel di Bloomberg, En James Moore, penganalisis di FastMarkets Ltd. London berkata,

Matlamat utk memiliki emas sbg asset lindungnilai paling selamat telah berakhir..pelabur kini berlih kpd pertumbuhan asset lain yg lebih kukuh & selamat.”

Saya fikir beliau salah. 180 darjah silap. Saya fikir sebab utama Soros dan BlackRock menjual emas kertas mereka kerana mereka sebenarnya tahu ianya tidak selamat.

Secebis kertas yg dicetak perkataan emas ke atasnya sudah tentu tidak akan diterima sbg emas sebenar & tuntutan mereka terhadap logam tersebut sememangnya boleh dipertikaikan. Saya mengesyaki mereka menjual kertas & membeli logam emas.   

Saya fikir George Soros dan BlackRock bertindak menjual pegangan sijil2 emas mereka kerana bertentangan dgn pandangan En Moore, peranan emas sbg asset lindung nilai masih lagi belum berakhir malah semakin meningkat.

Saya tidak mengesyorkan anda membeli emas. Saya tidak menawarkan nasihat pelaburan. Saya tidak mengatakan bahawa emas bakal menyelamatkan anda. Saya juga tidak mengatakan bahawa org ramai tidak berminat mencari pelaburan yg mendatangkan pulangan yg lebih tinggi. Kerana itu yg org ramai inginkan.

Mereka jelas terdesak & terperangkap utk mendapatkan pulangan terbaik terhadap pelaburan mereka dlm suasana pasaran turun naik harga (volatile) & kurang selamat. 

Jadi apakah tindakan terbaik yg boleh di lakukan?.  

Jawapannya, mengambil risiko dgn melaburkan wang milik orang lain & berdiam diri mengenai portfolio pelaburan yang dilakukan utk diri sendiri.

Sudah tentu anda tidak boleh lari dari hakikat bahawa harga emas pada hari ini sedang bergerak turun yg menjadikan hujah saya ini sesuatu yg tidak masuk akal.

Tetapi ia sebenarnya tidak.    

Kekeliruan berlaku kerana harga & nilai kertas @ sijil sandaran emas ETF bukan sahaja sepadan (mewakili) harga logam emas sebenar dunia, malah ia punya pengaruh hebat dlm menentukan pergerakkan harga emas.

ETF’s di jual sbg cara pilihan (option) membeli emas. Ianya dianggap mudah kerana pelabur tidak perlu memegang fizikal logam tersebut sebaliknya hanya memegang sijil @ kertas tanpa perlu memikirkan tempat selamat utk simpanan.

Nilai harganya bergerak seiring @ terdedah (tracking) dgn kenaikan @ penurunan harga emas di pasaran. 

Tetapi masalahnya hari ini, jumlah keseluruhan kertas sijil yg dicetak ini menjadi terlalu besar, malah dlm beberapa kes lebih besar dari saiz pasaran yg diwakilinya. Dlm kes logam berharga, ia sepatutnya bertindak menjejaki harga sebenar logam berkenaan tetapi sebaliknya mempunyai pengaruh menentukan @ memuktamadkan harga pasaran.

Dan yg lebih tidak masuk akal apabila jumlah kertas sijil ini di kesan lebih banyak dari jumlah logam berharga (emas & perak) yg wujud di atas muka bumi ini.

Dan apabila org ramai menjual sijil emas ETF mereka, ia bukan sahaja menyebabkan harga sijil emas ini jatuh, malah ia juga menyebabkan harga logam emas fizikal turut jatuh sama. 

Dan saya fikir apa yg berlaku ini mewujudkan 'syurga belian' kpd pelabur sekiranya anda mempunyai wang utk menyerap risiko.  

Dgn sebelah tgn anda menjual kertas sijil anda, biarkan org ramai keliru & bercakap mengenai penurunan harga emas, manakala sebelah tangan lagi beli logam emas fizikal.

Kesannya, jumlah emas bersandarkan kertas sijil akan menurun tetapi dlm masa yg sama sebahagian besar org ramai juga akan bertindak menjual logam emas milik mereka. Ketika itu anda boleh mengambil peluang  membelinya.

Akhirnya, anda berpeluang utk membeli emas fizikal pada harga yang jauh lebih murah. 

Sementara Soros dan BalckRock sedang menjual kertas sijil mereka, China, Russia, India dan Iran bertindak sebaliknya (membeli emas fizikal pd ketika kejatuhan harga).

Pada tahun lepas sahaja (2012), China telah membeli lebih dari 500 tan emas. Jumlah yg lebih besar dari emas yg dimiliki oleh Bank Pusat Eropah.  

Saya sentiasa percaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini negara sprt China, Russia, India, Jepun, Venezuela dan Iran sedang secara serius berkongsi rizab matawang baru & bersedia utk mempromosi matawang ini dgn menyandarkannya kepada emas.

l

No comments:

Post a Comment