Saturday, January 21, 2012

BILAKAH MASA TERBAIK UNTUK MEJUAL EMAS MILIK ANDA?


Soalan yang paling kerap ditanya kepada pemilik emas  adalah  “Pada harga berapakah anda berhasrat mendapatkan keuntungan?” 

Ianya adalah satu soalan yang memaparkan betapa kurangnya pemahaman tentang kenapa seseorang perlu memiliki emas.

Jawapan paling mudah adalah “Apabila wang kertas berhenti atau tidak lagi kehilangan nilainya”. Jawapan ini sewajarnya menyedarkan sesiapa sahaja yang mengemukakan soalan sedemikian bahawa idea memiliki wang fiat bersifat spekulatif, berbanding mereka yang memiliki logam berharga.

Berbanding emas, kebanyakan orang lazimnya berfikir wang kertas adalah satu-satunya medium pertukaran (medium of exchange) dan sesuatu yang mampu menyimpan nilai (store of value) ; lagipun wang tunai adalah unit akaun yang mereka miliki.

Mereka melihat harga emas akan meningkat apabila mereka perlu melihat nilai wang kertas jatuh. Kerana wang tunai adalah unit akaun semua orang. Sesuatu yang salah jika kita beranggapan ianya adalah asset yang bebas risiko.

Ianya juga adalah pendekatan yang digunakan oleh pengurus dana dalam mengurus pelaburan: Pulangan pelaburan mereka di kira dalam nilaian wang kertas, jadi mereka tidak boleh membuat perbandingan akaun dengan kelas asset lain yang lebih tinggi nilainya.

Mereka juga di ajar untuk menyebarkan risiko pelaburan merentasi kelas asset yang mempunyai julat lebih rendah dari wang tunai untuk meningkatkan pulangan keuntungan.

Untuk itu, pengurus pelaburan sering tersalah anggap bahawa logam berharga adalah salah satu kelas asset yang  lebih rendah nilainya dari wang tunai. Kesemua pengurusan pelaburan moden beroperasi dengan tanggapan sedemikian.

Mengapa pengurusan portfolio punya pendedahan yang sedikit (jika ada) terhadap logam berharga


Faktor di bawah membantu menjelaskan mengapa pengurusan portfolio punya pendedahan yang sedikit  terhadap logam berharga, terdapat beberapa sebab :-

  • Secara keseluruhannya dana pelaburan telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1970an disokong oleh wang dan penciptaan kredit hutang. Perluasan monetary ini telah menyemarakan keduanya, dana baru untuk pelaburan dan juga harga asset secara amnya, sementara emas dan pelaburan yang berkaitan dengannya dianggap tidak menurut peredaran zaman atau lapuk (unfashionable) di pasaran emas antara tahun 1980 dan 2000. Kombinasi 2 faktor ini mengurangkan pendedahan logam berharga dalam pengurusan portfolio ke peringkat yang terlalu rendah. Logam emas tidak di endahkan sebagai kelas asset apabila teori portfolio moden berkembang pada tahun 1990an, dan dengan mudah langsung tidak dipertimbangkan oleh generasi semasa pengurus pelaburan.
  • Oleh yang demikian , semua jenis dana pelaburan melabur dalam pasaran bon, pasaran saham, asset hartanah, securiti, matawang asing dan bagi satu jumlah kecil komoditi am. Dari masa ke semasa pengurus dana ini hanya mempunyai pendedahan sementara dan spekulatif terhadap logam berharga, hanya sebilangan kecil pengurus dana memahami bahawa emas adalah asset perlindungan mutlak untuk berhadapan dengan  wang tunai yang kehilangan nilai. Lagipun, jika akaun anda dalam bentuk wang kertas, ia hendaklah mempunyai kedudukan yang bebas-risiko. Pemahaman bahawa wang tunai bukanlah asset yang bebas risiko hanya diketahui oleh individu perseorangan dan tidak dimaklumkan kepada pengamal portfolio moden.
Mengapa kuantiti pertumbuhan wang kertas akan terus meningkat

Jumlah masyarakat di seluruh dunia mengumpul dan menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk jongkong emas dan perak, syilling emas dan barang kemas perhiasan semakin meningkat sejak 30 tahun yang lalu.

Ianya menyebabkan Bank Pusat yang selama ini begitu aktif menekan (suppressing) harga emas di pasaran terpaksa bertolak ansur: Hasilnya banyak jumlah logam emas dan perak telah terlepas dari menjadi milik kerajaan kepada milik individu perseorangan.

Tiada satu pun dari jumlah di atas dapat direkod melalui statistik dan perangkaan, sebahagiannya kerana Bank Pusat yang terlibat enggan untuk menyediakan maklumat yang tepat berkaitan penjualan, penukaran dan pemajakan emas mereka. Ianya kerana kebanyakkan individu menyimpan logam berharga mereka secara sulit dan sembunyi-sembunyi. Menyebabkan ianya gagal direkod oleh statistik dan pemantauan kerajaan.

Sebab mengapa individu itu menyimpan logam berharga terutamanya emas adalah hypothesis asas artikel ini : Mereka akan berhenti menyimpan emas hanya apabila wang kertas berhenti dari kehilangan nilainya. Kuantiti  wang kertas akan terus meningkat dan berkembang selama mana dunia bergelut dengan masalah krisis hutang dan matawang yang tidak berkesudahan.

Menyaksikan hari berlalu, kebimbangan paling besar semalam telah benar2 menjadi kenyataan.


Kerajaan, didorong oleh tekanan sosial berbanding situasi ekonomi sebenar, terpaksa menyelamatkan sistem kewangan yang teruk terjejas.

Tetapi masalah paling besar yang dihadapi kerajaan adalah jumlah institusi kewangan ataupun bank2 yang bangkrap ini bertambah besar dari hari ke hari.

Ianya sudah tentu tidak boleh dibenarkan dari terus berlaku. Jadi apa yang boleh dilaksanakan oleh ahli politik dan Bank Pusat?

Sudah tentu mereka tidak boleh membiayai usaha menyelamatkan bank2 ini dengan perlaksanaan cukai. Dalam masa yang sama mereka juga telah meminjam terlalu banyak dengan cara menerbitkan bon pasaran bagi mengumpul wang orang awam.

Cuma ada satu pilihan yang tinggal…iaitu dengan cara mencetak seberapa banyak wang kertas yang boleh dicetak. Langkah mencetak wang kertas adalah satu-satunya cara untuk kerajaan melengah-lengahkan keruntuhan ekonomi yang pasti berlaku.

Kenapa minat terhadap logam berharga akan terus meningkat

Peningkatan minat terhadap logam berharga di lihat amat konsisten kerana kesedaran dikalangan orang ramai bahawa amalan mencetak wang akan terus dilakukan kerana  ianya adalah satu-satunya jalan keluar yang ada untuk membolehkan kerajaan menyelesaikan masalah kegagalan membayar hutangnya  (default).

Sementara terjemahan antara inflasi kewangan (monetary) kepada inflasi harga barangan jarang berhasil dengan teratur , kita tahu ekonomi kedua-duanya atau dari pengalaman sejarah bahawa kedua-duanya mempunyai kaitan sebab dan akibat yang boleh disimpulkan betapa wang kertas akan terus kehilangan nilainya pada masa hadapan.

Mempercepatlan inflasi harga bagaimanapun tidak hanya memberi kesan kepada wang tunai sebagai kelas asset tetapi juga akan memberi kesan kepada:
  • Bon yang merupakan komponen terbesar dalam portfolio konvensional yang akan kehilangan nilai lebih pantas dari wang tunai.
  • Ekuiti yang akan bernasib baik untuk bersaing dengan nilai tunai manakala kadar hasil bon meningkat dan akan memberi kesan buruk mempercepatkan inflasi menjadi kemelesetan.
  • Hartanah yang akan terjejas dengan peningkatan kadar hasil bon dan peningkatan kadar sewa yang mengakibatkan inflasi berterusan.
  • Disamping itu, ekuiti dan hartanah biasanya digunakan sebagai cagaran kepada kadar pinjaman yang tinggi oleh sektor swasta, yang akan mengikat harganya kepada kadar faedah dan wang tunai.
Hanya komoditi, yang merupakan kelas asset terkecil dalam portfolio, boleh dijangkakan untuk mengatasi (outperform) wang tunai. Sebagai tambahan, sejarah mengesahkan hanya Emas dan Perak sahaja adalah asset yang mempunyai pretasi terbaik dalam masa peningkatan inflasi.

Oleh itu, mereka-mereka yang kurang bernasib baik , yang menyerahkan pengurusan pelaburan kepada pengurus dana profesional sebenarnya hanya membeli iliusi atau bermimpi mengenai keselamatan kewangan mereka.

Mereka secara hampir keseluruhannya mendedahkan wang tunai dan asset milik mereka bergantung kepada risiko tunai itu sendiri kerana mengabaikan simpanan dalam bentuk emas sebagai pelaburan.

Rumusan

Perkara yang dibincangkan memberi makna bahawa, secara sistematik portfolio telah menjadi terlalu bergantung kepada kestabilan wang fiat , yang membuatkan logam Emas dan Perak, bukannya wang tunai, adalah satu-satunya kelas asset pelaburan yang bebas dari segi risiko.

Wang kertas mungkin adalah medium pertukaran dan unit akaun, tetapi dalam suasana ekonomi tidak menentu hari ini, emas dan perak adalah asset lindung nilai paling selamat (the safest stores of value) dan akan terus dimiliki , tidak kira berapa harganya di pasaran, selagi mana ketidak tentuan ekonomi dunia berterusan.

Jadi lain kali , sekiranya seseorang bertanya anda bilakah anda mungkin mengambil keuntungan dari emas dan perak milik anda, senyum semanisnya dan katakan.“Apabila wang kertas berhenti hilang dari segi nilainya”.

So says Alasdair Macleod (www.FinanceAndEconomics.org) in edited excerpts from his original article*.

No comments: