Hari ini billionaire terkemuka dunia , En Eric Sprott memberi amaran kepada Buletin King World , “Tidak diragukan bahawa perancang kewangan pusat sedang cuba sedaya upaya untuk mengelakkan keruntuhan sistem kewangan dunia ketika ini.”
Ianya adalah siri pertama wawancara bersama En Sprott yang bakal di keluarkan hari ini yang mendedahkan situasi sebenar disebalik usaha para perancang pusat yang di lihat semakin terdesak untuk menyelamatkan sistem kewangan dunia dan juga skim penindasan harga logam emas dan perak yang dilakukan mereka.
En Sprott, yang merupakan pengerusi kepada Sprott Asset Management, juga dipetik berkata: “Terdapat beberapa siri perbincangan aktif di laman web mengenai kesukaran para pengedar untuk memenuhi tempahan pelanggan mereka. Saya membuat pengesahan dengan beberapa sumber pasaran & mereka mengesahkan berlaku peningkatan permintaan mendadak terhadap logam berharga bagi tempoh 6 hingga 8 minggu terakhir ini."
“Kita boleh melihatnya dengan memerhatikan statistik yang dikeluarkan oleh US Mint . Sebagai contoh, pada bulan ini , walaupun tempohnya masih belum berakhir, jualan emas fizikal telah melonjak 3 kali ganda bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas.
Jualan bagi fizikal perak pula telah meningkat 120% setakat ini. Anda dapat mengesan bahawa permintaan untuk kedua2 logam berharga ini kembali melonjak tinggi.

Ia bukan berlaku di pasaran Amerika Tengah sahaja...
“Kita membaca artikel tentang bagaimana permintaan logam berharga di India kembali meningkat dengan mendadak baru2 ini. Mereka berpendapat akan berlaku permintaan besar terhadap logam emas untuk tempoh suku ke 4 tahun ini.
Juga terdapat banyak perbincangan tentang usaha-usaha untuk membawa semula emas2 milik negara kembali ke negara asal mereka seperti yang di suarakan oleh negara seperti Jerman, Austria dan terbaru, Belanda.
Saya fikir contoh paling jelas adalah apabila sebilangan ahli politik di Austria mula mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Kewangan mereka , ‘Berapa peratuskah emas milik negara yang di simpan di Austria ketika ini?'
Saya fikir angkanya sekitar 13% ke 17%, selebihnya berada di New York dan London.

Pada masa yang sama (Menteri Kewangan Austria) menerangkan bahawa negara tersebut memperolehi sumber pendapatan dengan cara memajakkan emas2 tersebut.
Bank Pusat ini telah mendepositkan emas milik negara mereka kepada Federal Reserves ataupun Bank of England, dan ia berakhir dengan emas2 tersebut telahpun di pajakkan kepada pihak2 ke 3 di luar.
Sudah tentu apabila emas tersebut dipajak keluar, secara fizikal tentunya emas tersebut telah terjual kepada seseorang yang pastinya tidak akan memulangkannya kembali.
Sebagai contoh , apabila pasaran Gold Exchange Trade Fund (ETF) membeli emas, ia tentunya tidak akan dikembalikan.
Apabila negara seperti China atau India membeli emas, ia sudah tentu tidak akan kembali semula ke sistem bank yang menjualnya.
Oleh itu , sebagai pertukaran Bank Pusat ini akan mempunyai dokumen kertas 'surat akuan hutang atau IOU dari bank bullion di penyata kira2 mereka, tetapi jika mereka cuba menuntutnya kembali dengan menggunakan kertas IOU tersebut, sudah tentu mereka tidak akan berjaya mendapatkan kembali emas2 itu kerana ia telah terbang ke China / India atau keseluruh dunia (negara si pembeli).
Bank2 Pusat secara berterusan membekalkan emas kepada pasaran dengan memajak keluar emas2 milik pelanggan ke dalam pasaran emas.
Dan bila mereka cuba mendapatkannya semula, samada ia melibatkan pihak Jerman , Belanda atau Austria, mereka akan sedar yang mereka tidak akan berjaya mendapatkannya kembali (emas yang disimpan mereka di Federal Rserves @ Bank Of England) kerana hakikatnya mereka tidak memilikinya.
Mereka mempunyai resit tuntutan terhadapnya tetapi tidak akan berjaya menguatkuasakannya.
Kerana itu saya beranggapan mereka (Bank Pusat di negara Barat) mungkin mempunyai baki stok simpanan fizikal emas yang terlalu kecil dalam simpanan mereka.
Tidak diragukan lagi bahawa para perancang pusat ini berhempas pulas untuk menghindari keruntuhan sistem kewangan antarabangsa.
Sudah tentu, satu cara paling berkesan adalah memastikan harga emas dan perak di pasaran berada di bawah kawalan mereka.
Kerana itu, sebagaimana yang anda tahu, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa sistem kewangan bersandarkan hutang yang kita guna pakai ketika ini kelihatan normal, termasuk mencetak lebih banyak wang yang saya percaya adalah bersifat palsu semata2.
Ia termasuk kerja2 menjual emas milik pelanggan mereka kerana semua data memaparkan berlaku kerja2 penjualan di pasaran walaupun mereka cuba menyembunyikannya.
Saya sentiasa percaya bahawa akan tiba harinya di mana mereka akan melihat kembali apa yang ada dalam peti simpanan (vaults) milik mereka dan berkata
‘Kita tidak berjaya memenangi permainan ini lagi (memanipulasi harga emas di pasaran). dan segalanya telah berakhir.
Saya tidak pasti bilakah hari ianya akan berlaku, tetapi setiap hari apabila saya melihat trend pasaran emas, situasinya semakin meruncing dari hari ke hari (pasaran emas fizikal emas dunia).
Saya fikir terdapat banyak bukti yang menunjukkan minat tinggi dikalangan pelabur & ia ibarat tsunami sedang kembali ke pasaran emas dunia.
Anda mungkin mendapati ianya sangat menarik kerana kebanyakkan pakar pelaburan kewangan ini berkata bahawa anda perlu mempunyai 5% atau 10% daripada wang anda dalam bentuk emas fizikal.
Hari ini logam emas mewakili 1% daripada keseluruhan asset kewangan dunia.
Satu2nya cara anda boleh berada pada tahap 1% ketika ini kepada 5%, adalah sekiranya harga pasaran emas dunia meningkat sebanyak 500%. Dan melihat kepada segala kemelut ekonomi & krisis hutang yang melanda dunia hari ini, saya fikir ianya semakin hampir untuk menjadi kenyataan.”

Bagaimana anda boleh bergerak dari 1% kepada 5% , bilamana bekalan emas dunia hanya menunjukkan peningkatan 1.5% setiap tahun?
Ianya benar2 mustahil.
Saya dapati ianya kelihatan lawak untuk berfikir bahawa kebanyakkan pelabur cuba untuk berada pada tahap tersebut kerana ia kelihatan amat mustahil.
No comments:
Post a Comment