Mengulas khabar berita terbaru dari Greece mengenai seorang lelaki berusia 60 tahun dan ibunya berusia 90 tahun memilih untuk menamatkan hidup mereka kerana merasa kecewa & putus asa lanjutan daripada krisis kewangan berlanjutan di negara tersebut.
Hari ini Buletin King World News (KWN) menemuramah En Nigel Farage, untuk mendapatkan ulasan beliau mengenai tragedi kemanusiaan akibat krisis hutang yang semakin berkeluasa di Eropah.

En Farage memberitahu KWN
“Kita kini berada di ambang keruntuhan sosial yang amat buruk" dan “sistem perbankkan ketika ini dilihat berada dalam keadaan paling berisiko & berbahaya sejak lebih 70 tahun .”
Berikut adalah kenyataan En Farage berhubung situasi keruntuhan sosial yang semakin memburuk di Eropah: “ Ya, situasi di Greece telah bertukar dari buruk kepada semakin teruk. Kita kini berhadapan situasi di mana lebih ramai orang mengambil jalan mudah, iaitu membunuh diri. Beberapa minggu lalu seorang lelaki tua berusia 77 tahun menembak dirinya sendiri di kepala di luar bangunan Parlimen Greek. Masyarakat terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini ,dan ia semakin kerap berlaku.”

“Tetapi tahukah anda bahawa setiap hari terdapat orang2 yang berilmu & berpengetahuan tinggi meninggalkan anak kecil mereka di hadapan pintu Gereja Othodoks Greek dengan meninggalkan nota yang disangkutkan dileher anak kecil tersebut ,bertulis , ‘Kami tidak mampu memberi makan dan memelihara anak ini, tolong peliharanya untuk kami.' Bolehkah anda bayangkannya?
Ia kini berlaku di Eropah. Ianya berlaku di negara yang suatu ketika dahulu adalah sebuah negara & empayar yang maha hebat. Negara yang mencipta demokrasi. Kita kini benar2 berada dalam situasi keruntuhan sosial yang amat teruk....

“Dan secara jujur, mengambilkira suasana di Eropah dengan segala langkah penjimatan yang disyaratkan ke atas rakyatnya, saya fikir ia ibarat ubat yang membunuh pesakitnya sendiri.
Namun 'plan pemulihan' yang terhasil dari mesyuarat di Camp David minggu lalu, dan mesyuarat Eropah yang bakal di adakan di Brussels minggu ini, menggariskan strategi penjimatan yang sama. Jelas mereka kini berada dalam keadaan yang benar2 terdesak.
Saya telah membuat bantahan (di Brussels) bahawa kita perlu memutuskan 'sumpahan' matawang Euro untuk rakyat Greek. Kita perlu membenarkan matawang mereka di turun nilai (devalue) kepada tahap yang sesuai dengan pertukaran dunia, mencuba seboleh mungkin untuk mengembalikan maruah rakyat Greece sebagai manusia.

Ia sangat dasyat. Pada tahun 2011 , seorang pesara warga Greece beroleh pendapatan pencen berjumlah 600 euros
sebulan. Kini ianya telah dipotong kepada 400 euros sebulan pada ketika berlaku kenaikan harga minyak & barangan lain di pasaran. Rakyat jelas tidak mampu menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi. Situasi di negara tersebut amat teruk & sesuatu perlu di lakukan.
Malangnya dikalangan ahli politik Greece sendiri, kita tidak melihat daya kepimpinan & keberanian yang diperlukan. Saya tidak percaya Greece mempunyai masadepan yang cerah sekiranya terus mengekalkan keanggotaan dalam Eurozone.
Yang pastinya salah satu dari 2 perkara berkemungkinan akan berlaku. Samada akan berlaku gerakan revolusi yang hebat di dalam negara berkenaan, atau mungkin Jerman & negara lain akan mengambil tindakan menyingkirkan Greece dari Eurozone pada masa yang sesuai selepas pilihanraya umum negara tersebut yang dijangka akan di adakan pada 17 Jun 2012.
Masalah yang lebih besar adalah Sepanyol. Saya berpeluang bercakap dengan tokoh2 ekonomi kanan Eropah mengenainya minggu lalu. Mereka berkata, ‘Jika Sepanyol juga terpaksa meninggalkan Eurozone, rantau Eropah secara bersendirian tidak cukup kuat untuk menyelamatkan bank2 mereka. Ia memerlukan satu bentuk penyelesaian global secara besar2an’ Tetapi saya tidak pasti adakah penyelesaian yang di maksudkan itu wujud.

Maksud saya lagi pun, apabila kali terakhir International Monetary Fund membuat panggilan menyediakan bantuan tunai kepada Bank2 di Amerika Syarikat & Canada untuk membantu Eurozone , mereka berkata, ‘Tidak, kami tidak akan berbuat demikian. Kami tidak boleh terus menerus menyelamatkan (bailing) satu sama lain dan terus mencetak wang selama-lamanya.’
Saya sendiri berfikiran bahawa sistem perbankkan kita hari ini berada dalam keadaan sangat berbahaya & amat berisiko untuk runtuh buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 70 tahun.”

Mengenai logam emas , berikut kenyataan En Farage :
“Kejatuhan harga emas di pasaran kerap diperkatakan semenjak beberapa bulan yang lalu. Pasaran spekulatif jangka pendek dilihat berlangsung agak panjang.
Kita mungkin berpeluang untuk membeli emas dengan harga yang murah. Tetapi saya fikir orang ramai tidak perlu menjadi terlalu tamak untuk melihat pasaran kembali pulih & mengharapkan harganya kembali melonjak tinggi.
Saya fikir adalah penting untuk semua orang memperuntukkan jumlah alokasi emas yang munasabah dalam portfolio pelaburan mereka. Kerana sepertimana yang saya perkatakan dalam temubual ini, kita mungkin hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk berhadapan dengan suasana ekonomi yang amat menakutkan.
Dan jika ianya berlaku. harga emas secara tidak langsung akan melonjak tinggi di pasaran.”

No comments:
Post a Comment