Hari ini En Egon von Greyerz memberitahu Buletin King World News bahawa “Ianya adalah satu peristiwa bersejarah yang besar yang bakal kita sama-sama saksikan.” En Egon von Greyerz adalah pengasas dan rakan kongsi pengurusan di Matterhorn Asset Management , Switzerland.
Beliau juga berkata, “Golongan pelabur perlu mempersiapkan diri mereka untuk berhadapan dengan situasi atau suasana huru-hara pada masa hadapan.”
Berkaitan logam emas, berikut adalah komen beliau: “Hari ini, ramai pelabur merasa gelisah & gementar, anda boleh melihat suasana pasaran hari ini.
Tetapi jika anda meneliti pasaran emas, contohnya, hakikat bahawa harga emas telah jatuh 17% dari segi matawang US Dollar, dari paras harga US$1,920 satu auns & jatuh di bawah 10% berbanding matawang Euro, kita boleh menganggap harga emas masih berada di paras agak tinggi ketika ini.”

“Pembetulan harga pada tahun 2008 berlangsung pada tempoh yang hampir sama , mengambil masa 7 atau 8 bulan, tetapi bezanya pembetulan harga ketika itu adalah 30%.
Melangkah ke belakang & melihat kepada pembetulan kecil ini, dalam arah aliran meningkat besar2an, di mana harga emas telah melonjak selama 12 tahun berturut-turut di pasaran, tindak balas pembetulan ini tidak memberi kesan besar kepada pergerakkan jangka panjang carta harga logam emas di pasaran.
Adalah jelas 15 tahun dahulu , suasana gelembung kredit (credit bubbles) dan gelembung deravitif (derivative bubbles) akan mewujudkan suasana kemelesetan akibat inflasi melampau atau letupan deflasi yang membawa kepeda keruntuhan ekonomi. Ianya sangat jelas dan boleh diramal.

Sesuatu perkara kadangkala mengambil masa yang agak lama untuk berlaku dari yang kita jangkakan.Untuk pengetahuan anda kami mula memindahkan sebahagian besar portfolio kepada logam emas pada tahun 2002 dan mengarahkan pelabur kami mengambil tindakan yang sama pada ketika harga berada pada kedudukan US$300/ satu aun.
Jadual kemusnahan yang bakal berlaku agak sukar untuk di ramal, tetapi mereka2 yang selama ini mendominasi pasaran mula kehilangan pengaruh dikalangan pelabur dan masyarakat.
“Jadi, tiada sebab mengapa para pelabur perlu merasa bimbang dan gelisah. Jika anda melihat carta pergerakkan harga emas setiap bulan, bermula pada tahun 1999, pembetulan harga emas dilihat biasa berlaku.
Ini adalah pembetulan harga emas yang biasa berlaku, dalam suasana politik dan ekonomi di mana para pendominasi pasaran (dominos) mula 'hilang pengaruh' mereka kerana situasi tidak menentu 'bubbles' yang dicipta oleh Bank Pusat.

Orang ramai perlu ingat , kita sedang menyaksikan peristiwa bersejarah yang besar. Kita semua menjangkakan perkara ini akan berlaku dengan pantas, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama dari yang kita jangkakan.
Ambil saham emas sebagai contoh. Harga saham emas kini berada di kedudukan harga yang hampir sama seperti tahun 2006 dahulu, ketika harga emas sekitar US$700/ auns.

Saham2 syarikat perlombongan emas ini terlalu murah, Eric. Saya punya kepercayaan yang kuat bahawa seseorang perlu memegang fizikal logam berharga, dan saham syarikat perlombongan tidak sama dalam konteks untuk melindungi kekayaan seseorang.
Bagaimanapun, peluang amat besar ketika ini & para pelabur harus mengalokasikan sebahagian dari asset mereka kepada saham syarikat perlombongan emas kerana kualiti saham tersebut akan melonjak berlipat kali ganda dari kedudukan dimana ianya didagangkan hari ini.

Melihat kepada nilainya, pembetulan harga emas yang berlaku ketika ini mungkin akan mengambil masa untuk berakhir. Ianya mungkin akan berterusan dan mengambil masa beberapa minggu lagi. Agak tidak relevan jika ianya tiba2 berhenti. Ia sekadar muncul seketika dan terdapat sedikit tekanan teknikal yang mungkin akan berterusan buat sementara waktu.”
En Von Greyerz juga menambah: “Kini fokus akhirnya akan beralih kepada Amerika Syarikat pula. Kita tahu bahawa bon2 mereka tidak akan atau pernah dibayar balik dengan wang hari ini. Jadi apa yang kita lihat di pasaran bon ketika ini adalah satu pasaran yang langsung tidak menjamin apa2 keselamatan kerana bon2 tersebut tidak mampu dibayar balik. Dan apabila fokus beralih kepada Amerika Syarikat, pasaran bon di sana akan benar2 di uji.
Di Eropah, kita melihat masyarakat mereka agak menderita, tetapi kita masih lagi belum melihat mereka benar2 melaksanakan usaha2 penjimatan. Penjimatan sebenar bermakna mereka perlu melupakan faedah sosial, memotong dana pencen secara dramatik, dan ketika ini tiada apa2 yang dilakukan dan bergerak ke arah itu.

Orang ramai dilihat tidak berpuashati dengan segala macam pemotongan perbelanjaan yang diperkenalkan kerajaan setakat ini, tetapi ianya tidak akan memberi kesan besar berbanding dengan pemotongan perbelanjaan sebenar yang bakal terpaksa mereka hadapi pada masa akan datang.
Jika kita berhadapan dengan musim panas di Eropah, kita akan bakal melihat rusuhan bermula dengan cepat dan merebak dari satu negara ke negara yang lain.
Ianya sesuatu yang membimbangkan, tetapi sedihnya kita terpaksa berhadapan dengannya dan ia akan menjadi lebih teruk dari hari ke hari.
Secara jujur, saya berpendapat golongan pelabur perlu mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan lebih banyak suasana kekacauan dan huru hara , yang pastinya akan menjejaskan pasaran modal pada masa yang akan datang.

Hari ini sekiranya para pelabur mempunyai lebihan wang tunai, mereka wajar membeli fizikal emas dan perak , juga saham syarikat perlombongan emas kerana dalam suasana krisis ekonomi yang tidak menentu hari ini, pastinya ia akan melonjak tinggi dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang."
No comments:
Post a Comment