Lagenda kewangan & pelaburan terkenal dunia, George Soros dilihat kembali membeli logam emas pada penghujung tahun 2011 selepas menjualnya lebih awal kerana sedar akan meraih manafaat keuntungan darinya apabila polisi Federal Reserves dijangka akan terus melemahkan matawang US Dollar sekaligus melonjakkan harga logam beharga di pasaran, menurut laporan terbaru dari The Emerging Money.
Pada suku tahun pertama 2011, Soros Fund Management dana pelaburan yang diuruskan beliau menjual hampir kesemua saham amanah emas (SPDR Gold Trust) dan iShares Gold Trust exchange-traded funds mereka, menurut laporan Bloomberg.
Pada suku tahun pertama 2011, Soros Fund Management dana pelaburan yang diuruskan beliau menjual hampir kesemua saham amanah emas (SPDR Gold Trust) dan iShares Gold Trust exchange-traded funds mereka, menurut laporan Bloomberg.
Harga emas kemudiannya jatuh pada 2011 kerana pasaran dipengaruhi sentimen status matawang US Dollar sebagai matawang lindung nilai (safe-haven) selain sentimen yang ekonomi Amerika Syarikat sedang bersedia untuk kembali pulih sekaligus menjauhi masalah krisis ekonomi Eropah.
Tetapi ekonomi Amerika Syarikat mungkin tidak akan bertambah baik untuk membolehkan para pegawai di Federal Reserves merasa selesa kerana situasi di Eropah dilihat bertambah buruk dan ancaman berterusan terhadap ekonomi rapuh Amerika Syarikat dengan kadar pengangguran kekal meningkat.
Kadar pengangguran tinggi dan kegagalan mengurus inflasi menjadi topik perbualan hangat dipasaran ketika ini dengan Federal Reserves dilihat bersedia untuk melancarkan Plan ke 3 polisi kewangan luar biasanya yang lebih dikenali sebagai 'pelonggaran quantitatif' atau 'quantitative easing',
Bezanya kali ini dengan cara membuat pembelian asset dari pihak Bank pula.
Sekiranya ia berlaku, yang pasti nilai matawang US Dollar akan bertambah lemah disebabkan lambakan wang fiat di pasaran sekaligus akan melonjakkan harga emas , menyebabkan langkah Soros kembali membeli emas adalah sesuatu tindakan yang amat menguntungkan.
"Walaupun harga emas ditutup rendah bagi tempoh 6 bulan terakhir 2011, Soros sudah tentu akan menikmati durian runtuh sekiranya Pengerusi Federal Reserves ,Ben Bernanke melancarkan plan pusingan ke 3 "qantitative easing" ,The Emerging Money melaporkan.
"Apabila ianya berlaku, semua komoditi yang didominasi oleh matawang US Dollar termasuk logam emas, harga minyak, logam Perak, iShares Silver Trust ( SLV) akan melonjak tinggi di pasaran sama seperti kempen perlaksanaan quantitative easing pada tahun 2010 yang lalu."
Federal Reserves telahpun melancarkan 2 pusingan plan "quantitative easing" sebelum ini, dikenali sebagai QE1 dan QE2, yang bermatlamat untuk mengurangkan kasar pengangguran dan menggerakkan ekonomi dari ancaman deflasi.
Perlaksanaan QE1 menyaksikan bagaimana Federal Reserves membeli US$1.7 trillion asset dari Bank, terutamanya sekuriti gadai janji (mortgage-backed securities), sementara perlaksanaan QE2 pula menyaksikan Bank Pusat Amerika Syarikat secara tergesa-gesa membeli sekuriti perbendaharaan (Treasury securities) dari Bank berjumlah US$600.
Kadar pengangguran berada pada paras 8.5% pada Disember 2011, masih kekal di atas paras sebelum kemelesetan dan kadar inflasi masih rendah walaupun hakikatnya harga minyak dan barangan pengguna di kedai bertambah mahal dari hari ke hari.
Apabila menetapkan penanda aras (benchmark) kadar pinjaman, Federal Reserves cenderung memberi fokus terhadap angka-angka teras inflasi (core inflation figures), dengan mengenepikan kenaikan dan penurunan harga makanan dan tenaga kerana beranggapan turun naik harga kedua item tersebut bukan disebabkan oleh perubahan asas kepada permintaan.
Satu tinjauan oleh CNNMoney menunjukkan walaupun indikator ekonomi dikatakan bertambah baik , tetapi ekonomi sebenarnya masih lemah berbanding apa yang diharapkan oleh pegawai2 di Federal Reserves dan kerana itu plan QE3 dilihat bakal dilaksanakan pada bila-bila masa.
Dalam satu tinjauan ,hampir 75% pakar pelaburan berkata QE3 mungkin akan dilaksanakan pada 2012 disebabkan kerosakan ekonomi lanjutan dari krisis hutang Eropah akan memberi kesan terhadap ekonomi Amerika Syarikat.
"Walaupun banyak siri laporan menyatakan ekonomi semasa bertambah baik, kita bimbang perkembangan global akan memberi kesan buruk kepada prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bagi pembentangan 2012," kata Encik Dan Pierce, pengurus portfolio di State Street Global Advisors, menurut CNNMoney.
Sebahagian penganalisis pelaburan logam beharga termasuk Encik Jim Rogers, mengutarakan pendapat bahawa kenaikan harga makanan dan tenaga adalah hasil dari perlaksanaan dasar QE1 dan QE2, bilamana polisi longgar Federal Reserves mencetak wang untuk mewujudkan mudah tunai (liquidity) di pasaran menyumbang kepada peningkatan pasaran komoditi dunia.
"Sesiapa sahaja yang keluar membeli belah akan sedar bahawa harga semua barangan telah naik. Samada barangan makanan, yuran pendidikan, insuran atau apa sahaja barangan yang kita beli, harga dilihat bertambah mahal tetapi dalam masa yang sama Kerajaan memberitahu rakyat bahawa tidak berlaku inflasi," kata Encik Rogers dalam temubual bersama Moneynews/Newsmax.TV baru-baru ini.
Indeks harga pengguna Amerika Syarikat tidak berubah pada bulan November dari Oktober 2011. Mencatat peningkatan tahunan 3.4%.
"Beberapa pihak bebas mengatakan ianya telahpun melebihi 6% dan ianya akan bergerak lebih tinggi kerana puak-puak ini terus mencetak wang, dan selagi mereka meneruskan amalan tersebut, keadaan akan menjadi bertambah buruk. Jadi sediakan diri anda untuk berhadapan dengan kadar inflasi yang lebih tinggi pada masa akan datang," tambah En Rogers.
Dan peningkatan kadar inflasi bermakna akan berlaku peningkatan harga emas.
"Walaupun pelabur ketika ini dilihat tidak terlalu memberi perhatian kepada persekitaran inflasi, tetapi secara jangka panjang kami percaya dengan jumlah wang rangsangan yang telah dan akan disuntik diperingkat global serta jangkaan peningkatan inflasi, ianya akan terus menyokong permintaan pelaburan terhadap emas," kara Encik Tanya Jakusconek, penganalisis dari Canada's Scotiabank Group.
Scotia Capital meramalkan harga emas akan meningkat kepada US$1,750 per ounce.
Harga logam ems berada di paras tertinggi sekitar US$1,900 /ounce pada September 2011 tetapi jatuh dan kini diniagakan pada harga sekitar US$1,620 /ounce.
Pada awal tahun 2011, En Soros menjual pegangannya dalam dana Gold exchange-traded funds SPDR Gold Trust dan iShares Gold Trust kerana bimbang harga emas akan jatuh memandangkan ianya telah mencatat keuntungan 10 tahun berturut-turut (asset bubble) , menurut Bloomberg.
Beberapa pelabur berprofil tinggi juga mengambil langkah yang sama, menjual pegangan samada emas fizikal atau saham emas milik mereka termasuk pengurus dana lindung nilai (hedge fund managers) seperti John Paulson, Paul Touradji dan Eric Mindich, menurut Bloomberg.
Beberapa pakar bagaimanapun bersetuju sementara berlaku pembetulan harga emas pada penghujung tahun 2011, pasaran 'bull market' logam tersebut masih belum berakhir malah akan bergerak lebih tinggi dalam tempoh akhir dekad ini.
"Emas menjadi asset yang terlebih belian (Gold became very overbought) ," kata Encik Charles Morris, yang menyelia asset bernilai US$2.2-billion di HSBC Global Asset Management di London yang juga bertindak mengurangkan pegangan jongkong emas sebanyak 6% pada penghujung November 2011 daripada 15% enam bulan sebelumnya, menurut Bloomberg lagi.
"Harga emas dijangka akan kembali mengukuh kesan dari ralli pembetulan harga sebelum ini. Dengan ketidak tentuan ekonomi global yang dijangka bukan sahaja akan berterusan malah bertambah buruk, emas sekali lagi akan membuktikan kedudukannya sebagai asset utama pilihan pelabur di seluruh dunia."
No comments:
Post a Comment