Saturday, February 25, 2012

JIKA EMAS BOLEH BERKATA-KATA

















Oleh Encik Jeff Clark, Penganalis Kanan Logam Beharga di Casey Research serta Pengarang majalah BIG GOLD

Pernahkah anda mempunyai apa-apa keraguan tentang emas? 

Pernahkah kadang-kadang anda rasakan sepatutnya ia mencatat  prestasi lebih baik? 

Adakah anda bimbang mengenai turun naik harganya (volatility)? 

Adakah anda bimbang bagaimana prestasinya pada masa akan datang? 

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang kuasa beli sebenar yang ada padanya? 

Atau merasa bimbang tentang kejatuhan besar harganya sekali lagi? 

Saya memutuskan untuk mendekati sendiri tuan punya badan dan mengutarakan kebimbangan ini : Logam emas sendiri. 

Dia meletakkan tangannya di bahu saya dan meminta saya memberitahu anda beberapa  perkara....


Saya dengar anda merasa bimbang tentang saya. Saya faham. Dunia anda amat tidak menentu ketika ini. Dan apabila memperkatakan mengenai wang, kelihatan para pemimpin anda tidak memahami perkara asas mengenai prinsip kewangan itu sendiri, membuatkan keadaan ekonomi anda menjadi bertambah tidak menentu.

Tetapi saya ingin beritahu anda bahawa masalah yang anda hadapi hari ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Saya telah melihat dan berhadapan dengan masalah kewangan , fiskal dan ekonomi ini banyak kali sebelum ini. Dan saya ingin beritahu anda , bahawa anda sentiasa selamat disamping saya.

Anda mungkin menganggapnya sebagai pengakuan berani , tetapi saya telah menyediakan perlindungan kewangan yang pelbagai sepanjang sejarah- terlalu banyak , jika hendak dikira. Saya telah berkhidmat kepada pelbagai jenis golongan manusia berabad lamanya, dari raja kepada ratu, dari manusia biasa kepada golongan hamba.

Untuk menenangkan fikiran anda, mari kita membuat kajian semula ciri-ciri teras yang ada pada saya, juga melihat & belajar daripada sejarah, bagaimana saya boleh melindungi anda menentang malapetaka kewangan yang dilihat semakin memburuk pada masa akan datang.

Kita juga akan melihat bagaimana dalam keadaan atau suasana luarbiasa , saya mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada anda. Bila kita selesai nanti, saya fikir anda akan merasa lebih lega serta yakin tentang keupayaan saya untuk membantu portfolio anda berhadapan dengan segala cabaran ekonomi pada masa hadapan.

CIRI-CIRI KEKAL

Mari kita mulakan dengan perkara paling asas. Saya mempunyai  beberapa ciri yang tidak dimiliki oleh perkara lain di atas muka bumi ini.

Saya tidak boleh:
  • Dicetak (cuba tanya pelombong berapa lama masa yang diambil untuk mencari dan menggali saya)
  • Dipalsukan (anda boleh mencuba, tetapi setiap kali anda pasti akan tertangkap)
  • Ditokok tambah (saya tidak boleh dihasilkan semula (reproduced)
Saya tidak boleh dimusnahkan dengan ;
  • Api (ia memerlukan kepanasan tidak kurang 1945.4° F. untuk mencairkan saya) 
  • Air (saya tidak berkarat atau tercemar dengannya)
  • Masa (duit syiling saya masih boleh dikenali selepas beribu tahun lamanya.)
Saya tidak memerlukan:
  • Di beri makan (seperti lembu)
  • Baja (seperti jagung atau kelapa sawit ditempat anda)
  • Penyelenggaraan atau maintenance (seperti mesin cetak)
Saya tidak mempunyai:
  • Had masa (sebagai logam saya masih wujud sejak beribu tahun dahulu sehingga kini, walau pemilik asal saya telah lama mati)
  • Risiko penipuan atau penyelewengan pihak ketiga (ingat MF Global?)
  • Jangka hayat (saya tidak punya tarikh luput)
Sebagai logam, saya amat unik:
  • Mudah ditempa dan dibentuk (saya tidak boleh pecah atau retak)
  • Anjal (saya boleh direggang tanpa rosak atau pecah)
  • Cantik (cuba tanya pengantin perempuan India)
Sebagai wang, saya:
  • Kecairan @ liquidity  (mudah ditukar dengan wang tunai)
  • Mudahalih @ Portable (anda dengan mudah boleh memegang saya walau bernilai $50,000, hanya dengan satu tangan)
  • Dibahagi @ Divisible (anda boleh menggunakan saya dalam pecahan-pecahan  kecil)
  • Konsisten (saya sama dalam sebarang kuantiti, tidak kira di mana-mana tempat atau negara)
  • Private (tiada siapa perlu tahu , anda memiliki saya. Malah saya satu-satunya asset yang bebas dari sistem monetary  termasuk bank)
Saya diterima diperingkat antarabangsa (internationally accepted) , mampu bertahan selama beribu tahun. dan mungkin yang lebih penting, tiada siapa boleh menokok tambah saya..

"EMAS ADALAH WANG"

Anda pernah mendengar kenyataan tersebut sebelum ini – Tetapi tahukah anda makna sebenarnya? 

Wang adalah medium pertukaran (medium of exchange) dan berperanan sebagai penyimpan nilai (store of value) . Hampir semua benda boleh digunakan sebagai wang, tetapi lazimnya sesetengah benda akan bertindak lebih baik dari yang lain.

Amat sukar untuk membuat pertukaran sesuatu benda yang tidak dikehendaki oleh orang ramai atau sesuatu yang tidak boleh menyimpan nilai. Selama beribu tahun lamanya , saya telah muncul sebagai bentuk wang terbaik (bersama adik saya logam Perak).

Wang kertas dalam dompet anda , secara teknikalnya adalah matawang dan bukannya wang sebenar. Dalam lain perkataan, ianya adalah pengganti kerajaan untuk wang (government substitute for money). Seorang lelaki bernama  Aristotle memberikan definasi terbaik sebab mengapa saya dianggap sebagai wang sebenar.

Satu bentuk wang yang baik mestilah bersifat tahan lama, mudah dibahagi, konsisten, mudah dibawa , dan mempunyai nilai samada di dalam atau diluar wang tersebut.
  • Ianya mesti tahan lama kerana anda tidak boleh mempunyai bentuk wang yang boleh reput atau hancur berderai di dalam poket anda atau bank. Kerana itu anda tidak menggunakan gandum sebagai wang, ia boleh reput, busuk atau dimakan serangga.
  • Ia mesti boleh di bahagi, kerana itu anda tidak menggunakan berlian atau karya seni : ianya tidak boleh diasing dan dipecahkan tanpa memusnahkan nilai keseluruhannya.
  • Kurang konsisten - kerana itu anda tidak boleh menggunakan hartanah sebagai wang kerana sekeping hartanah mempunyai nilai yang berbeza antara satu dengan yang lain.
  • Ia mestilah mudah dibawa, kerana itu anda tidak menggunakan logam lain seperti plumbum misalnya . Duit syilling akan menjadi terlalu besar untuk dibawa dan untuk mencukupkan nilai sesuatu barangan.
  • Ia mesti mempunyai nilai di dalam dan diluar wang tersebut. Sebab itu anda tidak sepatutnya menggunakan kertas sebagai wang.
  • Dan seperkara lagi. Saya tidak boleh diwujudkan sesuka hati ibarat angin lalu dan entah dari mana sumbernya (thin air). Malah waima Raja atau Maharaja sekalipun tidak boleh menggunakan kertas untuk menggantikan saya selaku syilling emas sebagai wang. Ianya tidak disebut oleh Aristotle , tetapi ianya amat mustahak.
Jadi anda boleh lihat, ianya bukan mengenai perkara tahyul di sini. Ianya sesuatu yang mudah dan boleh diterima akal. Saya sangat baik untuk digunakan sebagai wang, sama seperti aluminum yang baik untuk kegunaan membuat pesawat udara, besi baik untuk kegunaan membuat struktur bangunan, uranium baik untuk kegunaan bahan api loji kuasa nuklear, dan kertas baik untuk membuat buku. Jika anda cuba membuat kapalterbang dengan menggunakan plumbum atau wang dengan menggunakan kertas, maka anda sebenarnya menempah kehancuran.

