Thursday, February 28, 2013

MENGAPA MASYARAKAT INDIA AKAN TERUS MEMBELI EMAS



Artikel tulisan, En Douglas French kepada En Bill Bonner's di  Daily Reckoning.


Kerajaan  India cuba memerangi tradisi yang telah berusia ribuan tahun...

UMUMNYA KURANG DARI 1% logam emas dunia di lombong di India.Selebihnya datang dari negara lain di seluruh dunia. Namun ianya tidak menjadi penghalang kepada selera besar rakyat negara tersebut yang terkenal terlalu gila & obses terhadap logam emas. 

India merupakan negara pengguna emas terbesar dunia, membeli hampir 1/3 dari jumlah pengeluaran keseluruhan emas dunia setiap tahun. Sesetengah pakar berpendapat 10% dari jumlah emas dunia berada di negara ini. 

Masyarakat India terkenal dengan budaya berjimat cermat yang tinggi. Secara kasarnya mereka akan menyimpan 30% dari pendapatan mereka berbeza masyarakat di Amerika Sykt yang hanya menyimpan 5% dari pendapatan.   

Ditambah pula sebagai sebuah negara ekonomi baru (emerging economies), masyarakat India di lihat semakin bertambah kaya dari hari ke hari. Walaupun satu ketika dahulu India adalah antara negara termiskin di dunia tetapi kini bilangan golongan kaya & kelas pertengahan  telah mengatasi bilangan golongan miskin di negara yang berpenduduk 1.2 billion itu.   

India merupakan negara ekonomi ke 6 terbesar dunia. Jika orang ramai di biarkan membuat keputusan pelaburan sendiri, permintaan tinggi terhadap emas di masa hadapan adalah satu kemestian.

Namun pembuat dasar (policymakers) di india di lihat terganggu dengan budaya ini. Pembelian emas secara besar2an oleh rakyat telah melebarkan defisit akaun negara kepada 5.4% dari Keluaran Negara Kasar (GDP).

The Reserve Bank of India (RBI) telah menerbitkan satu laporan yang menekankan " terdapat keperluan untuk mengurangkan (moderate) import emas, di mana 'selera besar' rakyat yang tidak pernah puas terhadap logam emas boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara".  

Kerana itu, Kerajaan India dan Bank Pusat Negara berkenaan cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat agar membeli produk kewangan lain selain dari emas.     

"Terdapat keperluan bagi pihak bank untuk memperkenalkan produk kewangan baru bersandarkan emas (new gold-backed financial products) yang boleh mengurangkan atau menangguhkan permintaan untuk import emas ," jelas kenyataan dari RBI.

Pegawai2 Bank Pusat berfikiran sekiranya usaha2 menyalurkan maklumat & menyedarkan masyarakat awam India berhubung kewujudan instrumen kewangan berlandaskan kertas atau sijil seperti contohnya : skim plan pengumpulan emas, skim persaraan emas, akaun simpanan bersandarkan emas, ia sedikit sebanyak akan mengurangkan kegilaan rakyatnya kepada logam kuning tersebut. 

Sebuah badan perdagangan terkemuka di India berkata, import emas negara boleh merosot kepada 550 tan pada tahun hadapan, lebih sedikit dari separuh jumlah import emas tahun 2011 iaitu sebanyak 967 tan.  

Well Good luck, semoga rancangan tersebut berjaya. Masyarakat India mempunyai sebab yang berkait rapat dengan budaya, sejarah dan tradisi dalam membeli emas. Mereka menganggap emas sebagai asset paling beharga di dunia. Orang India mempunyai keinginan tinggi untuk memiliki emas sama seperti orang Amerika ingin memiliki rumah. 

En Ganesh Rathnam menerangkan sebuah cerita yang boleh dihubungkaitkan dengan sikap obsess orang India terhadap emas. 

Apabila ayahnya, seorang pakar bedah (pediatric surgeon), bercadang membeli tanah untuk membina klinik baru, beliau membuat gadai janji (mortgaged) barang kemas perhiasan milik isterinya untuk mendapatkan wang. 

"Ianya hampir sama kpd semua orang, berjuta orang di India membiayai modal perniagaan atau ladang mereka malah memulakan keperluan asas selepas kegagalan perniagaan mereka dengan mencagarkan barang kemas perhiasan milik masing2," katanya.

Tahun lalu, rancangan TV terkenal 60 Minutes menerbitkan segmen bertajuk, "India's Love Affair With Gold." Wartawan mereka En Byron Pitts terkejut besar bila mendapati masyarakat India menganggap langkah membeli emas adalah sama seperti menabung wang simpanan. 

Orang India tidak percaya bahawa mereka sedang berbelanja apabila membeli emas, tetapi sebaliknya mereka ibarat sedang meletakkan wang mereka ke dalam akaun simpanan. 

Ia ibarat akaun simpanan cuma bezanya ia boleh di pakai di leher atau di pergelangan tangan.   

Terdapat 22 bahasa pertururan rasmi di india, jadi terdapat 22 cara atau bahasa untuk berbicara mengenai emas.    

Dan tiada isu yang lebih penting untuk bercakap mengenai emas selain dari MAJLIS PERKAHWINAN.    

Lebih separuh dari pembelian emas adalah untuk barang kemas perhiasan perkahwinan. Terdapat ungkapan paling terkenal di india iaitu "If there is no gold, there will be no wedding."

Emas sememangnya dimiliki secara meluas oleh ramai penduduk atau rakyat. Ia kerana terdapat 10 juta majlis perkahwinan dalam setahun di India. Sebahagiannya berlangsung gilang gemilang penuh mewah dan berlangsung selama berhari-hari lamanya.  

Ibu bapa mula mengumpul emas untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka seawal anak tersebut mula lahir ke dunia. Emas tersebut melambangkan  simbol keselamatan kewangan yang di bawa oleh pengantin kepada keluarga barunya.  

Ia juga memberi pengantin perempuan sedikit status ekonomi dalam hubungan dengan keluarga barunya. Dan sementara emas menyediakan perlindungan, ia jarang sekali di jual tetapi sebaliknya akan di pindahkan dari generasi ke generasi. Tetapi ianya boleh di gadaikan atau di pajak jika perlu.    

Emas adalah simbol ketulenan dan di anggap suci, juga memberi isyarat kemakmuran.   

Barang kemas yang anda pakai ibarat 'jurucakapnya' dan emas mampu membuat ia bercakap 'lebih kuat dan jelas'.  

Bukan bertujuan membuat anda menjadi sombong dan bermegah2 tetapi dengan memiliki emas anda dianggap mulia di sisi masyarakat. Anda tidak boleh mempunyai sebuah keluarga yang tidak memiliki emas. Logam kuning ini ibarat pelengkap kehidupan anda.     

Seorang penganalis emas memberitahu En Pitt adalah sesuatu yang mustahil untuk menerangkan kepada masyarakat India bahawa harga emas mungkin akan jatuh di pasaran dunia. Masyarakat di sana mempunyai 'hubungan rapat' dengan emas beribu tahun lamanya. 

Masyarakat di sana belajar dari pengalaman masa lalu mereka. 

Pertama - menyimpan wang & berjimat cermat sebagai persediaan kepada perkara yang tidak dijangka pada masa akan datang.

Kedua -.Jangan sekali-kali percayakan bank.

Ketiga- Jangan meletakkan kepercayaan kepada wang kertas milik kerajaan. 

Masyarakat India tidak berminat kepada saham amanah ataupun produk kewangan lainnya. 

Malah rakyat termiskin di india juga membeli emas, menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap minggu untuk membeli satu gram emas pada masa yang sama.  

"Emas mempunyai tradisi yang kaya dalam Epik Hindu,  Ramayana dan Mahabharata," menurut En Rathnam.

"Ia dikaitkan dengan kemegahan dan keindahan Tuhan-tuhan dan raja-raja yang muncul dalam cerita2 mitos rakyat India."

Beliau menjelaskan bahawa syilling perak telah digunakan dengan meluas di India semasa pemerintahan Mauryas circa 250 sebelum Masehi., dan syilling emas pertama telah dikeluarkan secara meluas semasa zaman dinasti Gupta sekitar A.D. 250.

India telah menjadi koleksi beberapa negeri dan berpecah belah. Mereka kerap bergaduh dan bertelagah.

Emas mudah untuk disembunyikan. Ia membolehkan rakyat biasa menghindarinya dari dirompak oleh tentera musuh. Bilamana Raja bertukar begitu juga dengan syilling2 ini dan emas terus menjadi medium pilihan pertukaran dan penyimpan kekayaan. 

Selepas rizab asing India dimusnahkan kesan peperangannya dengan China, kerajaan telah memperkenalkan Akta Kawalan Emas 1962, yang melarang pemilikan persendirian jongkong2 emas dan memaksa semua jongkong tersebut di tukarkan  kepada barang kemas.

Pada tahun 1970an, kadar cukai telah mencecah 95%, dan matawang Rupee India menjunam dari segi nilai. Rakyat bukan sahaja menyembunyikan asset mereka dari pengutip cukai, tetapi terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri dari inflasi. 

Emas dan hartanah menjadi asset pilihan utama. En  Rathnam juga menjelaskan bahawa deposit insuran bank di India hanya bersamaan tidak lebih dari $2,000, menjadikan deposit bank sebagai asset berisiko.

Tetapi Menteri Kewangan India, En Chidambaram Palaniappan tidak ambil peduli mengenai tradisi dan kebijaksanaan rakyatnya.

Beliau melihat belian emas sebagai penggunaan yang menyumbang $64 billion kepada melebarnya defisit akaun semasa negara.   

Sementara majoriti rakyat India sukakan emas, para birokrat negara tersebut bersikap sebaliknya. Petunjuknya boleh dilihat kepada angkanya. Kerajaan India hanya memiliki 360 metrik tan emas, sementara pemilikan emas persendirian di kalangan rakyat di anggarkan berjumlah 15,000 metrik tan. Sudah tentu ianya datang dari wang milik rakyat India sendiri. 

Seorang pakar emas India memberitahu rancangan 60 Minutes' En Pitts, "Jika India terbersin, Industri emas dunia pastinya akan demam."

Kerajaan India cuba membuat negara tersebut 'terbersin', tetapi rakyatnya lebih bijak. Dengan tradisi beribu tahun sudah tentu ia akan terus menyihatkan pasaran emas, tanpa mempedulikan ahli politik negara yang amat bencikannya.


No comments: