Dengan ketidaktentuan berterusan pasaran kewangan global, En Richard Rusell , tokoh yang digelar 'the
Godfather of newsletter writers' , mempunyai keterangan & analisis menarik melalui komentar terbarunya.
Berikut adalah kenyataan beliau: “Amat sukar untuk membuat orang ramai percaya bahawa terdapat perbezaan antara pelaburan yang berorientasikan keuntungan berbanding pelaburan yang mampu melindungi kekayaan. Tetapi orang kaya mengetahui perbezaannya.
Apabila seseorang telah mengumpul seberapa banyak wang yang mereka mampu kumpulkan, ia akan mula risau akan kehilangan wang tersebut.Itulah masanya apabila ia ingin memiliki sesuatu yang boleh mengekalkan "kekayaannya sepanjang hayat atau abadi".

“Kelmarin lukisan bertajuk , ‘the Scream’, hasil karya Munch, dijual dalam lelongan yang mencatat rekod harga US$119 juta.
Saya merasa sangsi adakah pembeli tersebut mengambil peduli samada lukisan tersebut akan bernilai US$100 juta, $50 juta atau $200 juta , 10 tahun dari sekarang?
Pembeli tersebut mengetahui bahawa beliau memiliki sebuah karya seni bernilai tinggi, sesuatu yang akan bernilai 2 kali ganda sekiranya berlaku inflasi melampau atau sesuatu yang mungkin bernilai US$60 juta dalam tempoh deflasi yang buruk.

Sekalipun matawang USDollar menjadi tidak bernilai sebagai unit pertukaran, lukisan Munch masih lagi bernilai tinggi & menjadi pelaburan yang menguntungkan dalam apa jua bentuk tukaran matawang bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang.
Semuanya memberitahu kita sesuatu mengenai emas. Selama lebih 5 ribu tahun, emas telah mewakili kuasa membeli kita. Tidak kira apa bentuk wang yang wujud pada ketika itu, emas memiliki kuasa membeli, kerana itu ramai orang bijaksana memiliki emas.
Jika saya meminta anda meninggalkan sesuatu kepada anak cucu anda dalam pakej yang hanya boleh dibuka 100 tahun dari sekarang, adakah anda akan meninggalkan mereka dengan note wang kertas $100 Dollar atau 100 keping syilling emas? Jika anda seorang yang mempunyai otak sudah tentu anda akan memilih syilling emas tersebut.
Saya percaya Warren
Buffett juga akan memilih syilling emas. Mengapa? Kerana kita tahu 100 tahun dari sekarang wang syilling tersebut tetap akan mengekalkan nilai dan kuasa beli yang ada padanya manakala wang kertas Dollar tersebut hilang dan tidak akan wujud lagi. Muktamad , tutup cerita.
En Russell juga menambah :
“La Jolla adalah sebuah bandar yang kaya. Berjalan di sekitar La Jolla anda akan perasan yang bandar ini tidak seperti kebanyakkan bandar di negara ini. La Jolla adalah bandar yang agak terpencil yang dibina atas kekayaan . Tetapi saya mempunyai petunjuk (barometer) rahsia. Saya kerap mengunjungi restoran Deli untuk memesan sandwich.
Dalam keadaan normal atau biasa, ia mengambil masa 20
minit dari saat saya membuat pesanan hingga pesanan sandwich itu sampai kepada saya. Tetapi kebelakangan ini, saya mula menyedari ia mengambil masa kurang 5 minit sahaja. Ia bukti bahawa perniagaan agak perlahan di Restoran Delli tersebut sehinggakan mereka dapat menyiapkan tempahan pesanan saya dengan segera.
Saya juga dengar perniagaan restoran di La
Jolla mula lembab pada April 2012- untuk kali pertama dalam suasana kemelesetan ketika ini. Jelas apa yang berlaku di seluruh negara , akhirnya mula menimbulkan kesan yang sama kepada bandar La Jolla.
Pesanan akhir saya- Harga emas bulan Jun ditutup pada US1645.20 dan masih di atas paras US1600/ auns. Logam emas kelihatan mempunyai prestasi yang baik kepada saya. Kekalkan pegangan anda dan anggap ia sebagai sebahagian dari harta pusaka anda. GDX juga ditutup tinggi , memberikan petanda yang baik kepada pengusaha lombong emas.”
No comments:
Post a Comment