Thursday, May 10, 2012

PEPERANGAN SEDANG BERLAKU KERANA MATAWANG FIAT SEDANG MENUJU KEHANCURAN





























Dengan indeks pasaran saham global menjunam, bersama logam emas dan perak, hari ini Buletin King World News (KWN) menemuramah En John Embry, Ketua Strategi Pelaburan di Sprott Asset Management yang menguruskan dana bernilai  $10 billion

En Embry memberitahu KWN “Terdapat perang sedang berlaku sekarang” kerana “Sistem matawang fiat sedang melalui hari2 terakhirnya." 

Encik Embry juga berkata "Suasana di Eropah semakin terdesak dan implikasinya amat menakutkan sekiranya status matawang US Dollar sebagai matawang rizab tunggal di tolak masyarakat antarabangsa". 

Memperkatakan mengenai logam emas, berikut kenyataan beliau:  “Harga emas jatuh kerana ia dipengaruhi oleh penipuan atau manipulasi besar2an di pasaran emas bersandarkan saham atau kertas. Kita melihat permintaan luar biasa terhadap emas fizikal. Jumlah emas yang besar sedang melalui  Turki, memasuki pasaran Timur Tengah. Import emas dari China kekal kukuh. Pada saya ianya adalah suasana sebenar pasaran.

“Tindakan seperti ini sentiasa dirancang dalam masa yang bertentangan, di mana ianya dilihat langsung tidak masuk akal. Ia berjaya kerana tindakan sedemikian mampu memastikan sebahagian masyarakat menjauhi sektor ini (logam berharga).

Jelas terdapat peperangan sedang berlaku ketika ini, dan mereka cuba meningkatkan tahap keyakinan hati dan pemikiran golongan pencinta matawang fiat di seluruh dunia yang jelas semakin meluat & mual dengan segala macam krisis kewangan yang melanda pasaran ketika ini.

Ianya berlaku kerana suasana di Eropah kini berada dalam kedudukan cukup terdesak. Kerajaan Sepanyol telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menyelamatkan (bail out) entiti bank ke 3 terbesar negara berkenaan. Semua kejadian ini memaparkan tindakan mewujudkan kecairan baru di pasaran. Tanpa kecairan ini, sistem matawang dunia bakal runtuh.

Masalah dasar yang tidak pernah diperkatakan secara terbuka terutamnya oleh 'mainstream' media adalah , sistem matawang fiat kini berada penghujung riwayatnya..

“Kita kini berada di peperangan terakhir, kerana itu saya tidak terkejut jika puak2 ini begitu rakus dan beria2 menyerang pasaran emas ketika ini , walaupun ia dilihat tidak munasabah. 

Anda tahu yang sistem matawang fiat ini semakin hampir akan runtuh bilamana melihat nama2 besar seperti seperti Bill Gates, Munger dan Warren Buffet (yang kekayaan mereka bergantung sepenuhnya kepada wang fiat & pasaran saham) membuat kenyataan2 bodoh mengenai logam emas yang jelas bertentangan dengan kebijaksanaan seorang manusia.

Saya merasa agak tersinggung mendengar kenyataan En  Charlie Munger’s (rakan kongsi En Warren Buffet di Bekshire Hathaway) menyatakan : Satu2nya orang yang membeli emas adalah golongan Yahudi zaman pra-peperangan di Vienna Austria, mereka menjahit logam emas tersebut pada pakaian mereka dan orang yang membeli emas terdiri daripada masyarakat yang tidak bertamadun.Ianya adalah kenyataan paling menjijikkan yang pernah saya dengar sepanjang hidup saya , tidak kira dalam apa subjek sekalipun.

Maksud saya bagaimana beliau boleh mengeluarkan kenyataan berbentuk menghina golongan Yahudi yang ditindas semasa zaman pra peperangan di Eropah.

Pada masa yang sama beliau langsung tidak menghormati oarng ramai yang melakukan tindakan yang betul, yang membeli emas sebagai langkah melindungi diri mereka dari kejatuhan sistem matawang fiat yang berlaku hari ini. Ianya jelas tidak bertamadun dan memaparkan kerendahan tahap intelektual beliau sendiri.

Realitinya tiada apa yang berubah. Apabila harga emas berada di kedudukan US$1,900 Ogos 2011 yang lalu, pada masa sama US baru sahaja diturun taraf (downgrade) oleh agensi penarafan antarabangsa kerana krisis hutang, golongan ini bertindak balas seperti anjing gila. Dan sejak itu, golongan ini terus menerus memerangi kenaikan harga emas di pasaran.

Ianya satu peperangan kerana apa pun alasannya,  mereka terpaksa mempertahankan matawang USDollar sebagai matawang rizab tunggal dunia demi kelangsungan kekayaan mereka. Jika mereka hilang status tersebut, implikasinya amat mengerikan kepada pasaran matawang dan masyarakat. Kerana itu pertempuran sengit sedang berlaku kerana  kegagalan matawang fiat akan membawa puak2 ini ke neraka.

Saya akan merasa terkejut jika keadaan ini berterusan lebih lama. Menjelang penghujung tahun ini, semua ini bakal dilupakan & ia hanya akan menjadi titik kecil dalam carta harga jangka panjang, dan carta harga logam emas dan perak pastinya akan melonjak tinggi.

En Embry juga menambah: “Terdapat ramai pelabur mula patah semangat, sama seperti suasana pasaran saham. Saya berfikir mengenainya malam semalam. Semasa saya menguruskan dana ekuiti logam emas dan perak sepanjang 15 tahun pengalaman, antara tahun 1994 hingga 2009, terdapat 3 atau 4 kali keadaan dalam tempoh tersebut , bilamana dana saya mengalami lonjakan harga melebihi 100% dalam tempoh tidak kurang dari 12 bulan. 

Jika saya masih lagi memegang dana tersebut, saya tahu ianya adalah permulaan kepada kenaikan melebihi 100% bagi tahun tersebut. Dari apa yang saya lihat hari ini, saya fikir ianya adalah peluang terbaik yang pernah saya lihat.   

Ia hanya persoalan masa , bilakah waktunya ia akan aktif semula. Saya percaya ia akan bermula apabila harga emas dan perak bergerak tinggi secara dramatik & ianya bakal memeranjatkan orang ramai yang jelas belum bersedia jika mengambilkira suasana hari ini.

Satu2nya nasihat saya adalah jangan hilang kepercayaan terhadap logam emas dan perak sekarang.”


No comments: