Tuesday, April 10th, 2012 | Posted by Editor
Bermula bulan Jun 2012, The Pan Asia Gold Exchange (PAGE) akan mula dibuka dan 6 buah bank utama Negara China akan mula menetapkan harga emas pada setiap pagi bermula jam 8 pagi waktu tempatan China.
Dengan perkembangan terbaru ini, dunia kini boleh mengalih pandangan kepada China untuk mendapatkan penetapan harga untuk logam emas.
Ia akan menjadi cabaran kepada hegemony atau monopoli kepada Bursa Logam London (London Metals Exchange) dan COMEX di New York & bakal membawa perubahan besar serta penambahbaikan tentang bagaimana transaksi pembelian kontrak emas harus berlaku.
Mari saya jelaskan lebih terperinci kenapa keadaan tidak lagi akan sama seperti sebelum ini.
Dengan perkembangan terbaru ini, dunia kini boleh mengalih pandangan kepada China untuk mendapatkan penetapan harga untuk logam emas.
Ia akan menjadi cabaran kepada hegemony atau monopoli kepada Bursa Logam London (London Metals Exchange) dan COMEX di New York & bakal membawa perubahan besar serta penambahbaikan tentang bagaimana transaksi pembelian kontrak emas harus berlaku.
Mari saya jelaskan lebih terperinci kenapa keadaan tidak lagi akan sama seperti sebelum ini.
MENGAPA IANYA MEMBERI KESAN BESAR?
1. Individu akan menerima geran sebenar ke atas emas milik mereka:
Individu yang membuat belian secara kontrak. yang akan mewakili bersamaan 10 troy ounces emas di PAGE, akan menerima kontrak spot antarabangsa selama 90 hari selain geran sebenar emas milik mereka.
Ia tidak akan menjadi kontrak2 niaga hadapan yang tidak bernilai atau nota tidak bercagar dari Bank Bullion atau Institusi bank antarabangsa seperti dalam kes yang melibatkan Bursa Pertukaran Emas di London & New York.
Pembangunan seperti ini akan memberi perubahan besar kepada pasaran. Lebih ramai pelabur akan beralih kepada logam emas disebabkan ketidaktentuan pasaran yang membelenggu mereka hari ini.
Kini mereka tidak lagi perlu bimbang tentang pengambilan penghantaran atau delivery; penghantaran menjadi sesuatu yang telah terjamin.
Kini mereka tidak lagi perlu bimbang tentang pengambilan penghantaran atau delivery; penghantaran menjadi sesuatu yang telah terjamin.
2. KONTRAK AKAN DIDAGANGKAN DALAM MATAWANG YUAN:
Ini bermakna matawang Yuan, dan bukannya US dollars, akan menjadi matawang dominan yang digunakan dalam salah satu pasaran komoditi paling spekulatif di dunia.
Kami percaya ianya adalah satu lagi gerakan halus dan perlahan oleh kerajaan China untuk memperkenalkan kepada dunia satu matawang rizab yang baru.
3. PERUBAHAN MENDADAK DALAM KEPERLUAN MARGIN AKAN DI CABAR:
Apabila COMEX secara tiba2 meningkatkan keperluan margin (ramai yang menganggapnya bersalahan & tidak sah disudut undang2 kerana ianya dilakukan dengan notis yang singkat dan lazimnya dilakukan apabila pasaran kelihatan akan meningkat tinggi ke kenaikan harga baru) , memaksa ramai pedagang terpaksa keluar dari kedudukan mereka, Bursa Pertukaran Emas China tidak perlu mencontohi langkah sedemikian.
Malah, mereka mungkin lebih suka bertindak secara bebas. Ramai pedagang juga merasa meluat kerana tidak mempunyai pilihan & terpaksa mengharapkan ehsan daripada COMEX dan The London Metals Exchange.
Oleh itu, langkah pemisahan ini akan bertindak ibarat magnet untuk menarik kaum pedagang yang sememangnya telah lama tidak berpuashati dan menentang keras amalan tidak beretika dan manipulasi harga emas oleh COMEX dan The London Metals Exchange.
4. WARGA CHINA KINI BOLEH MEMBELI EMAS MELALUI KONTRAK HADAPAN DENGAN HANYA SATU 'CLICK' DI TETIKUS KOMPUTER DI RUMAH MEREKA:
Awalnya , kontrak ini hanya akan disediakan kepada 320 juta pelanggan Bank Pertanian China. Tetapi cuba anda bayangkan, sekiranya hanya 2% pelanggan bank berkenaan membeli 1 kontrak tiap seorang , ia menyamai 2,000 tan emas fizikal di beli oleh pelanggan individu. (diambil keluar dari pasaran).
Ia dengan sendirinya merupakan satu perkembangan yang besar , tetapi tunggu apabila kontrak ini mula dibuka kepada pelabur dari seluruh dunia.
5. PERMINTAAN TERHADAP EMAS AKAN MENINGKAT DENGAN MENDADAK:
Kini masyarakat di China mempunyai cara mudah untuk membuat spekulasi, permintaan untuk logam emas benar2 akan melonjak tinggi.
Bursa pertukaran emas ini akan membenarkan masyarakat di China dan juga individu dari seluruh dunia membuat spekulasi melalui pasaran niaga hadapan dengan kontrak yang disokong sepenuhnya oleh emas.
6. MONOPOLI OLEH BANK BULLION & INSTITUSI BANK ANTARABANGSA UNTUK MENETAPKAN HARGA EMAS BAKAL BERAKHIR:
Bukan sesuatu yang rahsia bahawa institusi2 ini bertanggungjawab sepenuhnya memanipulasi pergerakkan harga emas di pasaran sejak dahulu lagi. Hari ini, PAGE berpontensi untuk menggantikan London dan New York sebagai Bursa tukaran emas utama dunia pada masa hadapan.
COMEX dilaporkan hanya mempunyai sejumlah 10% fizikal emas untuk menampung keseluruhan jumlah kontrak yang diniagakan di pasaran. Dalam erti kata lain , bagi setiap 100 ounce emas dalam bentuk sijil ataupun saham, hanya 10% daripadanya adalah fizikal emas sebenar untuk menyokong transaksi di sana.
Beberapa penganalisis logam berharga terkemuka dunia, seperti En Eric Sprott mendakwa , sekiranya individu mengambil penghantaran (delivery) hanya 5% dari jumlah keseluruhan kontrak yang diniagakan, ia lebih dari cukup untuk mengurangkan keseluruhan inventori emas milik COMEX.
Beberapa penganalisis logam berharga terkemuka dunia, seperti En Eric Sprott mendakwa , sekiranya individu mengambil penghantaran (delivery) hanya 5% dari jumlah keseluruhan kontrak yang diniagakan, ia lebih dari cukup untuk mengurangkan keseluruhan inventori emas milik COMEX.
Tanpa mengambilkira angka sebenar, adalah sesuatu yang mustahil COMEX dapat menyediakan emas yang mencukupi untuk menampung 20% daripada kontrak yang didagangkan.
Berbanding dengan PAGE, di mana setiap satu kontrak akan disokong dengan 10 ounce fizikal emas.
APA MAKNA SEMUA INI KEPADA PASARAN LOGAM EMAS?
Sudah menjadi budaya masyarakat China , mereka sememangnya amat suka berjudi dan membuat spekulasi. Dengan pembukaan Bursa baru ini , bukan sahaja mereka boleh membuat urusniaga spekulasi , tetapi mereka juga berpeluang untuk membeli komoditi yang sememangnya amat di hargai dikalangan masyarakat mereka.
Gambaran masadepan logam emas akan menjadi lebih menarik kerana bakal menuju era baru pasaran.
Malah, George Soros sendiri berpendapat ianya adalah satu perubahan yang amat besar kepada pasaran, sehinggakan beliau sanggup membeli kembali hampir kesemua emas beliau yang telah dijual sebelum ini , ketika pasaran emas diniagakan pada harga US$1600 satu ounce.
Malah, George Soros sendiri berpendapat ianya adalah satu perubahan yang amat besar kepada pasaran, sehinggakan beliau sanggup membeli kembali hampir kesemua emas beliau yang telah dijual sebelum ini , ketika pasaran emas diniagakan pada harga US$1600 satu ounce.
BAGAIMANA PELABUR BOLEH MENGAMBIL PELUNAG DARI PERKEMBANGAN INI?
Jika anda percaya pasaran logam beharga masih mempunyai potensi untuk bergerak tinggi , maka anda perlu melaksanakan strategi berikut :
- Jika anda masih lagi belum memegang jongkong emas, maka ia adalah sesuatu yang bijak jika anda alokasikan sebahagian wang anda dengan membeli jongkong emas, perak dan palladium pada saat harga sedang rendah ketika ini.
- Mereka yang telahpun memilikinya boleh mengambil peluang dari amalan manipulasi kerajaan dan bank pusat yang giat berusaha memastikan harga emas jatuh dan berada pada kedudukan rendah di pasaran , dengan menambah stok fizikal emas sedia ada milik anda.
- Sebagai tambahan , membuka akaun untuk memiliki saham syarikat perlombongan emas dan perak pada harga murah ketika ini dan bersedia menikmati pulangan lebih besar pada masa akan datang.
* http://seekingalpha.com/article/312344-positioning-to-profit-from-the-pan-asia-gold-exchange
No comments:
Post a Comment