Dari apa yang saya lihat, ada 2 sebab utama seseorang begitu teruja untuk memiliki emas: satu kerana mereka sangat mencintainya, keduanya kerana mereka merasa bimbang dan takut.
Jika kita melihat emas sebagai asset pelaburan , kita akan dapati ianya mempunyai persamaan yang selari antara dahulu dan sekarang, Timur dan Barat. Satu2nya perbezaan jika ada adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh En James Turk, ‘Apakah sebenarnya wang dan apakah yang telah terjadi pada wang tersebut ?’
Di Barat secara keseluruhannya, semua orang menjadikan emas sebagai pelaburan bagi tujuan perlindungan menentang pembuat polisi dan keputusan merbahaya yang mereka ambil dalam mengurus ekonomi.
Di Timur mereka membeli emas, kerana pada mereka ianya adalah wang dan akan terus kekal sebagai wang.
Satu ketika dahulu kita juga percaya bahawa ianya adalah wang sehinggalah pemimpin2 kita di barat menjadi tamak haloba dan atas beberapa sebab percaya bahawa kita perlukan lebih banyak wang untuk menjana atau mencipta lebih banyak kekayaan.

En Grant Williams baru2 ini memaparkan kepada kita satu statistik yang mengejutkan semua orang : jumlah pemilikan emas seisi rumah (household) di India menyamai 18,000 tonnes. Ianya adalah jumlah yang sama banyak jika digabungkan pemilikan emas oleh Bank Pusat Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Jadi apakah sebenarnya yang mereka tahu tetapi kita tidak mengetahuinya?
Saya tidak tahu samada mereka , masyarakat di sana bertanyakan sesama mereka tentang samada pasaran emas ketika ini sedang mengalami trend kenaikan (bullish) atau menurun (bearish).
Saya tidak tahu samada mereka kerap bertanya samada asas fundamentals masih ada untuk membolehkan pasaran bergerak ke arah lebih tinggi sebagaimana yang kita saksikan pada era 1980an.
Saya tidak tahu samada mereka memperkatakan tentang manipulasi harga emas atau risiko penyitaan emas oleh kerajaan. Saya tidak tahu tapi saya syak tidak.
Saya mengesyaki mereka tidak melakukan semua perkara di atas kerana mereka tidak perlu melakukannya.
Membicarakan isu tersebut langsung tiada dalam fikiran mereka apabila mereka membuat keputusan samada akan membeli emas ataupun tidak.
Membicarakan isu tersebut langsung tiada dalam fikiran mereka apabila mereka membuat keputusan samada akan membeli emas ataupun tidak.
Mereka tidak mempersembahkan mas kahwin (dowry) penuh dengan matawang US Dollars atau Rupee kerana mereka langsung tidak berminat dengannya , lebih2 lagi dalam suasana ekonomi hari ini.
Mereka menghadiahkan emas ketika majlis2 perkahwinan kerana mereka tahu EMAS itulah wang yang sebenar-benarnya. Mereka tahu apabila anak mereka menghadiahkannya pula kepada cucu mereka pada masa akan datang, emas tersebut akan kekal menjadi wang yang akan meningkat nilainya berbanding wang kertas.

