Kerajaan Iran terpaksa menggunakan sebahagian logam emas milik negara untuk membayar harga makanan yang diimport untuk rakyat ekoran dihimpit sekatan ekonomi antarabangsa yang menyebabkan matawangnya menjadi tidak laku di pasaran dunia. Ianya jelas membuktikan penggunaan emas sebagai wang sebenar.
Penulis : Julian Phillips.
Diterbitkan : Jumaat , 17 Feb 2012
Diterbitkan : Jumaat , 17 Feb 2012
BENONI -
Minggu lalu kami memberitahu anda Kerajaan Iran mendakwa mereka memiliki 907 tan emas yang disimpan sebagai rizab negara.
Minggu ini kita diberitahu ,Kerajaan Iran menggunakan emas atau minyak mentah untuk membeli makanan bilamana sekatan kewangan atau ekonomi telah memberi kesan terhadap keupayaan negara tersebut untuk membuat dagangan import bagi keperluan 74 juta rakyatnya.
Kesukaran membuat pembayaran untuk keperluan import segera negara telah menyumbang kepada kenaikan mendadak & melampau harga barang makanan asas.
Ia menyebabkan rakyat menderita kesusahan dengan hanya beberapa minggu sebelum tarikh pilihanraya. Ianya dilihat sebagai referundum terhadap dasar polisi ekonomi Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sekatan ekonomi terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan negara Euro untuk menghukum Iran kerana program nuklearnya , tidak menghalang syarikat atau firma dari luar negara menjual makanan kepada Iran. Bagaimanapun larangan transaksi kewangan antarabangsa yang dikenakan ke atas negara itu menyukarkan proses bayaran.
"Perjanjian pembelian makanan bijiran di bayar dalam bentuk jongkong emas dan tawaran sistem barter " kata salah seorang pedagang bijiran dari Eropah.
Beberapa buah gedung utama perniagaan terlibat. Kebaikan menggunakan pertukaran barter melibatkan jongkong emas ataupun pembayaran melalui logam emas adalah pilihan paling pantas untuk mengimport barangan dari negara luar.

Mana-mana bank yang didapati mengadakan rundingan dengan Bank Pusat Iran akan dihukum dan dikenakan tindakan oleh Amerika Syarikat- mereka mengawal matawang Dollar dunia di New York, walaupun ia dimiliki oleh negara luar.
Sebagai peringatan Amerika Syarikat boleh membekukan rizab matawang US Dollar mana-mana negara di seluruh dunia ! Kehidupan anda ibarat di kawal ataupun kebebasan dari sebarang kawalan.
Sebagai peringatan Amerika Syarikat boleh membekukan rizab matawang US Dollar mana-mana negara di seluruh dunia ! Kehidupan anda ibarat di kawal ataupun kebebasan dari sebarang kawalan.
Minggu lalu kami menerbitkan artikel berkaitan peranan emas sebagai rizab yang membayangkan kemungkinan bakal berlaku penyitaan ataupun perampasan emas milik rakyat oleh kerajaan di Amerika Syarikat.
Sementara dalam kes Iran, ianya adalah satu pengecualian kerana dianggap berada dalam satu suasana ekonomi domestik yang boleh dianggap sebagai 'amat stabil'. Pelabur perlu bertanya diri sendiri melihat apa yang berlaku di sana.

v Adakah akan terdapat banyak lagi negara seperti Iran? Adakah krisis kewangan hari ini mampu memberi kesan buruk kepada kadar pertukaran mana-mana matawang lain di dunia atau nilainya diperingkat antarabangsa?
v Mampukah perubahan politik bertujuan mengimbangi kuasa sedia ada , melemahkan kadar tukaran matawang antarabangsa atau nilai matawang di peringkat antarabangsa?
v Adakah ianya akan memberi kesan buruk kepada negara membangun lain di dunia?"
MASADEPAN SISTEM MONETARY
Suasana ekonomi ekstrim sepertimana di Iran sebenarnya tidak diperlukan untuk mempengaruhi lonjakan berterusan harga emas di pasaran.
Sekiranya terdapat ancaman kemungkinan ada negara lain mungkin mengambil jalan yang sama, sudah tentu matawang negara tersebut akan menyusut dari segi nilai (depreciate) dan harga emas akan melonjak berbanding dalam matawang negara berkenaan.

Tetapi membicarakan tentang Iran, jelas ianya adalah kes yang klasik mengapa logam emas sering dianggap sebagai 'penyelamat terakhir' atau last resort sesuatu asset rizab.
Matawang Iran langsung tidak mempunyai nilai di luar dari sempadan negara berkenaan: ia dianggap seperti tisu tandas menyebabkan imej negara tersebut terjejas teruk di kalangan negara membangun- ketika inilah kita boleh mengimbau kenyataan bekas pengerusi Federal Reserves, Encik Alan Greenspan berkaitan "wang sebenar".
Beliau berkata, "Emas adalah wang yang sebenar-benarnya (extremist) ". Dalam konteks Iran , ianya adalah kenyataan sebenar yang berlaku hari ini ,bilamana logam emas bertindak sebagai penyelamat kepada negara berkenaan. Ia berjaya menjalankan tugasnya sebagaimana yang dijangkakan.
Pelabur paling berhemah di dunia adalah Bank Pusat dan individu2 yang memastikan mereka memegang kuantiti ataupun jumlah emas sebanyak mungkin. Mereka ini menggunakan kesempatan untuk membeli seberapa banyak emas selagi mana dibenarkan oleh pasaran.
Ketika ini, harga emas dalam nilai matawang Iran melambung tinggi, tetapi nilai matawang Iran di luar negara tersebut langsung tidak bernilai ataupun sifar.
Ia menyebabkan masyarakat perlu mempunyai wang yang banyak untuk membeli emas di pasaran domestik. Apabila situasi seperti ini berlaku, maka apa yang dikatakan secara berulangkali oleh sejarah, kini menjadi kenyataan.
"Bukan berapa tinggi harga emas yang diambil kira, yang penting berapa jumlah auns yang anda miliki!"
Adakah ada negara lain didunia yang akan berhadapan masalah yang sama seperti Iran? Bolehkah negara membangun lain berhadapan dengan situasi yang sama? Mungkin tidak pada ketika ini, tetapi dalam suasana ketidak tentuan pada masa hadapan, ianya mungkin boleh berlaku ke atas mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat sendiri.
v Jika matawang US Dollar gagal mengekalkan peranannya sebagai matawang rizab tunggal antarabangsa dan pembeli asing berhenti untuk menerima dagangan mereka dalam matawang berkenaan: nilai matawang tersebut sudah pasti akan jatuh merudum.Ketika itu Amerika Syarikat tiada pilihan selain menghentikan pengeluaran matawang USD untuk transaksi import dan terpaksa menjual barangan untuk mendapatkan matawang asing lain.
v Jika berlaku perpecahan di kalangan anggota Eurozone , negara yang meninggalkan kesatuan tersebut terpaksa kembali menggunakan matawang asal negara mereka sekaligus mewujudkan sistem matawang 2 peringkat.
Ketika itu rizab emas negara terlibat akan menjadi lebih penting. Keraguan berterusan mengenai Greece memberitahu kita bahawa negara tersebut semakin menghampiri kegagalan membayar hutang (default) dan masa dilihat semakin suntuk.
Kini kita mendengar walaupun mereka bekerjasama melaksanakan dasar penjimatan, hutang Kerajaan Portugal terus meningkat sebagai peratusan kepada KDNK negara.
Sementara aliran tunai terus mengalir untuk membayar kontrak hutang, negara tersebut berdepan dengan tempoh masa yang ekstrim untuk menyelesaikan masalah hutangnya.

KRISIS PERBANKKAN
Kita melihat keuntungan Bank Societe Generale menurun 89% dari segi pelaburan. Ia memberi petanda bahawa pendedahan bank tersebut kepada krisis hutang berdaulat (sovereign debt) amat menakutkan dan mampu meruntuhkan bank tersebut kecuali berlaku perubahan besar dalam halatuju dasar ekonomi dikalangan negara lemah dalam Eurozone. Bagaimanapun ianya dilihat tidak berlaku.
Implikasi yang terbit dari situasi ini adalah kita semakin hampir kepada krisis perbankkan sebagaimana yang terjadi ke atas Greece yang masih bergelut untuk membayar hutangnya.
Jika krisis ini ibarat nanah , maka ianya akan merebak lebih jauh dan meluas, dan lebih banyak bank dan negara yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah akan mendapati kedudukan kredit antarabangsa mereka di ancam kemusnahan.
Ia akan memberi kesan buruk terhadap struktur sistem kewangan dan perbankkan Eurozone.

Bukan sahaja Bank akan mula meragui sesama mereka tetapi juga pelabur dari China. Tiada siapa akan meyokong suasana pelaburan sebegini. Persepsi ini sudah tentu akan meningkatkan permintaan terhadap logam emas untuk digunakan sebagai matawang baru.
Kita melihat bagaimana matawang euro bergelut untuk kekal menyaingi matawang US dollar walaupun sokongan berterusan disalurkan oleh Bank Pusat Eropah.
Sekiranya terdapat hanya satu Bank sahaja yang memberikan isyarat kecemasan, ianya ibarat tembakan pertama bagi permulaan perang dunia pertama.
Kemudian krisis keyakinan terhadap sistem kewangan di Eropah akan memaksa penggunaan meluas logam emas sebagai sokongan kepada matawang rizab dunia.

Julian Phillips for the Gold and Silver Forecasters -www.goldforecaster.com and www.silverforecaster.com
No comments:
Post a Comment