Hari ini pedagang dan pelabur legenda antarabangsa , En Jim Sinclair dalam temuramah bersama Buletin King World News berkata , sebilangan negara Kesatuan Eropah mula mempersoalkan sesama sendiri tentang dari mana datangnya emas yang digunakan bagi tujuan melaksanakan agenda campurtangan dalam pasaran emas semasa dunia ketika ini.
En Sinclair juga berkata, sebahagian negara Kesatuan Eropah mula berfikir bahawa emas milik mereka , yang disimpan dalam peti besi simpanan (vault) Federal Reserves di Amerika Syarikat telah digunakan untuk menjayakan kerja-kerja tidak bermoral iaitu campurtangan pasaran untuk memantau kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia.
Memperkatakan mengenai kejatuhan harga emas baru-baru ini En Sinclair berkata: “Ianya telah berlaku sejak lama dahulu ketika harga emas berada di kedudukan US$248 di pasaran lagi.
Sebarang idea atau kebimbangan bahawa campurtangan seperti ini akan mampu menghentikan atau memendekkan serta mengawal pergerakkan harga emas di pasaran sebenarnya adalah satu tindakan yang salah.”
“Setiap kali anda berusaha untuk campurtangan dalam mana-mana pasaran atau pada bila-bila masa anda campurtangan secara ekonomi, ia sama seperti anda menggunakan ubat dadah terkawal.
Penggunaan pertama kali memberi kesan rangsangan terbaik yang pernah anda alami. Selepas itu anda terpaksa melakukannya berulang kali cuma untuk mendapatkan kesan yang seakan-akan sama yang anda harapkan.

Itulah yang berlaku di pasaran emas hari ini.
“Malah jika mereka gagal mempengaruhi atau menekan harga emas di pasaran agar berada di bawah kedudukan US$1,600 / ounce , maka permintaan terhadap logam emas di pasaran akan menjadi diluar jangkauan dan keupayaan mereka untuk cuba campurtangan.
Ia bermakna permintaan akan menjadi lebih besar dari bekalan , sekaligus akan menyebabkan harga melonjak lebih tinggi.
Ia bermakna permintaan akan menjadi lebih besar dari bekalan , sekaligus akan menyebabkan harga melonjak lebih tinggi.
Jika logam emas berjaya melepasi harga US$1,764/ounces dan stabil kukuh di kedudukan itu, ia adalah permulaaan kepada kerjasama antara emas dengan pengurusan perspektif ekonomi (MOPE).
Perancang pusat kewangan sememangnya inginkan harga emas kekal rendah dipasaran dalam keadaan mereka masih mencari penyelesaian sesuai terhadap krisis kewangan di Greece.
Harga emas yang tinggi sudah tentu akan mengurangkan nilai matawang US Dollar sekaligus menghakis keyakinan pelabur dan orang ramai.
Kerana itu harganya perlu disekat untuk tidak bergerak tinggi walau apa cara sekalipun. Hanya sebahagian kecil pelabur dan pemegang bon mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.”

Encik Jim Sinclair juga meramalkan lebih banyak negara Kesatuan Eropah berhasrat menuntut kembali emas milik mereka , yang ketika ini di simpan oleh Federal Reserves di Amerika Syarikat. Gerakan ini telah mula di lakukan oleh Switzerland dan Jerman dan kebanyakkan negara lain.
Apabila ditanya mengenai ramalan beliau bilakah ianya mula berlaku, En Sinclair memberi respon berikut, “Ia perlu berlaku kerana kita semua bertanya diri kita soalan, ‘Dari mana datangnya emas yang digunakan untuk cubaan campurtangan atau gangguan sedemikian? Kerana ia bukan sahaja melibatkan pelaburan emas dalam bentuk sijil . tetapi jua jualan besar-besaran emas fizikal dalam pasaran tunai.
Terdapat kebimbangan bahawa emas yang digunakan untuk menjayakan kerja-kerja campurtangan tidak beretika ini mungkin bukan milik Amerika Syarikat.
Terdapat kebimbangan bahawa emas yang digunakan untuk menjayakan kerja-kerja campurtangan tidak beretika ini mungkin bukan milik Amerika Syarikat.
Pada asasnya mereka (Jerman, Switzerland dan negara lainnya) ketika ini bertanya soalan, dari mana datangnya emas tersebut?
Terdapat 2 kemungkinan, samada penjual dari Fort Knox atau Federal Reserve , dalam erti kata tunai. Fort Knox, tiada siapa tahu berapa banyak emas yang ada di dalam peti besi di sana.
Terdapat 2 kemungkinan, samada penjual dari Fort Knox atau Federal Reserve , dalam erti kata tunai. Fort Knox, tiada siapa tahu berapa banyak emas yang ada di dalam peti besi di sana.
Semua orang tahu apa yang ada di Federal Reserves, emas milik orang lain. Trend yang kita bincangkan sejak sekian lama telah bertukar menjadi realiti , bagaimana caranya untuk mengambil kembali emas-emas tersebut.
Kenyataannya adalah kenapa Kerajaan Jerman perlukan bantuan Federal Reserves untuk meyimpan emas milik negara tersebut sejauh Amerika Syarikat sejak sekian lama?
Adakah mereka khuatir akan ditawan oleh tentera Perancis? Ianya satu tindakan yang jelas tidak masuk akal dan dipersoalkan rakyat Jerman sendiri."

5 Mac 2012
Jim Sinclair provides some extraordinary insights in this interview. He discusses the gold plunge and what investors should expect next. He also goes into detail about key events that are currently unfolding
No comments:
Post a Comment