Thursday, February 28, 2013

PERKARA TERPENTING ADALAH BERAPA TROY OUNCE EMAS YANG SEPATUTNYA ANDA MILIKI , BUKANNYA JUMLAH % PORTFOLIO EMAS YANG PERLU ANDA MILIKI



Soalan tentang berapa banyakkah logam Emas atau Perak yang perlu kita miliki adalah satu soalan yang kerap di dengari oleh kita semua.

Lazimnya, jawapan yang diberikan sering di rujuk dalam bentuk % (peratus) portfolio , biasanya 10 ke 20% nilai pelaburan seseorang.

Jawapan sebegini sememangnya tidak mempunyai asas yang KUKUH. Contohnya mengapa 10%. Mengapa tidak 15%, 100% atau 0%?

Inilah subjek utama tulisan En Monty Pelerin di (www.EconomicNoise.com) yang dipetik dari artikel asal bertajuk 'Perancangan Persaraan dan Emas (Retirement Planning And Gold ). 

Soalan dan jawapan tersebut menggambarkan suasana ketidaktentuan pada ketika soalan tersebut di ajukan.

Selama berdekad lamanya, orang ramai termasuk kita, tersalah anggap kerana percaya bulat2 bahawa matawang US Dollar (atau mana2 wang kertas lainnya) adalah matawang yang boleh di percayai dan amat stabil. Kita sebenarnya tersilap besar.

Sejak penubuhan Federal Reserve pada tahun 1913, matawang US Dollar telah mengalami penyusutan 97% dari nilai kuasa belinya.

Secara umumnya ia berlaku secara beransur2 dan berkekalan dengan sedikit pengecualian bergantung kepada sesuatu kejadian.

Hari ini , orang ramai semakin memahami risiko memegang matawang US Dollar dan asset yang didominasi oleh matawang berkenaan.

Hari ini Bank Pusat di seluruh dunia giat melaksanakan kerja2 mencetak wang baru (counterfeiting)  pada jumlah yang tidak pernah terfikir atau terbayang oleh akal kita sebelum ini. 

Walaupun rakyat terbanyak mungkin tidak memahami sebab atau penyelesaian terhadap kelembapan ekonomi yang sedang melanda, hari ini mereka mula faham bahawa kerja2 mencetak lebih banyak wang tidak akan menyelesaikan sebarang masalah (bahkan sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah).    

Mencetak lebih banyak wang hanya akan menyebabkan wang yang sedia ada menjadi semakin hilang nilai lebih teruk (lebih murah). Apabila risiko untuk melihat keruntuhan matawang semakin meningkat, orang ramai mula tercari-cari jalan terbaik untuk melindungi diri masing2.

Ironinya, apabila wang berhenti memainkan peranan utamanya sebagai penyimpan nilai , akan ada asset lain bakal menggantikannya.

Populariti dan nilai asset lain ini mempunyai hubungan  yang bertentangan (songsang) kepada tahap keyakinan orang ramai kepada wang kertas fiat. Apabila keyakinan orang ramai terhadap wang kertas fiat mula runtuh , nilai asset alternatif ini akan meningkat naik.   

Pertimbangan sedemikian menjelaskan kebangkitan semula minat masyarakat pelabur terhadap emas, perak dan asset kekal lain

Bagaimanapun ia tidak menggambarkan jawapan berhubung persoalan berapa banyakkah asset 'kekal' yang perlu dikumpul oleh kita sebagai perlindungan terhadap inflasi. 

Kadar standard 10 ke 20% bukanlah satu jawapan. Kenyataan bahawa seseorang perlu memiliki 10-20% portfolio dalam bentuk emas fizikal adalah satu bentuk 'jawapan selamat' untuk di ungkapkan seseorang, tetapi jikapun benar ia hanyalah bersifat satu kebetulan.

Ia tidak ubah seperti strategi yang digunakan oleh jurujual insuran yang di lihat amat bersungguh2 cuba meyakinkan anda tentang jumlah polisi insuran hayat yang perlu anda ambil.    

Anology sebegini walaupun tidak tepat, tetapi cukup menggambarkan bahawa orang ramai menyimpan emas bagi tujuan perlindungan insurans mereka. Ia adalah perlindungan terhadap kemerosotan nilai matawang US Dollar. 

Harta kekayaan dan tabungan di simpan bagi tujuan perlindungan & kegunaan hari tua kita. Bagi kebanyakkan kita harta kekayaan ibarat menjaga 'telur ayam'  yang bakal digunakan untuk tahun2 mendatang apabila kita tidak lagi mempunyai pendapatan tetap atau sebagai keperluan untuk menyokong gaya kehidupan kita di hari tua. Kita memperkenalkan plan persaraan sebagai persediaan @ perancangan hari tua

Plan persaraan dirancang berdasarkan kepada satu set andaian masa hadapan. Andaian ini lazimnya berkait rapat dengan zaman ketika kita akan bersara, simpanan atau tabungan semasa kita, perancangan simpanan tambahan dan pulangan yang kita jangkakan dari simpanan tersebut. 

Pengiraannya amat mudah, walaupun keupayaan untuk mencapai tahap atau nilai keperluan yang kita inginkan pada ketika itu belum tentu berjaya.   

Berikut adalah kesilapan yang kerap berlaku dalam kebanyakkan program plan persaraan.     

Perangkap terbesar apabila kita mengandaikan bahawa matawang US Dollar adalah matawang yang sangat stabil yang mampu mengekalkan kuasa belinya sepanjang zaman.  

Ramai pesara yang terperangkap dengan andaian sedemikian. Apabila tersedar semuanya telah terlambat. 

Mereka berjaya mencapai objektif besara tetapi mula tersedar bahawa penyusutan nilai matawang  seolah menipu mereka apabila nilai wang ganjaran persaraan yang mereka dapat tidak seperti yang mereka jangkakan.

Mereka mendapati segala pengorbanan & simpanan bagi tujuan mencapai matlamat hari tua masih tidak cukup dari ganjaran persaran yang mereka jangkakan. 

Bagi menempuh hari persaran , simpanan anda akan di kira memadai @ cukup hanya jika pada ketika anda bersara, matawang US Dollar dapat mengekalkan kuasa belinya seperti hari ini atau ianya tidak merosot dari segi nilai lebih pantas dari yang kita semua  jangkakan.

Ini adalah masalah yang terpaksa dihadapi oleh kita semua apabila berurusan dengan wang kertas. Anda tidak akan tahu samada anda mempunyai wang yang cukup apabila bersara atau bilakah masa yang paling tepat untuk anda bersara.   

Perancangan anda adalah berdasarkan nilai matawang Dollar pada hari ini, tetapi anda tidak akan tahu berapakah nilainya pada masa akan datang apabila anda bersara.

Tanpa pengetahuan ini, konsep perancangan anda tidak akan membawa sebarang makna. 

Penasihat kewangan mencadangkan 10 – 20% sebagai satu cara memerangi risisko inflasi. 

Peratusan tersebut mengakui risiko akan berlakunya inflasi, walaupun kita tidak mempunyai sebarang cara terbaik untuk menjangka senario inflasi sebenar yang bakal berlaku pada masa akan datang.  

Ianya adalah satu kiraan mudah penasihat kewangan semata2. Sudah tentu angka tersebut bukanlah satu bentuk perlindungan yang pasti terhadap kekayaan anda & bukan juga jawapan yang tepat.

Ianya adalah permainan perancang kewangan yang mengakui faktor inflasi tetapi tidak dapat menyediakan anggaran yang tepat berapa peratuskah angka sebenar inflasi.

Jika anda percaya inflasi besar bakal melanda pada masa akan datang, mungkin anda perlu menyandarkan semua atau 100% asset anda kepada logam berharga. 

Jika anda percaya inflasi akan berlaku tetapi dalam peratusan yang kecil, maka angka 10% atau lebih kecil portfolio yang perlu di pegang adalah lebih sesuai.

Dalam situasi ini apapun hasilnya, tindakan memegang 10 – 20% portfolio dalam bentuk logam berharga, tetap merupakan keputusan yang salah. Jika inflasi besar tidak berlaku, anda mungkin kehilangan peluang untuk membuat untung pelaburan lebih besar dengan melabur dalam asset tradisional lain (perlu dingat sepanjang 12 tahun lalu emas mencatat keuntungan lebih besar dari mana2 asset tradisional lain).    

Harga emas telah melonjak dari US250 kepada hampir US 1,800 satu auns. Sementara nilai harga rumah  dan pasaran saham terus jatuh.)  

Dalam suasana inflasi besar benar2 berlaku pula, anda akan berjaya melindungi kuasa beli 10-20% asset anda dari pegangan portfolio logam beharga yang anda miliki. Bagaimanapun baki 80% lagi wang anda akan tetap mengalami kemerosotan kuasa beli. Kesimpulannya langkah memegang 10-20% portfolio dalam bentuk logam beharga hanya bersifat perlindungan berbentuk jangkaan semata2 tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Tidak ada jalan lain bagaimana kita boleh mengetahui sesuatu yang bakal berlaku pada masa akan datang. Tetapi terdapat cara untuk mengetahui berapa banyakkah logam emas atau logam perak yang perlu anda miliki sebagai satu kaedah perlindungan asset anda.

Anda perlu mengambilkira jumlah berat emas yang anda miliki BUKANNYA membuat perbandingan antara emas yang anda ada dengan nilainya dalam bentuk matawang US Dollar. 

IA ADALAH CARA PALING TEPAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.


No comments: