Ralli pergerakkan harga emas selama lebih sedekad pada kedudukan harga dari US$255 satu ounce hinggalah kepada hampir US$2,000 satu ounce hari ini , dilihat terlalu jauh untuk berakhir - meskipun terdapat usaha bersungguh-sungguh dari Kerajaan (Federal Reserves, Bank Dunia, IMF dsb) untuk mengekang kenaikan harga emas dipasaran agar tidak melonjak tinggi.
Minggu lalu, saya menarik perhatian ramai berhubung aktiviti penjualan luar biasa di pasaran yang kelihatan seperti dirancang untuk mengawal pergerakkan harga emas agar tidak melonjak tinggi.
Minggu lalu, saya menarik perhatian ramai berhubung aktiviti penjualan luar biasa di pasaran yang kelihatan seperti dirancang untuk mengawal pergerakkan harga emas agar tidak melonjak tinggi.
Tetapi perkara paling pokok adalah , walau sehebat mana pun cubaan yang cuba dilakukan oleh perancang pusat kewangan, kuasa pasaranlah yang akan menentukannya dan harga logam berharga emas dan perak tetap akan melonjak tinggi, samada kerajaan suka ataupun tidak. Dan Kerajaan sendiri akan sekali lagi menjadi pembeli terbesar untuk tahun 2012.
Memiliki atau menjadikan emas sebagai asset pegangan bukanlah sesuatu yang baru. Sepanjang sejarah, logam kuning ini amat digilai oleh ramai manusia.
Walaupun logam emas menjadi satu bentuk asset yang tidak populor pada tahun-tahun 1980an dan 1990an, tetapi pada hari ini ia dapat meletakkan dirinya sebagai matawang terulung apabila berhadapan dengan sistem matawang fiat yang jelas langsung tidak berguna.
Nilai matawang fiat- wang kertas seperti US Dollar misalnya, yang tidak mempunyai nilai instrinsics – bergantung penuh kepada aku janji dan hutang sesebuah negara yang mencetak wang tersebut.
Hari ini, dengan tahap hutang yang besar, Kerajaan Amerika Syarikat dan Eurozone terus mencetak lebih banyak lagi wang kertas. Bagaimanapun proses meningkatkan kecairan (liquidity) ke dalam sistem kewangan seperti ini, boleh diibaratkan seperti lakonan sandiwara.
Mengapa Kerajaan perlu campurtangan
Jika kita melihat kepada standard piawaian perakaunan konvensional, apa yang jelas Amerika Syarikat dan Eurozone mempunyai kadar hutang yang amat besar. Matawang kertas keduanya hanya bernilai sama seperti nilai kertas yang digunakan mereka untuk mencetak matawang negara berkenaan.
Kerana itu nilai logam emas bergerak tinggi dalam tempoh lebih sedekad dan akan terus meningkat pada masa-masa yang akan datang.
Ia bukan kerana nilai intrinsik emas telah meningkat- tetapi ia kerana nilai intrinsik matawang ataupun currency yang telah merosot. Jika diibaratkan sebagai topeng , kini segalanya telah terdedah. Inilah sebabnya Kerajaan terpaksa campurtangan.
Harga logam beharga yang tinggi telah mendapat tumpuan berat Kerajaan yang selama ini ibarat 'berpesta' mencetak wang kertas tanpa sebarang kawalan.
Sepanjang pengalaman lebih 35 tahun saya sebagai trader di Wall Street, saya telah beberapa kali berhadapan situasi campurtangan secara langsung pengawal selia kerajaan Amerika Syarikat - dan sumber dalaman Wall Street saya memaklumkan , baru-baru ini ianya kembali berulang.
Saya masih ingat kejatuhan besar-besaran pasaran saham pada tahun 1987. Ketika itu saya sedang duduk di atas bangku sambil menguruskan dagangan di New York apabila Kerajaan Amerika Syarikat masuk cmpur untuk menyokong indeks pasaran saham bertujuan untuk menghancurkan atau menolak harga emas dan perak kepada kedudukan harga paling rendah.
Dan pada tahun 1995, saya telah membeli logam Perak dengan jumlah yang agak besar bernilai lebih dari US$1 billion kerana saya percaya harganya terlalu murah ketika itu.
Apabila harga logam Perak mula bergerak tinggi, pegawai selia (regulators) Kerajaan muncul ditempat kerja kami. Mereka mengarahkan pengurusan syarikat tempat saya bekerja, Salomon Brothers, agar menjual logam Perak yang kami beli. Kami terpaksa patuh kerana tidak mempunyai pilihan.
Terdapat contoh lain yang tidak terkira banyaknya bagaimana 'tangan-tangan' Kerajaan campurtangan dalam pasaran bebas (free market).
Dan pada 29 Februari 2012 lalu, perkara sama berulang lagi. Segala yang berlaku di pasaran logam berharga cepat dihidu oleh kerajaan berkepentingan di Washington atau mungkin juga Brussels
Hari bermula di mana logam Emas dan Perak sedang bergerak tinggi di pasaran. Emas diniagakan pada US$1,792.30 satu ounce dan bergerak pantas untuk menghampiri halangan utama saikologi (key psychological barrier) US$1,800 satu ounce.
Logam Perak pula telah diniagakan pada US$36 satu ounce melepasi paras rintangannya (resistance level).
Logam Perak pula telah diniagakan pada US$36 satu ounce melepasi paras rintangannya (resistance level).
Semuanya secara kebetulan berlaku pada pagi 29 Februari 2012. Pengerusi Federal Reserves (Rizab Persekutuan) En Ben Bernanke sedang berucap di hadapan Kongres Amerika Syarikat.
Dalam masa yang sama Bank Pusat Eropah (ECB) telah mula mencetak wang kertas , menyuntik atau mudahnya memberi US$803 Billion kepada lebih dari 800 buah bank di seluruh Eropah sebagai sebahagian daripada operasi pembiayaan pinjaman jangka panjang di tengah-tengah keruntuhan ekonomi negara Greece.
Dalam masa yang sama Bank Pusat Eropah (ECB) telah mula mencetak wang kertas , menyuntik atau mudahnya memberi US$803 Billion kepada lebih dari 800 buah bank di seluruh Eropah sebagai sebahagian daripada operasi pembiayaan pinjaman jangka panjang di tengah-tengah keruntuhan ekonomi negara Greece.
Lazimnya apabila En Ben Bernanke membuat kenyataan awam, harga logam berharga akan melonjak tinggi. Kali ini sesuatu yang berbeza berlaku.
Arahan jualan emas secara besar-besaran
Beberapa rakan rapat yang terlibat dalam urusniaga emas pasaran hadapan di Wall Street memberitahu saya sebaik sahaja En Bernanke bercakap, berlaku tempahan secara besar-besaran oleh Syarikat gergasi kewangan JP Morgan hadir untuk menjual kontrak 15,000 emas melibatkan jualan 1.5 juta ounces emas. Tempahan besar-besaran tersebut mengambil masa kurang dari 1 minit untuk dilaksanakan.
Secara tiba-tiba harga emas mula bergerak ke paras terendah. Jualan besar-besaran (giant sell) tersebut ibarat membuka pintu empangan bagi membolehkan air menerjah masuk.
Saya duduk di sini sambil menggaru kepala saya yang semakin botak melihat tindakan berkenaan. Sebagai seorang veteran di pasaran seperti saya, hanya terdapat satu sebab mengapa perkara seperti ini boleh berlaku. Seseorang jelas mahukan harga logam berharga berada di kedudukan rendah di pasaran.
Ianya adalah sesuatu yang pelik. Bank Pusat bukan lagi merupakan penjual utama (net sellers) di pasaran emas dunia. Jika terdapat mana-mana negara yang berhasrat untuk menjual emas milik mereka, terdapat berpuluh malah beratus pembeli yang dengan senang hati bersedia untuk mengambil logam berharga tersebut dari tangan mereka.
Malah pada tahun 2011, Bank Pusat dan Kerajaan dari seluruh dunia membeli sebanyak 450 tan logam kuning tersebut di pasaran.
Ia adalah antara sebab utama mengapa harga emas akan terus melonjak di pasaran walaupun terdapat percubaan untuk memanipulasi harga sebagaimana peristiwa yang berlaku pada 29 Februari lalu.
Apa yang saya boleh fikirkan adalah peningkatan harga emas secara perlahan dan terkawal adalah sesuatu yang boleh diterima sementara peningkatan harga secara mendadak di pasaran tidak dapat diterima kerajaan.
Harus dingat banyak kerajaan dunia yang membeli emas pada tahun 2011 termasuk China, Russia, Korea, Columbia, Belarus dan bnayak lagi!
Harus dingat banyak kerajaan dunia yang membeli emas pada tahun 2011 termasuk China, Russia, Korea, Columbia, Belarus dan bnayak lagi!
Kerajaan terlibat membeli emas kerana pegangan emas mereka berada di tahap yang sangat rendah berbanding rizab keseluruhan asset mereka. Mereka akan terus membuat belian untuk meningkatkan pegangan emas masing2 sebagai rizab rasmi tabungan negara.
Malah , 18% dari kesemua emas yang dilombong tahun lalu berakhir dengan berada di dalam peti besi simpanan Bank Pusat. Bank Pusat kini sedar memiliki emas sebagai asset rizab dapat mengatasi masalah kemerosotan nilai matawang U.S. Dollars dan bebanan hutang kredit Eurozone.
Permintaan terhadap logam emas dikalangan individu dan pelabur juga meningkat dengan ketara.
Kesimpulan
Permintaan terhadap emas akan terus meningkat dalam suasana persekitaran ekonomi global yang tidak menentu hari ini.
Kesimpulannya adalah : Tidak ada mana-mana kerajaan yang mampu menandingi kuasa pasaran. Untuk jangka masa pendek, tekanan jualan besar-besaran boleh menghentikan sementara kenaikan harga emas di pasaran. Tetapi untuk jangka panjang , kesannya adalah sangat minima kepada pasaran
Emas adalah asset terbaik dalam berhadapan dengan suasana ekonomi hari ini, dan harganya pada bila-bila masa mampu melonjak ke paras lebih tinggi. Saya jangkakan harga emas akan melonjak ke paras tertingginya pada tahun ini.
Logam berharga tersebut kini diniagakan pada paras sekitar US$1650 satu ounce, tetapi nasihat saya kepada anda cukup mudah:
Pastinya kekayaan anda akan terus meningkat sama pada masa akan datang.
Gunakan usaha sia-sia yang dilakukan kerajaan umtuk memanipulasi harga emas di pasaran agar kekal rendah hari ini, dengan merebut peluang meningkatkan pegangan emas anda dengan membuat belian secara konsisten pada ketika harga emas sedang murah.
Pastinya kekayaan anda akan terus meningkat sama pada masa akan datang.
Selamat memburu logam berharga…
Andy Hecht
P.S. One thing I love about gold is that it is real – it’s something tangible, something I can hold in my hands. Unlike stocks, real assets will always have value, no matter what happens in the market
No comments:
Post a Comment