Apakah kaitan antara Turkey, India dan Vietnam? Matawang yang lemah, defisit dagangan - dan prasangka bahawa logam emas patut dipersalahkan...
Senarionya begini: berlaku penyusutan nilai matawang, defisit dagangan yang meluas, dan lebih ramai penduduk membeli lebih banyak emas di pasaran.
Apakah hasilnya? Ia menimbulkan rasa tidak puashati kerajaan - diiringi dengan tindakbalas terhadap polisi kerajaan.
Kita telah melihat di Vietnam, dimana Bank Pusat terus 'membuat bising' mengenai "pergerakkan" emas peribadi milik negara, membuatkan kerajaan menyerahkan monopoli pengeluar 'refiner' kepada syarikat tunggal (kemudiannya diketahui ditadbir dan dikuasai oleh Bank Pusat sendiri).
Kita telah melihat senario di India, dimana kerajaan telah menaikkan duti import logam emas sebanyak 4 kali sejak awal tahun ini.
Dan kita mungkin akan melihat situasi sama di Turki , dimana laporan Wall Street Journal menyebut, kerajaan akan memperkenalkan rancangan untuk menggalakkan orang ramai mendeposit jongkong emas milik mereka dengan sektor perbankkan negara.
Salah satu cadangan yang dilaporkan sedang dipertimbangkan kerajaan, melibatkan kadar faedah pembayaran deposit akaun pelaburan emas dengan pendeposit ditawarkan kemudahan untuk mengeluarkan jongkong emas melalui mesin ATM.
Ia sesuatu yang menarik untuk dilihat samada langkah kawalan sebegini berjaya dilaksanakan dengan jaya ataupun tidak.
"Tradisi memiliki atau memegang emas diluar dari sistem bank (off market) merupakan satu amalan yang sukar untuk di ubah dikalangan masyarakat," menurut En Murat Ucer, pakar ekonomi dari firma kajian berpengkalan di Istanbul - Global Source Partners.
Jika skim ini berjaya dilaksanakan, ianya akan menjadi langkah terbaru pihak berkuasa Turki untuk menyuntik atau membawa masuk logam emas ke dalam sistem perbankkan negara.
November lalu, Bank Pusat negara berkenaan mengumumkan bahawa mereka boleh memegang 10% rizab negara dalam bentuk emas.
Latarbelakang kepada langkah ini kerana berlaku kejatuhan nilai matawang, yang berhubungkait dengan masalah imbangan pembayaran. Matawang Turkish Lira jatuh 23% berbanding USDollar pada 2011.
Permintaan terhadap emas di Turki pada suku ke 4 tahun 2011 meningkat 128% dari sebelumnya , menurut data terbaru World Gold Council.
Secara keseluruhan sepanjang tahun lepas , permintaan terhadap barang kemas perhiasan jatuh sedikit, tetapi permintaan terhadap jongkong dan syilling emas ,dimana orang ramai membelinya bagi tujuan pelaburan , melonjak 99% kepada 80.4 tonnes (malah, Turki adalah pengeluar syilling emas terbesar dunia pada tahun 2011).
Hampir kesemua permintaan tersebut telah dipadankan dengan import. Turki mengimport 79.7 tan emas pada 2011, menurut data yang dikeluarkan oleh the Istanbul Gold Exchange. Ianya bukan satu berita baik bagi negara yang mana defisit akaun semasanya sekitar 10% dari keluaran dalam negara kasar (KDNK atau GDP).
Di sini kita mempunyai kes yang jelas penyebab kumulatif : Nilai matawang Turkish Lira merosot, orang ramai mencari perlindungan dengan membeli emas. Logam tersebut perlu diimport , oleh itu memberi tekanan berterusan pada kadar tukaran matawang dan melebarkan defisit dagangan.
Sesuatu yang agak kurang jelas jelas bagaimana cadangan mewujudkan akaun deposit emas dapat memecahkan kitaran ini?
Kerajaan munkin berharap, sekiranya pihak bank memiliki emas dalam penyata kira2 (balance sheets) mereka, ia akan meningkatkan keyakinan ramai terhadap sistem kewangan negara sekaligus mengurangkan kecenderungan masyarakat untuk membeli emas fizikal, sekaligus menyokong matawang Turkish Lira.
Atau mungkin pihak berkuasa berfikiran, dengan mengumpulkan kesemua emas yang ada, ia ibarat mewujudkan "liquidity pool" atau kecairan besar logam emas. Oleh itu, pihak bank akan berupaya untuk memenuhi peningkatan permintaan emas dalam negara tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada permintaan import.
Bagi melaksanakannya , pihak bank akan memberi pinjaman emas yang didepositkan orang ramai, sebanyak mana pinjaman yang diberikan bank dalam bentuk wang tunai kepada mereka , memegang satu nisbah dalam rizab untuk memenuhi sebanyak mungkin pengeluaran.
Jika inilah yang dipertimbangkan oleh kerajaan Turki,ia sudah tentu akan melibatkan risiko. Apa yang jelas pihak bank akan kehabisan stok emas yang mereka simpan.
Sekiranya penyimpan emas mula merasa ragu bahawa emas milik mereka digunakan untuk dipinjamkan kepada pelangan lain, sudah tentu mereka akan cuba untuk mendapatkan kembali emas milik mereka apabila..
a) tekanan kewangan atau ekonomi telah menimbulkan kesedaran dikalangan orang ramai tentang betapa bernilainya emas milik mereka.
b) Kebimbangan orang ramai bahawa Bank yang dipilih sebagai tempat untuk mendepositkan emas milik mereka mungkin akan runtuh.
Kedua senario di atas pada kebelakangan ini biasanya berlaku serentak. Tambahan pula, ia selalunya dikaitkan dengan peningkatan harga emas itu sendiri di mana para pelabur memilih untuk meningkatkan pegangan mereka kepada asset yang lebih selamat seperti emas.
Kemungkinan deposit emas tersebut akan dibawa keluar secara besar2an oleh orang ramai berbanding wang tunai.
Jaminan deposit kerajaan adalah satu cara untuk mengekalkan keyakinan dan mengelakkan orang ramai bertindak sedemikian, tetapi ianya dilihat lebih berkesan dlm konteks deposit wang tunai berbanding jongkong emas.
Tidak seperti deposit matawang tunai tempatan, kerajaan tidak boleh memberi jaminan bagi deposit dalam bentuk emas melainkan kerajaan mempunyai jumlah rizab emas yang besar dan bersedia untuk melihatnya menyusut atau berkemampuan untuk membeli kembali emas pada bila2 masa di pasaran emas antarabangsa.