Kelihatan setiap minggu banyak laporan diterbitkan, kebanyakkannya dari entiti Barat, tentang harga emas sedang meningkat naik lanjutan dari kebimbangan tentang peningkatan inflasi, krisis hutang Eurozone dan kenaikan harga minyak dunia.
Di Barat, segala laporan @ rekod mengenai pembelian emas di laporkan oleh World Gold Council. Ia sebahagiannya kerana itu adalah cara atau budaya masyarakat di Barat sebelum mengambil keputusan membeli emas, tetapi ianya tidak berlaku di kalangan masyarakat di Timur.
HARGA EMAS
Kebimbangan Perdagangan (The Fear Trade), sebagaimana ianya selalu dipanggil, bermula pada awal Februari 2012 apabila Rizab Persekutuan (Federal Reserve) membuat kenyataan bahawa mereka akan memastikan kadar faedah kekal rendah sehingga sekurang2nya tahun 2014.
Ia mencetuskan kebimbangan mengenai inflasi dan kadar faedah negatif untuk penyimpan, sekaligus memberi tekanan kepada harga emas.
Bagaimanapun harga emas telah mengalami kejatuhan sejak itu, sementara pasaran ekuiti dan hutang kelihatannya semakin stabil sebagaimana kata En Rick Rule;
‘Kebanjiran wang tunai dipasaran telah memaksa kadar faedah menjadi rendah termasuk kadar hasil bon & deposit, memaksa para penyimpan berhadapan tempoh pinjaman yang lebih panjang dan instrumen yang lebih berisiko termasuk equiti. Kos perkhidmatan kepada penghutang menjadi rendah, yang bakal merendahkan persepsi terhadap risiko kegagalan menunaikan janji untuk membayar hutang. Pasaran kelihatan lebih yakin, menyebabkan daya tarikan kepada logam emas sebagai asset perlindungan berhadapan inflasi kelihatan semakin pudar.’
En Rick Rule juga mempersoalkan bahawa “kata asas terhadap keyakinan yang dimaksudkan adalah semata2 'LAKONAN & PALSU' belaka’”. Wang Fiat hanya disokong oleh keyakinan semata, ianya adalah penipuan paling besar dalam sejarah manusia.
Malangnya, pihak Barat melalui media mainstream mereka seperti CNBC, Bloomberg termasuk para bankers dan ahli politik kelihatan terus mendendangkan keyakinan kepada orang ramai. Sementara pihak2 di Timur tidak akan sekali-kali membenarkan diri mereka terjebak dengan segala tipu daya Barat ini.
TIMUR
En Grant Williams dalam satu taklimat dipetik berkata, terdapat ‘perang secara senyap2' untuk menguasai bekalan emas dunia; pihak Barat memiliknya, pihak Timur mahukannya, pihak Timur memiliki wang, pihak Barat tidak memahami situasi ini.
Keyakinan dan kegilaan masyarakat awam di Timur terhadap logam emas boleh dibaratkan seperti ianya mengalir dalam DNA mereka. Bezanya cuma kini, bersama2 dengan keyakinan tersebut , mereka juga telah memiliki lebih banyak wang berbanding dahulu.’
Sesuatu yang memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa masyarakat di Timur mempunyai kepercayaan & sikap hormat yang tinggi terhadap logam emas berbanding rakan2 mereka di Barat.
Bagaimanapun selama bertahun2 kuasa beli yang dimilki oleh Bank Pusat Amerika dan Eropah kerapkali mendominasi laporan angka perangkaan yang dikeluarkan.
Bagaimanapun selama bertahun2 kuasa beli yang dimilki oleh Bank Pusat Amerika dan Eropah kerapkali mendominasi laporan angka perangkaan yang dikeluarkan.
Ibarat sebuah projektor LCD, pasaran kewangan dan krisis kewangan ketika ini terutamanya, memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Barat. Ia telah membuatkan ramai dari kita terlupa dan kurang memberi perhatian terhadap sebarang perubahan besar mengenai sikap rakan2 kita di Timur
Bagaimanapun sejak Kerajaan China mengumumkan pada tahun 2009 bahawa mereka telah meningkatkan pegangan rizab emas negara kepada 2 kali ganda, dunia mula memberi perhatian kepada perkembangan di Timur.
Malah sejak tahun 2009 warga China kini dibenarkan untuk memiliki fizikal emas dan perak. Berdasarkan laporan terbaru, mereka telah menggunakan kebebasan tersebut dengan sepenuhnya untuk memborong seberapa banyak emas di pasaran tempatan.
Ianya ketara apabila kita melihat jumlah rekod import emas dari Hong Kong ke China pada tahun 2011.
Sebelum ini pengeluaran emas dari aktiviti perlombongan tempatan di China mampu untuk memenuhi permintaan domestik, bagaimanapun kini ianya telah berbeza.
Walaupun pada ketika berlaku kenaikan mendadak harga emas di pasaran, masyarakat China kekal tertarik & teruja dengan logam kuning ini. “Kekurangan bekalan terus melebar dengan cepat ; jumlah permintaan meningkat dari 48 tan pada 2007 kepada 400 tan pada tahun 2011,” kata En Song Xin, Ketua Eksekutif di China Gold International.
Dalam beberapa minggu yang lepas, kita telah menyaksikan kejatuhan signifikan harga logam emas dan perak, sebelum ia mencatat untung semula.
Apabila harga jatuh, masyarakat di China akan berebut2 dan beratur panjang untuk membeli logam berharga dalam jumlah yang besar, terutamanya logam perak. Mengapakah mereka membeli dalam jumlah yang sebegitu banyak?
Kerana mereka tahu ianya adalah langkah perlindungan terbaik dalam memerangi inflasi.
Kuasa ekonomi baru hari ini kelihatan membeli emas bukan hanya kerana mereka menghargai dan menyukainya, tetapi juga kerana terdapat kebimbangan di hati mereka.
Untuk itu, alasan untuk memiliki emas pada hari ini menjadi lebih penting & kritikal dari sebelumnya. Malah ianya akan terus meningkat mengambilkira sikap gelojoh dan tidak bermoral berterusan ahli politik dan Bank Pusat mengurus ekonomi pada hari ini.
Selama mana individu2 ini berterusan menurunkan (debased) nilai matawang, selagi itulah minat untuk memiliki emas akan kekal meningkat.
Tetapi saya percaya walaupun mereka berhenti melakukannya, tidak kira sistem kewangan jenis apa yang mereka praktikkan, masyarakat di Timur akan tetap mengumpul seberapa banyak fizikal emas yang termampu oleh mereka.

Sudah tentu GATA (Gold Anti Trust Action Comitee) melaporkan bahawa aktiviti pembelian emas besar2an oleh Negara seperti Russia dan China hari ini adalah petanda bagaimana mereka mengambil kesempatan daripada tekanan harga emas di pasaran oleh sendiket terancang. Mengapa tidak?
Tetapi saya percaya, apapun alasannya, mereka akan tetap membeli logam emas. Hanya kebetulan ketika ini ,kita sedang berhadapan dengan krisis kewangan dan Pengawal Kewangan merasakan mereka perlu mengurus dan menentukan pergerakkan harga emas di pasaran.
Russia, menurut website Bank Pusat mereka, sememangnya amat mencintai emas. Sebagaimana tulisan kami bulan lalu, terdapat khabar angin mengatakan negara tersebut terlibat dengan perjanjian matawang emas dengan negara India dan Iran.
Samada ianya benar ataupun tidak, kita mungkin tidak akan mengetahuinya buat sementara waktu kerana negara terlibat mungkin melaksanakan trasaksi tersebut secara sulit2 antara mereka.
Tetapi apa yang jelas, Russia sedang melindungi diri mereka daripada sesuatu, terutamanya kerana mereka kini adalah pengeluar emas ke 5 terbesar dunia, dan tidak ada waima satu tan pun dari emas yang dilombong di negara berkenaan di eksport atau dijual kepada pihak luar.

Antara sebab utama mengapa berlaku aktiviti pembelian emas secara besar2an oleh Bank Pusat, terutamanya di China kerapkali dipetik sebagai usaha untuk meminggirkan matawang USDollar.
Hutang Kerajaan Amerika Syarikat dalam bentuk nota kredit, bon, bil perbendaharaan,ekuiti dsb yang dipegang oleh China semakin mudah dan cepat kehilangan nilai.
Tindakan untuk berpindah kepada logam emas adalah langkah paling tepat untuk melindungi kepentingan negara tersebut di masa hadapan. Sebagaimana yang diperkatakan oleh En Jim Grant, mereka melarikan diri kepada apa yang dikenali sebagai 'pulangan bebas risiko'.

MEMULIHKAN KEPERCAYAAN DLM PERLEMBAGAAN
Tetapi ketika ini , kelihatan beberapa pihak di Barat mula sedar betapa asas pembinaan asal negara mereka terbina melalui perlaksanaan sistem kewangan bersandarkan piawaian emas.
Ketika ini di Amerika Syarikat, penggubal undang2 di 13 buah negeri telah menuntut kelulusan dari kerajaan negeri masing2 untuk memperkenalkan matawang baru sebagai alternatif kepada US Dollar.
Ianya melibatkan penggunaan logam emas dan perak dalam sistem kewangan mereka. Mengapa mereka melakukan perkara sedemikian?
Ianya melibatkan penggunaan logam emas dan perak dalam sistem kewangan mereka. Mengapa mereka melakukan perkara sedemikian?
Pada tahun 2011, wakil parti Republikan bagi Negeri North Carolina En Glen Bradley memperkenalkan rang undang2 berkaitan matawang yang antara lain menyatakan, “ Semakin ramai pakar kewangan terkenal meramalkan bahawa kemusnahan sistem matawang Federal Reserves akibat inflasi melampau adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan pada masa hadapan.
Sekiranya berlaku inflasi melampau, kemelesetan atau malapetaka ekonomi lain berkaitan dengan kerosakkan atau kegagalan sistem Federal Reserve , di mana Negeri2 tidak bersedia menanganinya, kewangan kerajaan negeri dan ekonomi swasta akan terhumban kepada suasana huru -hara.”

Beliau bagaimanapun berhati2 dalam memberi amaran bahawa sistem kewangan Amerika Syarikat akan berakhir tidak lama lagi, “Saya tidak semestinya percaya ianya akan runtuh ketika ini. Terdapat beberapa cara yang boleh mereka lakukan seperti langkah melaksanakan amalan 'qualitative easing' (mencetak wang) untuk memanjangkan jangka hayat mereka.
Ianya adalah mengenai persoalan berapa lama ianya boleh bertahan. Sekarang ini kita mempunyai timbunan hutang berdaulat (sovereign debt) yang dimilki oleh China dan Jepun.
Apabila hutang ini tidak lagi ataupun berhenti dibeli oleh negara asing, matawang tersebut akan kembali membanjiri pasaran di Amerika Syarikat, seterusnya berpontensi mencipta inflasi melampau serta meruntuhkan nilai matawang Federal Reserves sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Di Negeri Idaho. Akta Wang Perlembagaan (Constitutional Money Act of 2012) bakal dikemukakan kepada Dewan Rakyat pada tahun ini.
Akta ini bermatlamat untuk 'menghapuskan halangan dan menyediakan pihak berkuasa berkanun bagi mereka yang tinggal di Idaho, memilih untuk menjalankan perniagaan menggunakan syilling emas dan perak.
Rang undang2 ini akan mengistiharkan logam emas dan perak yang kini di cetak (minted) oleh The United States Mint sebagai sah diperlakukan (legal tender) di Idaho.’
En Phil Hart , perwakilan dari Idaho menulis, “Sebagai satu budaya, kita telah meninggalkan penggunaan logam emas dan perak sebagai medium pertukaran jauh dibelakang sejarah masa lampau kita. Kini hanya segelintir orang yang faham betapa pentingnya mempunyai medium pertukaran ataupun wang yang benar2 stabil.”
Faktor ketakutan terbesar berkaitan emas boleh dilihat semasa peperangan dan penakhlukan.
Semasa perang dunia kedua tentera Nazi Jerman, sebaik menjajah sesebuah negara, akan mencuri rizab emas bank pusat negara berkenaan dan dengan segera menghidupkan mesin cetak wang. Ia sekaligus mencipta kemusnahan ekonomi negara yang dijajah akibat inflasi melampau.

Ia adalah contoh terbaik bagaimana logam emas bertindak sebagai senjata ekonomi semasa peperangan, penakhlukan dan penjajahan negara kuasa besar ke atas musuh mereka. Ia dinyatakan dengan jelas oleh En Jim Richards dalam bukunya 'Currency Wars' (Perang Matawang) mengenai peranan logam emas selaku asset kewangan semasa peperangan.
Apapun alasan anda untuk memiliki emas, popularitinya telah bertahan sejak beribu tahun dan terbukti berjaya mengharungi segala macam ujian dan bencana kewangan yang melanda dunia. Hari ini cabarannya tidak banyak berbeza, kecuali kali ini ujiannya jauh lebih besar lagi.
No comments:
Post a Comment