Hari ini En John Embry memberitahu Buletin King World News (KWN) terdapat pelanggan yang memegang emas dengan menyimpannya di dalam beberapa institusi perbankkan mendapati emas milik mereka telah menjadi mangsa 'dipinjamkan' kepada pihak ketiga.
En Embry, yang merupakan Ketua Strategik Pelaburan , Sprott Asset Management, sebuah syarikat pelaburan dengan nilai pegangan dana berjumlah $US10 billion juga memaklumkan, “Ramai dikalangan pelanggan ini , satu hari nanti apabila bangun dari tidur bakal menyedari bahawa mereka telah membuat kesilapan menyerahkan asset mereka kepada manusia yang jelas tidak amanah & beretika.”
Tetapi sebelum itu , berikut adalah kenyataan En Embry berhubung situasi sebenar di Eropah dan kesannya terhadap harga emas di pasaran:
“Hari ini , tekanan akan terletak di bahu Jerman untuk melonggarkan syarat2 penjimatan yang di kenakan ke atas negara2 Eurozone.
Alternatif tunggal yang ada adalah, Jerman mungkin terpaksa meninggalkan Eurozone yang mana merupakan sesuatu yang tiada dalam perancangan negara tersebut. Penyelesaian untuk mengekalkan keanggotaan negara2 rantau itu akan membawa kepada lebih banyak tindakan mencetak wang baru yang sudah tentu akan memberi kelebihan (Bullish) kepada pasaran emas.”
“Saya tidak fikir masyarakat awam menyedari betapa hebatnya :"letupan" yang bakal di alami oleh pasaran logam emas ini.
Terdapat 3 faktor utama yang akan bergerak serentak , mempengaruhi lonjakan permintaan terhadap logam emas dan bakal mengejutkan orang ramai dan pelabur.
Pertama adalah keperluan berterusan untuk mencetak lebih banyak wang bagi membolehkan kelangsungan sistem kewangan global untuk terus bertahan.
Anda boleh namakan mana2 negara di dunia & mereka semua dijangkiti masalah yang sama. Mereka menanggung hutang yang terlalu banyak & mereka tidak mempunyai sebarang jalan penyelesaian kecuali dengan mencetak lebih banyak wang. Ianya akan menyebabkan hutang sedia ada semakin bertimbun & menanggung risiko menjadi bangkrap.
Tetapi dalam masa yang sama, 99% daripada orang awam tidak menyedari apa yang berlaku. Mereka merasa amat selesa dengan instrumen kertas yang dimilki & terus menerus percaya bulat2 dengan propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana yang kerap mewar2kan berita bahawa keadaan ekonomi semakin pulih.
“Ketika ini saya fikir logam emas dan asset berkaitan emas hanya mewakili 1% dari keseluruhan asset kewangan. Apabila pasaran ini melonjak naik (bull market) , anda akan mendapati jumlah ini meningkat kepada 5% ke 10%. Apabila orang ramai mula panik untuk melepaskan pegangan asset bersandarkan kertas mereka & berlumba2 membeli emas, ianya akan akan memberi impak besar kepada pasaran.
Menambah kepada persoalan ini, Terdapat jumlah besar emas bersandarkan kertas atau sijil di pasaran ketika ini. Dianggarkan nisbah angka antara emas bersandarkan kertas berbanding emas fizikal adalah 100:1. Siapa tahu berapa angka sebenarnya?
Saya tidak akan merasa terperanjat sekiranya angka tersebut jauh lebih tinggi jika mengambilkira faktor emas yang diniagakan di pasaran hadapan (derivatives).
Tetapi ia tidak membawa sebarang perbezaan kerana orang seperti ini berfikiran bahawa mereka dilindungi dengan memegang emas bersandarkan kertas. Ianya bakal disedari hanya apabila mereka memerlukannya, barulah mereka sedar yang mereka tidak memiliki apa2 kecuali sekeping kertas.
Ia akan mewujudkan satu lagi sumber permintaan untuk emas fizikal. Jadi , jika anda letakkan 3 faktor ini bersama2 ianya dengan mudah akan menjamin kenaikan harga emas pada masa akan datang. Kenaikan harga yang bakal tidak terbayang atau diimpikan oleh mana2 pelabur atau orang ramai di luar sana.”
Ditanya mengenai saham syarikat perlombongan emas, Encik Embry memberi respon berikut , “Secara jujur saya percaya , ini adalah peluang belian terbaik yang pernah saya saksikan sepanjang kerjaya saya.
Saya berkata demikian kerana berpendapat kita sedang berada pada kedudukan untuk melihat 'lonjakan terbesar' harga emas di pasaran & saham syarikat perlombongan hari ini berada pada kedudukan benar2 rendah.
Ianya benar2 menakjubkan. Saya amat kagum melihat perkembangannya. Jika tanggapan saya benar dan harga emas bakal melonjak tinggi di pasaran, pergerakkan harga saham syarikat perlombongan akan menjadi lebih besar dari harga terendahnya ketika ini.
Amat sukar untuk orang ramai membayangkan kerana harga emas di pasaran terus menerus mengalami tekanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Ketika ini saham syarikat perlombongan emas diniagakan dalam kedudukan terendah dalam tempoh 100 tahun.”
En Embry juga menambah: “ Amat menarik mendengar temuramah En Egon von Greyerz bersama KWN beberapa hari lalu. Saya mengenali beliau dengan baik & mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadapnya.
Beliau memperkatakan mengenai seorang lelaki yang pergi ke Swiss Bank untuk mengeluarkan emas miliknya yang disimpan disana. Amat memeranjatkan kerana pihak bank tidak dapat menyerahkan emas tersebut kembali kepadanya kerana ianya tiada dalam peti simpanan bank.
Ianya adalah satu lagi contoh bagaimana emas yang disimpan dalam peti simpanan milik bank oleh pelanggan selama beberapa tahun juga boleh menjadi mangsa dipinjamkan kepada pihak lain. Ramai dikalangan pelanggan ini akan bangun dari tidur satu hari nanti dan menyedari mereka menyerahkan amanah menyimpan emas milik mereka kepada orang yang salah.”
No comments:
Post a Comment