Tindakan sedemikian dijangka tidak akan membuahkan hasil dalam usaha kerjajaan mempromosi keyakinan kepada matawang negara.
Ia bakal membuatkan Turki kembali kepada kedudukan asalnya sekarang- matawang Lira yang lemah, kedudukan akaun semasa yang rendah dan rakyat akan terus beralih kepada emas berbanding tunai.
Pilihan lain yang ada, sudah tentu kerajaan boleh mengambil tindakan berlawanan, menafikan hak para penyimpan terhadap capaian atau akses kepada emas milik mereka. Sejarah skim deposit emas tidak mempunyai rekod yang baik bagi para perancang ekonomi di Turki.
India, sebuah lagi negara yang berhadapan dengan masalah penyusutan nilai matawang dan peningkatan harga emas tempatan, telah melancarkan skim deposit bon emasnya pada tahun 1999 melalui bank komersial terbesar negara The State Bank of India (SBI).
Ia dilihat tidak terlalu berjaya, tetapi ianya tidak menghalang SBI untuk melancarkan semula skim yang sama pada tahun 2009.
Samada versi skim bon emas berjaya untuk menghalang peningkatan mendadak import emas India sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi satu tandatanya. Memandangkan ia memberi kesan langsung kepada kadar tukaran matawang dan imbangan bayaran negara.
Pembuat dasar di India juga telah mengubah taktik mereka. Minggu ini , mereka beralih untuk menghadkan nilai emas sebagai cagaran, dengan bank pusat memperkenalkan polisi pinjaman berdasarkan nisbah nilai emas yang mampu ditawarkan syarikat pembiayaan.
Mengurangkan kemudahan kewangan untuk orang ramai memiliki emas mungkin bukan motivasi utama kerajaan mengambil langkah ini , tetapi kesan dari tindakan ini, nampaknya langsung tidak merisaukan pihak berkuasa.

Apa yang pasti dalam usaha untuk mengekang permintaan tinggi terhadap emas dikalangan rakyat, Kerajaan India pada minggu lepas telah mengumumkan langkah menaikkan duti import logam emas sebanyak 2 kali ganda untuk kali ke 2 bagi tahun 2012. Natijahnya, ia mencetuskan tunjuk perasaan & mogok besar2an oleh golongan pengedar logam berharga di negara tersebut.
En Pranab Mukherjee , Menteri Kewangan India dipetik berkata: import emas India adalah salah satu pemacu utama yang menyumbang kepada defisit akaun semasa negara dan penyebab utama nilai matawang Rupee India semakin lemah.

Sebagaimana laporan dari MiniWeb, satu dari kesan sampingan dari langkah yang diambil kerajaan minggu lalu adalah kemungkinan import barang kemas perhiasan yang dibekalkan terus dari Thailand kini mungkin menjadi lebih murah berbanding yang dikeluarkan di India sendiri.
Ia lanjutan termeterinya perjanjian dagangan bebas antara kedua negara dimana import barangan dari Thailand kini tertakhluk kepada duti cukai yang lebih rendah.
Ia lanjutan termeterinya perjanjian dagangan bebas antara kedua negara dimana import barangan dari Thailand kini tertakhluk kepada duti cukai yang lebih rendah.
Pembuat barang kemas tempatan sudah tentu merasa kecewa. Ia mungkin menimbulkan satu kesan sampingan yang tidak diingini daripada polisi yang sengaja direka pihak berkuasa dan kerajaan India pasti akan menanggung padahnya.
Struktur duti import logam emas kini seakan direka untuk memberi kelebihan kepada industri penapisan emas tempatan (domestic refining industry). Manakala emas import dari negara luar yang tidak melalui proses penapisan ini tertakhluk kepada harga yang lebih rendah berbanding emas yang telah melalui proses penapisan di India sendiri.
Ia kelihatan tidak munasabah untuk membenarkan situasi ini berlanjutan. Para penjual barang kemas tempatan dilihat semakin tersepit manakala tiada sebarang usaha untuk membendung kemasukan lebih banyak emas2 yang di import dari luar.

Sebuah lagi negara yang mempunyai pengalaman langsung berkaitan akaun deposit emas adalah Vietnam, yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengalami kemerosotan nilai matawang dan defisit akaun semasa negara.
Bank Pusat Vietnam merupakan antara perintis apabila memperkatakan mengenai peraturan pasaran emas oleh kerajaan.
Pada bulan Mei 2011 yang lalu, The State Bank of Vietnam (SBV's) memperkenalkan larangan undang2 terhadap aktiviti peminjaman emas, pada ketika pasaran menyaksikan siri2 campurtangan dan manipulasi harga emas di pasaran dunia oleh Kerajaan, Bank Pusat, Institusi besar seperti JP Morgan dan Federal Reserves.

Apa yang berlaku seterusnya sangat menarik. Pihak kerajaan telah mengeluarkan perintah atau decree agar syarikat penapisan atau refiners jongkong emas hendaklah mempunyai minima wang berjumlah VND500 billion sebagai modal berdaftar, serta memiliki pegangan saham tempatan sekurang2nya berjumlah 25%.
Kerajaan sudah tentu mengetahui yang pasaran emas tempatan dikuasai oleh syarikat refiner tunggal ,Saigon Jewelry Co, yang memegang 90% kepentingan pasaran saham domestik di negara Vietnam.
Kerajaan sudah tentu mengetahui yang pasaran emas tempatan dikuasai oleh syarikat refiner tunggal ,Saigon Jewelry Co, yang memegang 90% kepentingan pasaran saham domestik di negara Vietnam.
Dengan menyerahkan monopoli kepada Saigon Jewelry, SBV's mengumumkan pada November lalu bahawa mereka telah menguasai sepenuhnya pentadbiran syarikat penapisan tersebut.
Kemudian sesuatu yang aneh berlaku. Mantan Gabenor SBV's En Cao Sy Kiem berkata, Bank Pusat sewajarnya menerbitkan sijil emas sebagai satu jalan untuk menggerakkan atau mengesan jongkong2 emas peribadi yang disorokkan oleh orang ramai di luar dari sistem bank.

Kemudian pada bulan Januari 2012, En Nguyen Van Binh Gabenor SBV's juga bercakap mengenai usaha 'menggerakkan emas' bagi tujuan 'pembangunan sosio ekonomi' negara. Beliau mencadangkan agar peranan ini dimainkan oleh institusi kredit yang sebelum ini sememangnya melaksanakan kerja2 tersebut sebelum kerajaan menutup operasi mereka kerana disyaki berkomplot dengan orang ramai, menyorokkan emas diluar dari sistem bank.
Di Vietnam ia kelihatan, emas hanya boleh digerakkan atau dijana bagi tujuan ekonomi sekiranya kerajaan mempunyai kepentingan penuh mengawalnya.
Senarionya seakan-akan sama di sana. Vietnam, Turkey dan India adalah negara kuasa baru ekonomi dunia.
Kerajaan mereka berhadapan dengan masalah penyusutan matawang dan imbangan pembayaran yang bermasalah . Kesemua mereka mengenalpasti bahawa perhatian serius perlu diberikan kepada pasaran emas domestik negara masing2.
Setakat ini kerajaan Turkey sedang mempertimbangkan kaedah untuk membayar faedah ke atas deposit dan memberi insentif kepada bank untuk memegang emas.Tetapi mengambilkira pengalaman India dan Vietnam , ia tidak semudah yang disangkakan.

Hari ini, sebuah lagi negara dimana pihak berkuasanya memberikan perhatian berat terhadap minat & 'selera besar' warganya untuk membeli emas adalah China.
Sebagaimana laporan buletin Bullion Vault bulan lepas, beberapa pengedar mendapati mereka kini terpaksa menunggu lama untuk mengimport emas. Hari ini para pengimport perlu mendapatkan kebenaran dari Pentadbiran Negeri Untuk Tukaran Asing (The State Administration of Foreign Exchange) dan juga The People's Bank of China.
China melihat bagaimana import emasnya dari Hongkong meningkat 3 kali ganda pada tahun 2011. Adakah pihak berkuasa mula bimbang mengenai impak emas ke atas kedudukan perdagangan di negara tersebut?
Jika pembuat polisi negara ekonomi baru ini terus mengambil langkah mengetatkan dasar kawalselia pemilikan emas dikalangan rakyatnya, ianya sudah tentu akan memberi impak yang signifikan kepada permintaan emas dunia.
Pengguna di India & China membeli 1 daripada setiap 2 ounces emas yang di beli pengguna pada tahun lepas. Pertumbuhan terhadap permintaan dari 2 negara ini- khususnya China , yang hanya melonggarkan undang2 pemilikan emas secara individu kepada rakyatnya sekitar sedekad yang lalu, menjadi daya penggerak utama disebalik peningkatan harga emas di pasaran antarabangsa.
Kemungkinan terdapat had sempadan sejauh mana pembuat polisi bersedia mengambil risiko menghalang penduduk mereka yang menunjukkan minat yang tinggi untuk membeli dan memiliki emas.
Di India, En Mukherjee telah berkata , beliau tidak bercadang untuk meningkatkan lagi duti lebih tinggi (masa akan menentukan samada kerajaan akan memegang janji tersebut).
Di Vietnam, disebalik sekian banyak peraturan dan dekri yang dikeluarkan, para pemimpin dilihat memberi kelonggaran kepada pemilik emas individu dan berkata mereka akan terus mengeluarkan permit untuk mereka.

Tetapi kita masih lagi belum mengetahui , di manakah ukuran had sempadan tersebut. Sebagaimana kata2 Robert Kennedy kira2 setengah abad yang lalu: "Samada suka ataupun tidak, kita hidup dalam suasana masa yang sangat menarik..."
No comments:
Post a Comment