Hari ini En. Egon Von Greyerz memaklumkan kepada Buletin King World News bahawa negara-negara yang kini telah bangkrap dan muflis, mula mencetak matawang dalam usaha terdesak untuk mempertahankan diri dari sistem kewangan global semasa.
Egon von Greyerz adalah pengasas dan rakan kongsi pengurusan di Matterhorn Asset Management, Switzerland.
En. Von Greyerz turut mengulangi bahawa puluhan trillion dollars matawang masih lagi perlu dicetak. Berikut adalah kenyataan En. Greyerz berhubung situasi terkini iklim kewangan dunia:
“Terdapat banyak perkara berlaku di dunia ketika ini. Kita melihat satu lagi pakej baru, sekitar 400 billion euros (untuk IMF). Ia ibarat turun dari langit. Sepanyol memerlukan jumlah wang yang berganda lebih banyak dari itu. Saya bercakap mengenai trillions atau mungkin sehingga puluhan trillions wang perlu dicetak pada masa akan datang.”
“Jadi mereka di IMF berjaya mengumpul sebanyak 400 billion euros dari pelbagai negara, tetapi dari manakah datangnya semua wang tersebut?
Majoriti datangnya dari Eropah dan Negara Kesatuan Eropah (EUROZONE). Tetapi mereka kesemuanya bangkrap. Mereka tidak mempunyai sebarang dana. Mereka perlu mencetak wang.
Jepun, negara yang mempunyai agregat hutang terbesar berbanding nisbah KDNK di kalangan negara perindustrian lain merupakan penyumbang terbesar dengan jumlah sekitar 60 billion euros.
Jelas ianya benar2 tidak masuk akal & mengarut. Sebuah negara yang bangkrap, membantu negara lain yang juga bangkrap.

Masalah besar yang membelenggu dunia ketika ini bermula dengan keruntuhan pasaran subprima di Amerika Syarikat. Ianya masih belum diselesaikan lagi menyebabkan halatuju ekonomi negara tersebut dilihat semakin memburuk.
“Ketidakpatuhan atau ingkar gadaijanji (mortgages) berada pada paras tertinggi dalam tempoh 23 tahun.
20% darinya berada di kedudukan bahaya melibatkan sekitar 8 juta gadaijanji dan jumlah penyitaan rumah berada pada rekod tertinggi dalam sejarah. Pihak bank masih mengambil tindakan besar2an menghapuskira hutang2 tersebut.

Kemudian anda melihat situasi dimana ramai orang percaya & berfikiran bahawa ekonomi Amerika Syarikat berada pada kedudukan lebih baik dari rakan mereka di Eurozone.
Hakikatnya rakyat Amerika kini sedang menderita. Seramai 47 juta orang kini terpaksa hidup dengan hanya bergantung kepada subsidi bantuan makanan kerajaan. Hanya 41% dari mereka yang berada pada umur pekerjaan mempunyai kerja dan selebihnya kini menganggur.

Bagaimana keadaan boleh dikatakan semakin pulih sedangkan jumlah orang yang bekerja semakin lama semakin mengecil dan purata pendapatan mereka semakin menurun?
Kemudian anda melihat Federal Reserves (Rizab Persekutuan) mengeluarkan kenyataan, ‘Keadaan ekonomi semakin baik dan kami tidak bercadang untuk mencetak wang lagi kerana kini semuanya berjalan baik.’ Bagaimana mereka boleh membuat kenyataan sedemikian kerana hakikatnya ekonomi negara tersebut jelas kucar kacir?.
Sepanjang setahun dua ini, tumpuan atau fokus lebih banyak diberikan kepada krisis hutang Eropah. Tetapi saya tidak fikir kita wajar melarikan fokus kepada Amerika Syarikat.
Apabila dunia menyedari masalah lebih besar sebenarnya melibatkan Amerika Syarikat , sebagaimana mula dipaparkan melalui perangkaan2 yang dikeluarkan, pada ketika itu kita akan melihat bagaimana mereka terpaksa mencetak wang secara besar2an tanpa sebarang had.”

Mengenai logam emas, berikut kenyataan En Von Greyerz :
“Emas berada di bawah tekanan sepanjang minggu lalu dan harganya turun dan naik (sideways) untuk hampir 8 bulan.
Tetapi kita harus ingat, walaupun harganya bergerak turun tetapi masih berada di kedudukan agak tinggi di pasaran. Bergantung kepada matawang anda, harga emas hanya jatuh antara 10% ke 13% dari harga tertingginya.

Jadi saya fikir prestasi harganya amat baik dipasaran jika mengambilkira segala macam usaha manipulasi dan campurtangan kerajaan dan Bank Pusat untuk mengawal harga logam beharga ini. Jika anda melihat pasaran emas fizikal, kesemua Bank berdaulat terus meningkatkan pegangan mereka. Tiada satupun dari para pelabur kami menjual emas fizikal mereka.
Mereka sedar risiko kewangan yang bakal melanda. Semua tekanan jualan melibatkan pasaran emas bersandarkan sijil atau kertas & pasaran ini bakal lenyap dalam tempoh beberapa tahun lagi kerana orang ramai dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap pasaran emas bersandarkan kertas semata2 ini.
Sesuatu yang tidak boleh diterima akal oleh masyarakat pelabur bilamana tekanan jualan besar2an yang dicatat pada 29 Februari 2012, yang mengambil masa tidak kurang dari 1 jam boleh berlaku.
Jumlah jualan yang dicatatkan pada hari berkenaan begitu besar , melebihi dari jumlah emas yang dihasilkan dari aktiviti perlombongan untuk tempoh 5 tahun.

Secara teknikalnya, harga emas dipasaran dilihat berada di kedudukan yang lebih rendah dari harga tertingginya pada bulan November 2011, tetapi hari ini harganya dilihat kembali mendaki naik.
Kita sedang melihat bahawa aliran pembetulan harga ini akan berakhir dan saya fikir satu pergerakkan harga besar2an bakal berlaku. Ia kelihatan seperti gelung spring.
No comments:
Post a Comment