En Ben Bernanke, Pengerusi Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan (Federal
Reserve) yang juga merupakan Bank Pusat paling berkuasa dalam sejarah dunia mempunyai kerjaya yang lama dan cemerlang sebagai ahli akedemik sebelum menyertai The Fed.
Beliau secara rutin digambarkan sebagai salah seorang cendekiawan utama kewangan yang ideanya menyumbang kepada Great Depression (zaman kemelesetan ekonomi) pada tahun 1929-1940 dahulu, berkongsi berkedudukan hanya dibelakang En Milton
Friedman & Puan Anna Schwartz yang bertanggungjawab menggubal perundangan untuk mereka bentuk sejarah monetary Amerika Syarikat.
Usaha & kerja2 yang dilakukan oleh En Bernanke's juga tidak kurang cemerlang dan buku beliau 'Essays on the Great Depression' merupakan bacaan terpenting kepada sesiapa yang cuba memahami bagaimana beliau mengadaptasi pengajaran masa lalu untuk mereka bentuk polisi di zaman kemelesetan hari ini.
Pandangan En Bernanke's
di paparkan sepenuhnya dalam siri terbaru ceramah kolej beliau kepada golongan pelajar di George Washington University. Dalam beberapa tajuk En Bernanke mengambil kesempatan menjelaskan mengapa standard piawaian emas menyumbang kepada kemelesetan besar ekonomi dan mengapa dunia tidak boleh kembali menggunakannya hari ini.
En Bernanke bertegas bahawa emas tidak memainkan sebarang peranan dalam sistem monetary & mendakwa kewujudan bekalan emas Amerika Syarikat hanyalah bersifat "tradisi" semata-mata.Pendekatan terbaik beliau mengenai cadangan kembali menggunakannya adalah ianya harus di abaikan sepenuhnya.
Fakta bahawa Pengerusi Federal Reserves mengambil berat & meluangkan banyak masa untuk menyanggah idea untuk kembali ke standard piawaian emas yang jelas menarik perhatian ramai merupakan suatu alternatif yang perlu dibincangkan oleh pakar ekonomi dunia.
Ianya amat menarik untuk dilihat, kerana selama berdekad lamanya ahli ekonomi arus perdana (mainstream economists) seperti En Bernanke kerap merendah-rendahkan peranan emas dalam sistem monotery dunia.
Ia jelas satu ancaman kepada kepercayaan golongan seperti En Bernanke & Paul Krugman yang berpendapat bahawa tiada had amaun perlu ditetapkan untuk melaksanakan kerja2 mencetak wang bagi menggerakkan ekonomi kapitalis hari ini.
Serangan & kritikan umum En Bernanke' terhadap emas di dasarkan kepada 2 pendapat & kedua2nya dianggap sebagai palsu oleh ramai ahli ekonomi:-

Emas tidak boleh digunakan sebagai piawaian standard kewangan kerana dunia tidak mempunyai jumlah emas yang mencukupi. Ianya adalah dakwaan paling kerap digunakan oleh golongan penentang perlaksanaan standard emas.
Kenyataannya, Jumlah atau kuantiti emas tidak pernah menjadi isu utama; isu utamanya adalah harga emas itu sendiri. Dianggarkan terdapat sekitar 31,000 metrik tan emas yang dipegang oleh Bank Pusat dan bakinya berjumlah sekitar 130,000 metrik tan berada ditangan samada intitusi atau orang perseorangan.
Memang benar jika harga emas dinilai pada harga pasaran semasa hari ini iaitu sekitar US$1,650 per ounce, bekalan wang kertas yang sama nilainya akan jauh berkurangan dari bekalan wang semasa hari ini.
Ia pastinya akan mengundang deflasi tinggi & barangkali menyebabkan penguncupan perdagangan dunia & keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Bagaimanapun, jika jumlah kuantiti emas yang sama katakanlah di nilai pada kadar $10,000/ per
ounce, ianya akan mampu menyokong bekalan wang kertas hari ini pada kadar nisbah yang munasabah antara jumlah emas yang wujud & jumlah wang kertas sedia ada , sejajar dengan sejarah piawaian standard emas antarabangsa.
Mudahnya : mengambilkira jumlah lambakan wang kertas yang ada di pasaran ketika ini jika dibandingkan dengan jumlah nisbah emas yang wujud berdasarkan standard piawaian kewangan yang digunakan sebelum tahun 1971, dimana kerja2 mencetak wang perlu bersandarkan emas yang ada oleh sesebuah negara, harga emas hari ini sepatutnya tidak berada di kedudukan USD$1650/ per ounce. Sebaliknya harga emas berada di kedudukan US$10,000/ per ounce.
Ianya mungkin memeranjatkan kita tetapi itulah hakikat sebenarnya. Kerana itu kita boleh bayangkan betapa besarnya pengaruh institusi seperti The Fed & Bank Pusat menekan & memanipulasi harga emas di pasaran.
Jadi. isunya bukan mengenai kuantiti emas : Ianya melibatkan harga emas itu sendiri . Bank Pusat tidak mahu berhadapan dengan hakikat bahawa mereka telah mencetak jumlah wang kertas yang terlalu banyak di pasaran.
Hakikat bahawa sekiranya kita kembali menggunakan emas sebagai piawaian kewangan sebagaimana sebelum tahun 1971, ianya akan membawa kepada Inflasi melampau & kenaikan mendadak nilai asset nyata yang lain sekaligus bakal memusnahkan nilai wang kertas itu sendiri.
Samada kita suka atau tidak, pelarasan melibatkan nilai harga emas & wang kertas tetap akan berlaku sejajar dengan kitaran sejarah lebih 5,000 tahun dahulu.
Isunya samada kita sedia berhadapan dengan hakikat ini lebih awal atau lewat dengan cara yang lebih sisitematik & teratur atau menunggu sistem kewangan dunia menjadi bertambah bercelaru dengan cara mencetak lebih banyak wang , yang jelas bakal membawa kepada bencana malapetaka kewangan lebih besar di masa akan datang.

Emas tidak boleh dijadikan standard piawaian kewangan kerana ia membantu menyebabkan berlaku kemelesetan melampau (Great Depression).
Sekali lagi, hujah ini gagal belajar dari sejarah & keliru mengenai peranan emas dengan peranan harga. Memang benar, standard pertukaran emas pada tahun 1920an dan 1930an terbukti sangat deflasi & menyumbang kepada salah satu sebab berlaku kemelesetan besar ekonomi.
Bagaimanapun, ia berlaku kerana hakikat United Kingdom & Amerika Syarikat menyertai sistem kewangan bersandarkan piawaian emas hanya selepas Perang Dunia Pertama pada ketika harga emas zaman pra peperangan adalah sekitar US$20 per ounce tanpa mengambilkira bekalan wang kertas telah berkembang dengan begitu besar sejak tahun 1914 untuk membayar kos membiayai peperangan itu sendiri.
Jika kedua2 kuasa besar kewangan tersebut menyertai semula sistem kewangan bersandarkan piawaian emas pada harga yang lebih realistik iaitu US$50 per ounce pada tahun 1925, ia hanya akan menimbulkan kesan inflasi yang rendah & kemelesetan besar ekonomi dapat di elakkan sepenuhnya.
Malah sekiranya kita melancarkan standard piawaian emas hari ini pada ketika harga emas di kedudukan sekitar US $1,600 per ounce , ianya ibarat melakukan kesilapan yang sama seperti melancarkan piawaian emas pada tahun 1925 ketika harga emas berada di kedudukan US$20 per ounce. Semuanya berkisar mengenai harga.

Pengajaran pada tahun 1925 & pelajaran yang kita peroleh hari ini adalah sistem kewangan bersandarkan standard piawaian emas boleh dilaksanakan hanya jika pihak berkuasa kewangan bersifat jujur mengenai had sempadan di mana wang kertas telah dijatuhkan nilainya (debased) melalui kerja2 mencetak wang yang berleluasa dan melampau.
Sesuatu yang amat mudah difahami mengapa bank pusat tidak mahu mengakuinya. Sebab sebenar kerana bank pusat sendiri terdesak untuk mengekalkan keupayaan & kuasanya mencetak wang tanpa had- sesuatu amalan yang sudah tentu akan terbatas jika perlaksanaan standard piawaian emas diguna pakai yang akan menyekat kerja2 tidak beretika ini dari berkeluasa sepenuhnya.
Usaha En Bernanke melalui kenyataan2 awam beliau untuk menolak usul-usul baru mengenai keperluan dunia kembali kepada standard piawaian emas berdasarkan kepada situasi ekonomi yang semakin memburuk, di lihat semakin lantang dan tegas.
En Bernanke terus berkeras bahawa emas tidak mempunyai sebarang peranan dalam sistem kewangan moden hari ini seolah2 wang kertas yang dicetak oleh The Fed merupakan satu ciptaan baru & belum pernah mengalami sebarang kegagalan sebagaimana yang telah dibuktikan sejarah lebih 5,000 tahun yang lampau.
Adalah jelas beliau sebenarnya gementar melihat krisis hutang berpanjangan yang tiada berkesudahan melainkan semakin memburuk dari hari ke hari yang jelas akan menghumban dunia ke malapetaka ekonomi yang lebih dasyat lagi.
Kerana itu , tuan pengerusi Federal Reserves dilihat terus meracau & membebel tanpa henti.

No comments:
Post a Comment