Saturday, May 12, 2012

JIM ROGERS: KELUAR SEGERA DARI PASARAN SAHAM, BELI EMAS, PERAK & KOMODITI BERASASKAN PERTANIAN


Ahli ekonomi & para pegawai di Wall Street’s memberitahu kita bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah pulih. Bagaimanapun , pelabur komoditi terkemuka, En Jim Rogers langsung tidak bersetuju. 

Malah, En Rogers sanggup bertaruh yang ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh pada bila2 masa dan mencadangkan kepada para pelabur agar melarikan diri dari pasaran saham dan sebaliknya membeli logam emas, perak dan komoditi berasaskan pertanian.
 
“Krisis kewangan ini akan akan berakhir dengan kesan buruk kepada negara2 Barat" kata En Rogers kepada En Henry Blodget dari Business Insider’s. 

En Blodget memetik temuramah CNBC bersama  En Jeremy Siegel , pakar ekonomi dari University of Pennsylvania pada 26 April lalu yang menyatakan "harga saham berada di kedudukan sangat menarik untuk dibeli sejak lebih setengah abad yang lalu.”

En Rogers membalas, “Ianya adalah satu kenyataan luar biasa . . .Mungkin saya wajar untuk langsung tidak memikirkannya . . . Saya tidak fikir ketika ini adalah masa yang amat mengujakan untuk membeli saham . . . Saya tidak memiliki sebarang pegangan saham di Amerika Syarikat.”  Dalam beberapa keadaan , En Rogers telah mengambil beberapa langkah ke hadapan dengan melupuskan saham dalam portfolio pelaburannya.

Selain itu, seawal minggu lalu, En Rogers memberitahu  The Wall Street Journal , beliau percaya ekonomi di Amerika Syarikat telah menjadi semakin buruk & menjangkakan akan  berlaku pergolakkan awam masyarakat di seluruh negara.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan statisik buruh dilaporkan berada dalam keadaan terkawal & semakin pulih oleh pelbagai Jabatan di Washington sedangkan, kenyataannya semakin memburuk.  Aduan yang kerapkali dibangkitkan oleh En Rogers sendiri.

Menurut En Rogers lagi, perangkaan ekonomi jelas dipalsukan dan beliau percaya kebelakangan ini lebih banyak laporan2 berita palsu berkaitan ekonomi di laporkan oleh media mainstream menjelang tarikh pilihanraya yang semakin hampir.

“Saya lebih bimbang mengenai masalah rusuhan di Amerika Syarikat dan Eropah ; di mana pergolakkan sosial akan menjadi bertambah teruk ,” Kata En Rogers kepada pihak  Journal.  

“Saya mengesyaki bahawa , apabila suasana ekonomi bertambah buruk di Amerika Syarikat dan Eropah, kerana kita telah melihat kegagalan kerajaan di Eropah sebelum ini, kita melihat keruntuhan negara di sana, saya percaya kita bakal melihat lebih banyak rusuhan selepas ini.

“Kita telah melihat bagaimana rusuhan berlaku di London; kita telah melihat rusuhan berlaku di beberapa negara di Eropah dalam tempoh setahun dua ini. Ya , saya jangkakan kita akan melihat ianya berlaku di sini, di Amerika Syarikat sendiri . Jika anda gagal melihatnya, cuba buka luas tingkap rumah anda..”

En Rogers tidak pernah mengubah fikirannya sejak sessi temubual bersama The Journal. Beliau memberitahu Bussiness Insider , kenaikan mendadak pasaran saham sejak bulan Mac 2009 dari angka terendah 666  telah merosot dengan sendirinya, bilamana Indeks S & P memacu ekonomi bukan sebaliknya.  Pelabur saham akan bakal mengalami kekecewaan mendalam dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Ekonomi akan menjadi bertambah buruk pada masa hadapan, dan pasaran saham bakal terjejas teruk, saya langsung tidak melihat bahawa ketika ini, ianya adalah masa yang baik untuk membeli saham.”

En Rogers berkata beliau berani bertaruh bahawa logam emas, perak dan komoditi pertanian akan menjadi pemenang untuk tempoh dekad yang akan datang.

Lebih ramai pelabur mula sedar bahawa mereka perlu meninggalkan pasaran saham dan mula memasuki pasaran komoditi untuk melindungi kekayaan sebagaimana senario sama tahun 1970an pada waktu pasaran berada dalam kedudukan rendah ketika itu.

Untuk jangka panjang, “Saya sangat pessimistic tentang matawang U.S. dollar, kerana ia bakal mengikuti jejak langkah Pound Sterling , bilamana ia hilang status sebagai matawang rizab tunggal dunia . . .kerana itu saya lebih rela memiliki emas.”

Jika harga emas terus jatuh di pasaran, saya akan menjadi salah seorang pembeli utama. Bagaimanapun melihat kepada suasana krisis kewangan global hari ini , beliau menjangkakan pasaran 'bull market' emas tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat.

No comments: