Thursday, March 15, 2012

CAST GOLD BAR VS MINTED GOLD BAR



Di antara 2 jenis goldbar di atas.. pasti ramai yg akan memilih minted goldbar(gambar kanan).
Ini kerana finishing-nya yang cantik dan berkualiti pastinya memikat sesiapa sahaja yg memandangnya.

Dari rupabentuk fizikalnya sahaja kita boleh menilai tahap kekemasannya. Cast goldbar seperti Pamp Suisse Pink Cert (gambar kiri) rupanya memang tak secantik minted goldbar spt lady fortuna, tetapi nilai kedua2nya tetap sama iaitu emas 24 karat. Nilai sama tp harga berbeza.. sudah tentu minted goldbar lebih mahal harganya kerana finishing-nya memerlukan banyak kerja2 pertukangan utk menjadikan ia lebih cantik dan menarik berbanding dengan cast goldbar.

Untuk pengetahuan anda cast goldbar dihasilkan dengan menuangkan emas yang telah dileburkan ke dalam acuan/casting, ia kemudiannya dibiarkan sejuk sebelum diberikan penandaan hallmark ke atasnya. 

Sementara minted goldbar pula dihasilkan melalui proses stamping cast goldbar. Setelah melalui proses stamping emas2 tersebut akan digilap dan diproses dengan teliti serta diukir design yang diinginkan ke atasnya. Sebab itulah permukaan minted goldbar lebih licin, berkilat dan menarik berbanding cast goldbar.

KELIRU

Ramai yang terkeliru mengatakan Pamp Suisse Pink Cert bukan emas berketulenan 24 karat. Ini kerana kebanyakan Ar-Rahnu menilainya sebagai emas 22 karat. Di sini sy ingin membetulkan tanggapan dan persepsi negatif yg dilemparkan oleh kebanyakan orang terhadap situasi tersebut. Hakikatnya Pamp Suisse Pink cert mmg emas 24 karat.

Sebab dan punca mengapa Pamp Suisse pink cert tidak mendapat ketulenan 24 karat ketika dinilai di Ar-Rahnu ialah, kebanyakan pegawai Ar-Rahnu tidak melakukan prosedur pengujian yg betul ketika mengujinya dgn menggunakan desimeter. Sy perhatikan kebanyakan dari mereka hanya merendamkan sahaja emas ke dalam takungan air pada alat tersebut tanpa mengocak2kan air di dalamnya.

Kalau kita tengok betul2 sifat fizikal Pamp Suisse pink cert, permukaannya tidak 100% rata, kerana goldbar jenis ini terdapat kesan lekuk dan berlubang serta liang2 halus akibat proses casting dan tekanan untuk penandaan hallmark ke atasnya. 

Pada masa yg sama terdapat juga kesan2 calar pada permukaannya. Jadi apabila pegawai Ar-Rahnu tidak mengocakkan air dlm takungan desimeter itu, gelembung2 udara atau air bubbles yang terperangkap pada kesan2 calar, lekuk dan lubang serta liang2 halus yang terdapat pada Pamp Suisse tadi tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Keadaan ini akan menjejaskan bacaan ketumpatannya.


Sepatutnya mereka perlu mengocak2kan air di dalam takungan tersebut sehingga semua gelembung2 udara yang terhasil itu hilang, barulah bacaan desimeter itu akan menunjukkan bacaan ketumpatan emas yang tepat sekaligus membuktikan emas yang diuji berketulenan 24 karat.. kalau tak dikocak airnya memang akan dapat 22 karat dan 23 karat je laaa jawabnya... masalahnya ramai officer Ar-Rahnu yg malas nak mengocak air tu hahaha... bila ditegur ada plk yg marah adoyaiiii!!!

Kesimpulannya klu nak pajak Pamp Suisse pink cert, pastikan air dalam takungan desimeter tu dikocak smpi hilang gelembung2 udaranya untuk mendapatkan ketumpatan emas yang tepat.. klu officer ar-rahnu tak nak buat.. korang kocak dan godek2 laa sendiri hehehe...

No comments: