Ini adalah artikel ke 2 dalam siri bahagian ke 5 yang berdasarkan kepada Q&A bersama En Nick Barisheff, Ketua Pegawai Eksekutif Bullion Management Group Inc. dan penulis buku bertajuk “$10,000 Gold: Why Gold’s Inevitable Rise is the Investor’s Safe Haven.”
Buku beliau bakal diterbitkan pada tahun ini tetapi kini boleh di tempah secara pra pesanan melalui Amazon.com.
Idea utama di sebalik penerbitan artikel ini memaparkan : Asset kewangan dan asset nyata (hard asset) dilihat cenderung untuk berkembang dalam arah yang bertentangan pada satu tempoh yang panjang. Mudahnya ia memaparkan kitaran dinamik ekonomi.
Hari ini kebanyakkan pelabur tidak mempunyai sebarang pengalaman ketika berlakunya lonjakan pasaran yang panjang (long bull market) asset kewangan di antara tahun 1980 dan 2000.
Situasi 2 dekad berkenaan memaparkan kejayaan atau kegemilangan pasaran bon dan ekuiti.
Pada masa sama, harga emas dan perak mengalami penurunan harga secara agak perlahan & berkekalan. Sesuatu yang amat luar biasa untuk melihat bagaimana Bank Pusat, Wall Street dan media perdana mengambil segala peluang untuk membuat komen negatif tentang pasaran logam beharga.
Kitaran sebelumnya bermula pada tahun 1968 termasuk langkah Presiden Amerika Sykt, Richard Nixon menamatkan piawaian emas dengan matawang (gold standard) pada 1971 dan kemuncaknya ,tercetusnya KEGILAAN (gold and silver Mania) terhadap logam emas dan perak pada tahun 1980.
Dan hari ini sekali lagi, selepas 12 tahun berturut2 di mana logam emas telah mengatasi (outperformed) semua jenis kelas asset yang lain.
Logam Emas dan Perak dilihat hampir di ketepikan dan berada di luar radar atau perhatian masyarakat antarabangsa (mainstream).
Saham bersandarkan emas jika dibandingkan dengan nilai keseluruhan alokasi asset global dunia telah meningkat dari 0.5% kepada 2% antara tahun 1980 dan 2011, menurut kenyataan terkini En Peter Lassonde, Pengerusi Franco-Nevada Corp.
Satu kajian di kalangan 1,000 orang pelabur US pada tahun 2012 yang d laksanakan oleh Gold
Bullion International LLC mendedahkan hanya 2% pelabur memiliki pelaburan dalam bentuk emas fizikal.
Berikut adalah kunci utamanya : Jika anda hidup dengan hanya melalui satu era kitaran ekonomi, adalah sukar untuk menukar fikiran dan pandangan anda. Pada asasnya ia memerlukan anjakan paradigma besar terhadap cara anda berfikir.
Jelas , kebanyakkan orang pada hari ini tidak mampu melihat melangkaui pasaran kenaikan panjang asset kewangan, mereka cenderung untuk tidak mengendahkan kenaikan menakjubkan pasaran logam emas.
Pada ketika inilah faktor psikologi memainkan peranan utama. Dalam bukunya ,En Nick Barisheff memperkatakan mengenai 3 faktor psikologi yang menjadi tembok penghalang kepada orang ramai untuk berubah dengan fikiran yang terbuka:

- Rasa selesa atau cepat berpuashati, yang menjadi tingkahlaku "rutin" yang menghalang kita dari berfikiran terbuka kepada evolusi atau trend baru (dalam konteks ini bersedia menerima kitaran baru ekonomi)
- Percanggahan kognitif menunjukkan kesukaran membuat pilihan disebabkan mempunyai konflik kepentingan.
- Sifat berat sebelah (bias) yang merupakan kecenderungan semulajadi kita untuk meremehkan atau mengambil ringan situasi ekonomi yang tidak tetap (contoh : keruntuhan matawang, kemelesetan ekonomi yang berpanjangan, inflasi melampau @ hyperinflation)
Jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan sedar patern atau pola2 ini sentiasa mengelilingi anda.
Melainkan jika anda mampu untuk keluar dari 3 isu di atas, mata dan pintu hati anda akan kekal tertutup.
Tidak kira apapun bukti yang dibentangkan kpd anda, seperti contoh carta luarbiasa kenaikan harga emas untuk tempoh 10 tahun berturut2 ataupun kemerosotan nilai matawang.
MASYARAKAT AWAM TIDAK MENGENDAHKAN MANAFAT SEBENAR EMAS
Kita mempunyai bukti kukuh tentang pergerakkan menaik harga emas bilamana harga telah bergerak dari USD$275 satu auns kepada USD1,796.50 iaitu harga baru tertinggi bagi tempoh 11 bulan pada 10 Oktober 2012.

