Rencana yang di tulis oleh penulis Kewangan En Adam Hamilton's bertajuk "Central Bank Gold Agreement," boleh dianggap hanya sebagai cerita dongeng khayalan semata-mata.
En Hamilton dalam tulisannya menyebut bahawa Bank Pusat hanyalah sekadar pelabur emas biasa sama seperti pelabur2 lain yang berada di pasaran.
Apa yang En Hamilton dan kebanyakkan orang terlepas pandang apabila membuat analisa berhubung pembelian emas oleh bank pusat adalah ianya ibarat filem sandiwara yang telah dirancang dengan sempurna & penuh licik.
Bank Pusat mempunyai mesin cetak wang sendiri & kini komputer yang boleh mewujudkan wang kertas sesuka hati mereka dengan menekan butang yang ada pada mesin tersebut.
Ianya adalah sesuatu yang lawak jika kita mengambil serius bahawa Bank Pusat perlu menjual emas milik mereka sebagai tukaran untuk wang kertas yang mereka sendiri boleh keluarkan dengan percuma & bebas ikut suka hati mereka.
Cuba anda bayangkan bilamana kerajaan Arab Saudi menjual minyak sebagai tukaran untuk mendapatkan pasir.
Atau orang Eskimo menjual ikan bertujuan untuk ditukarkan bagi mendapatkan ais.
Atau En Paul McCartney terpaksa menjual apartmentnya di London sebagai tukaran untuk mendapatkan poster The Beatles yang ditandatangani oleh beliau sendiri?
Sudah tentu anda merasakan bahawa ianya adalah contoh yang kelakar bukan?
Kerana itu semua orang pastinya akan ketawa besar jika benar langkah bank pusat terpaksa menjual emas untuk mendapatkan wang kertas yang boleh di cetak mereka sendiri tanpa sebarang had itu?

Bank2 Pusat sebenarnya mengurus & menjalankan skim Ponzi terbesar di dunia. Menerbitkan secebis kertas yang akan di terima oleh orang ramai sebagai tukaran untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
Jika anda menikmati kelebihan @ privilege untuk mencetak @ mewujudkan bertrillion-trillion Dollar sehingga mampu membiayai sebuah Empayar, tidakkah langkah menjual beberapa tan emas untuk mendapatkan wang menjadi satu perkara yang langsung tidak masuk akal sedangkan anda boleh mendapat wang tersebut secara percuma?
Bank Pusat sebenarnya tidak menjual emas untuk mendapatkan wang fiat bernilai beberapa billion yang boleh dicetak mereka sendiri sebagai pulangan.
Malah mereka boleh mencetak wang2 kertas baru berjumlah bertrillion dollar pada setiap pagi dan mencampakkannya terus kepada anda.
Tidak, bank pusat menjual emas untuk menunjukkan kepada dunia bahawa wang fiat mereka kelihatan lebih bernilai daripada nilai sebenarnya di pasaran & asas permintaan pasaran konon membenarkannya.
Dan apabila permainan ini kelihatan semakin sampai ke penghujungnya, bank pusat akan sentiasa boleh membeli balik emas2 ini.
Ia bukan menjadi satu masalah kepada mereka untuk membuat belian balik walaupun harga emas berada pada kedudukan US$50,000 satu ounce kerana mereka boleh mencetak seberapa banyak wang yang mereka mahukan.

Apa yang menjadi masalah besar adalah sekiranya matawang mereka hilang nilainya dengan cepat .
Jika ianya berlaku bermakna tiada seorangpun manusia di planet bumi ini akan menjual emas milik mereka kepada Bank Pusat walau berapa besarpun nilai matawang atau wang kertas yang di keluarkan mereka.(Cuba anda membeli emas dengan menggunakan matawang Dollar Zimbabwe).
Jika ini berlaku, Bank Pusat ternyata berada di pihak yang kalah dan orang ramai berada di pihak yang menang.
Kerana ibarat permainan kerusi berirama, apabila muzik berhenti, orang ramai akan mempunyai emas di tangan mereka manakala bank pusat akan terperangkap memegang bertimbun matawang yang telah susut dari segi nilai.
Kerana itu , Bank Pusat perlu menggunakan emas milik mereka untuk menyokong skim Ponzi ciptaan mereka sendiri.
Dalam masa yang sama, mereka perlu mengawal kemusnahan atau kemerosoton nilai kuasa beli mata wang kertas yang dikeluarkan mereka.
Ia agar mereka akan sentiasa dapat membeli semula emas2 tersebut dengan menggunakan wang kertas yang dikeluarkan sendiri sebelum sistem kewangan dunia hari ini runtuh untuk membolehkan mereka memulakan sistem yang kewangan baru.
Bila matawang kertas mempunyai kuasa beli yang semakin mengecil , Bank Pusat telahpun membeli semula emas2 mereka. Ketika itu mereka boleh memperkenalkan matawang baru dan memulakan langkah kitaran sistem monetary bersandarkan hutang semula.
Dengan cara ini, mereka menggunakan emas sebagai leveraj berbanding menggunakan sesuatu yang lebih jujur seperti kaedah wang kertas bersandarkan emas sebagaimana zaman gold standard satu ketika dahulu.
Malah mereka telah menjumpai cara untuk meningkatkan kuasa leveraj ini dengan menjual sijil kertas sebagai aku janji kepada emas (akaun emas dalam bentuk sijil) untuk memperlihatkan seolah2 mereka memiliki stok emas berjumlah 20 atau 30 kali ganda dari jumlah sedia ada.
Bagaimanapun terdapat satu masalah lain.
Bagaimana jika terdapat seseorang yang juga mempunyai jumlah wang kertas yang besar memperolehi idea untuk membuat belian semula emas di pasaran sebelum anda bertindak melakukannya?
Pernahkah anda terfikir mengapa Negara China secara senyap2 cuba menyembunyikan peningkatan stok emas mereka sebanyak 450 tan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini?
Jelas , Negara China tidak mahu di lihat bahawa mereka telah mengatasi Bank2 Pusat di Barat dalam permainan yang dikuasai oleh bank2 tersebut.
Jikapun China membuat perakuan bahawa mereka telah mengumpul sebanyak 450 tan emas, jumlah yang mereka telah kumpulkan sebenarnya lebih besar dari angka tersebut.
Ia sebenarnya berhubung kait dengan kuasa dan dominasi dunia.
Sesiapa yang memiliki lebih banyak emas , mereka sebenarnya adalah Raja.
Adrian Douglas
Adrian Douglas is proprietor of the
Market Force Analysis newsletter (www.marketforceanalysis.com) and a member of GATA's Board of Directors.
No comments:
Post a Comment