Saturday, March 10, 2012

KEBIMBANGAN MASYARAKAT JERMAN MENGENAI RIZAB EMAS MEREKA DI NEW YORK. LONDON & PARIS


Penggubal undang-undang Jerman akan membuat kajian semula terhadap kawalan dan pengurusan Bundesbank terhadap rizab emas negara berkenaan.

Jawatankuasa Bajet Parlimen akan membuat penilaian bagaimana Bank Pusat Jerman mengurus inventori Jongkong Emas milik negara yang dipercayai disimpan di Frankfurt, Paris, London dan Federal Reserve Bank di New York, menurut akhbar tempatan, The Bild.

Pejabat Audit Persekutuan Jerman telah mengkritik kawalan inventori dan sistem pengauditan Bundessbank's yang disifatkan amat longgar ke atas rizab emas negara berkenaan yang berjumlah  3,396.3 tan atau kira-kira 73.7% dari rizab pertukaran asing negara.

Terdapat peningkatan kebimbangan dikalangan orang awam di Jerman , ahli politik malah pihak Bundesbank sendiri berhubung risiko yang amat besar terhadap penyata kira-kira (balance sheet) Bank Pusat Jerman.

Sebilangan masyarakat Jerman mula menyuarakan kebimbangan mereka mengenai lokasi dan jumlah sebenar rizab emas negara berkenaan.

Sistem Bank Pusat Eropah (ECB) didapati tidak seimbang dalam jumlah yang besar selepas penyata kira-kira ECB melonjak kepada rekod 3.02 trillion euros (USD$3.96 trillion) minggu lalu, 31% lebih besar daripada ekonomi Jerman sendiri . sebaik selesai proses pinjaman pusingan kedua selama 3 tahun.

Terdapat kebimbangan sekiranya Eurozone runtuh, kerugian Bundesbank's akan mencecah sehingga setengah Trillion Euros - lebih besar daripada satu setengah ganda saiz Bajet Tahunan Jerman sendiri.

Dalam senario tersebut, apa yang pasti Jerman akan terdesak dan amat memerlukan warisan negara dalam bentuk rizab jongkong emas ini untuk meyokong matawang negara- samada dalam bentuk matawang Euro yang baru atau terpaksa kembali menggunakan matawang  sebelumnya-  Deutsche mark.

Encik Jim Rickards , seorang pakar pelaburan menggariskan kemungkinkan tentang agenda Federal Reserve untuk menuntut Jerman dan semua pendeposit asing yang menyimpan rizab emas negara mereka di New York Federal Reserve bersedia kerana  sekiranya berlaku keadaan dimana matawang Dollar dan krisis kewangan membawa kepada  “perang matawang” dan ‘opsyen nuklear’ , satu kajian semula secara drastik berkaitan kenaikan harga emas dan kemungkinan pasaran akan kembali menggunakan  standard piawaian emas perlu dilaksanakan bagi membolehkan Bank Pusat memerangi deflasi hutang.

No comments: