Hari ini En Egon Von Greyerz memaklumkan kepada Buletin King World News (KWN) mengenai pelanggan yang mengunjungi Swiss Bank untuk memindahkan sejumlah besar emas miliknya yang disimpan di bank berkenaan, tetapi terkejut besar bila dimaklumkan emas milik beliau tiada dalam simpanan pihak Swiss Bank.
En Egon Von Greyerz adalah pengasas dan rakan kongsi di Matterhorn Asset Management , Switzerland.
“Jelas adalah sesuatu yang berisiko tinggi untuk menyimpan emas di dalam sistem bank ”
Berikut adalah kenyataan beliau berhubung operasi bank di Eropah : “ Ia sesuatu yang menakjubkan, Eric, anda tidak akan berpeluang menulis cerita sebaik ini.
Kita melihat bagaimana kegagalan bank berlaku di Greece & Sepanyol, dan kini bank di Perancis pula, salah satu bank gadai janji juga sedang berhadapan masalah. Mengenai Ireland, mereka fikir mereka berada dalam keadaan lebih terurus, tetapi mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak wang.”
Jadi puak yang selama ini mendominasi pasaran akan jatuh secara berterusan dan ini hanya satu permulaan. Situasi kita juga tidak banyak berbeza dari Eropah, kebimbangan untuk melihat lebih banyak bank2 besar runtuh satu persatu.
Dan negara yang merasakan ekonomi mereka berada dalam keadaan baik juga sebenarnya berada dalam situasi yang hampir sama. Kita ambil Jerman sebagai contoh, mereka juga berhadapan dengan masalah.
Semasa berlangsung mesyuarat G8, Chancellor Jerman Puan Angela Merkel, jelas berada dalam 'mood' yang buruk dan tidak senang duduk kerana semua orang meletakkan tekanan ke atas beliau agar menyalurkan lebih banyak wang untuk menyelamatkan Eropah & Greece....
Sudah tentu, secara politik, ianya sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Puan Merkel. Beliau tidak boleh melakukannya. Beliau telah kehilangan undi , tewas dalam pilihanraya negeri di Jerman.
Tetapi , sudah tentu negara bangkrap seperti Greece akan bertindak 'mengacukan senapang ke kepalanya' dan berkata ' Kami inginkan lebih banyak wang , tetapi kami tidak mahu melaksanakan langkah berjimat cermat.’
Saya yakin, mereka akan terus memeras ugut Jerman dan Bank Pusat Eropah kerana bagi ahli politik , adalah penting untuk menyelamatkan Greece dengan apa kos sekalipun.
Mereka percaya ianya adalah langkah terbaik berbanding terpaksa menyaksikan negara Eurozone berpecah sesama sendiri sekaligus menghumban rantau Eropah ke krisis kewangan lebih teruk dan berpanjangan.
Ianya adalah pertimbangan bersifat jangka pendek, tetapi mereka sememangnya terpaksa berbuat demikian kerana seperti kebanyakkan kerajaan lain, mereka tahu yang mereka juga akan disingkirkan pada pilihanraya akan datang.
Jadi, Greece kini ibarat 'sedang memacu senapang di kepala' Jerman. Dan Jerman bersama negara kesatuan Eropah yang lain termasuk Amerika Syarikat, saya fikir semakin hampir untuk melancarkan plan pakej menyelamat besar2an yang sudah tentu akan melibatkan kerja2 mencetak wang. Ia adalah satu2nya jalan keluar termudah buat mereka.
Hakikat bahawa semua wang yang bakal mereka pinjamkan kepada Greece adalah sia2 dan hanya akan meningkatkan bebanan hutang negara berkenaan. Ianya bukanlah satu-satunya perkara yang perlu mereka risaukan kerana kebanyakkan pemimpin ini tidak lagi akan memegang tampuk kuasa. Ianya tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
Kita masih mempunyai sistem bank Kerajaan UK & Swiss , yang dilihat menjadi liabiliti besar kepada negara berkenaan.Mereka juga akan berhadapan dengan tekanan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ianya adalah sesuatu yang pasti.”
En Von Greyerz juga memberitahu KWN bahawa sebuah bank utama di Switzerland didapati tidak memiliki sejumlah besar emas yang diamanahkan untuk disimpan bagi pihak pelanggan mereka :
“Kami menegaskan kepada para pelabur untuk mengambil keluar emas milik mereka yang di simpan melalui sistem bank, bukan hanya kerana bank akan berterusan mengalami kegagalan tetapi risiko emas tersebut hilang dalam simpanan bank adalah amat tinggi.
Jadi anda wajar mengambil langkah tambahan, bukan sahaja perlu menyimpan fizikal emas tetapi juga memastikan ianya di simpan & dimiliki diluar dari sistem bank.
Kita mempunyai contoh bilamana pelanggan yang ingin memindahkan sebahagian besar emas miliknya dari Swiss Bank ke bilik kebal (vault) milik kami , mendapati bahawa pihak bank tidak mempunyai emas tersebut.
Ia adalah fizikal emas yang berada di bilik kebal bank, tetapi malangnya ia tiada di sana. Kami tidak faham mengapa tedapat kelewatan penghantaran untuk vault kami menerima emas tersebut, tetapi akhirnya kami mendapat tahu punca kelewatan kerana pihak bank tidak mempunyai emas tersebut. Ianya jelas sesuatu yang menakjubkan , tetapi tidak mengejutkan.
Kejadian ini mengesahkan tanggapan saya. Bukan hanya anda tidak sewajarnya menyimpan emas di bank , malah emas yang berada dalam bilik kebal mereka juga boleh berakhir dengan berlaku kehilangan. Jadi terdapat risiko tinggi sekiranya kita mengambil keputusan menyimpan emas melalui sistem perbankkan".
No comments:
Post a Comment