Bulan lepas terdapat laporan menyatakan, dianggarkan lebih daripada £5.6 billion wang tunai milik orang perseorangan disimpan di rumah mereka sendiri, diluar daripada sistem perbankkan.
Secara purata ianya melibatkan simpanan wang tunai berjumlah sekitar £270 setiap seorang : satu jumlah yang banyak mengambilkira orang ramai melakukannya semata2 untuk mengelakkan wang milik mereka di simpan di dalam sistem bank.
Statistik tersebut diumumkan oleh Skim Perkhidmatan Pampasan Kewangan (The Financial Services Compensation Scheme) atau ringkasnya FSCS, sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada penyimpan sekiranya berlaku kegagalan atau keruntuhan institusi perbankkan dengan asas kewujudannya sebagai sandaran kepada sistem matawang kertas yang diamalkan pada hari ini.
FSCS wujud kerana kerajaan yang kita pilih pada hari ini termasuk pihak2 di bank pusat dan pembuat polisi boleh mencipta atau mencetak wang sesuka hati mereka tanpa perlu ada apa2 sandaran.
Ia wujud kerana pihak bank boleh menggunakan kebebasan sepenuhnya untuk mencipta wang dan menyalahgunakan simpanan milik pelanggan mereka. Sementara dalam masa yang sama, bank pusat dibenarkan untuk mencetak seberapa banyak wang yang mereka mahukan untuk disalurkan kepada sistem bank.
Ia membuatkan wang yang kita kumpulkan bagi tujuan simpanan , hasil dari usaha berjimat cermat selama bertahun2 untuk tujuan menyara diri & keluarga ketika hari tua nanti, merosot dari segi nilainya.
ADAKAH ANDA MEMPERCAYAI PIHAK BANK?
Menurut satu kajiselidik yang dilaksanakan oleh FSCS sendiri, 1 dari 8 responden dikalangan orang ramai yang ditemubual, langsung tidak mempercayai institusi bank (kelihatan agak kecil bagi kami).
Saya melihat secara ironi bahawa FSCS menggunakan angka ini untuk cuba memujuk orang ramai agar meyimpan atau meletakkan wang milik mereka di luar dari sistem bank atau bangunan persendirian.
Ini kerana sekiranya berlaku kegagalan kewangan, bilamana bank gagal membayar kembali wang milik anda yang disimpan di bank berkenaan, FSCS akan menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk memulangkan wang tersebut kepada anda sehingga jumlah maksima yang ditetapkan £85,000 ; satu skim yang hanya wujud, dan perlu diwujudkan mengambilkira risiko penggunaan wang kertas sebagai 'medium of exchange' yang di amalkan melalui sistem monetary global penuh tipu daya pada hari ini.
Sebagaimana tulisan En James Delingpole beberapa minggu yang lalu : Orang ramai perlu berhenti dari befikir bahawa segala-galanya yang dilakukan oleh kerajaan terhadap wang simpanan milik kita atau wang yang dibekalkan oleh kerajaan adalah suatu perkara yang wajar diterima oleh kita tanpa sebarang keraguan.
Hanya kerana kerajaan memberitahu kita bahawa apa yang dilakukan mereka adalah satu tindakan yang betul, itu tidak bermakna ianya benar2 betul.
Melihat kepada situasi kewangan global hari ini, En Delingpole menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya percaya bulat2 segala apa yang dimaklumkan oleh kerajaan dan pakar ekonomi kepada kita.
Semua petunjuk yang ada membuatkan saya berfikir, sebagaimana yang telah saya perkatakan sebelum ini, adalah lebih baik bagi kita mengurus & meletakkan situasi ekonomi hari ini ditangan kita sendiri daripada kita meletakkan kepercayaan di tangan ahli politik dan para pegawai bank pusat yang langsung tidak kita kenali.
Banyak kejadian telah berlaku di hadapan mata kita , apabila berlaku kegagalan kewangan ekoran krisis ekonomi, para politik dan bankers ini akan cenderung melindungi & menyelamatkan kepentingan mereka sendiri lantas membiarkan rakyat atau pelanggan merana menanggung hutang.
Sejarah 40 tahun lampau atau kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini , sewajarnya cukup menjadi bukti.
Adalah sesuatu yang amat bahaya sekiranya kita meletakkan mana2 individu ataupun orang perseorangan , mempunyai kuasa penuh mengawal sistem kewangan sesebuah negara.
Sistem ini memerlukan seseorang yang boleh diibaratkan seperti maharaja yang mampu mengawal sifat tamak dan kerakusan individu2 ini dan tiada siapa yang layak mengawalnya kecuali logam EMAS dan PERAK itu sendiri.
LEBIH SELAMAT JIKA WANG DISIMPAN DI BAWAH TILAM?
Tetapi adakah benar ianya satu idea yang baik untuk menyimpan wang anda di rumah sendiri sekaligus menjauhkan diri dari sistem bank?
Britain pada hari ini , adalah negara Barat yang memiliki hutang paling besar di dunia. Menurut En Simon Rose, ketika ini hutang kita 5 kali ganda lebih besar dari pendapatan yang kita terima untuk tempoh setahun.
Beliau juga mengingatkan bahawa kita memiliki sistem bank , yang mana 5 tahun yang lalu mengalami kegagalan buat pertama kali dalam masa 150 tahun.
Beliau juga mengingatkan bahawa kita memiliki sistem bank , yang mana 5 tahun yang lalu mengalami kegagalan buat pertama kali dalam masa 150 tahun.
Bank Pusat kita juga amat berbangga kerana memiliki mesin cetak wang sendiri; Saya tidak perlu mengingatkan anda bahawa Bank Of England juga semakin hampir kepada penghujung program quantitative easing di mana ia telah mencetak £325billion, yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka inflasi besar2an yang bakal memberi tekanan terhadap harga barangan dan matawang negara.
Tidak kira bank mana yang anda pilih untuk menyimpan wang anda, ia tetap sesuatu yang mustahil untuk kita memerangi inflasi. Kita sekarang terpaksa berhadapan kadar faedah negatif untuk simpanan kita, Anda meletakkan wang di dalam bank dan wang tersebut akan kehilangan nilainya dari hari ke hari (daily basis).
Ia bukan sekadar sistem perbankkan menjadi ancaman kepada wang anda, nilai wang tersebut juga dengan sedirinya akan terhakis.
Ia bukan sekadar sistem perbankkan menjadi ancaman kepada wang anda, nilai wang tersebut juga dengan sedirinya akan terhakis.
Memang benar samada wang tersebut disimpan di dalam bank atau di rumah, ianya tetap akan merosot dari segi nilai.
LINDUNGI KEKAYAAN ANDA, BUKANNYA BANK
Mengapa kita bekerja kuat untuk melindungi kekayaan kita?
Seluruh negara bekerja keras untuk melindungi diri sendiri daripada dasar ekonomi yang dilihat amat bahaya yang terus diambil oleh Kerajaan Barat.
Sebagai contoh ; Bulan lalu En Robert Zoellick, Pengerusi World Bank, mengesahkan rancangan mewujudkan bank baru melibatkan negara Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.
Kita semua telah membaca laporan kelima-lima negara ini telah bersetuju untuk menjalankan pembayaran menggunakan matawang mereka sendiri berbanding menggunakan US Dollar atau matawang mana2 negara maju lain yang sedang bergelut dengan krisis hutang.
Kita semua telah membaca laporan kelima-lima negara ini telah bersetuju untuk menjalankan pembayaran menggunakan matawang mereka sendiri berbanding menggunakan US Dollar atau matawang mana2 negara maju lain yang sedang bergelut dengan krisis hutang.
Baru-baru ini kami juga menulis tentang keputusan Kerajaan Iran, India, Russia dan China untuk menjalankan pembayaran pembelian minyak dengan logam emas. Ia mungkin sebahagian daripada tindakbalas sekatan ekonomi yang di kenakan terhadap Iran- tetapi mengapa mereka tidak memilih menggunakan matawang masing2 berbanding menggunakan emas?
Kerana logam tersebut bebas dari monopoli kerajaan. Nilainya hanya dikawal oleh bekalan semulajadi bukannya hanya berdasarkan keyakinan, mesin cetak wang dan janji manis ahli politik.
Kita semua tahu yang kita tidak boleh lari atau menghindari bank . Kehidupan seharian kita berkisar dengan segala macam transaksi melalui sistem bank.
Tetapi mengambilkira kepentingan masadepan simpanan kita , mungkin sudah tiba masanya kita mula memikirkan untuk memegang atau memiliki sesuatu sebagai rizab, sesuatu yang telah terbukti sejak beribu tahun dahulu mampu melindungi harta kita dari segala ancaman yang kita lihat pada hari ini terhadap wang milik kita dan nilainya. Sudah pasti, saya memikirkan tentang logam emas.
MELABURLAH DALAM LOGAM EMAS, BUKANNYA KEYAKINAN SEMATA-MATA
Sistem kewangan kita adalah berdasarkan keyakinan semata, tidak lebih dari itu.
Ianya dibina atas kepercayaan dan amalan berhutang oleh negara seperti US, UK, Jerman, Perancis dsb. Jika seluruh negara mula menyedari bahawa matawang Barat tidak lagi mempunyai nilai setanding dengan kertas yang mereka gunakan untuk mencetak wang tersebut, apa perlunya kita sebagai warga mereka , masih menggunakannya secara berterusan sebagai bentuk simpanan kita?
Bank Pusat kita sendiri menyimpan emas sebagai rizab. Walaupun tidak banyak dari jumlah yang sepatutnya disimpan, tetapi mereka sepertimana bank2 pusat negara lain masih berpendapat adalah amat perlu untuk berbuat demikian.
Jumlah rizab emas milik kerajaan Britain bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Berdasarkan perangkaan terbaru World Gold Council , negara kita berada di tangga ke 17 , berdasarkan jumlah tan pegangan emas yang kita miliki. Tetapi bila diukur secara per kapita (perangkaan 2011), Great Britain langsung tidak tersenarai dalam kedudukan 20 yang tertinggi.
Bukan sesuatu yang mengejutkan, negara yang mempunyai jumlah pegangan emas per kapita tertinggi dunia adalah Switzerland.
Bagaimanapun amat mengejutkan, negara kedua pemegang emas per kapita terbesar dunia adalah Lubnan. Kita semua wajar belajar dengan negara ini. Menurut para ekonomi , Gabenor Bank Pusat negara berkenaan, tidur di dalam peti besi simpanan (vault) bersebelahan rizab emas mereka , bertujuan melindunginya semasa tahun2 berlakunya perang saudara di negara berkenaan.
Bagaimanapun amat mengejutkan, negara kedua pemegang emas per kapita terbesar dunia adalah Lubnan. Kita semua wajar belajar dengan negara ini. Menurut para ekonomi , Gabenor Bank Pusat negara berkenaan, tidur di dalam peti besi simpanan (vault) bersebelahan rizab emas mereka , bertujuan melindunginya semasa tahun2 berlakunya perang saudara di negara berkenaan.
Kalaulah pemegang amanah rizab emas kerajaan Britain mencontohi Gabenor Bank Pusat Lebanon, mempunyai kesedaran bahawa rizab emas milik negara wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun, sudah tentu kejadian mantan Perdana Menteri Britain, En Gordon Brown melelong rizab emas milik negara pada harga yang murah, dapat dielakkan.
MENGAPA KITA PERLU MENYIMPAN EMAS SEBAGAI RIZAB?
Ditanya sebab mengapa The Bank of England menyimpan emas sebagai rizab, mereka merujuknya sebagai tradisi. Tetapi mereka juga menyebut mengenai sebab lain seperti ianya bersesuain dengan keadaan semasa dan sesuatu yang relevan kepada mana2 individu untuk menyimpan emas , sama seperti amalan yang telah mereka lakukan sejak 40 tahun dahulu:
1. Persiapan sekiranya berlaku peperangan – logam emas dilihat sebagai asset utama untuk dimiliki dalam suasana kecemasan . Ia sentiasa mampu mengekalkan nilainya bilamana berlaku ketidakstabilan atau ketidaktentuan kewangan.
Ketika ini, negara kuasa ekonomi baru seperti China dan India bekerja keras untuk mencari alternatif baru kepada matawang US Dollar dan Euro. Sistem kewangan antarabangsa telah berubah dan emas dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik.
2. Penyimpan nilai terbaik, perlindungan nilai dan medium pertukaran. Emas secara tradisinya berjaya mengekalkan nilainya untuk menentang inflasi dan diterima sebagai medium pertukaran merentasi sempadan negara;
Ia adalah sesuatu yang dari masa ke semasa telah berlaku berulangkali. Sejak 1967, matawang British pound telah kehilangan 90% dari kuasa belinya. Penurunan nilai ini berlaku akibat amalan polisi kewangan kerajaan.
Pada suku tahun pertama 2012, 75 matawang negara seluruh dunia telah kehilangan nilai sebanyak 5.1% berbanding emas. Kerugian paling besar adalah matawang US Dollar dan Euro. Kita tidak jauh dibelakang: British pound jatuh 3.5% berbanding nilai emas.
3. Tiada risiko kegagalan – emas tidak menjadi liabiliti kepada mana2 pihak kerana itu ianya tidak boleh dibekukan, ditolak atau ingkar;
Sebagaimana peranan yang dimainkan FSCS, sejak ditubuhkan pada 2001 mereka telah membuat bayaran berjumlah £26 billion dalam bentuk pampasan dan membantu lebih 4.5 juta orang’. Semua individu tersebut memerlukan bantuan kerana risiko pihak bertentangan. Kerana bank dan organisasi kewangan lain kehilangan wang mereka. Bila sesorang memiliki fizikal emas, ia milik anda sepenuhnya, tiada siapa boleh menjual atau meminjamkannya kepada orang lain : malah jika syarikat tempat anda menyimpan emas di peti besi kebal mereka runtuh sekalipun, emas tersebut masih menjadi milik anda.
4. Peranan emas dalam sejarah sistem kewangan antarabangsa sebagai sokongan utama kepada wang kertas domestik.
Emas adalah ‘Sokongan utama terhadap wang kertas’. Walaupun perbendaharaan kita sendiri menulis mengenainya , terdapat hanya sedikit peluang kepada mereka untuk secara sukarela menyokong matawang British pound dengan sedikit emas yang masih tinggal dan kita miliki hari ini. Tetapi mereka sendiri mengakui fungsi logam emas tersebut.
Emas telah membuktikan dirinya sejak beribu tahun dahulu. Mengapa ia sekali lagi perlu membuktikan peranannya ditengah2 sistem matawang fiat hari ini , saya sendiri tidak tahu. Kita berada dalam keadaan di mana 1 daripada 8 orang yang kita jumpa mempersoalkan sistem bank itu sendiri.
Tetapi tidak ramai dikalangan kita menyedari alternatif untuk menyimpan wang simpanan kita di bawah tilam berbanding menyimpannya di bank.
Adakah anda ingin memindahkan wang anda dari bawah tilam? Melaburlah dengan membeli fizikal emas, dan mulalah membina rizab anda sendiri.
No comments:
Post a Comment