Dengan Eurozone terus bergelut dengan hutang dan IMF baru-baru ini mengeluarkan amaran mengenai ekonomi global yang akan terus melemah, orang ramai masih lagi berkata bahawa harga emas diniagakan terlalu mahal dari harga yang sepatutnya (overpriced).
Hujah yang paling kerap di dengar adalah harga emas terlalu mahal dan adalah tidak rasional dan terlalu lambat untuk kita memulakan pelaburan kerana harga emas telah terlalu tinggi.
Selain dari faktor psikologi yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat isu yang lebih asas iaitu: Kurang kefahaman mengenai sistem monetary (kewangan) itu sendiri. Adalah sesuatu yang mandatori ataupun wajib untuk anda benar2 faham apakah yang di maksudkan dengan wang dan bezanya dengan matawang.
En Barisheff kerap menggunakan contoh berikut. Ramai orang masih lagi berfikir bahawa kegunaan emas hanya untuk barang kemas perhiasan semata-mata. Dengan harga emas menghampiri USD$1,800 satu auns, harganya di anggap terlalu mahal bagi kegunaan barang kemas.
Ia bertambah jelas pada hari ketika berlakunya peristiwa 13 September, apabila En Ben Bernanke Pengerusi Federal Reserves mengumumkan plan QE3. Harga emas melonjak USD25 satu auns dalam tempoh tidak sampai sejam.
Jadi adakah ini bermaksud orang ramai berpusu-pusu membeli barang kemas sebaik sahaja selesai ucapan En Bernanke’s?
Perkara pokoknya , pengumuman telah dibuat & ia bakal menurun nilai (debase) matawang US dollar, tanpa had, pada bila2 masa tanpa meletakkan sebarang tempoh.
Sesiapapun yang mempunyai kefahaman asas tentang bagaimana wang dan matawang berfungsi mampu mentafsir kaitan @ perhubungan tindakan pengumuman 'QE' The Fed tersebut yang pastinya akan menyebabkan harga emas melonjak tinggi.
Yang jelas matawang telahpun diturun nilai, Lonjakan harga emas terhasil secara semulajadi ekoran pengumuman En Bernanke’s.
Sekali lagi, orang ramai tidak dapat mentafsir langkah tersebut (connect the dots), kerana mereka tidak memahami kaitan atau membezakan antara wang dan matawang.

Bagaimanapun orang ramai tidak boleh dipersalahkan. Hakikatnya, pertalian antara wang & matawang ini tidak pernah di ajar di mana2 universiti di dunia. Tidak ada sebarang kursus ekonomi yang mengajar tajuk berkaitan fundamental wang, bagaimana ia dicipta, dinamik dalam pasaran dan sebagainya.
Apabila anda mula melihat balik kepada sejarah matawang, tidak ada SATU contohpun dalam sejarah kemanusiaan yang menerangkan bahawa matawang fiat sebenarnya gagal berfungsi ketika berlakunya inflasi melampau (hyperinflation) dan runtuh sepenuhnya.

Tidak ada satu CONTOHPUN ! Anda perlu belajar mendalami sendiri topik2 seperti , Wang : bagaimana Federal Reserve dan
fractional reserve sistem berfungsi, bagaimana matawang di turun nilai (debased) dan peranan kadar faedah dan inflasi.
Ianya lebih kepada usaha sendiri di luar dari sistem pendidikan formal yang di ajar kepada kita.
SYARAT UTAMA UNTUK PEMAHAMAN LEBIH BAIK : PENDIDIKAN
Orang ramai secara amnya dilihat telah terlalu sibuk dengan kehidupan masing2. Menurut En Nick Barisheff ianya bukan kerja mudah untuk mengajak mereka memahami topik2 ekonomi dan kewangan.

Tekanan harian kehidupan menyukarkan mereka mempelajari sesuatu untuk diri sendiri.
Hari ini dalam kehidupan berkeluarga, kedua2 suami dan isteri bekerja. Mereka perlu mengurus isu2 kewangan keluarga dan perancangan persaraan, isu kehidupan harian termasuk anak2 dan sebagainya.
Masyarakat juga terdedah dengan satu aras perubahan besar dalam pelbagai bidang (perniagaan, perundangan, kemajuan teknologi). Jadi ianya satu cabaran besar untuk menyediakan pendidikan berhubung isu ini.
Malangnya perkara seperti inilah yang akan menyebabkan ramai orang terus tertutup mata dan hatinya.
Laman2 pendidikan, temuramah perbualan atau buku akan membantu sebahagian orang tetapi tidak bagi majaroti orangramai.
Apabila isu2 ini menjadi isu nasional terutamanya ketika inflasi melampau melanda dunia, ketika itu barulah orangramai berpusu2 membei emas & ketika itu ianya memang telah terlambat kerana harga telah melonjak terlalu tinggi di luar akal manusia.
Ketika itu logam emas akan menjadi topik perbualan utama meniti di bibir setiap masyarakat samada diparti2 koktail sehinggalah ke pemandu teksi.
Bagaimanapun kebanyakkan mereka masih lagi tidak akan faham mengapa mereka membuat pelaburan emas, walaupun ketika itu harga emas meningkat USD$100 satu auns sehari.
Hari ini kita lihat bagaimana semakin ramai orang hilang keyakinan terhadap institusi tradisional seperti Kerajaan, Bank dan Media traditional.
Malah trend ini dilhat semakin meluas pada akhir dekad ini. Semakin ramai orang beralih kepada media alternatif yang bebas di internet sebagai sumber rujukan informasi mereka.
KITA TELAH MELIHATNYA SEBELUM INI
Anda boleh bandingkan situasi hari ini dengan kenaikan pasaran (bull market) tahun 80an dan 90an saham berteknologi tinggi NASDAQ.
Walaupun pasaran 'bull market' ini bermula pada tahun 1982, tetapi hanya pada tahun 1998 bilamana 90% pelabur mula membeli saham2 berkenaan.
Jelas sekali ia adalah masa yang tepat untuk saham tersebut menjunam teruk. Evolusi yang sama juga berlaku pada pasaran 'bull market' emas tahun 70an.
Bermula pada 1974, Kerajaan US membenarkan rakyatnya untuk kembali memiliki emas.
Jika anda lihat kembali suratkabar pada tahun 70an, pesanan utama yang diberikan kepada orang ramai adalah bagaimana matawang US Dollar merosot X% berbanding emas.
Mereka tidak mengatakan bahawa harga emas telah meningkat naik sekian % berbanding matawang USD. Ia adalah penilaian yang betul.
Kini fokus di kebanyakkan media adalah bagaimana harga emas akan meningkat naik....tanpa sebarang sebab yang jelas”.
Hari ini , semua kuasa ekonomi Barat sedang berlumba2 mencetak lebih banyak wang & ianya cukup menjadi sebab utama mengapa harga emas akan terus meningkat naik.
Semua kuasa ekonomi kini semakin kuat jika dibandingkan ketika berlakunya era kenaikan pasaran harga emas (bull market) sebelum ini.
Kerja2 mencetak matawang sedang giat berlaku dalam skala global. Pasaran bull market tahun 70an tidak semuladi berlaku secara global.
Ia adalah satu fenomena di Amerika Sykt kerana matawang US Dollar jelas telah merosot sebaik negara tersebut memansuhkan sistem piawaian emas (gold standard).
Contohnya harga emas meningkat naik di Canada dan UK , tetapi tidak dalam matawang German Marks atau Swiss Francs.
MENGAPA MEDIA UTAMA CUBA MENGELAK UNTUK MEMBICARAN MENGENAI MANAFAAT SEBENAR EMAS
Masih terdapat tentangan besar dari komuniti kewangan, pengurus dana,private banks, dan konsultan dari tabung dana pencen.
Mereka masih lagi menentang kenaikan harga logam beharga, menyebarkan dakyah & idea bahawa emas adalah asset berisiko dan tidak punya sebarang kegunaan, malah ia tidak menghasilkan sebarang faedah atau dividen.
Hujah2 sedemikian sebenarnya mudah di sangkal. Tetapi mereka masih menerbitkan artikel negatif mengenainya , walaupun pasaran emas telah melalui tempoh gemilang (bull market) sepanjang 12 tahun yang lalu.
Anda tidak akan berhadapan dengan situasi atau pendekatan yang sama terhadap asset lain. Terlalu sedikit artikel negatif diterbitkan untuk asset sprt. uranium, baja kalium, minyak atau gas asli. En Nick Barisheff akui beliau tidak tahu samada ianya sengaja di rancang, adakah ianya akan berubah, atau bilakah ianya bakal berubah.
Samada ia kebetulan atau tidak, majalah Forbes telah menerbitkan artikel minggu ini bertajuk EMAS BOLEH MENYELAMATKAN KITA DARI MALAPETAKA EKONOMI.
Adakah ini satu petanda perubahan bakal berlaku? Adakah kita semakin hampir kepada titik perubahan?
Hanya masa akan menentukan, tetapi suasana ekonomi di lihat semakin memburuk hari ke hari .
Tetapi sekurang2nya ia telah membunyikan loceng amarannya kepada kita.
No comments:
Post a Comment