Bimbang mengenai kemerosotan nilai rizab matawang US Dollar milik negara, Kerajaan China telah beralih untuk membeli lebih banyak emas di pasaran....
UNTUK SELAMA 3 dekad, sejak bermulanya "Era Reformasi" di negara berkenaan pada tahun 1978, Kerajaan China telah mengeksport lebih banyak barangan berbanding transaksi importnya, tulisan En Porter Stansberry dari The Daily Wealth.
UNTUK SELAMA 3 dekad, sejak bermulanya "Era Reformasi" di negara berkenaan pada tahun 1978, Kerajaan China telah mengeksport lebih banyak barangan berbanding transaksi importnya, tulisan En Porter Stansberry dari The Daily Wealth.
Ia membolehkan negara berkenaan menyimpan stok matawang US Dollar berjumlah Bertrillion Dollar - Lebih banyak wang daripada jumlah keseluruhan wang yang wujud dalam sistem kewangan (monetary) kita sebelum berlaku krisis kewangan hari ini.
Cara bagaimana ianya beroperasi amat mudah untuk difahami.
Apabila seorang ahli perniagaan atau Syarikat dari negara China memperolehi matawang US Dollar melalui transaksi penjualan luar negara atau seberang laut, undang-undang negara berkenaan mensyaratkan agar syarikat tersebut menyerahkan matawang US Dollar berkenaan kepada Bank Pusat Negara, The People's Bank of China (PBOC).
Sebagai balasan, ahli perniagaan atau syarikat tersebut akan mendapat matawang China (dipanggil samada "Yuan" atau "Renminbi") pada kadar yang tetap.
Semuanya kelihatan seperti tidak adil. Sementara masyarakat di China melakukan semua kerja, Kerajaan China menyimpan semua wang berkenaan. Tetapi begitulah kehidupan di sana.
Pada mulanya. aliran kemasukan matawang US Dollar amat kecil kerana transaksi perdagangan kedua negara tidaklah terlalu besar. Contohnya pada tahun 1980 , rizab matawang asing Negara China hanya berjumlah sekitar US$2.5 billion.
Tetapi sejak itu, jumlah simpanan rizab matawang asing yang dipegang oleh Kerajaan China telah meningkat hampir setiap tahun..dan hari ini ianya berjumlah US$3.2 TRILLION.
Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 127,900% . Sesuatu yang amat mengagumkan apabila melihat carta peningkatan rizab matawang asing Kerajaan China...
Sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ini, kumpulan atau pihak yang bertanggungjawab mengurus rizab asing di negara tersebut di kenali sebagai The State Administration of Foreign Exchange atau ringkasnya (SAFE).
SAFE bertanggungjawab atau terlibat sepenuhnya dalam perang matawang dengan Amerika Syarikat.
Matlamat utamanya adalah- sebagaimana yang telah diikrarkan oleh Kerajaan China secara terbuka , untuk mewujudkan matawang dominan baru dunia sekaligus menyingkirkan peranan US Dollar sebagai matawang rizab antarabangsa tunggal dunia.
Dan untuk beberapa tahun kebelakangan ini, SAFE berhadapan dengan satu masalah besar : Apa yang perlu dilakukan dengan rizab matawang asing yang terlalu banyak ini?
SAFE memutuskan untuk menggunakan sebahagian besar rizab tersebut untuk membeli sekuriti Kerajaan Amerika Syarikat (US government securities).
Hasilnya, hari ini Kerajaan China mengumpul timbunan besar hutang Kerajaan Amerika Syarikat. Malah, kira-kira dua pertiga daripada rizab Kerajaan China berbentuk pelaburan tetap dalam bil perbendaharaan Amerika Syarikat, nota terbitan dan bon negara berkenaan (US Treasury bills, notes, and bonds).
Seterusnya 'sampah' terbesar adalah matawang Euro. Sudah tentu, semua matawang berkenaan pada asasnya tidak mendatangkan sebarang pendapatan dari segi kadar faedah (interest rates) kerana kadar faedah di seluruh dunia kini berada pada kedudukan hampir sifar.
Dan sementara Kerajaan China merasa amat gembira kerana bebas untuk mempelbagai dan melupuskan sebahagian besar pegangan rizab matawang US Dollar miliknya, mereka pada dasarnya tersekat untuk berbuat demikian.
Cuba anda fikirkan, jika Kerajaan China mula bertindak menjual sejumlah besar Bon Kerajaan Amerika Syarikat miliknya, ia akan mengakibatkan nilai bon tersebut jatuh teruk dipasaran (termasuk bon yang masih kekal dipegang mereka).
Ia seperti anda memiliki 10 buah rumah di deretan blok yang sama di kawasan perjiranan anda,dan kemudian anda membuat keputusan untuk menjual 5 buah daripadanya secara serentak atau pada masa yang sama.
Bayangkan berapa banyak nilai harganya akan turun memandangkan berlaku penjualan serentak terlalu banyak rumah pada satu-satu masa.
Satu lagi perkara yang cuba dilakukan oleh China dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah dengan membuat spekulasi pasaran saham Amerika Syarikat. Tetapi ianya tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan mereka.
Kerajaan China juga bertindak membeli ekuiti Amerika Syarikat dalam jumlah yang besar, sebelum pasaran mula merudum pada lewat tahun 2007. Mereka membeli hampir 10% kepentingan dalam Blackstone Group (sebuah firma pelaburan) dan pegangan yang sama dalam Morgan Stanley.
Harga saham Blackstone's jatuh sekitar 46% sejak pertengahan tahun 2007, dan harga saham Morgan Stanley jatuh sekitar 70% sejak pembelian dibuat oleh Kerajaan China.
Pihak berkuasa China secara langsung terasa 'bahang' kesan dari ketidak tentuan pasaran Amerika Syarikat dan terpaksa berhadapan dengan kritikan tajam rakyat di tanah airnya sendiri.
Kerajaan jelas serik dan tidak berminat untuk kembali melibatkan diri dalam dagangan di pasaran saham Amerika Syarikat.
Akibatnya rizab matawang US Dollar milik Kerajaan China terus membesar dan bertimbun dalam pelbagai bentuk pendapatan tetap seperti Bon Perbendaharaan AS, bon gadai janji Fannie & Freddie dan pelbagai bentuk hutang lain yang disokong oleh Kerajaan Amerika Syarikat.
Pelaburan jenis ini dianggap selamat sepenuhnya kecuali ianya terdedah kepada risiko inflasi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan: "SAFE tidak akan sekali-kali menjadi spekulator. Ia berperanan mencari alternatif untuk melindungi keselamatan rizab pertukaran asing Kerajaan China dan memastikan kestabilan pulangan pelaburan negara."
Jika Kerajaan China tidak berminat membeli saham dan satu-satunya risiko yang wujud dalam portfolio pelaburan semasa mereka adalah inflasi, apakah yang anda fikir akan mereka lakukan untuk melindungi risiko tersebut?
MEREKA AKAN MEMBELI EMAS SEBANYAK YANG MUNGKIN.
Hari ini, Kerajaan China jelas sedang berusaha mengumpul seberapa banyak emas yang boleh agar satu hari nanti, mereka mampu untuk memulihkan nilai matawang mereka setanding dengan logam berharga , sama seperti yang pernah dilakukan mereka sekurun yang lalu bilamana negara tersebut menggunakan piawaian logam perak sebagai matawang.
Pada ketika itu pihak Barat tidak mempunyai hubungan baik dengan China seperti hari ini. Negara tersebut kerapkali dirompak dan dihina oleh negara seperti Russia, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat. Tetapi hari ini, ceritanya jelas berbeza.
Hari ini, China adalah negara paling pesat berkembang di dunia, dengan memiliki rizab wang tunai terbesar di planet bumi.
Sesuai dengan statusnya sebagai negara kuasa besar berkelas pertama, China sedang merancang agar matawangnya disokong dengan emas (backed by gold).
China amat terdesak untuk kembali kepada statusnya sebagai salah satu negara kuasa besar terhebat dunia dengan memiliki satu-satunya matawang yang terhebat dan paling kukuh di dunia.
Dan China tahu pada hari ini – apabila hampir semua kerajaan di seluruh dunia mencetak wang dalam jumlah besar yang tidak disokong oleh apa-apa sekalipun kecuali janji kosong kerajaan berkenaan– China boleh mendapat kelebihan besar sekiranya mengambil tindakan menyokong matawangnya bersandarkan logam berharga.
Sebagaimana kata lagenda pakar kewangan antarabangsa, En Richard Russell yang menulis baru-baru ini : "China mahukan matawang Renminbinya disokong dengan peratusan besar logam emas, bagi membolehkan Renminbi menjadi matawang terbaik dan paling dipercayai di dunia."
Saya tahu sesetengah orang akan menganggap ianya sesuatu yang tidak masuk akal dan gila.
Tetapi kebanyakkan orang tidak memahami fungsi sebenar logam emas, atau mengapa ianya mewakili kekayaan yang nyata dan kekal abadi.
ORANG-ORANG CHINA JELAS LEBIH BIJAK DAN TAHU MENGENAI PERKARA INI.
No comments:
Post a Comment