Oleh Lewa Pardomuan & Luke Pachymuthu
SINGAPORE, Feb 20 (Reuters)
Kerajaan Singapura sedang giat melaksanakan usaha untuk menarik minat syarikat loji pengeluar (refiners) jongkong emas dari seluruh dunia membuka operasi di negara berkenaan.
Untuk itu , kerajaan telah mengambil inisiatif memansuhkan cukai perkhidmatan (GST) ke atas logam emas.
Tindakan ini juga akan menarik perhatian syarikat2 perdagangan (trading houses) dari seluruh dunia untuk membuka kemudahan penyimpanan (storage facilities) yang bakal mengubah negara berkenaan kepada pusat utama hub harga emas Asia, kata sumber industri pada hari Isnin yang lalu.
Singapura akan mengecualikan cukai GST 7% ke atas barangan dan perkhidmatan melibatkan gred pelaburan emas dan logam berharga lain bertujuan untuk merangsang pembangunan perdagangan emas di negara ini. Kata Encik Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kewangan negara berkenaan pada 17 Februari 2012 yang lalu.
Perubahan tersebut akan berkuatkuasa pada October 2012 dan ia dilihat akan meningkatkan permintaan terhadap jongkong dan syilling emas pada suku tahun ke 4 2012.
Permintaan terhadap pelaburan emas meningkat hampir tiga kali ganda di negara berkenaan kepada 3.5 tonnes pada 2011, menurut firma perundingan GFMS.
Ia kelihatan agak tidak adil untuk mengenakan cukai jualan kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah wang.
Pemansuhan cukai perkhidmatan kerajaan (GST) terhadap logam emas akan membolehkan Singapura menjadi lebih berdaya saing dengan Hong Kong dan pusat perdagangan jongkong (bullion trading centres) di rantau ini, kata Encik Nick Trevethan, pakar strategi kanan komoditi di ANZ in Singapore.
Syarikat pengeluar emas sebelum ini tidak dikecualikan dari cukai kerajaan di Singapura.
Kerana itu mereka memilih Hongkong berbanding Singapura sebagai destinasi utama untuk membuat reka bentuk acuan dan menjual jongkong emas kerana negara tersebut tidak menguatkuasakan cukai ke atas jongkong emas. Satu lagi pilihan syarikat pengeluar adalah negara Jepun di mana cukai penggunaan terhadap emas adalah serendah 5%.
Sumber industri bagaimanapun berkata, sekurang-kurangnya satu syarikat loji pengeluar emas utama telah menunjukkan minat untuk membuka sebuah kilang di Singapura walaupun perbincangan mengenai perubahan cukai masih lagi berjalan.
Lebih banyak pedagang emas di jangka akan membuka pejabat dan menyimpan jongkong emas milik mereka di Singapura, mengikuti langkah JP Morgan Chase & Co yang telah membuka vault (bilik kebal) logam berharga pada 2010.
Saya fikir langkah ini akan mengubah landskap Singapura sebagai pusat kewangan utama di rantau ini. Lebih banyak syarikat akan merebut peluang dari insentif yang disediakan kerajaan untuk memulakan operasi mereka di Singapura, kata seorang pengedar logam beharga di negara berkenaan.
Berita ini akan menarik perhatian pelabur terhadap Singapura sebagai destinasi selamat untuk meletakkan dana (park funds) mereka.
Pengurus asset (asset managers) juga pastinya merasa teruja. Sejak 3 tahun kebelakangan ini , trend menunjukkan orang ramai telah bergerak kepada asset nyata (physical hard assets) daripada asset kertas (paper asset) seperti saham, bon dan sebagainya.
KONTRAK HARGA SINGAPURA
Singapura mengimport jongkong emas dari Australia, Switzerland, Hong Kong dan Japan, dan kemudian menjualnya kepada pembeli dari rantau Asia Tenggara dan India, negara pengguna terbesar emas dunia.
Emas terpakai atau scraps dari seluruh rantau Asia Tenggara juga didagangkan di Singapura, dan ianya membantu menetapkan premium jongkong emas tersebut untuk bersaing dengan harga jualan di London.
Emas, lazimnya adalah asset lindung nilai terbaik, telah menjejaki kekayaan matawang Euro dan saham sejak beberapa bulan kebelakangan.
Spekulator di pasaran hari ini terpaksa menjual logam berharga berkenaan untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung kerugian yang di alami mereka di pasaran lain.
Ia diburukkan lagi dengan krisis hutang Eropah yang menyebabkan berlaku pergolakkan di pasaran kewangan.
Harga emas ditutup kukuh pada US$1,730 satu ounce hari ini pada ketika Kerajaan Greece masih bergelut untuk memeterai perjanjian bailoutnya. Harga emas melonjak ke paras tertinggi sekitar US $1,920 satu ounce pada akhir September 2011.
Singapura telahpun dianggap sebagai destinasi selamat untuk simpanan tunai oleh para pelabur di rantau Asia Tenggara dan juga pelabur dari Timur Tengah, kata sumber industri.
Dengan pilihan untuk menjadi pusat hub simpanan asset lindung nilai seperti emas sudah tentu akan melonjakkan lagi pasaran modal di negara berkenaan.
Perubahan dasar cukai ini boleh dianggap sebagai langkah pertama ke arah mewujudkan kontrak emas Singapura untuk melengkapi penetapan harga harian emas dunia (daily fixing price) di London, yang digunakan dengan meluas sebagai penanda aras urusniaga (spot transaction), kata Encik Trevethan.
Terdapat kecenderungan untuk membuat perubahan dengan melancarkan lebih banyak lagi Pusat Kontrak Asia sebagai penanda aras untuk tahun-tahun akan datang, dengan pelbagai peringkat kejayaan , kata Encik Trevethan dari ANZ.
Penetapan Harga Emas Asia (An Asian gold fix) akan menjadi wajar mengambilkira kedudukan pasaran fizikal emas terbesar dunia berpusat di negara India and China.
Mengambilkira faktor Geography , penetapan harga emas di pasaran London dilihat berlaku terlalu lewat di pasaran dagangan harian Asia dan ia sedikit sebanyak menyulitkan pelabur.
Dengan pengwujudan hub baru pasaran emas Asia di Singapura , sudah tentu akan menarik minat lebih ramai masyarakat Asia dan merealisasikan impian ini.
(Additional reporting by Rujun Shen; Editing by Miral Fahmy)
No comments:
Post a Comment