Dengan ketidaktentuan berterusan dalam kebanyakkan pasaran utama global, pakar pelaburan veteran, En Robert Fitzwilson baru2 ini menulis kepada Buletin King World News. En Fitzwilson adalah pengasas The Portola Group, salah satu firma butik terkemuka di Amerika Syarikat.
Berikut adalah pemerhatian En Fitzwilson’s : “Kita tahu bahawa sistem matawang global berasaskan hutang, hanya boleh dihidupkan semula dan dikekalkan melalui kombinasi lebih banyak penciptaan hutang dan penggunaan. Kita kini menuju kepada titik paling kritikal dalam sejarah.”
“Ia telah menjadi kepercayaan umum, termasuk kita, bahawa hanya terdapat 2 alternatif iaitu samada kita mencetak lebih banyak wang atau kita berdepan bencana risiko kemelesetan global. Orang yang siuman sudah tentu akan memilih alternatif pertama iaitu mencetak lebih banyak wang untuk mengelakkan berlaku 'kiamat ekonomi' , walaupun kesannya hanyalah bersifat sementara.
Tetapi, Bagaimana sekiranya ia hanyalah satu situasi kerosakan yang terbina hanya berdasarkan andaian kita semata-mata?
Bagaimana sekiranya terdapat laluan atau alternatif lain yang boleh diambil yang mampu memecahkan tembok sistem monetary ini dengan lebih berkesan? Kita semua tahu bahawa obligasi atau kewajipan terkumpul atau terakru,masing-masing tidak boleh dibayar balik dan dibayar.

Kita kini seolah mengorek 'lubang pemusnah' dimana wang kertas baru dicetak sesuka hati untuk menjelaskan perbelanjaan semasa yang terus berkembang dari hari ke hari, sekaligus mewujudkan pertambahan obligasi (bebanan membayar hutang) kepada golongan pembayar cukai di masa hadapan.
Individu dimaklumkan bahawa orang lain akan dikenakan cukai untuk menanggung perbelanjaan mereka sedangkan dari segi realitinya mereka sendiri yang mencipta obligasi (kewajipan melunaskan hutang) untuk diri sendiri pada masa hadapan.

Sementara kita membuat pelbagai ramalan. adalah lebih bijak jika kita mempertimbangkan alternatif lain....
“Mana-mana orang yang berfikir dengan kalkulator mengetahui bahawa sistem monetary hari ini akan gagal tidak kira berapa lama masa yang diberikan.
Daripada kita melalui babak penuh sandiwara dengan plan mencetak lebih banyak wang kertas (quantitative easing), bagimana jika bank pusat, kerajaan Barat yang bersekongkol sesama mereka, dan golongan elit kewangan mengambil keputusan memilih membiarkan sistem kewangan sekarang, gagal?

Kita tahu pasaran saham melonjak kerana sokongan belakang tabir Federal Reserve. Ianya telah menjadi
polisi awam terbuka yang direkabentuk bertujuan untuk menimbulkan 'kesan kekayaan' bagi membolehkan pengguna lebih cenderung berbelanja. Kita juga tahu bahawa bon perbendaharaan (Treasury bonds) juga mendapat manafaat dari sikap 'dermawan' The Fed ini.
Kami juga mengesyaki bahawa pasaran emas dan perak berasaskan sijil saham atau kertas juga telah dimanipulasi oleh institusi yang sama.
Mereka tidak membenarkan kenaikan harga gas berlaku dalam suasana pilihanraya AS bakal menjelang. Kami juga merasa curiga berhubung penurunan semasa harga minyak dan ugutan dari negara seperti Arab Saudi yang sudah tentu tidak akan berlaku secara kebetulan.

Harga minyak jatuh ketika ini, namun sumber penyelidikan kami memaklumkan kadar pengeluaran minyak dunia dari segi permintaan meningkat hingga mencecah 3 juta tong sehari. Kami juga mendapati terdapat penyusutan inventori yang tidak normal dari negara OECD berjumlah 7 juta tong berbanding kadar normal 17 juta tong.
Minggu lepas, kami juga mendapat tahu bahawa terdapat 'keretakan' dalam pasaran hadapan (derivatives). Kerajaan Greece mengancam untuk memungkiri tanggungjawab membayar kembali hutang pinjaman dari Bank2 di Eropah.
Pelabur perlu mempertimbangkan kemungkinan bahawa mereka2 yang berkuasa mengawalselia sistem kewangan bukan hanya sekadar cuba menakut-nakutkan orang ramai sebagaimana yang mereka lakukan sejak 8 hari dagangan terakhir lalu, tetapi kemungkinan terdapat plan perancangan yang lebih besar sedang dijalankan. Plan yang akan mempercepatkan kemunculan matawang US Dollar yang baru.
Terdapat negara lain mengambil tindakan yang direka bertujuan menyingkirkan penguasaan matawang US Dollar. Sebahagian tindakan tersebut menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan.
Sekiranya ancaman ini beroleh kejayaan yang besar, kemungkinan usaha 'serangan besar2an' untuk menjatuhkan pasaran kewangan dan komoditi bakal berlaku untuk mengelakkan kemaraan 'musuh baru' wajar dipertimbangkan.

Ia mungkin tidak menjadi penamat kepada US dollar sebagai 'Raja Matawang' , cuma pengakhiran matawang dollar hari ini sebagaimana yang kita semua mengetahuinya.
Matawang Dollar yang baru kemungkinan bukan sahaja akan di atur semula menentang matawang lain, malah akan menjadi kuasa penolakan berkesan terhadap masalah timbunan hutang dan pasaran hadapan (derivatives). Kadar faedah akan dibenarkan kembali kepada asal dan semua asset akan di nilai semula berdasarkan nilaian matawang Dollar yang baru.

Ia mungkin sesuatu yang gila bagi orang yang siuman, tetapi bagi orang yang tidak siuman yang mentadbir kerajaan dan sistem kewangan global, ia mungkin sesuatu yang rasional bagi mereka.
Masyarakat di kawasan pilihanraya mereka tidak peduli. Mereka mengundi untuk kehidupan yang lebih terjamin dan tidak peduli apakah warna dan digit pada cek mereka.
Ia mungkin kelihatan seperti Uthopia, langkah untuk memperbetulkan masalah silam dan dalam masa masa memperbetulkan semula fungsi pasaran masa kini. Hutang akan terhapus melalui langkah penjimatan yang ditakuti masyarakat. Kekayaan akan musnah dan terhakis, tetapi sebahagian besar masyarakat tidak mempunyai sebarang harta @ kekayaan yang boleh dilindungi.

Terdapat rujukan bahawa keruntuhan sistem kewangan ini adalah satu teknik. Ironinya kegagalan mendapatkan maklumat awal mengenai keadaan sebenar prestasi kewangan AIG pada 2008 yang meruntuhkan pasaran.
Kita akan sama2 lihat. Alokasi portfolio sepatutnya diteruskan kepada asset2 dimana harganya telah ditekan (surpress) dan mengelakkan harga asset tersebut dimanipulasi lebih tinggi. Ia agak bahaya sehingga persoalan samada langkah lebih banyak perlaksanaan Quantitative Easing dimaklumkan kepada pelabur.”
No comments:
Post a Comment