Sunday, December 16, 2012

AYUH BELI EMAS SEGERA - RIZAB PERSEKUTUAN US AKAN MULA MENCETAK WANG BERJUMLAH US$ 1 TRILLION SETIAP TAHUN



Hari ini pengurus kewangan terkenal dunia En Stephen Leeb mengulas mengenai keputusan mesyuarat Federal Open Market Comitee "FOMC, Rizab Persekutuan US & impaknya kepada komoditi emas dan perak kepada Buletin King World News (KWN). 

“Eric, kelmarin Rizab Persekutuan (The Fed) mengumumkan sesuatu yang besar.

Bagaimanapun ia tidak mengejutkan ramai orang apabila mereka mengumumkan akan membeli sijil bon kerajaan (termasuk treasuries) bernilai  US$85 billion setiap bulan.

Jika anda membuat pengiraan ianya akan berjumlah $1 trillion setiap tahun. 

Ia benar2 membuatkan saya hilang kata2. 

Membeli kertas dalam bentuk sijil yang bernilai US$1 trillion setiap tahun.”

“Jika digabungkan dengan apa yang dilakukan oleh negara Jepun. Kelmarin nilai matawang Yen Jepun menjunam teruk kerana mereka juga sedang melaksanakan perkara yang sama.

Hari ini anda berada di dunia dimana semua blog kuasa ekonomi dunia sedang mencetak wang seberapa pantas yang boleh. Ianya benar2 membuatkan saya marah.

Saya mengambil berat & sayangkan negara ini serta orang ramai yang tinggal di sini.

Bila anda melihat bagaimana wang di cetak seakan kertas tisu, anda tahu kebanyakkan sijil bon yang diterbitkan itu hanya layak digunakan untuk membakar kayu api bagi memanaskan rumah anda.

“$1 trillion setiap tahun yang bakal di beli oleh The Fed adalah ibarat angka '1’ yang ditambah '12 kosong' dibelakangnya.

Ramai orang di negara ini hanya mempunyai wang berjumlah US$500 dalam simpanan mereka, dan ramai lagi yang tidak mempunyai apa2. 

Apabila anda mula memikirkan US$1 trillion, ianya jelas sesuatu yang tidak masuk akal untuk di fikirkan.

Kerana itu pada hari ini, terdapat situasi semakin mendesak untuk memiliki emas.

Semua ekonomi negara di dunia ini dibangunkan dengan menggunakan matawang kertas.

Kerana itu kerajaan di lihat semakin aktif cuba memanipulasi harga emas. Ia sememangnya dibuktikan oleh sejarah.

Jika orang ramai membaca artikel  ‘Holy Grail’ di website, mereka akan menyedari bahawa kita kini berada di titik penghujung di mana para 'manipulator' ini akan terpaksa menyerah kalah akhirnya.

Ketika ini anda boleh membeli emas, yang sedang menuju ke harga US$10,000 satu auns, pada harga hanya US$1,700 satu auns.  

Jadi manipulasi harga emas yang sedang berlaku hari ini sebenarnya adalah hadiah untuk kita semua.  

Hari ini, bila saya berkata bahawa harga US$100 untuk komoditi minyak sebenarnya diniagakan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga logam perak , ramai yang mengatakan saya gila.

Sebenarnya saya tidak gila. Harga emas akan tetap menuju kepada US$10,000/satu auns samada orang ramai  membaca ataupun tidak membaca artikel ini.

Hari ini Emas dan Perak ternyata adalah matawang paling dominan (de facto currencies) di dunia dan logam tersebut akan menjadi peneraju ekonomi pada masa akan datang, bukannya matawang kertas yang kita gunakan sekarang.

Hanya satu halangan iaitu saham syarikat perlombongan emas. Saham syarikat perlombongan berkualiti adalah satu2nya asset bersandarkan sijil yang boleh dipercayai oleh para pelabur. 

Indeksnya dilihat amat terdedah kepada para spekulator akibat kejatuhan harga emas ketika ini. Tetapi kita semua tahu apabila sistem kewangan dunia gagal diselamatkan lagi, saham2 milik syarikat perlombongan emas ini bakal melonjak tinggi melangit.

Tetapi setiap orang perlu memiliki fizikal emas dan perak. Apabila anda mula membelinya , amat sukar untuk berhenti.

Apabila anda mula memegangnya di tangan anda, anda akan mahu memiliki lebih banyak lagi.

Manakala bagi pelabur yang memiliki saham syarikat perlombongan emas tulen (bukan saham scam VGMC yang bakal terlingkup tu), jangan patah semangat. Hari anda akan tiba juga, Dan ianya lebih cepat dari yang anda sendiri fikirkan.”


No comments: