Saturday, March 3, 2012

PANDANGAN PELABUR MULTI BILLIONARE MENGENAI KEJATUHAN HARGA EMAS DI PASARAN


 















Hari ini pelabur multi-billionaire Encik Hugo Salinas Price memberitahu King World News bahawa beliau  pasti ,Bank Pusat merupakan pihak yang bertanggungjawab dibelakang kejatuhan harga emas dipasaran kelmarin.  

Beliau juga berkata , orang ramai sepatutnya mengabaikan perkara tersebut dan terus mengambil tindakan untuk membeli emas dan perak di pasaran. 

Ketika ditanya komen beliau mengenai kejatuhan besar harga emas kelmarin 29 Feb 2012 , beliau berkata :  “Saya yakin Bank-bank Pusat memainkan peranan di belakang tabir dan bertanggungjawab terhadap kejatuhan harga emas di pasaran". 

Melihat kepada pergerakkan graf pasaran emas kelmarin dan apabila harga emas jatuh sehingga US$100 dalam tempoh hanya sekitar 1 jam, ianya jelas bukan sifat semulajadi pasaran logam beharga beroperasi.

Saya fikir orang ramai telah membiasakan diri berhadapan situasi begini. Ianya adalah prosedur standard; saya langsung tidak merasa risau atau bimbang mengenainya.”  

“Para bankers yang menguruskan wang kertas fiat (di Bank Pusat), dan orang ramai yang selama ini menjadi penyimpan dan pengguna setia wang kertas fiat , kini mula menjauhkan  diri. 

Apa yang anda lihat berlaku kelmarin adalah tindakan pengawal dari pintu belakang. Hakikatnya , kuasa logam emas dan perak di pasaran telah mengatasi dan melebihi mereka.

Para pembeli logam Emas dan Perak telah memaksa kadar pertukaran yang lebih tinggi untuk nilaian matawang  US dollar bagi tujuan pembelian logam emas dan perak.

Jadi sekali sekala mereka akan meningkatkan serangan dan memanipulasi golongan pembeli emas dan perak untuk menekan harga emas di pasaran.

“Sekiranya saya lihat harga emas menurun sedikit demi sedikit , berlaku dari hari ke hari, itu akan menjadi petanda atau signal yang membimbangkan.  Itu bermakna pelabur di pasaran tidak lagi ghairah untuk mengumpul lebih banyak logam emas dan perak, tetapi di sini , itu bukan kesnya.

Sebagaimana yang saya katakan, apabila saya melihat  senario kejatuhan harga emas dipasaran atau tindakbalas  pelabur pasaran emas pada hari tersebut , saya tahu ianya bukan sesuatu yang berlaku secara semulajadi.

Tiada sesiapa akan melepaskan atau melupuskan pegangan emas dan peraknya dengan kaedah begitu. Mereka akan melakukannya dengan cara sedikit demi sedikit.

Para penjual ini sudah tentu tidak berminat untuk menanggung kerugian, apa yang mereka inginkan adalah menekan (suppressing) harga emas. Apa yang berlaku kelmarin langsung tidak signifikan pada kacamata orang ramai yang mula melarikan diri  mereka daripada menyimpan wang kertas fiat. ”  

Encik Hugo Salinas Price juga berkata:  “Teruskan usaha mengumpul seberapa banyak logam emas sekiranya anda mampu berbuat demikian, Jika kamu tidak mampu, kumpul seberapa banyak logam perak dan pastikan anda memiliki atau memegang sendiri fizikal logam berharga berkenaan.

Saya juga ingIn menggalakkan orang ramai agar menyokong usaha  monetization (penggunaan logam Perak sebagai medium kewangan) dan membaca website saya plata.com.mx  kerana saya mempunyai buku penuh dengan artikel bagaimana kita boleh melaksanakannya dan kenapa kita perlu melaksanakannya.

Encik Ron Paul, salah seorang calon Parti Republikan untuk bertanding sebagai presiden US bagi pilihanraya 2012 , mengemukakan pertanyaan kepada Pengerusi Federal Reserves En Ben Bernanke melalui testimoninya baru-baru ini , ‘Kenapa kita tidak boleh menjadikan Perak sebagai wang?  

Malah di Mexico masyarakat juga memperkatakan mengenainya. Mereka cuba mewujudkan persaingan terhadap matawang US Dollar. Golongan pertengahan (middle class) kerap menjadi mangsa apabila inflasi melanda kerana ia menjadikan mereka bertambah miskin.

Kita bukan hanya perlu memilki logam emas dan perak, tetapi kita juga perlu  bekerja kuat dan memastikan logam perak kembali menjadi legal tender (matawang yang sah diperlakukan) di pasaran antarabangsa sekali lagi.

Kita perlu mulakan dengan logam perak kerana  ia akan digunakan oleh kebanyakkan orang, bukannya logam emas.

Selagi mana wang kertas masih wujud, logam emas tidak akan digunakan sebagai wang. Ianya akan terus disimpan dan disorok oleh pemiliknya.

Tetapi logam perak boleh digunakan sebagai wang, bersama-sama dengan 'wang palsu' dimana orang ramai di seluruh dunia termasuk kita , dipaksa untuk menggunakannya.” 


No comments: