Sunday, April 1, 2012

DUNIA BARAT BEKERJASAMA SESAMA MEREKA UNTUK MELAKSANAKAN SKIM PONZI


Dengan para pemimpin Eropah mendakwa krisis hutang rantau tersebut kini berada dalam keadaan terkawal, Buletin King World News (KWN) hari ini menemurah En Nigel Farage, pakar pelaburan antarabangsa untuk mendapatkan pandangan beliau.

En Farage memberitahu KWN bahawa walaupun para pemimpin Eropah berpura-pura bahawa semuanya berada dalam keadaan baik, mereka akan terpaksa menelan balik kata-kata itu dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Tetapi sebelum itu, berikut adalah kenyataan En Farage  tentang apa sebenarnya sedang berlaku pada hari ini: “Kita sebenarnya sedang menuju ke arah 'semakin lama menjadi semakin gila dalam tindakan kita mengurus krisis tersebut'. 

Walaupun di negara diluar dari Eurozone, ambil United Kingdom sebagai contoh, hutang negara tersebut bersedia untuk mencecah sekitar 40% untuk tempoh 5 tahun akan datang.”

“Apa yang kita lihat sedang berlaku dengan Bank Pusat Eropah (ECB), di Amerika Syarikat dan seluruh dunia Barat adalah, Bank-bank Pusat telah bertindak dengan cara bersepadu dengan cara mencetak & mencipta wang kertas baru untuk dilambakkan di pasaran kewangan global. 

Di United Kingdom kita memanggilnya sebagai quantitative easing (QE), yang lain mungkin memanggilnya 'giant Ponzi scheme'. Tetapi apapun sebutannya , kita sendiri yang bertanggungjawab mencipta  beban hutang baru ini.

Jadi masalah kita menjadi semakin membesar dari hari ke hari. Kita sendiri yang mengorek lubang hutang tersebut dan ianya menjadi semakin dalam dari masa ke semasa.

“Kita perlu ingat bahawa inflasi adalah ibarat wabak penyakit kepada wang yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kerajaan sendiri.

Kita perlu berhenti dari mencipta atau mencetak Bertrillion wang baru , wang palsu untuk dilonggokkan di pasaran.Buat sementara ini para pengundi membiarkan para bankers dan ahli politik melepaskan diri dari tindakan tidak bertanggungjawab ini.

Tetapi tiada apa yang telah dilakukan untuk menangani krisis hutang berdaulat ini. Walaupun buat masa ini pihak Bank mungkin merasakan tekanan ke atas mereka telahpun  berakhir, secara dasarnya tiada apa yang berubah. Saya masih percaya yang kita mempunyai masalah besar pada setiap sudut ekonomi.”

En Farge juga memberi amaran mengenai situasi terkini masalah yang membelenggu usaha-usaha menyelamat atau 'bailout'  Kerajaan Greek.

“Sebelum pusingan kedua 'bailout' ini sempurna atau selesai sepenuhnya, mereka telah mula bercakap mengenai 'bailout' pusingan ketiga.

Adalah sesuatu yang tidak siuman apabila kita terus melakukan sesuatu walaupun kita tahu ianya adalah tindakan yang salah . tanpa mempertimbangkan bahawa mungkin ada alternatif tindakan lain yang boleh diambil.

Ianya jelas sesuatu yang gila.  Kita membazirkan wang kita dengan membuangnya ke longkang.  Semua ini tidak akan berhasil. 

En Monti , Gabenor Bank Pusat Eropah (ECB)  mungkin kini  boleh merasa selesa atau berpuashati. Tetapi saya percaya apabila tempoh ini berlalu dan ianya dicatat dalam tulisan sejarah, orang2 seperti ini akan dikutuk berdasarkan tindakan yang mereka lakukan hari ini.”  

Mengenai emas, En Farage yang juga seorang veteran kerana mempunyai pengalaman selama 20 tahun di  London Metal Exchange, juga berkata:  “Saya berada di Geneva minggu lalu kerana terlibat membentang kertas kerja dalam satu seminar kewangan baru2 ini. 

Bilik seminar tersebut dipenuhi dengan mereka2 yang sememangnya mempunyai jumlah asset wang kertas yang amat banyak. Terdapat ramai orang yang kini berada di pasaran ekuiti kerana mereka melihat apa yang dilakukan oleh Bank Pusat dengan penciptaan wang.

Terdapat satu pendapat umum bahawa dalam jangka pendek pasaran ekuiti akan bergerak tinggi, jadi mereka tidak mempunyai minat yang sama terhadap logam emas.

Saya fikir perkara yang amat menakjubkan adalah melihat bagaimana stabilnya pergerakkan harga emas hari ini. Saya jangkakan harganya akan turun sedikit berbanding hari ini.

Secara konsisten saya berpandangan tiada apa pun yang berubah. 

Kita sebenarnya sedang menambah dan membina lebih banyak masalah kepada diri kita sendiri di masa hadapan. Masalah lebih besar dari apa yang mampu kita fikirkan sebenarnya.

Dan hari ini , saya sentiasa yakin sekiranya harga emas jatuh di pasaran, ianya memang sesuatu yang wajib untuk dibeli.”

En Nigel Farage memberikan skop sebenar kepada para pendengar Buletin King World News mengenai apa sebenarnya yang berlaku disebalik senario di Eropah dan risiko pembohongan yang mereka lakukan ke atas kita.



No comments: