Monday, May 28, 2012

BANK PUSAT & GOLONGAN KAYA ADALAH PEMBELI EMAS TERBESAR KETIKA INI


Baru2 ini pelabur veteran yang berpengalaman luas selama lebih 4 dekad di pasaran, En John Hathaway telah memberitahu King World News (KWN) “Minggu lalu saya berada di California dan berpeluang untuk berjumpa ramai orang di sana. Amat menarik bila melihat mereka giat membeli emas fizikal. Golongan kaya & pelabur persendirian ketika ini sedang membeli emas.”   

Pengurus prolifik di Tocqueville Gold Fund ini juga berkata, “kita mula melihat ketika ini banyak bank pusat membeli emas.”  En Hathaway berkata demikian dalam suasana harga emas jatuh ke paras terendah di bawah US$1,500 level/per ounce ketika ini.

“Ianya sangat menggalakkan. Ianya adalah ujian terbaik mengambilkira harga terendah emas adalah US$1,523 per ounce pada Disember 2011, dan pada pandangan saya kita berada di kedudukan yang baik untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Harga emas mungkin akan melonjak untuk tempoh 2 tahun akan datang.

“Saya tidak akan terkejut melihat harga emas menghampiri nilai tertingginya US$1,900 per ounce pada tahun ini, atau mungkin didagangkan pada harga US$2,000 per ounce. 

Untuk pengetahuan anda , kita telah mula melihat lebih banyak bank2 pusat membeli emas di pasaran. Bank2 Pusat sudah tentu tahu cerita sebenar di sebalik krisis kewangan yang berlaku sekarang. Anda boleh katakan mereka adalah pembeli yang bermaklumat. Mengapa Bank Pusat dilihat terus menerus menambah rizab emas mereka?

Ianya tidak melibatkan negara kuasa besar, ia melibatkan negara seperti Philippines & Mexico....

“Jika anda seorang ahli perniagaan kaya di China & anda mengumpul segala jenis kekayaan dalam bentuk matawang negara China, tetapi anda tidak mempunyai tempat terbaik untuk melabur.

Secara dasarnya , anda mempunyai matawang yang tidak boleh ditukar kecuali di pasaran gelap untuk mendapatkan sesuatu.

Jadi, emas dan perak adalah alternatif terbaik. Sistem perbankkan mereka (China), sesuatu yang sukar untuk dipercayai jika saya katakan, adalah lebih teruk dari apa yang terdapat di Barat.” 

Ditanya mengenai kegagalan bank (dimana bank kehabisan wang) , En Hathaway memberi amaran “golongan pelabur & para penyimpan jelas merasa gementar serta takut dan saya fikir situasi ini akan menular .” 

Ditanya pendapat beliau mengenai emas, En Hathaway memberi maklumbalas berikut, “Kita ibarat sedang berada dalam mesin pengisar dimana kita akan ditolak dan ditekan dari segenap sudut. Tetapi saya fikir sebelum berakhirnya tahun 2012, atau mungkin seawal musim panas bermula, kita akan melihat harga emas kembali ke paras US$1,900 semula. Anda tahu potensi untuk harga emas melonjak kembali di pasaran tidak pernah 'padam'.

Harga emas sedang mendaki naik di pasaran dalam suasana pembetulan harga berpanjangan yang telah berlangsung selama sekitar 9 bulan. 

Saya fikir ianya bakal berakhir. Ia sudah tentu menyebabkan ramai pelabur ketakutan. Emas kelihatan telah mula mengukuh & mengambil tempatnya semula. Faktor yang mendorong kenaikan harga emas dilihat masih kuat dan amat baik, dan kemungkinan ianya lebih kuat daripada suasana yang kita alami pada tahun 2011.

Kedudukan teknikal pasaran berikutan pembetulan harga emas ini kelihatan lebih kukuh berbanding 9 bulan lalu.

Jadi saya menjangkakan suasana pada tahun ini adalah lebih baik kepada orang2 yang membuat pelaburan dalam logam berharga dan saham syarikat perlombongan emas.”

En Hathaway juga menambah: “Saya ingin memberitahu anda semasa saya berada di California minggu lalu, saya berjumpa dengan ramai orang, yang biasa berhadapan dengan isu ini. Mereka giat membeli emas fizikal. Golongan kaya dan pelabur persendirian sedang membeli emas ketika ini.

Saya fikir baki hari2 yang bakal kita lalui akan memberikan ganjaran besar kepada mereka2 yang mampu bertahan dalam suasana pasaran ketika ini. Saya tahu orang ramai merasa gementar & risau melihat penurunan pergerakkan harga emas sepanjang tempoh 9 bulan ini. Tetapi jika anda ingin memastikan wang anada terus bekerja, inilah masanya. Inilah masa yang akan mendorong kepada pulangan keuntungan yang baik.

Kita seakan berada diambang peralihan rejim kewangan yang berbeza. saya tidak tahu apakah hasilnya, tetapi saya tahu hampir setiap benda selepas ini akan melibatkan penentuan semula harga emas dalam kehidupan kita.”


No comments: