Thursday, December 20, 2012

DIPLOMAT AKUI CHINA SEDANG MENGUMPUL EMAS UNTUK MENYOKONG MATAWANG YUAN

turk - the west can’t stop the flow of gold into india & china

Hari ini, pengurus kewangan terkenal dunia En Stephen Leeb membuat kenyataan memeranjatkan King World News apabila berkata , beliau baru2 ini telah menemubual seorang diplomat dari China yang secara tidak sengaja mengakui bahawa negara tersebut sedang giat mengumpul logam emas bertujuan untuk menyokong matawang Yuan.

Ianya adalah pengakuan mengejut sebelum diplomat tersebut cuba menarik balik kenyataannya tetapi dilihat telah terlambat.

Tetapi sebelum itu. ayuh kita lihat apa komen beliau berhubung perang harga emas yang berlaku sekarang. 

“Rizab Persekutuan di Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang bersedia untuk mencetak wang kertas bernilai lebih dari US$1 trillion dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kita boleh mencetak seberapa banyak wang yang kita mahukan tetapi ianya tidak akan membawa sebarang kebaikan.”

“Melainkan Rizab Persekutuan dapat menyediakan plan jangka panjang yang sama untuk mencetak bahan makanan, air, nadir bumi ataupun logam perak, kita akan berhadapan dengan masalah yang serius kerana wang kertas akan menjadi semakin hilang nilainya. 

Secara jangka panjang, tiada siapa akan terus membekalkan anda sesuatu barangan yang kritikal & jarang di dapati sebagai pertukaran kepada sesuatu yang anda hanya perlu menekan butang untuk mencetaknya.

China dilihat menyedarinya dan mereka kini sedang sibuk mengumpul & menyorokkan sumber2 kritikal ini....

“Ianya berhubung rapat dengan situasi yang anda lihat pada pasaran emas ketika ini.  

Berapa kalikah anda lihat harga emas jatuh US$25/ auns dalam masa seminit atau dua pada ketika tiada sebarang transaksi fizikal berlaku?

Orang ramai di seluruh dunia mula memahami bagaimana matawang US Dollar telah di lambakkan. 

Jadi siapakah orangnya yang akan menjual emas miliknya dengan cara yang di lakukan kelmarin sekiranya ia berfikiran waras? 

Tidak ada orang yang boleh mengumpul wang yang banyak dan bertindak bodoh sebegitu. Jelas ia adalah manipulasi yang sengaja di lakukan.

Seakan kita melihat satu upacara pada dagangan yang berlaku di tengah malam. 

Harga emas kebiasaannya akan meningkat US$4 atau US$5/ auns pada tengah malam atau jam 1 pagi  waktu Timur (Eastern Time).

Saya memerhatikan dagangan emas pada waktu tengah malam & saya boleh mengira acap kali dalam tempoh seminit atau dua minit, harga yang sepatutnya bergerak naik ke US$4 atau US$5, kini jatuh sebanyak US$20/ auns.  

Tiada siapa yang akan melakukan dagangan pada jam 12 tengah malam atau jam 1 atau 2 pagi.

Seseorang di lihat melakukannya dan ianya lazim berlaku pada ketika tiada sebarang kecairan tunai berlaku. 

Jadi ianya ibarat permainan dan puak2 ini di lihat amat terdesak melakukannya dan Negara seperti China menyedari mengenai perkara ini.

Saya baru sahaja bercakap dengan diplomat dari China dan menyatakan, ‘ 2 komoditi paling penting kepada anda adalah sumber air dan emas.’  dan diplomat tersebut berkata kepada saya, ‘Benar, kami memerlukan emas untuk menyokong matawang Yuan.’  

Bagaimanapun diplomat tersebut sedar beliau membuat kesilapan besar dengan pengakuan tersebut dan cuba menarik balik kata-katanya, 

‘Tidak, ianya bukan bertujuan untuk menyokong matawang Yuan. Ianya untuk industri barang kemas perhiasan kami.’  Tetapi ianya agak terlambat kerana dunia sememangnya menyedari cita2 besar negara tersebut.

Jadi negara tersebut sememangnya mengumpul emas dengan rakus. 

Satu2nya cara untuk China menjadi kuasa utama dunia adalah dengan berterusan mengumpul bahan2 sumber terpenting ini iaitu samada memastikan matawang mereka disokong dengan emas atau mendapatkan fizikal emas seberapa banyak untuk diri sendiri.

Rumusannya di sini adalah apabila saya melihat kaitan kejatuhan harga emas di pasaran, saya tahu ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Pihak China hanya membiarkan harga emas jatuh kerana mereka adalah pembeli yang bijak. 

Dengan memiliki jumlah emas yang banyak ia ibarat dunia berada di tangan mereka kesan daripada aktiviti manipulasi bodoh yang di lakukan oleh bank2 pusat di Barat.

Bagaimanapun lambat laun permainan manipulasi harga emas di pasaran pada hari ini akan berhenti jua.

Perancang Pusat jelas kesuntukan masa dan apabila skim manipulasi ini berhenti dan mereka hilang kawalan, pada  ketika itu pastikan anda tidak melepaskan pegangan emas milik anda kerana harganya pasti akan melonjak tinggi ke bulan dan di luar dari tahap pemikiran anda sendiri.”

No comments: