Sebelum ini kami melaporkan Jawatankuasa Bajet Parlimen Jerman sedang mempertimbangkan untuk menempatkan semula 3,396.3 tan rizab emas Jerman yang menyamai 42% nilai wang yang dimiliki kerajaan sebagai simpanan dalam bentuk rizab.
Nampaknya tindakan Presiden Venezuela, Hugo Chavez memindahkan emas milik negaranya , mencetuskan minat ramai pihak bahawa tindakan seperti itu yang kebetulan pertama kali dilakukan oleh mana-mana negara di dunia, merupakan sesuatu yang amat tepat mengambilkira langkah memastikan keselamatan kekayaan negara daripada ancaman pemilik wang kertas yang kemungkinan akan menuntut jongkong emas yang sama.
Ianya ibarat permainan kerusi berirama dimana seseorang pasti akan ditinggalkan tanpa kerusi untuk dijadikan tempat duduk- atau dalam konteks ini akan terdapat negara yang mendapati emas milik mereka yang disimpan di negara ke3, telah tiada dalam simpanan peti besi negara berkenaan.
Switzerland yang juga merupakan antara negara yang mempunyai rizab emas terbesar dunia akan mengikuti langkah Venezuela dalam masa terdekat ini, sedang mempertimbangkan untuk memindahkan jongkong emas milik negara berkenaan yang kebanyakkannya kini berada di Bank Federal Reserves New York, kembali ke tanah air sendiri.
Sebagai sebahagian dari inisiatif Switzerland untuk melindungi rizab emas Bank Kebangsaan Swiss atau Swiss National Bank’s Gold Reserves "Rettet Unser Schweizer Gold", yang dilancarkan baru-baru ini oleh 4 orang ahli parlimen Swiss, rakyat Swiss akan mempunyai hak untuk mengundi terhadap 3 perkara paling asas:
1: Fizikal Emas milik Swiss mesti disimpan di dalam negara.
2: Larangan untuk tidak lagi menjual rizab emas milik negara.
3: Tuntutan untuk memegang sekurang-kurangnya 20% asset dalam bentuk rizab emas.
Sementara rizab emas berkenaan masih lagi belum dipindahkan dalam kes Jerman dan Switzerland, ia mengambil masa 2 bulan untuk Presiden Chavez memindahkan 160 tan milik negaranya kembali ke tanah air sendiri melalui beberapa trip penghantaran.
Sudah tentu inisiatif politik sebegini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dan berhadapan situasi tertangguh beberapa kali. Bagaimanapun pengumuman sebesar ini menghasilkan keputusan yang berbaloi kepada Chaves mengambilkira usaha beliau untuk melindungi integriti kedaulatan asset milik negaranya sendiri.
Langkah seterusnya adalah untuk Kerajaan China membuat pengumuman kejutan kedua tentang bagaimana emas yang dikumpul mereka secara senyap2 dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini boleh meningkat 2 atau 3 kali ganda dari jumlah pegangan sedia ada.
Ianya ibarat menyediakan batu asas (groundwork) secara tersembunyi, sebagai alternatif persediaan berhadapan dengan US Dollar sebagai matawang perantaraan perdagangan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment