Friday, April 20, 2012, 6:10 pm, by Adam Taggart
En. Harvey Organ telah membuat analisis pasaran Bullion (jongkong emas) untuk hampir lebih sedekad. Kualiti dan ketepatan hasil kerja beliau amat dihormati melayakkan beliau menerima jemputan untuk memberi komen & keterangan dihadapan Suruhanjaya Komoditi Dagangan Niaga Hadapan (CTFC) sebelum mereka mengambil keputusan berkaitan beberapa dasar logam beharga pada tahun 2010.
Dan beliau amat berterus terang dengan berkata: Harga logam emas dan perak kerapkali di tindas (suppressed). Dengan prasangka keterlaluan.
Dalam siri temuramah terbaru bersama beliau, En Harvey menerangkan kepada En Chris, kaedah bagaimana beliau melihat manipulasi harga ini berlaku dipasaran, mengapa beliau meramalkan skim penipuan penentuan harga ini akan runtuh tidak lama lagi, dan mengapa amat penting untuk orang ramai memegang fizikal bullion berbanding emas bersandarkan sijil ataupun saham apabila ianya berlaku.
Penindasan harga sebenar logam emas bermula pada tahun 1988. Itulah permulaan kepada aktiviti pemajakan & ianya direka dan dipelopori oleh J.P. Morgan.
Puak2 ini akan mendekati syarikat2 perlombongan emas dan berkata, “Dengar, saya akan membayar anda walaupun emas milik syarikat anda masih lagi belum dilombong dan berada di bawah tanah dan saya akan menjualnya. Anda hanya perlu membayar saya apabila anda selesai melaksanakan kerja2 carigali & mengeluarkannya.” Bermakna syarikat perlombongan menikmati pembiayaan percuma untuk kerja2 perlombongan dan carigali yang mereka lakukan. Syarikat perlombongan emas terbesar dunia, Barrick Gold merupakan salah satu syarikat yang menerima tawaran tersebut dan mereka menjayakan banyak projek carigali emas di Nevada Amerika Syarikat.
Apabila 'permainan' pajakan ini bermula, jualan sebenar dan jualan tambahan mengalami penindasan harga. Pada 5 tahun pertama , ia melibatkan pajakan emas sekitar 300 hingga 400 tan. Keadaan menjadi bertambah buruk bermula sekitar tahun ’97-’98 dengan penglibatan lebih banyak modal berbentuk jangka panjang. Sehinggalah aktiviti pemajakan ini mencecah sekitar 1000 metrik tan , dan ianya tidak pernah berhenti sejak itu.
Dan logam Perak juga mengalami nasib yang sama.
Dan kerana itu selama 20 tahun, kita berhadapan dengan penindasan harga logam emas di pasaran. . Masalahnya sekarang fizikal emas tersebut telah tiada. Ke mana perginya? Kerana ia telah berpindah dari Barat ke Timur.
Ramai orang tidak tahu bahawa negara China telah menapis atau mengitar semula hampir 80% daripada bekalan logam perak dunia, kerana ianya sangat toksik.
Sehingga tahun 1985, negara tersebut mengendalikan 80% kerja2 penapisan logam perak dunia. Kini ianya telah menurun kepada 40%,tetapi ianya tetap merupakan keperluan utama bidang industri di China.
Mereka menyimpan setiap auns logam perak dan emas melalui kerja2 penapisan oleh syarikat domestik dalam negara. Mereka menyimpannya untuk kegunaan sendiri: rizab simpanan emas dan perak mereka meningkat dengan mendadak (walaupun mereka tidak memaklumkan angka tepat mengenainya).
2 tahun lalu , ianya telah meningkat kepada 1,054 metrik tan dan saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa ia mungkin telah meningkat 3 kali ganda pada hari ini. Mereka di lihat tidak pernah berhenti membeli emas. Sama seperti mereka tidak pernah berhenti membeli minyak mentah.
Mereka jelas faham mengenai 'strategi permainan' ini dan secara perlahan-lahan mula menggunakan rizab matawang Dollar yang mereka miliki untuk menukarnya kepada logam emas, minyak, cooper - atau apa sahaja asset nyata lain.
Dan 'permainan' ini akan berakhir apabila auns emas terakhir meninggalkan London- bukannya COMEX, kerana dalam masa sesaat ia akan kembali ke sini.
Masalah besar di London adalah urusniaga derivatives emas mereka adalah antara 50 ke 100 kepada nisbah 1.
Jadi apabila saya mengambil keluar 1 auns emas, ibarat belon, urusniaga derivative ini akan membesar dari hari ke hari sehingga ianya bersedia untuk meletup satu masa nanti.
Dan itulah yang kita lihat sedang berlaku hari ini. Jadi ketika ini, orang ramai akan berkata: berapa tinggikah harga emas akan melonjak?
Dan saya akan memberitahu anda : anda sedang bersiap untuk masuk tidur pada malam khamis dan harga emas ketika itu mungkin sekitar US$1,670 satu auns. Dan apabila anda sedar pada pagi esoknya yang kebetulan merupakan hari cuti di mana bank sedang tutup, harga emas melonjak pada kedudukan US$3,000 satu auns. tiada tawaran jualan dapat dilaksanakan.
Tiada tawaran -- kerana hari tersebut bank ditutup kerana cuti dan penghantaran tidak dapat dilakukan.
Anda perlu mempunyai fizikal syilling atau jongkong emas. Jika apa yang anda miliki hanyalah sehelai sijil atau kertas semata -hanya nilai kertas itu sahajalah yang anda miliki ! Ia akan berakhir dengan hangus berasap di bakar api.
Jadi mudahnya, pergilah beli fizikal emas untuk disimpan dan bersyukurlah kerana anda berpeluang membelinya dengan harga yang amat murah hari ini.Harvey received his bachelor of Science degree in 1970 and an MBA in 1972 at McMaster University, majoring in finance. It was during this time period where Harvey got exposed to the derivative market that was just starting on Wall Street. Harvey has been trying to expose the fraudulent manipulation of the gold market ever since the "Long Term Capital" downfall in 1998. It has been Harvey's duty to share what he knows and expose the fraud and educate the intricacies of of the gold and silver paper and physical markets, which he does through his website Harvey Organ's Daily Gold and Silver Report.
No comments:
Post a Comment