Dan seperkara lagi, jangan risau tentang mereka yang menyatakan saya bukanlah sebaik asset yang lain kerana tidak mengeluarkan sebarang pendapatan.

Jelas, mereka salah faham mengenai peranan saya. Saya tidak cuba untuk menjadi seperti saham, contohnya. Saya berfungsi sebagai wang dan penyimpan nilai, jadi perbandingan yang sesuai dengan saya adalah wang kertas US Dollar milik anda atau apa yang anda panggil Bil Perbendaharaan  (Treasury Bills) atau sesuatu yang mempunyai nilai nominal yang sama. 

Dan terbukti disini , saya amat cemerlang  menjalankan perkhidmatan saya : sejak tahun 1913, matawang US dollar telah kehilangan 96%  dari kuasa beli yang ia ada. Manakala saya pula langsung tidak kehilangan apa-apa dan terus mengekalkan nilai saya sejak beribu tahun lamanya.

Harus diingat, saya adalah satu-satunya asset kewangan yang bebas dari mana-mana liability orang lain. Saya tidak memerlukan sokongan mana-mana bank ataupun kerajaan.

BELAJAR DARI SEJARAH

Kerana saya telah berusia beribu tahun, maka saya telah melihat banyak perkara berlaku sepanjang sejarah. Sesuatu yang anda sendiri mungkin tidak pernah terfikir mengenainya.

Matawang kertas fiat yang dikeluarkan kerajaan ketika ini sebenarnya adalah satu ciptaan yang agak baru, bagaimanapun tiada satu pun yang berjaya bertahan. akhirnya ianya akan gagal.

Saya? Saya tidak pernah gagal atau jatuh nilai sehingga menjadi sifar. Anda perlu ingat perkara ini setiap kali anda mempunyai sebarang keraguan terhadap nilai jangka panjang saya.

Selain itu, peranan saya adalah untuk melindungi kuasa beli anda (purchasing power). Di sini saya paparkan beberapa contoh bagaimana saya berjaya mengekalkan kuasa beli yang ada pada saya:
  • Semasa zaman kerajaan Kristian, satu auns diri saya membolehkan warga Roman membeli sepasang toga (suit), talipinggang kulit , dan sepasang sandal. Hari ini, satu auns diri saya masih membolehkan anda membeli suit yang bagus, talipinggang kulit dan sepasang kasut.
  • Pada tahun 400 sebelum Masehi, semasa pemerintahan Raja Nebuchadnezzar, beberapa pendeta melaporkan bahawa 1 auns diri saya boleh membeli 350 buku roti. Hari ini , 1 auns diri saya masih lagi boleh membeli 350 buah roti ($1,700 bahagi dengan 350 = $4.85/ sebuku roti).
  • Pada tahun 1979, purata harga saya adalah  US$306.68 /auns. Ia mampu membeli sebuah katil bersaiz besarketika itu. Dan kini 33 tahun kemudian , pada harga US$1,700/auns  masih lagi membolehkan anda membeli sebuah katil bersaiz besar yang cantik.
Anda boleh merasa yakin bahawa pada sepanjang masa, saya mampu mengekalkan nilai yang ada pada diri saya. Dan apabila anda menghampiri penghujung hayat , anda boleh mewariskan saya kepada orang yang tersayang, dengan perasaan penuh lega kerana mengetahui mereka akan memiliki satu asset yang tidak boleh diturun nilai,  dijatuhkan nilainya, ataupun dimusnahkan.

APA WARNA WANG ANDA?

Seperti anda, saya juga bimbang tentang keadaan semasa fiskal dan skandal kewangan. Ia seolah-olah pemimpin kerajaan anda sengaja terjun ke dalam lubang yang dalam. 

Mereka menanggung hutang yang terlalu banyak dan membelanjakan terlalu banyak wang atas perkara yang tidak berfaedah. Adalah penting untuk anda memahami beberapa pengajaran dari sejarah tentang natijah berkelakuan sebegini agar anda pasti apa yang boleh saya lakukan untuk membantu anda.

Berdasarkan sejarah , penyebab utama yang membawa kepada kejatuhan sistem matawang fiat adalah faktor 2 D : iaitu Debt (Hutang) dan Deficits (Perbelanjaan).
  • Morgan Stanley melaporkan bahawa "belum pernah berlaku dalam sejarah" untuk sebuah ekonomi yang melebihi daripada 250% nisbah hutang kepada KDNK tanpa mengalami krisis kewangan atau kadar inflasi yang tinggi. Jumlah hutang Kerajaan US kini adalah 400% melebihi KDNK negara.
  • Kajian terperinci mengenai paras hutang Kerajaan US untuk tempoh 100 tahun yang lalu menunjukkan hutang tersebut tidak pernah dibayar balik (dalam unit matawang asal) apabila ia mencecah 80% daripada KDNK negara. Hutang Kerajaan Anerika Syarikat akan mencecah 100% dari KDNK tahun ini. 
  • Pelabur lagenda, Encik Marc Faber melaporkan bahawa , sebaik pembayaran hutang sesebuah negara itu melebihi 30% daripada hasil cukai yang dikutip, maka matawang negara tersebut sebenarnya ibarat tidak bernilai lagi.Beberapa pihak melaporkan , Amerika Syarikat akan berhadapan masalah yang sama pada tahun ini.  
  • En. Peter Bernholz, seorang pakar terkemuka dalam membuat kajian berkaitan inflasi dengan tegas berkata, "inflasi melampau atau hyperinflation berlaku disebabkan oleh defisit belanjawan kerajaan." Belanjawan defisit Amerika Syarikat pada tahun hadapan dijangka akan mencecah US$1.3 trillion.
Kebanyakan pemimpin anda mengambil langkah penyelesaian terhadap inflasi dengan cara mewujudkan lebih banyak unit matawang kertas di pasaran. Mari kita lihat gambaran terkini perbandingan antara peningkatan dasar kewangan Amerika Syarikat berbanding kenaikan harga saya sejak tahun 2008, apabila masalah anda mula timbul.
Asas kewangan telah berkembang 205.8%, sementara harga saya telah meningkat 65.8%. Ia cukup untuk memberikan petanda bahawa harga saya dalam nilaian matawang Dollar mungkin akan meningkat lebih tinggi lagi.

Ini juga adalah sebab mengapa saya tidak berada dalam kedudukan bubble ekonomi (gelembung), sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Hakikat bahawa harga saya terus meningkat  tinggi dipasaran merupakan amaran bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin anda  hari ini adalah sesuatu yang amat bahaya terhadap sistem matawang anda.

Cuba anda fikirkan: Kerajaan Amerika Syarikat menanggung hutang yang disokong oleh hutang, berdasarkan hutang, bergantung kepada hutang, dan  dimanafaatkan (leveraged ) dengan hutang. 

Sebagai contoh, anda boleh membeli bon (iaitu meminjamkan wang) pada margin (iaitu dengan wang yang dipinjam). Ini terbukti bukan cara yang betul untuk mengurus pasaran kewangan.

Sementara itu, 'loceng amaran' terus berbunyi mengenai krisis hutang di Eropah. Berikut perkembangan terbaru dalam tempoh sebulan yang lalu :
  • Agensi penarafan Moody's memberi amaran bahawa ia mungkin akan membatalkan status 'triple-A' negara Perancis, Austria, dan UK; dan menurunkan taraf (downgraded) 6 lagi negara Eropah termasuk Itali, Sepanyol dan Portugal.
  • Agensi penarafan Standard & Poor's telah memotong status 'triple-A' negara Perancis dan Austria, sementara Itali, Sepanyol, Portugal, Cyprus, Malta, Slovakia, dan Slovenia telah diturun taraf.
  • Agensi penarafan Fitch menurun taraf (downgraded) Belgium, Cyprus, Itali, Slovenia, dan Sepanyol , dan membuat kenyataan akan berlaku kemungkinan pemotongan  50% lagi dalam tempoh 2 tahun akan datang.
  • Standard & Poor's telah menurun taraf 34 buah bank di Itali dari jumlah 37 buah bank kesemuanya di negara berkenaan.
  • Agensi penarafan Moody's memberi amaran minggu lalu, bahawa ia boleh memotong penilaian kredit (credit ratings) 17 institusi kewangan global dan 114 institusi kewangan di Eropah.
Krisis di Eropah  dilihat semakin kusut tanpa sebarang tanda penyelesaian; ahli politik memilih jalan mudah dengan mewujudkan lebih banyak unit matawang. 

Tindakan ini boleh dan akan memberi kesan yang jelas dan secara langsung: akibatnya berlaku penurunan nilai matawang dan inflasi atau mungkin inflasi melampau akan terhasil.

Sekali lagi, saya menggalakkan anda menggunakan saya untuk melindungi kekayaan anda.

BERAPA BANYAK CUKUP UNTUK ANDA?

Melihat kepada kedudukan sistem kewangan anda hari ini, anda wajar mengumpul saya atau logam perak secara konsisten dan tetap.

Anda cuma perlu membeli saya setiap bulan dan letakkan saya ditempat yang selamat. Melalui pengamatan saya berdasarkan pengalaman sejarah, dan berdasarkan kepada  jalan penyelesaian semasa yang diambil oleh para pemimpin anda yang jelas berkeras untuk mencetak lebih banyak wang bagi menggerakkan ekonomi, saya mencadangkan anda menggunakan saya sebagai platform simpanan berbanding meletakkan wang milik anda di bank.

Sekiranya anda tidak memiliki saya secukupnya apabila masalah fiskal ini benar-benar sampai ke kemuncaknya , saya khuatir anda akan menyesal seumur hidup anda.

Saya telah banyak kali memberi amaran pada masa lalu tentang kecairan matawang sesebuah negara, dan mereka-mereka yang tidak mengendahkan amaran saya ,seringkali berakhir dengan terpaksa menanggung bebanan kewangan yang teruk.

Alasan tidak akan membolehkan anda membayar gadai janji (mortgage) atau memberi makan kepada keluarga anda apabila kesan penurunan matawang menghimpit keluarga dan poket anda.

Pastikan anda memiliki saya secukupnya untuk membawa perubahan kepada portfolio anda. Ini bermakna mempunyai lebih dari hanya beberapa keping syilling emas atau beberapa pemilikan saham  GLD, yang mana keduanya hanyalah proksi kepada harga saya di pasaran.

Bagaimana anda boleh tahu samada anda telah memilki saya secukupnya. Tanya diri anda sendiri:

• Jika inflasi kembali atau mungkin inflasi melampau (hyperinflation) melanda dunia....

• Jika ekonomi kita terus menerus bergantung kepada wang kertas fiat....

• Jika ketidaktentuan dan kebimbangan terus menghantui ekonomi global....

•  Jika pasaran saham merudum…

• Jika jumlah perbelanjaan oleh kerajaan di seluruh dunia terbukti sia-sia.....

• Jika campurtangan kerajaan dalam mengurus ekonomi terus meningkat…

• Jika nilai matawang US dollar mengalami kejatuhan besar…

• Jika dunia memasuki tempoh kemelesatan.…

• Jika anda tersedar samada anda memiliki wang sebenar yang mencukupi..…
 … adakah anda rasa anda memiliki saya secukupnya?

Beli saya dengan jumlah yang secukupnya agar dalam keadaan matawang anda terus kehilangan nilai di pasaran, portfolio anda tidak. Jika anda memainkan peranan anda, saya berjanji akan terus memainkan peranan saya untuk melindungi anda sepanjang hayat.

As Salam,


Rakan kewangan anda,
LOGAM EMAS

No comments: