Tuesday, April 3, 2012

EMAS PILIHAN PELABUR BILLIONARES DI SELURUH DUNIA









Mengapa sesetengah pelabur terkaya dunia membeli emas manakala yang lain menjauhkan diri dari logam tersebut...

WARREN BUFFETT contohnya bukan seorang penggemar emas , tulisan En Addison untuk  Daily Reckoning.

Dalam surat tahunan kepada para pemegang saham Berkshire Hathaway tahun ini . En Warren Buffett membuat kenyataan yang menghina logam emas dengan mengatakan ianya adalah asset  yang "tidak produktif buat selama-lamanya."

Dan sememangnya pendapat beliau ada kebenarannya...

Tetapi golongan pelabur tidak membeli emas kerana berharap ia akan menghasilkan sesuatu. Mereka membeli emas kerana tahu tiada siapa boleh menghasilkannya. 

Kerana itu, lebih ramai orang merasa sangsi mengenai matawang negara mereka, lebih kuat kepercayaan mereka terhadap matawang sebenar ini iaitu logam emas itu sendiri.

Harga emas telah meningkat untuk 11 tahun berturut-turut- jangka masa di mana secara kebetulan , jauh mengatasi pulangan pelaburan dana Berkshire Hathaway milik En Buffet.

Mengapa ianya berlaku? Kerana era baru kemusnahan sistem monetary sedang melanda seluruh dunia Barat.  Kerana itu berlaku peningkatan jumlah pelabur yang memilih untuk meningkatkan peratus portfolio pelaburan mereka kepada logam emas dan asset nyata lain.
Walaubagaimanapun, komuniti masyarakat Amerika Syarikat yang mencintai emas kekal kecil berbanding mereka yang memilih dana saham Berkshire Hathaway atau saham Apple, misalnya. 

Memahami situasi ini, En Buffett boleh dianggap sama seperti warga Amerika yang lain — beliau bencikan logam emas sama seperti mana-mana lelaki lain.

Menariknya , bagaimanapun, En Buffett adalah salah seorang daripada sebilangan kecil billionaires di atas planet bumi yang amat membenci dan kerap kali membuat kenyataan menghina logam emas. 

Malah sebilangan billionaire lain telah mendedahkan baru2 ini bahawa mereka mengambil kesempatan membuat belian  setiap kali  En Buffett melepaskan pegangan emasnya di pasaran.

George Soros, billionaire yang juga merupakan pengasas  Soros Fund Management LLC, meningkatkan pegangan sahamnya dalam SPDR Gold Trust (GLD) kepada 85,450 saham dari 48,350  saham dalam tempoh 3 bulan terakhir 2011. Billionaire , pengurus dana lindung nilai En John Paulson juga mengekalkan pegangan besarnya di GLD.

"En Paulson sedang dalam perjalanan meletakkan dirinya dalam buku sejarah kewangan antarabangsa. Terima kasih kepada apa yang diperkatakan ramai sebagai 'greatest trade ever,'" menurut laporan Money Morning.

"Syarikat Paulson  Co. membuat jualan pendek pasaran gadaijanji subprima sebelum pasaran jatuh, mencatat keuntungan berjumlah US$15 billion.

Jadi, apabila En Paulson kembali membuat pelaburan besar dengan membeli logam emas pada 2009 dan  2010, para pelabur  di pasaran memberi  perhatian berat terhadap keputusan beliau.

Malah, pegangan En Paulson dalam SPDR Gold Trust (GLD) meletakkan firma beliau sebagai pemegang kepentingan terbesar dalam  ETF, dengan pegangan semasa bernilai US$2.9 billion."

Hari ini terdapat ramai dikalangan billionaire yang  menyedari tentang kepentingan memiliki logam beharga untuk menangani krisis kewangan yang semakin memburuk.

En Bill Gross, pengasas Syarikat PIMCO, sebuah firma kewangan dengan nilai pelaburan berjumlah US$1.3 trillion yang bertanggungjawab mengurus bond portfolios, bulan lalu berkata, "Tingkah laku semasa Bank Pusat, termasuk Federal Reserves US  juga mendorong inflasi.

Ia menjadi antara punca mengapa berlaku kenaikan harga komoditi dan permintaan tinggi terhadap logam emas sebagai alternatif simpan nilai (store of value) pada ketika nilai wang kertas fiat semakin merosot."

Dan hari ini peminat terbesar logam emas bukannya datang dari Pengurus Dana Lindung Nilai ataupun individu berstatus Billionaire. Peminat ini adalah seorang yang berstatus Trillionaire!

Pada 2011, China telah menjadi negara pengimport emas nombor satu di dunia.  China telahpun menjadi pengeluar utama emas dunia sebelum ini.

Negara tersebut juga telah mengurangkan pegangan ke atas Sekuriti Kerajaan Amerika pada tahun lepas, pertama kali sejak Perbendaharaan mula menyimpan data pada tahun 2001. Pada 31 Disember 2011, China memegang US$1.15 trillion dalam Perbendaharaan Amerika , penurunan dari US$1.16 trillion pada penghujung  2010.

Pengurangan ini kelihatannya tidak terlalu banyak. Tetapi trendnya memberitahu kita: Permintaan terhadap emas meningkat manakala Perbendaharaan menurun.
China bukan sahaja pengimport terbesar emas dunia, ia juga adalah pelombong terbesar logam berharga. 

Menurut World Gold Council, China menghasilkan hampir  50% lebih banyak emas (sekitar 300 tons setahun) dari negara kedua pengeluar terbesar dunia iaitu Australia.

Dan tidak satu  ounce pun emas yang baru dilombong di negara berkenaan dibenarkan di bawa keluar dari negara tersebut. 

Berdasarkan undang-undang, Kerajaan China akan membeli setiap ounce emas yang dihasilkan dari lombong tempatan tidak kira sedikit ataupun banyak jumlahnya.

Jelas, Kerajaan China berpandangan jauh apabila melibatkan usaha pengumpulan emas. Mereka amat yakin bahawa mereka lebih mempercayai logam emas daripada Perbendaharaan Amerika.

Mungkin En Soros, En Paulson, En Gross dan Kerajaan China boleh dianggap gila kerana dilihat begitu kemaruk untuk membeli atau memborong seberapa banyak logam emas yang ada. Ataupun mungkin En   Buffett yang dianggap gila kerana tidak mencontohi mereka. 

Jom sama-sama kita lihat kesudahannya!

Addison Wiggin is the editorial director and publisher of The Daily Reckoning. He is also the author, with Bill Bonner, of the international bestsellers Financial Reckoning Day and Empire of Debt, and best-selling author of The Demise of the Dollar

No comments: