Saturday, March 24, 2012

PEMBENTANGAN BAJET 2012 MENDEDAHKAN- BAGAIMANA K'JAAN BRITIAN KERUGIAN £9BILLION APABILA PM GORDON BROWN MENJUAL RIZAB EMAS NEGARA PADA HARGA RENDAH

 Half of Britain's gold reserves were sold for £2bn in 1999 by Gordon Brown (file picture)
  • Harga jongkong emas berada di kedudukan paling rendah dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Britain Encik Gordon  Brown menjual 400 tan jongkong emas milik negara dengan harga £2billion pound sterling pada tahun 1999.
  • Tidak lama selepas penjualan tersebut , harga emas mula bergerak tinggi dari US$300 satu ounce ketika itu kepada  US$1,920.30 pada September 2011.
  • En George Osborne berkata Kerajaan hari ini sedang mengumpul semula rizab emas negara.
Oleh En  Rick Dewsbury


Rizab Emas milik Kerajaan Britain yang telah dijual dengan rakus oleh bekas Perdana Menterinya, Encik Gordon Brown pada tahun 1999 dengan harga hanya sekitar £2billion pound sterling, hari ini bernilai 6 kali ganda bersamaan  £11billion pound sterling,  Perdana Menteri Britain mendedahkannya dalam ucapan bajet 2012 hari ini.

En George Osborne berkata Kerajaan sedang berusaha membina semula rizab logam berharga negara selepas bekas Perdana Menteri Britain, En Brown menjualnya pada tahun 1999.

Keputusan untuk menjual lebih separuh daripada rizab emas Britain pada ketika harga emas berada di kedudukan terendah dalam tempoh 20 tahun mengundang kritikan yang hebat di kalangan masyarakat terhadap En Brown yang menggantikan  Tony Blair sebagai Perdana Menteri Britain.

En Brown menjual emas berkenaan dengan harga £2billion pound sterling pada ketika harga emas diniagakan pada kedudukan US$300 satu ounce. Tidak lama selepas penjualan emas berkenaan, harga emas kembali meningkat dipasaran sehingga mencecah rekod harga tertinggi US1,920.30 satu ounce pada September 2011.

Hari ini Rizab emas yang sama bernilai sekitar  £11billion pound sterling.

Sindiran En Osborne's di Dewan Rakyat disambut riuh oleh perwakilan Parti Konservative sambil perwakilan Parti Buruh hanya dapat melihat dan terkebil-kebil menahan malu.

Apabila ditanya samada pihak Perbendaharaan negara mempunyai sebarang rancangan untuk meningkatkan jumlah pegangan emas sebagai rizab , yang pada ketika ini berjumlah 9.975 juta ounces, bernilai hampir 11 billion pounds (US$17.44 billion),  agak mengejutkan apabila jurucakap kerajaan berkata : 'Kerajaan tiada sebarang rancangan ke arah itu.'

Harga emas telah meningkat sekitar 6% tahun ini dan hari ini ia meningkat 0.1 % kepada $1,652.90satu ounces.

Perdana Menteri berkata dalam ucapan bajet hari ini :'Kita juga akan mengambil peluang untuk membina semula rizab emas negara, yang kini berada di kedudukan terendah dalam sejarah.

'Saya boleh membuat pengesahan bahawa pegangan emas kami telah meningkat dari segi nilai kepada £11 billion pound sterling. Ini tidak termasuk jumlah 400 tan yang telah dijual sedekad yang lalu pada harga  £2 billion, yang mana nilainya ketika ini adalah 6 kali ganda atau tidak kurang dari £13 billion pound sterling.

Keputusan En Brown's untuk menjual rizab emas Britain semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri di anggap sebagai kesilapan kewangan terburuk yang pernah dibuat oleh Perbendaharaan negara tersebut yang mengakibatkan pembayar cukai terpaksa menanggung kos hampir  £7 billion pound sterling.

Walaupun siri kempen  berulangkali di adakan bertujuan untuk menerangkan mengenai kedudukan isu ini, En Brown dan Perbendaharaan telah berulangkali menolak untuk memberikan sebarang keterangan mengenai penjualan rizab emas ini ditengah-tengah bantahan orang ramai bahawa beliau telah mengabaikan amaran tentang implikasi penjualan.

Isu ini juga telah memusnahkan kempen pilihanraya Parti Buruh ditengah bantahan orang ramai yang menuduh parti tersebut gagal mengurus ekonomi negara dengan baik.

George Osborne berkata pada ketika itu: 'keputusan En Brown untuk menjual rizab simpanan emas negara di bawah harga pasaran telah memaksa pembayar cukai dikalangan rakyat menanggung kerugian kos berbillion pound sterling.

Ianya adalah pertimbangan ekonomi paling buruk pernah dibuat oleh seorang Perdana Menteri dalam sejarah Britain.

'Masyarakat awam Britain mempunyai hak untuk  mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mengapa begitu banyak wang milik mereka telah hilang. Dokumen mengenai perkara ini hendaklah diterbitkan seberapa segera'.

Walaupun terdapat kebimbangan serius Bank Of England mengenai perkara ini, tetapi En Brown terus memaksa penjualan rizab emas berkenaan.

Terdapat keraguan samada pakar-pakar kanan Perbankkan Kerajaan telah diberi taklimat mengenai keputusan tersebut.

Yang jelas ianya telah dipacu oleh sekumpulan kecil pembantu kanan di Perbendaharaan yang diketahui amat rapat dengan En Brown sendiri ,  termasuk En Ed Balls dan En Ed Miliband.

No comments: