Saturday, January 21, 2012

ORANG TIDAK MEMBELI EMAS UNTUK MEMBUAT WANG & KEUNTUNGAN ; MEREKA MEMBELINYA KERANA MEREKA MEMANG MEMPUNYAI WANG


 
Prestasi dan Perdagangan
Anda pernah mendengar kata-kata ini, tetapi apakah makna sebenarnya? 

Kita hidup di dunia di mana pencapaian adalah sesuatu yang sangat di ditekankan dan diberi perhatian. Prestasi dana lindung nilai (Hedge funds) boleh diukur secara bulanan. Caj 20% akan di levi ke atas keuntungan  oleh dana untuk perkhidmatan kawalan jangka pendek.

Penilaian harian (daily assessments) dibuat, bertujuan membuat perbandingan antara satu sektor dengan sektor yang lain , memberi gambaran seolah-olah semuanya adalah mengenai prestasi jangka pendek pelaburan. Tetapi adakah ianya benar begitu? Sebenarnya tidak.

Cuba kita lihat di mana kekayaan sebenar berada dan kenapa ia di sana. Duit lama (Old Money) bermakna kekayaan yang berjaya dipertahankan selama beberapa generasi.

Bagaimana kekayaan boleh dipertahankan dengan cara sebegini, dan bagaimana ianya dilakukan? 

Sementara ianya adalah tajuk yang terlalu besar yang tidak mampu kita liputi di sini , adalah penting untuk kita menyedari yang ianya tidak terjadi dalam tempoh beberapa bulan dalam asas dagangan.

Sudah tentu ianya juga tidak berlaku dalam masa sehari. seminggu atau sebulan kita melibatkan diri dalam bidang perdagangan.

Ramai usahawan atau peniaga berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi . dan kemudian tanpa arah tuju maklumat yang jelas, membuat pelaburan yang mengakibatkan segala keuntungan yang diperolehi pada masa lalu terhakis atau lenyap akibat kerugian - ianya seakan satu bentuk perjudian.

Melihat kepada prestasi perdagangan dengan membuat perbandingan keuntungan bulan ke bulan sebagai kayu ukur keupayaan pelaburan , pengurus pelaburan diukur berdasarkan kepada keupayaannya untuk membuat dagangan jangka pendek dan bukan atas kebolehan atau keupayaannya melabur.

Keupayaan membina asset kekayaan yang tulen dan berkekalan adalah satu topik yang jauh lebih besar dari ini, sebagaimana yang diketahui oleh golongan kaya.

Bukan sesuatu yang mustahil untuk kita berjaya dalam dagangan saham. Kita sememangnya mengetahui terdapat pedagang yang secara konsisten membuat keuntungan luar biasa bagi tempoh jangka panjang. Mereka  memilih saham yang berada diluar pandangan pelabur pasaran umum di London- saham syarikat timah di kenali sebagai Ayer Hitam di Malaysia. 

Saham tersebut memaparkan corak carta yang mempunyai set gelombang harga turun dan naik yang hampir sama  dari masa ke semasa. Mereka akan mengikuti carta tersebut dengan membuat belian pada ketika harga rendah dan menjual ketika harga tinggi semasa ia berada di bawah radar pasaran. Mereka membuat kekayaan mutlak untuk dirinya, tetapi dagangan yang dilakukannya sangat berbeza dengan sentimen pasaran hari ini.

Salah seorang rakan kita, seorang professional trader yang mengendalikan laman dagangan, mengesahkan  52% daripada aktivi dagangan berjaya mencatat keuntungan. 

Keuntungan yang diraih bergantung kepada peniaga dan kebolehannya untuk mengurus aspek analisis teknikal dan bukan hanya bergantung kepada asas pelaburan yang diceburinya.


Asas fundamentals tidak dianggap sebagai keutamaan utama dalam perdagangan sedemikian. Apa yang ingin kami tekankan disini adalah perdagangan bukannya satu pelaburan!

Melalui pengalaman saya sendiri sebagai pengurus dana,  saya mempelajari bahawa strategi paling berjaya dan kunci kepada pembinaan kekayaan adalah untuk mengambil pendekatan jangka panjang dan bertindak memasuki pasaran pada ketika berlaku pembetulan harga besar2an dengan sasaran pergerakan di bawah 30% nilai saham.

Penekanan kepada kejayaan pelaburan hendaklah difokuskan kepada jenis pelaburan yang boleh  memberikan pulangan yang baik pada ketika suasana ekonomi yang sukar.

Pilih pelaburan yang dalam tempoh 4 setengah tahun terakhir ini mampu bertahan walaupun di asak ancaman krisis ekonomi dan anda akan melihat bagaimana portfolio pelaburan yang tidak menyebabkan anda kehilangan wang dan menjamin pulangan, akan  membolehkan anda membina kekayaan apabila ekonomi kembali pulih semula.

Ianya memerlukan pendekatan yang lebih mendalam untuk melabur, meliputi bidang ekonomi. kewangan dan perniagaan ; ianya lebih dari sekadar melihat carta harga. Kekayaan sebenar yang dinikmati dari pelaburan tadi mestilah kekal apabila anda bersara atau meninggal dunia kelak.

Lagipun bukankah benar , pelabur yang baik adalah mereka yang berupaya meninggalkan keuntungan yang banyak apabila mereka telah meninggal dunia kelak? 

Salah satu contoh mengenai kejayaan mencipta kekayaan untuk tempoh yang lama iaitu lebih dari 30 tahun adalah saham yang dikenali sebagai De Beers, sebuah syarikat pengeluar berlian terkemuka dunia…

people don t buy gol

De Beers

Pada tahun 1980 Syarikat berlian dari Afrika Selatan De Beers di niagakan pada paras sekitar 30 Rand di Bursa Saham Johannesburg. 

Ia menunjukkan prestasi yang baik pada abad lepas, tetapi elok kita mulakan pada tahun 1980 – syarikat membayar dividen 1% setiap tahun; namun ia jelas mempunyai segala ramuan untuk menjadi syarikat yang lebih berjaya.

Baki tunai syarikat secara kasarnya menyamai nilai keseluruhan saham syarikat , atau pada ketika syarikat merasakan terdapat keperluan yang lebih baik untuk memegang berlian sendiri, nilai berlian tersebut menyamai nilai keseluruhan saham syarikat.

Sesuatu perniagaan meningkat dari segi nilai dengan sebab2 tersendiri. Kejayaan pemasarannya diungkapkan dengan motto "Berlian selamanya" (Diamonds are Forever) atau seperti yang di ucapkan oleh Marilyn Monroe, "Berlian adalah teman baik seorang gadis“ (Diamonds are a girl’s best friend)

Ia kekal menjadi formula yang berjaya. Lebih penting lagi,  De Beers berjaya mendominasi pasaran berlian dunia  termasuk bekalan dan menentukan harganya.

Ia hampir memonopoli pasaran, disokong oleh kebanyakkan para pengeluar utama berlian dunia. Sehinggalah keluarga  Oppenheimer mengambil alih De Beers pada bidaan harga 340 Rand, saham yang selama beberapa tahun kemudian (masih mengekalkan bayaran dividen 1%). Ianya adalah contoh saham yang memberi keuntungan selama beberapa generasi kepada pelaburnya.

Saham ini dipegang sebagai portfolio tetap dan biasanya tidak akan didagangkan. Ia bertujuan untuk memaparkan kewajarannya berada di sana! Dalam suasana ekonomi yang baik pelabur akan memperolehi wang tunai hasil penjualan berlian ; manakala dalam suasana ekonomi tidak berapa bagus, pelabur akan memperolehi saham.

Sepanjang tempoh itu, saham  tersebut berjaya mengekalkan nilainya dari sudut pemilikan asset. Nilai kecairannya hampir menyamai harga sahamnya. Malah dana pencen atau pesara tidak mampu mengharapkan pulangan keuntungan sebaik ini.


Hari ini, monopoly tersebut telahpun berakhir dan keluarga  Oppenheimer telahpun menjual kepentingan saham mereka kepada sebuah syarikat  Anglo American.

Hari ini pelabur yang telah menjual saham De Beers  memerlukan portfolio baru untuk meletakkan kekayaan mereka, kalaupun tidak sebagai pelaburan gantian. Inilah golongan orang yang membeli emas kerana mereka memang mempunyai wang!

Di mana anda boleh mencari pelaburan sedemikian pada hari ini?

Hari ini, kemahiran seperti itu masih diperlukan bila anda membuat pilihan untuk membuat sebarang keputusan pelaburan. Jadi bagaimana anda ingin mencari pelaburan sedemikian?

Mari kita lihat faktor persekitaran semasa syarikat De Beers beroperasi ketika itu – terutamanya semasa  penghujung berakhirnya Perang Dunia ke 2.

Pemulihan, pertumbuhan kekayaan sedang rancak berjalan, merentasi pembangunan dunia adalah tema di negara membangun dari tempoh berakhirnya peperangan hinggalah tahun 1980.

Kemudian berlaku kekeliruan mengurus matawang dan inflasi mula melanda, yang dikatakan berjaya dipulihkan oleh Encik Volker , Pengerusi Federal Reserves dengan cara menaikkan kadar faedah di Amerika Syarikat kepada 25%. 

Sejak itu, perkembangan ekonomi global menjadikan Amerika Syarikat dan dunia semakin maju sehingga di dakwa kononnya menikmati zaman gemilang hingga awal tahun 2007.

Kemudian sama seperti yang berlaku pada tahun 1914, apabila empayar British sampai ke kemuncaknya, impian untuk menikmati pertumbuhan kekayaan berterusan musnah apabila krisis hutang melanda dunia. Perkara yang sama kini sedang melanda dunia Barat pada hari ini.

Pemeriksaan terhadap sebab dan potensi untuk ianya menjadi bertambah buruk pada masa akan datang memberitahu kita dalam tempoh masa 4 tahun sejak itu,   pemimpin-pemimpin negara Barat telah gagal untuk membetulkan kesilapan struktur ekonomi mereka.

Kajian lebih mendalam menunjukkan struktur asas  ekonomi negara terlibat bertentangan atau mempunyai konflik sesama sendiri dan alternatif penyelesaian yang dicari dilihat tidak membawa mereka ke mana-mana untuk menyelesaikan masalah ini sejak dari mula lagi.

Apa pengajaran yang boleh diambil oleh kita pada masa akan datang?

Kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh Amerika Syarikat terhadap ekonomi global seiring dengan dominan matawang US Dollar terhadap sistem kewangan dunia kelihatan semakin pudar dan tidak bermaya, ditelan oleh masalah ekonomi berpanjangan negara itu sendiri.

China dan India bersama rakan negara Asia mereka yang lain secara perlahan-lahan tetapi pasti , dilihat semakin makmur menghirup hasil perkongsian kekayaan dunia. Akan tiba satu masa di mana matawang US Dollar terpaksa memberi ruang kepada matawang  Chinese Yuan sebagai matawang rizab antarabangsa utama dunia.

Suara negara-negara kuasa baru ini akan lebih kerap kedengaran dalam membicarakan isu-isu global pada masa-masa yang akan datang, sama seperti rakan-rakan mereka di pihak Barat.

Bagaimanapun sistem kewangan dunia tidak bersifat demikian. Ianya direkabentuk untuk menjaga hegemoni matawang US Dollar. Pengaruh dan kuasa pihak Barat pastinya akan merosot dalam menangani kesukaran ekonomi dan bakal tenggelam dek kerana siri demo jalanan dan bantahan berterusan dikalangan rakyat mereka sendiri.

Dunia yang akan datang bakal berhadapan dengan pelbagai pengaruh ,akibatnya kepercayaan antarabangsa menjadi saling bergantungan antara satu negara dengan negara yang lain dan tidak lagi berkiblatkan Amerika Syarikat seperti masa lalu. 

Dunia akan menjadi sangat tidak menentu dan kita akan bergerak ke arah zon yang tidak stabil atau lebih tepat lagi telahpun berada dalam zon tersebut.

Dalam iklim suasana seperti inilah, pelabur yang berjaya perlu beroperasi. Perubahan masa akan menjadi tema pelaburan di masa hadapan.


Jadi bagaimana kita hendak memilih pelaburan yang sesuai dengan suasana hari ini ?

Pengalaman lalu memberitahu kita bahawa kita sepatutnya membincangkan perkara ini pada tahun 2005 lagi. Tahun tersebut adalah masa terbaik untuk kita menarik diri dari pemilikan saham syarikat arus perdana di Barat (mainstream companies) dan beralih kepada logam emas.

Langkah tersebut bukan sahaja akan menyebabkan seseorang itu mendapat jaminan keuntungan tetapi juga akan memasuki satu bentuk pelaburan yang melonjak naik 5 kali ganda dalam masa 7 tahun. Malah logam Perak mencatat keuntungan lebih baik dari itu. Tetapi ramai antara kita terlepas pandang mengenai perkara ini.

Apakah faktor yang mempengaruhi masa depan?

Mengharapkan para pemimpin kewangan dan politik dunia  menyelesaikan masalah ekonomi akan menyebabkan kita sendiri berada dalam keadaan terkapai2 seperti mereka yang jelas gagal membuat keuntungan atau mendapat pengiktirafan dari para pengundi mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

Pelaburan yang menghasilkan pulangan yang baik dalam suasana ekonomi yang buruk sejak 2007 akan terus menunjukkan prestasi yang baik.


Mengetuai pelaburan ini adalah pelaburan dalam bentuk jongkong emas dan perak, juga saham syarikat perlombongan dan derivatives (pasaran hadapan) yang menghasilkan kedua logam berkenaan.

Mengekalkan Kekayaan

Perkara paling mustahak yang perlu dilakukan oleh seorang pelabur pada masa hadapan adalah untuk terus mengekalkan keuntungan yang telah dicapai. Penekanan hendaklah diberikan kepada usaha untuk terus mengekalkan kekayaan sedia ada dari mencari punca kekayaan baru.

Ini adalah masa untuk melabur kepada sesuatu yang mampu memberikan pulangan yang baik dalam suasana ekonomi yang buruk.


Apabila ekonomi kembali pulih , pelaburan yang dibuat sebelum ini akan mampu mengekalkan prestasi baiknya kalaupun tidak mencatat keuntungan berlipat kali ganda.

Jelas, pelaburan dalam bentuk logam emas dan perak akan terus menjadi pilihan utama , yang terbukti mencatat prestasi yang baik walaupun ketika berada dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Jadi kenapa orang ramai tidak membeli emas untuk membuat lebih banyak wang? 

Kerana ianya adalah kata-kata yang sering diingatkan oleh generasi dahulu kala kepada kita tetapi kita tidak pernah memikirkannya dengan serius.

Alan Greenspan, bekas pengerusi Federal Reserves (Rizab Perseketuan) mengungkapkannya dengan ringkas bila berkata “Emas adalah sesungguhnya wang yang sebenar.”

Apabila pasaran saham mencatat kenaikan dan kadar faedah melonjak tinggi , pilihan tunggak yang kita ada adalah menyimpan wang tunai (cash).

Apabila berlaku krisis matawang yang mengakibatkan berlaku kerosakan kepada wang tunai di mana-mana negara dan pasaran itu sendiri,  pilihan yang kita ada adalah menyimpan 'wang yang sebenarnya iaitu logam emas'.

Bila anda percaya yang masalah ini akan berlanjutan sehinggalah satu perubahan fundamental dibuat terhadap sistem kewangan global untuk membolehkannya pulih dan mencatat pertumbuhan semula, anda perlu memegang wang yang dapat diterima secara global diseluruh dunia.

Dengan hanya petunjuk kecil bagi harapan untuk melihat perubahan berkesan terhadap sistem kewangan, kestabilan dan pertumbuhan ekonomi  masa depan  , pilihan untuk berpindah kepada matawang tunai (cash) bersifat global di lihat semakin jauh, dan satu-satunya asset 'tunai' yang diterima secara global (globally-accepted) , tidak kira dalam apa jua situasi samada baik atau buruk adalah EMAS!

Sudah tentu dalam beberapa situasi , terdapat syarikat individu ataupun asset lain yang akan mengatasi harga emas, tetapi pelaburan teras kepada golongan pelabur yang inginkan perlindungan berkekalan terhadap kekayaan mereka akan tetap memilih logam beharga- terutamanya logam EMAS dan PERAK.


No comments: