Tuesday, February 5, 2013

KENAPA ANDA PERLU MEMBELI LOGAM PERAK?

Why Buy Gold & Silver
 
GE Christenson / Monday, February 4th
 

Keistimewaan memiliki logam Perak (Silver) adalah kerana pemiliknya jelas tidak perlu menanggung risiko pihak ke 3 atau tanggungan orang lain.

Wang syilling Silver Eagles atau Canadian Maple Leaf di iktiraf di seluruh dunia dan memiliki nilai intrinsik di mana jua ia berada.

Ianya jelas berbeza dengan bertrillion wang kertas yang berisiko menjadi langsung tidak bernilai , selalunya kerana amalan sesebuah kerajaan atau bank pusat yang bebas mencetaknya sesuka hati bertujuan untuk memenuhi keperluan membayar hutang kerajaan atau amalan boros berbelanja.

Sejak 2001 harga logam Perak dalam nilai matawang US Dollar berkait rapat dengan kadar peningkatan hutang kebangsaan Kerajaan Amerika Syarikat.

Saya akan merasa ragu & hairan sekiranya terdapat pihak yang percaya hutang berkenaan akan berkurangan atau kekal tidak bergerak dalam tempoh 4 tahun akan datang.

Kita mempunyai seribu sebab untuk percaya bahawa ianya akan kekal meningkat melebihi  $1,000,000,000,000 setiap tahun untuk tahun2 yang akan datang.

Jika agregat hutang kerajaan meningkat dengan lebih cepat dan ianya saling berhubungkait, sudah tentu kita amat pasti bahawa pergerakkan turun naik harga Perak akan terus meningkat pada tahun2 mendatang



Logam Perak telah di gunakan sebagai wang (medium pertukaran dan penyimpan nilai) untuk lebih 3,000 tahun. Dalam banyak kebudayaan, logam perak telah di gunakan dalam transaksi harian secara lebih kerap berbanding logam emas.

Saya pernah terbaca bahawa perkataan untuk  “money” adalah sama dengan perkataan untuk “silver” dalam kebanyakkan bahasa sesuatu masyarakat.

Di Amerika Syarikat logam Perak telah di gunakan sebagai wang ataupun syilling sehinggalah tahun 1960an apabila inflasi melanda bekalan wang kertas. Ia menyebabkan harga Perak melonjak sehingga memaksa bekalan syilling Perak terpaksa di tarik keluar dari edaran.

Masihkah anda ingat matawang silver dollars? ia mengandungi sekitar 0.77 auns logam Perak. Hari ini The US Mint mengeluarkan wang syilling Silver Eagles yang mengandungi 1.0 auns logam Perak dan ianya bernilai sekitar US$35.

silver-coin



Negara seperti Argentina telah beberapa kali menurun nilai (devalued) matawang mereka dan telah meletakkan 8 angka kosong terhadap matawang negara sejak 30 tahun yang lalu.  

Amerika Syarikat tidak meletakkan sebarang angka kosong kepada matawang Dollar, tetapi jika dibandingkan 100 tahun dahulu, kita hanya  memerlukan separuh daripada nilai wang USD1 untuk membeli 1 auns Perak. Tetapi hari ini kita memerlukan tidak kurang dari USD30 untuk membeli logam Perak dalam berat yang sama.

100 tahun dahulu kita memerlukan sekitar USD20 untuk membeli 1 auns emas tetapi hari ini anda memerlukan lebih daripada USD1,600 untuk membeli emas yang sama. 

Hari ini terdapat banyak lagi matawang Dollar (dalam bentuk kertas @ elektronik) berada dalam edaran berbanding 100 tahun dahulu.

Kita dapat lihat US Dollar mengalami penurunan nilai yang besar  jika di ukur dengan asset lain seperti logam Perak, emas, gandum, minyak mentah, roti, kopi dan senjata api.

Jika melihat kepada sejarah, harga emas dan perak sering turun dan naik secara seiringan atau bersama2. Lazimnya emas akan berharga 10 atau 20 kali ganda daripada perak. Berdasarkan sejarah ia mempunyai nisbah atau ratio 1:15 atau 16. Tetapi kini nisbah antara harga emas dan perak adalah 1:50 yang dianggap terlalu tinggi. 

Sejak Presiden Richard Nixon memansuhkan tambatan @ piawaian emas dengan matawang kertas (closed the gold window) pada 15 Ogos 1971 yang membenarkan wang US Dollar di cetak sesuka hati tanpa sebarang had ,nisbah harga emas dan perak juga telah berubah secara mendadak dari setinggi sekitar 1:100 kepada 1:17.  

Terdapat ruang yang luas untuk melihat harga logam perak melonjak lebih tinggi, mengurangkan nisbah jarak harga antara harga perak dan emas kpd 20:1. 

Apabila harga emas mencecah US$3,500 per auns (sebagaimana ramalan Jim Sinclair) dan terus melonjak tinggi pada masa akan datang, nisbah harga perak dan emas akan secara semulajadi menyusut kepada sekitar 20 kepada 1. 

Harga perak ketika itu akan mencecah US$200 per auns dan akan terus melonjak bergantung kepada plan 'Pelonggaran Kuantitatif' Federal Reserves (QE-Infinity) yang terus mencetak wang, suasana panik ekonomi, hyperinflation, dan permintaan pelabur. 

Jika anda fikir harga perak akan melonjak kepada USD $200 per auns sebagai sesuatu yang mengarut & tidak masuk akal sebagaimana pendapat kebanyakkan masyarakat di Amerika Syarikat, tidakkah anda terfikir bagaimana jumlah hutang negara tersebut kini telahpun mencecah USD$16,000,000,000,000 sebagai sesuatu yang LEBIH TIDAK MASUK AKAL? 

Jika tanggungan liabiliti kerajaan 'unfunded liabilities' seperti Medicare, Sosial Security, Medicaid mahupun federal pension liabilities diambil kira dalam 'jurang fiskal' negara, bergantung kepada pengiraan anda, ianya berjumlah sekitar $100,000,000,000,000 ke $220,000,000,000,000. 

Bermakna jumlah hutang termasuk unfunded liabilities kerajaan US yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat Amerika Syarikat berjumlah USD$700,000 setiap seorang. 

Adakah jumlah hutang negara berjumlah USD$700,000 yang terpaksa ditanggung oleh setiap lelaki, wanita termasuk kanak2 di negara tersebut pada hari ini dan saya percaya akan terus meningkat pada masa2 akan datang LEBIH MASUK AKAL berbanding dengan harga logam Perak yang bakal mencecah USD$200/ per auns di masa akan datang?  

Saya percaya lambat laun masyarakat negara tersebut akan menyedari bahawa:-  

Perbelanjaan yang di amalkan kerajaan US berada pada tahap luar kawalan dan mereka tidak bersedia untuk mengurangkan perbelanjaan tersebut.

Amalan kerja2 mencetak wang atau pengembangan hutang kewangan (Quantitative easing) amat PERLU dan sangat mendesak dalam usaha untuk terus membiayai lebihan perbelanjaan kerajaan Amerika Syarikat.

Amalan mencetak lebih banyak wang dan meningkatkan edaran wang dalam sistem kewangan pastinya berisiko akan mengurangkan kuasa beli matawang US Dollar sendiri. Nilainya akan terus merosot pada masa2 akan datang. 

Nilai sebenar  simpanan rakyat  dan tabung persaraan akan musnah seiring dengan penurunan nilai matawang US Dollar.

Orang ramai akan panik & beralih arah kepada asset nyata (real asset) untuk melindungi kuasa beli mereka. (There is no fever like gold fever!).

Suasana panik ini akan mempengaruhi  harga  logam emas , perak dan asset nyata lain yang pastinya akan melambung tinggi jika diukur dengan nilai matawang US Dollar yang terus merosot. 

Adalah lebih bijak anda bertindak awal sebelum terlambat apabila suasana panik ini berlaku.  

APAKAH KEPERCAYAAN ANDA? 


Adakah anda percaya bahawa perbelanjaan tanpa had dan hutang kerajaan akan dikurangkan pada masa hadapan? 

Adakah anda percaya bahawa kemerosotan nilai matawang US Dollar sejak 100 tahun lalu akan tiba2 bertukar arah serta merta dan melonjak naik dari segi nilai? 

Adakah anda percaya bahawa janji2 ahli kongress Amerika Syarikat berhubung plan Social Security, Medicare, Medicaid, dan skim persaraan kerajaan kepada rakyatnya tidak akan dimungkiri atau dikhianati mereka?

Adakah anda percaya bahawa Federal Reserve akan terus mencetak wang untuk membiayai janji2 tersebut kepada rakyat? 

Adakah anda percaya bahawa simpanan dan tabung pencen anda selamat sepenuhnya dalam bentuk pelaburan kertas yang di dominasi oleh matawang US Dollar 

Adakah anda percaya, sebagaimana dibuktikan oleh sejarah bahawa nilai wang kertas acapkali merosot kepada angka kosong manakala logam berharga seperti Emas dan Perak mampu mengekalkan nilainya sepanjang zaman?  

Adakah anda percaya dunia tiba2 akan berhenti menggunakan logam Perak, di sebalik sentiasa menggunakannya untuk teknologi terbaru setiap tahun?  

Adakah anda lebih rela meletakkan kepercayaan kepada asset dalam bentuk syilling perak yang mampu disimpan di tempat selamat ataupun anda lebih percayakan wang kertas dan janji2 kosong ahli politik?  

Kebanyakkan orang tidak berbuat apa2 untuk melindungi masadepan kewangan mereka. Adakah anda juga akan mengikuti contoh yang sama?

TEPUK DADA TANYA SELERA ANDA.



GE Christenson

 

No comments: