Sunday, December 2, 2012

KOMEN EN NICK BARISHEFF TENTANG QE3 & RAMALAN HARGA EMAS MELONJAK $10,000 SATU AUNS BELIAU

 


“Harga emas naik mendadak lanjutan tindakbalas kepada pengumuman pakej pelonggaran kuantitatif 3 atau lebih dikenali sbg Quatitative Easing @ QE3 (kerja2 cetak wang oleh Federal Reserves), berbanding kenaikkan kecil harga saham, memberi petunjuk jelas bahawa usaha menambah lebih banyak wang kertas fiat adalah satu kerja sia2.”.
Ia adalah pandangan En Nick Barisheff tentang pengumuman hari khamis lalu oleh US Fed. 

En Nick Barisheff adalah Ketua Eksekutif kepada Bullion Management Group Inc dan penulis buku $10,000 Gold;

Mengapa harga emas diyakini akan melonjak tinggi kerana sifatnya sebagai asset lindung nilai akan diterbitkan dalam masa terdekat pada tahun ini. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Fedral Reserves (The Fed) dan kesan kenyataan tersebut terhadap harga logam berharga , mengesahkan jangkaan En Nick untuk melihat harga emas berada pada kedudukan US$10,000 satu auns pada masa akan datang.

The Fed dilihat semakin terdesak untuk cuba sedaya upaya merangsang pertumbuhan pekerjaan di Amerika Syarikat. Mereka percaya langkah mencetak lebih banyak wang akan mempercepatkan objektif ini.

Kenyataannya adalah, semua negara berskala ekonomi besar di seluruh dunia terlibat dengan amalan mencetak wang. Jadi secara realiti keputusannya sama. Para perancang pusat ini sebenarnya sedang memusnahkan nilai matawang itu sendiri. 

Jadi apa maknanya kepada kita semua sebagai orang awam?

Jawapannya mudah, kata En Nick Barisheff: 

Ianya akan melenyapkan kekayaan anda. Penyelesaiannya adalah anda perlu melindungi diri anda dari tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini? 

Atau jawapan yang paling jelas adalah: Anda perlu membeli atau memegang seberapa banyak fizikal emas di tangan anda.

Dalam kenyataan berikut, kami bawakan kenyataan rasmi yang kami terima kelmarin terus dari En Nick Barisheff. 

Beliau menerangkan ironi daripada tindakan The Fed : Disebelah pihak En Ben Bernanke di lihat sangat mengambil berat tentang kelembapan yang sedang melanda pasaran buruh di Amerika Syarikat (memang wajar kerana ia mencatat angka terendah penyertaan tenaga buruh dalam tempoh 30 tahun). 

Tetapi pada sisi lain, perangkaan buruk data pekerjaan terjadi adalah kerana langkah rangsangan kewangan berlebihan oleh The Fed sendiri.
“Itulah apa yang Ben Bernanke dapat dari program QE1 & QE2 yang dilaksaanakannya,” kata En Barisheff. “Hakikat bahawa The Fed boleh mencetak seberapa banyak wang yang ia mahukan dan mengalirkannya ke dalam sistem bank di US dan Eropah, menyebabkan hutang bertambah besar & bertimbun, membolehkan para pengguna & ahli perniagaan di Amerika Syarikat boleh terus menyimpan & membelanjakan wang2 yang disalurkan ke dalam sistem bank mereka.

Syarikat bukan berteraskan kewangan Amerika Syarikat kini memegang US$930 billion dalam bank akaun mereka, 50% lebih besar sebelum berlaku kemelesetan, dan kadar tabungan isi rumah (U.S. household savings rate) telah melonjak dari 0 kepada 4%.”
Selepas perlaksanaan QE1 yang diumumkan pada Mac  2009, harga emas dilihat tidak menunjukkan tindak balas pada ketika itu. Terdapat andaian bahawa langkah melupuskan hutang2 buruk dapat di serap oleh pasaran & penyelarasan perakaunan di laksanakan untuk menyembunyikan hutang2 organisasi @ institusi2 besar dan kerajaan yang terlibat.
QE2, diumumkan pada August 2010, harga emas melonjak & peningkatan harga ekuiti adalah rendah berbanding QE1. Bukti amat jelas bahawa langkah mencetak lebih banyak wang tidak akan menyelesaikan masalah.
“Idea untuk menurun taraf (downgrade) secara sistematik nilai wang milik korporat yang bekerja keras & simpanan peribadi orang ramai melalui kerja2 mencetak wang tanpa had dengan harapan ianya akan menghasilkan keajaiban ekonomi  jelas tidak berhasil bila melihat keputusan perlaksanaan Q1 and Q2, bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi juga di Eropah,” kata En Barisheff.
“Hanya satu perkara dilihat semakin meningkat iaitu langkah Bank Pusat membeli lebih banyak emas di negara seperti China dan Russia. Mereka dilihat semakin bosan terpaksa memegang matawang US Dollars & Euros yang semakin hilang nilai. Asset nyata lain termasuk logam perak,platinum, produk perladangan dan pertanian juga melonjak tinggi kesan dari langkah perlaksanaan QE1 & QE2 The Fed.”
“Jelas emas memberitahu kita sesuatu kelmarin,” kata En Barisheff.
“Mesejnya adalah kita berada pada era di mana kadar pulangan @ dividen tinggi untuk saham dan bond sebagaimana yang diperkatakan oleh En Bill Gross dari Pimco's telah berakhir.

Dan emas menjadi satu2nya asset tunggal yang tinggal untuk anda miliki bagi melindungi kekayaan anda. Dan perlaksanaan QE3 dilihat akan mempercepatkan lagi trend kenaikan harga logam tersebut."

No comments: